Teman pena..

Friday, May 31, 2013

One Wing - MatLuthfi90

Pastinya semua sinonim dengan V-Log a.k.a VLOGGER atau Video Blog atau terbaru KEEK

Dan pastinya semua juga akan sinonim dengan nama ANWAR HADI dan MAT LUTHFI
ini link tuk Youtube IniAnwarHadi

ini link untuk Youtube Matluthfi

dan mungkin ramai lagi, tapi aku biasa dan sinonim dengan dua makhluk Allah ini..

Apa yg ingin aku cerita ialah mengenai Video Terbaru MATLUTHFI..

SEBELAH SAYAP

sudah anda tengok??

meh kita layan kejap..


apa yg ingin aku katakan

1.Matlutfi ni leh pi jauh ni, lakonan dia ada gaya la jugak (David Teo tunggu masa je, haha)

2. Maksud yg ingin disampaikan jelas dan kena pada keadaan remaja sekarang

3. mendekati agama dari segi santai.

Kita tahu, video ini melibatkan hal keagamaan, halal haram tetapi apa yg ingin disampaikan lebih kepada sifat moraliti dan hati sebagai seorang sahabat dan juga orang yang berilmu.

Dua watak iaitu Mat dan Reefqy sahabat kepada Ihsan.

Masing masing membawa watak di mana seorang yg kuat agama dan seorang lagi liberal.

Jika kita perhatikan kembali diri kita, adakah kita seperti Mat atau Reefqy?? atau tidak pada dua dua nya...


sekian
^_^



Thursday, May 30, 2013

Tanda Putera ??? Siapa?

Assalamualaikum
Salam Jumaat

Pagi ni sedang aku OTW nak ke tempat kerja, sudah menjadi azali tuk aku tuk mendengar siaran radio ERA.Fm. tgh syok tadi, aku sedang mendengar berita mengenai sebuah filem SHUHAIMI BABA – TANDA PUTERA

TANDA PUTERA??

Untuk setengah org , mungkin perkara ini telah lama anda tahu…tapi bagi aku … ini pertama kali aku mendengar mengenai nya. Disebabkan sudah dua tiga hari aku mendengar, jadi aku pun cuba mengGOOGLE mengenai TANDA PUTERA.

Jeng Jeng Jeng

Ini lah dia …



Sedikit Sinopsis…
*TQ kepada Wikipedia

                Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.

                Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
                Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
                Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.
                Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.
                Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.


Cerita ini yang pada mulanya patut keluar pawagam pada September 2012 telah berlaku tentangan kerana dikatakan melibatkan POLITIK. Cerita ini melatar belakangkan kisah PERISTIWA 13 Mei 2013.

Pendapat Saya:
Saya amat bersetuju dengan saranan dari Menteri Multimedia kita apabila diminta membenarkan cerita TANDA PUTERA ini disiarkan.(ini kerana sebelum ini telah dihalang dan disekat)
Kisah Kisah Sejarah mengenai Malaysia haruslah dipertontonkan kepada anak muda kerana mereka ini kurang mengetahui selok belok,liku hidup dan keadaan semasa dahulu. Jangan lah Politik dahulu menjadi titik penghalang bagi perkara ini untuk berlaku…bebaskan agar dapat dikongsi bersama.

SHUHAIMI BABA juga tidak pernah menghampakan saya dengan menghasilkan sebuah filem sejarah yg efektif dan hebat. Walaupun effect yg biasa tetapi ia member kita kenangan dan impak pada perasaan sebenarnya lebih penting * itu pun bergntung bagaimana anda menghayati cerita tersebut *-*
Salah satu cerita yang mengkagumkan ialah HATI MALAYA 1957.
 Saya pasti cerita ini tidak akan menghampakan kita unutk mengenali sejarah.

^_^
X sabar lak tunggu cerita ni kuar pawagam, nak tengok



Thursday, May 23, 2013

AKADEMI FANTASIA KEMBALI?!

AKADEMI FANTASIA KEMBALI???!!!


ini adalah dari petikan Berita Harian
22.05.2013

Ubah format ikut faktor semasa, pengumuman rasmi esok

Walaupun pernah mengumumkan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) sebagai musim terakhir, program yang hampir dua tahun dihentikan itu bakal kembali mewarnai kaca televisyen, tidak lama lagi. 
Perkara itu disahkan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh kepada HIP. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dengan terperinci mengenai AF musim terbaru berikutan pengumuman rasmi akan dibuat, esok. 

Ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF." Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu ASTRO

Kemunculan semula program realiti penuh drama yang diperkenalkan pada 2003 itu mula diperkatakan peminat, sejak akhir-akhir ini. Namun, rata-rata berpendapat kehadiran semula AF sebagai tidak relevan. Ini kerana melihat kerjaya sesetengah peserta termasuk juara bagai tidak ke mana.

Namun, Khairul Anwar menyangkal dakwaan itu. Dia memberi contoh beberapa nama yang cemerlang dalam industri yang lahir daripada AF seperti Hafiz, Adira, Stacy dan Hazama.

“Saya kurang bersetuju apabila ada yang mengatakan kehadiran semula AF tidak relevan. Bagi saya, ia perkara biasa apabila sesetengah peserta ‘menjadi’ dan ada juga tidak mencapai matlamat.

“Ini lumrah dunia seni. Ada peserta yang diangkat sebagai pemenang tetapi tidak berjaya mencipta nama sebagai penyanyi. Sebaliknya, mereka yang tidak menang pula berjaya melakar nama. Semua ini bergantung kepada disiplin dan sikap artis itu sendiri,” katanya. 
Khairul Anwar berkata, Astro yakin musim baru AF akan mencetus fenomena sekali lagi.

“Selama AF dihentikan, kami melakukan pelbagai kajian dan mencari formula melonjakkan kembali program ini. AF menjadi tulang belakang yang penting kepada Astro dan kebetulan pula sudah agak lama kami tidak mempunyai program mencari bakat baru kecuali Raja Lawak.

“Jadi kami fikir ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF” katanya.

Manfaat laman sosial tarik peminat

Bukan setakat itu, Astro mengambil inisiatif bertemu dengan pemilik program terbabit dua kali ketika menyertai pasaran televisyen di Singapura dan Perancis.
Perbincangan dibuat bagi meminta kebenaran menukar sedikit format AF musim terbaru supaya disesuaikan dengan keadaan semasa.

Khairul Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada konsep ‘mengurung’ peserta di sebuah banglo seperti dilakukan pada musim pertama hingga kesembilan, akan diteruskan.

“Apa yang akan diperkenalkan untuk musim terbaru hanya didedahkan pada sidang media nanti. Setakat ini apa yang boleh saya beritahu, kita akan mengubah sedikit format program itu bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang.

“Kita akan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengetengahkan kembali program ini. Sebelum ini, kami tidak dibenar menukar langsung format program itu. Ia menjadi salah satu sebab kenapa AF diberhentikan seketika.

“Tetapi selepas dua pertemuan dengan pemilik program itu, akhirnya kami diberi kebenaran untuk mengubah sedikit format AF,” katanya.

Info
* Akademi Fantasia musim pertama diperkenalkan pada 2003 hingga muncul program yang mendapat tontonan tertinggi di Astro Ria.

Senarai Pemenang AF
* AF1- Vince Chong
* AF2 - Zahid
* AF3 - Mawi
* AF4 - Faizal
* AF5 - Mila
* AF6 - Stacy
* AF7 - Hafiz
* AF8 - Shahir
* AF9 - Hazama




Melalui Facebook: ASTRO GEMPAK




Dikatakan AF mungkin tidak relevan lagi pada keadaan skrang tetapi kita tidak bole lari dari mengenali yang AF merupakan salah satu program realiti yang digilai ramai suatu ketika dulu. 

dikatakan kali ini dengan format baru, kita nantikan lah bagaimana agaknya program ini.




semasa sesi perasmian di PAVILION




DIKATAKAN INI ADALAH LOGO BARU AF

dalam masa sama, nyanyian lagu menuju puncak telah dikreasi baru kan dengan suara ADIRA, STACY dan ZAHID
(sedap lagi lagu asal)


apa apa pun
tak sabar lak

yang pastikan , aku nak tahu

SIAPAKAH PENGACARANYA??

^_^

Thursday, May 16, 2013

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat. ???





Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap 

Khalwat. Siapakah?? | SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan kena tangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Psst, siapakah?

UPDATE-1: Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon lelaki terkenal ini di’tangkap khalwat bukan bersama tunang’nya.




P/s: mengikut kajian sekejap tdi yg dilakukan secara rawak oleh aku , kalo kata artis lelaki yg bertunang pada disember dan 25 tahun...ada sorg yg aku jumpa...HINT :duk selangor..(nama tk boleh disebut..bahaya...)