Teman pena..

Sunday, March 27, 2011

pejam celik pejam celik

tirai semester 6 bakal menutup tirai nya
dalam masa tak sampai sebulan
itu pasti
dan sebulan ini yang pasti sebulan yg penuh dengan assignment, presentation, test
senang kata sibuk
semua skrang sedang sibuk
apakan lagi event bawah ku dalam beberapa hari lagi.

pejam celik pejam celik
masa bergerak dengan laju sekali.
kalau ku ingat dulu
seakan baru sahaja
aku nak mengenali dengan ilmu tarian
seakan baru sahaja
aku rapat ngan budak budak ini
seakan
baru untuk segalanya

bila ku kenang kembali memori lama.
sumpah
aku bakal merindui semua ini
aku sayang
aku rindu

seperti tak sanggup tuk berpisah.

kirin
jangan tunjuk kesedihan mu itu
jangan tunjuk kan kepedihan hati mu itu

walau bagaimana cara sekali pun
kau tetap akn melepaskan mereka
kau tetap akan meninggalkan mereka

bila ku singkap kenangan lama
terlalu banyak
terlalu banyak tuk ku senyum
dan tertawa sendirian
tapi mampukah aku sedih untuk kegembiraan

biarah warkah yg ku tulis ini dlm keadaan kesedihan dan pasti kerinduan

kerana
kasih sayang dtg nya dari air mata kegembiraan dan juga kenangan bersama... pejam celik pejam celik... masa menceburui diri ini...

tirai semester enam akan ku tutup juga
dan mungkin ini merupakan semester akhir aku bergiat dlm minat ku

Wednesday, March 23, 2011

release it slowly

hmmm redakan marah mu kirin...
mungkin ko tak leh nak fikir sgt when kau dlm keadaan otak yg tegang
so relax kirin

ini minat ko
aku tahu ko pasti tak leh nak lari dari minat ko
betul kata mira
aku mesti tak nak lepaskan peluang lagi lagi ini lah minat kau..

hmmm sometimes, we need to think rasioanal nya
yes betul apa yg diaorg ckp ade betulnya
but bukan semua

apa sekali pun kirin
take it easy
be yourself
kata ayed kata semua yg menyokong ko
be yourself
n believe that u r strong
kirin kau kuat

hmmm
dlm masa mcm ni, kekalkan yg baik pada kita
yg buruk buang jauh jauh


maybe itu lah ptut dibuat...

Monday, March 21, 2011

hahaa....

KRITIKAN 
YES
SAYA TERIMA

PEMBAKAR SEMANGAT
YES
BOLEH
SAYA MENDENGAR

LAHARAN
YES
SAYA SENYUM JE

APA SEKALI PUN
JAWAPAN AKU
HANYA PADA HARI KEJADIAN

=)

Sunday, March 20, 2011

stress

saat saat begini adalah saat saat genting
saat masing masing sebenarnya sedang stress
sedang jiwa kacau

apa kan lagi saat saat busy cm ni
assignment sedang menggunung
pasti semua stress

tahap kepala otak tuk menerima semua perkara ini susah sekali
termasuk la aku

selain risau terhadap study
aku juga risau terhadap beberapa perkara lain

bila ku fikirkan balik
baik baik aku ini
adakah baik aku ini dipijak

adakah aku hanya dipergunakan
atau dipermainkan
aku amat amat risau sekrang
tapi aku tak nak buruk sangka

aku nak ia stay dengan pendirian aku
aku lakukan kerana aku sayang dan prihatin

aku tak nak fikir bukan bukan
tapi jika
perasaan aku dan niat aku dipermainkan

betapa pilu dan sedih hati aku ini

aku da cuba bntu semampu yg boleh,
tak tahu bagaimana lagi ingin aku lakukan
itu sahaja fitrah kemampuan ku,
kalo la aku lebih berkemampuan dari itu,
pasti aku akan tolong segalanya

maafkan aku kerana tak dpt nak menolong semuanya
aku amat sukar bila tahu ada org susah...
terutama nya org yg aku care

pasti aku akan lakukan semampu aku yg boleh

aku juga ada masalah lain jugak
aku sgt geram dan kecewa sbnr nyaa

aku tak nak tafsirkan apa disini
biarlah ia berada dihati ini sahaja

sesungguhnya
jika ada rawatan yg baik,
 memang aku ingin kan saat

aku asyik berfikir bnda yg buruk sahaja...
seperti ingin hilang sahaja dari dunia ni...

astaghaa
ya allah
jauhkan diri ini dari berfikiran begitu
jauh kan dari godaan syaitan juga...

ya allah
kau permudahkan kerja
dan tenang kan akal fikiran dan jiwa
untuk melaksanakan tugas mu dimuka bumi ini...

amin...

Tuesday, March 15, 2011

Hatiku berkata..

Biarlah masa sahaja yang menentukan segalanya

aku tak pernah marah pun
malah aku lagi sayang
tapi aku sedih je sikit
kadang kadang aku rasa mcm aku ni jauh je
tapi tak pernah terdetik aku nak salahkan korang
aku lagi salahkan diri aku adalah.

tapi ada masa nya
aku minta aku fikir yang positif sahaja

sebenarnya
dah lama aku tak keluar lepak bersama
makan bersama
borak dan lepak

aku rindu sebenarnya saat saat itu
saat saat akhir aku akan berakhir disini.
rupa rupanya tak sampai 2 bulan pun aku kat sini lagi
sekejap je masa bergerak

aku tak nak diri aku disalahkan mahupun korang disalahkan
aku fikir mungkin semua busy
mcm mana aku busy
mcm tu juga korang
so baik aku faham dari segi itu
bila ada masa nya malam korang busy dengan tarian dan assignment
dan ko mengejar dua dua nya sekali

aku bangga
aku bangga dengan komitmen korang.

walau ada masanya
yes
aku jauh kan diri
aku emo tak tentu pasal

tapi sebenarnya setiap saat dan masa
aku fikirkan korang
tanda sayang aku pada korang


kirin
kirin rindu korang sangat sangat
=((

Monday, March 14, 2011

Citrawarna check NEXT KARYA

Alhamdulillah
CITRAWARNA 
3 hari berturut turut
BERJAYA
ngan gemilang

NEXT EVENT 
KARYA

mati lah...

Friday, March 11, 2011

coretan lakaran diari ku...

melangkah hari demi hari
masa tak pernah berpatah balik

hari makin hari
diri makin sibuk

bulan 3, bulan penuh kesibukan...
selain sibuk study
aku sibuk dengan menguruskan event
dan juga training sencetra
hahaa

1. kerana proposal sudah lulus, maka CITRAWARNA akan berlangsung, hari ni la, hahaaa...so awal bulan 3, sudah bermula la latihan dan gerak kerja awal...antara nya mengajar blok , dan bahagian ku ialah mengajar blok kasturi bersama shaf.




Selain mengajar, kami juga ada penasiht kebudayaan baru, memandangkan Pn Eltis telah berpindah ke SHAH ALAM
so antara pengisian hari ku ialah meeting citrawarna dan meeting bersama EN HATTA.




Seperti dikata kan diatas, pn eltis akan berpindah ke UITM SHAH ALAM, so kerana atas jasa dan sayang juga
kita menyambut untuk kali terakhir nya
FAREWELL PARTY khas tuk beliau

so ini adalah antara gmbar2 saat saat persiapan tuk farewell jumaat hari tu.,





membeli brg di tesco





beli brg di ayamas

so dlm keadaan sibuk pun, sempat juga menyinggahkan diri untuk memberi sokongan pada sahabat kos lain...
ni event Fakulti Pengurusan Perniagaan, diaorg wat karnival keusahawanan, menarik dan good jugak, meriah kat dlm dewan bendaara tu atau bendahara mall.







inilah gmbr saat saat akhir warga warga kebudayaan mencari barang tuk persiapan akhir citrawarna...letop tak mira ugly, hahaa

ni la list aku setiap hari, aku cancel bila kerja aku da siap, pening pening, hahahaha
so kita ade hari terbuka kolej dan juga CITRAWARNA

so meh ramai ramai kita riuhkan padang kawad pada 11,12,dan 13 Mac malam, dan 13 Mac pagi di dewan bndahara...bawak satu blok tau , hahaha


salam


Thursday, March 10, 2011

Niatku...

Hobi ku, minat ku
yes
pada menari

mula dengan TWISTED MINDS dulu di sekolah menengah
sehingga ke dlm SENCETRA di UiTM

Bila kita menari terasa sangat la besst
dan dlm diri ku, memang aku suka menari

apa yg ingin aku katakan..
this is my last sem disini
ada beberapa event yg belum lagi start and akan bermula juga

fisrt event ni is
CITRAWARNA.


sorry le, tak jelas...

ingin aku katakan
ini adalah last event aku akan menari
last sekali

=)

biarlah sebab utama aku stop menari ini tersimpan dekat aku sahaja

tapi yg pasti
aku ingin memberi ruang pada junior2 ku yg lain untuk merasa.
sudah masa untuk aku berundur dan memberi peluang pada mereka.
kalau tidak bila lagi kan.

berhenti menari  tidak bermakna aku berhenti sencetra..
aku tetap menyokong korang

ramai lagi org kuat didalam nya
aku mungkin
akan menyokong korang dari jauh

Citrawarna bermula hari ini
aku nak complain pun is like tak guna
adat bila ada event
so
GOOD LUCK pada semua
kepada aku
dan mari sama sama kita jayakan CITRAWARNA

salam

Friday, March 4, 2011

santai ku 7

HATI AKU GEMBIRA
BILA SETIAP KALI
DIA PAKAI

AKU HAPPY PASAL
SERONOK DPT LIHAT DIA PAKAI
SESUAI JE

SO
AKU SANGAT PUAS HATI

HOPE AKU DPT TGK DIA EVERYDAY
SAYANG DIA

LAST SEM
NAK HASILKAN MEMORI YG BEST BEST JE...
HUHU

my Interest =D

salah satu minat aku ialah buat montaj gambar

haha
aku pun tak tahu apa yg menarik tentang wat montaj
tapi rasa sangat seronok
kerana bila kita kongsi balik bersama kwan kawan kita tgk balik
seronok balik mengenang benda lama
yg kita buat sama sama

mungkin sebab itu
dalam MEDIA(kelab fakulti perakaunan)
aku ambil exco multimedia

seronok wat montaj
edit pulak ngan lagu
mungkin leceh
but kepuasan dia selepas itu

hmmm
so setiap kali ada
event
mcm farewell, gathering ke
or saja saja bila free
aku suka wat montaj
tapi u need to find some montaj yg menyeronokkan kita laa
gmbr tu sendiri yg bagi kita idea nak wat montaj cm mana
so the person yg suka wat montaj is ME =D

hmm but sem ni is my last sem
hmm sape agaknya akan wat montaj tuk aku
or ada tak sape sape yg akan wat montaj lagi lepas ni
huhuhu
hope ada...

salam

Misi 2 Terlaksana !!!

1 Mac 2011
this is the day for my second mission
yes akhirnya terlaksana juga
salah satu misi aku

but aku tak pasti 
wat is the feedback

aku takut jugak
wat masa ni seakan 
aku yg melarikan diri,
atau dia yg melarikan diri

atau
aku ada buat salah
sebenarnya memberi tanda tanya pada benda itu

nak tanya dia tak?
hmm
sedangkan aku panggil dia
5 kali panggil baru sedar, itupun nmpk mcm berpura pura, hmm
cm mana ek?

apa apa pun,
MISI 2
SUCCESS!!!

salam

Tuesday, March 1, 2011

warkah buat mu: pn ELTIS, ibu kami di kebudayaan..




" SESUNGGUHNYA IKHLAS DI LUBUK HATI SAYA, SAYA MEMANG SERONOK BEKERJA DENGAN KAMU SEMUA..SAYA MUNGKIN TAK DPT LAGI STUDENT YANG MCM U'ALL LAGI DISANA..IA AKAN JADI KENANGAN MANIS BUAT SAYA.. THANKS ADIK2 KU
LUV U ALL"

ini merupakan pesanan terakhir untuk aku dan juga warga kebudayaan. 
sedih itu pasti
kami kehilangan kekuatan kami
ibu kami
keluarga kami yg kami sayang

sesungguhnya tiada siapa dpt menggantikan seorang mak hayam seperti PN ELTIS. 
sejujur nya
pn eltis 
banyak membantu saya
memberi nasihat
mengenali saya
membantu memberi kerja kepada saya
menolong menguruskan proposal semua
dan berjumpa dengan dia setiap kali untuk meeting 
bukan lah beban untuk saya
kerana itu adalah saat saya paling suka
\berkumpul bersama 
walaupun ada sesi laha melaha
tapi ia merupakan satu kenangan manis
bila kita gelak ketawa bersama

awal penglibatan ku dlm kebudayaan di uitm melaka
biasa sahaja
tidak mengenali sgt siapakah pn eltis
bawa ke JOHOR untuk pertukaran budaya disana
saya masih lagi dlm  keadaan takut ngan pn eltis, 
dulu pn eltis garang , hehehe

saat saat dia sarat mengandung
dia sanggup hadir bersama kami ke JOHOR

tak lupa juga kenangan bersama sepanjang apa sekali pun event event terlibat di UITM
disentiasa bersama untuk memberikan sokongan
yg pasti saat saat berada di SABAH
saat paling terbaik untuk saya
10 hari bersama puan, dan pj, jaz, fizi,anysz, along, mira dan pinat.

saat saat akhir puan call saya hari tu
benar saya menitiskan air mata
apakan lagi saya tidak sempat berjumpa puan

kehilangan org yg bnyk membantu saya
dan yg saya sayang
susah untuk berjumpa lagi seorang insan istimewa seperti puan lagi

mohon ampun dan maaf puan 
sepuluh jari disusun
agar diampun kan dosa atas kesalahan saya
kekasaran kata mahupun perbuatan saya

puan bnyk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya
saya tak kan lupakn puan
yg pasti puan sentiasa dihati saya, di hati kami, dihati kebudayaan

WE LUV U TOO 
PUAN ELTIS

jgn lupa kami disini...=D