Teman pena..

Wednesday, August 10, 2011

orang respek kita, kita kena respek la gak orang lain, sabar ye bnyk bnyk ^_^

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan tuk semua
dan
Salam 1 Malaysia

Pheeuuww
penat tul malam ni
Bukan nak kata hari lain tak penat,
tapi hari ni mcm tak cukup tgn jadinya
nak ikutkan memang pun
hahaa

bukan apa
hari ni, hari bekerja..
bila hari bekerja so ramai la sikit org dari ari minggu.
kebiasaanya cm tu la

tapi hari ni pekerja kebanyakan nya ada stesen dan hal masing masing gak la.
Master Nan (Mustafa nama dia) da balik Pakistan..cuti raya la, lepas raya baru balik...
so, bertukar la orang yg selalu ambik order, hntr order semua ni , seorang jadi tukang wat nan dan tandoori.

The master of all master waktu malam BALA  (si gila ni) hari ni dia cuti lak..
dari kul 11 malam sampai 5 pagi
tup tup bangunnya kat 6 lebih pagi, mahu tak gila tadi..

bila tiba masa lebih kurang 3 ke 4 pagi selalunya , pekerja ni semua da tahu da kerja masing masing
untuk bhgian air, dia akan start kemas semua bhgn seksyen minuman la
bgi master roti n goreng pun mcm tu gak, dia akan start kemas, pasal takkan la nak kotor je sampai esok harinya..

so dengan pekerja lain yg kena sapu, angkat kerusi meja, so sape nak ambik order
kena la aku
tadi nasib baik waktu tgh sahur mcm tu, org datang ramai, dan order mcm mcm..aku lah ke hulur ke hilir ambik order, ambik air, semua...n agak penat
sebenarnya agak takut gak la, kalo order lambat
lagi lagi waktu pose ni...
orang dtg tuk sahur, takkan lambat kan, nanti terlepas sahur.

Aku ni nak dekat 2 bulan lebih kerja kedai mamak
hmm rasa malu
entah la
kadang kadang tu ada la
tapi aku rasa wat pe nak malu
aku kerja tempat halal dan kedai abg aku gak, kire mcm family akunya gak

malu atas sebab apa?
kadang kadang kita ade terfikir yg org yg kita da lama tak jumpa then jumpa, n diaog anggap yg kita ni tak berjaya sedangkan dulu kita kat sekolah cm hebat...faham tak?
bukan nak kata hebat, bukan nak berlagak, tapi bole kira aku ni aktif la gak but not terlalu aktif,
but for  me its aktif, haha

ok, actually, kita ni kena bagi solute sama diaorg ni, kasi tabik..walaupun mamak atau india yg datang jauh nun disana, tapi dioarang kerja penuh dedikasi...(dedikasi ke)
ye la, mamak standard da la bukak 24 jam...so ofcourse ada kerja shift pagi dan shift malam.
but walau macam mana pun, dia akan ambik order orang orang yg mcm mcm ragam nya.
aku sendiri merasa sendiri mcm mana ambik order tu
lagi lagi ngan MALAYSIA kita yg kaya ngan macam macam jenis makanan dan minuman.


sometimes, pekerja asing ni, kita tak leh la nak marah diaorang ni
bukan maksud tak leh marah langsung
tapi jgn la ko maki giler giler, ko layan mcm anjing tak guna walaupun nak ikutkan kerja dia buat semua ok.

kawan aku, Ammar
ada juga cerita macam dulu waktu dia praktikal, dia melihat keadaan majikan Malaysia wat cm tu kat pekerja asing, sampai ada yg tak bagi gaji, patut ke anda buat macam tu.?

well, ada jugak benda benda yang aku tak faham ngan orang yg datang makan kat mamak ni
well, MALAYSIAN PEOPLE
anda perlu belajar erti sabar.
sometimes, aku tak faham betul kenapa dia nak cepat je, sedangkan pekerja kurang dan customer ramai yg order, ko datang lambat tapi ko nak order ko sampai dulu...ko sape ye?
cuba try sendiri ambik order orang ni then nak gi order,, ada lak customer lain mintak order,amnik order dia then nak gi order kat belakang je, ade customer nak suruh lap meja...takkan la kita nak suruh tunggu jap ke apa....well memang betul CUSTOMER ALWAYS RIGHT
but customer please be more rasional dan juga bertimbang rasa. kalo mamak ada untuk satu meja no hal la beb, dia layan ko je nak order apa, but mamak ni nak layan customer yang meja ada berpuluh and pekerja dalam 5 orang...so faham sikit

anyway, kita ni MALAYSIA, nak orang pekerja asing tuk kerja kat sini
tak silap kalo ikut statistik, Malaysia paling ramai pekerja asing, PATI pun ramai.
nak harap orang Malaysia sendiri, DEMAND LEBIH PULAK...
nak bawah aircond, gaji rm5000 minimum
baik ko jadi PM je la cm tu..

anyway, Orang luar puji kita Malaysia ni mcm tu, macam ni,
tapi kita kena tunjuk kan la kebenarannya..

sekian
^_^

No comments:

Post a Comment