Teman pena..

Tuesday, May 15, 2012

My Life: study smart n hard, alhamdulillah ^_^

ASSALAMUALAIKUM


bulan 4 ari tu, aku penuh dengan test, ye la, TEST 1...dah kata study, so test akan ada punya la...apa yg kita bljr, dia test mula mula pada test 1 dulu.
so test 1 dah hbis da

ni da masuk pun bulan 5,
yang pasti, mesti lah da dapat resultnya kan

ALHAMDULILLAH
busy busy aku bulan 4 dengan tarian, sencetra, festari dan KWB, turun naik ke lendu
alhamdulillah
result aku test 1 ni...baik...nak kata sgt baik, tak sgt kot, tapi baik itu sudah bgus...yang pasti tidak ada fail
itu yg aku tak nak


semua nya atas berkat usaha kita juga, selain itu bantuan kawan dan lecturer yg mengajar dan juga bantuan ALLAH juga...
subjek2 kali ni bukan senang senang la aku nak katakan..
susah gak
account, finance, tax, law, huhhh....susah nak cakap
tapi wat masa ni, alhamdulillah, aku akan try tuk catch up sebaik mungkin

masuk hujung bulan 5 ni, TEST 2 pulak dtg..
so, aku kena make sure kan yg test2 jugak mendapat impact yg baik, result yg baik

doakan aku semoga berjaya tuk test 2 ni jugak

target aku nak naikkan pointer yg pasti, aku akan try nak dpt kan DL sem ni, hope sgt sgt...

sekian ^_^




Sunday, May 13, 2012

My Life: Bengkel tari "Connecting Communities National Dance" ASWARA

Aku tau pasal Bengkel Seni Tari oleh JKKN Melaka lebih kurang seminggu lepas itu pun dari kawan aku Eva..
so sehari sebelum ahad tuk bengkel (makna nya hari Sabtu)
aku da konfirm ngan eva tuk gerak seawal pukul 715 pagi pasal katanya kul 8 da start.

tapi malang nya kerana keseronokan di malam minggu, aku balik lebih kurang pukul 3.30 pagi dan baru nak tido. 
Akhirnya aku terlanjur sampai kul 7.30 pagi..
nasib baik berjaga.

so..siap siap, akhirnya aku gerak dalam kul 8 ambik budak budak dan shoot ke JKKN MELAKA di Ayer Keroh

mulanya ingat aku sorang je lelaki pasal yg lain follow ialah perempuan...nasib baik jumpa Hamzi dan aizudin..ada gak peneman

Nasib baik sampai je, dia org baru set up

tapi yg menjadikan ia sangat menarik ialah, first yg aku nampak adalah
Dr Joseph Gonzales

mula aku ingat " dia ke yg ajar nanti"
then aku nampak budak budak pakai baju ASWARA

WOW, ASWARA datang sini wat apa???!!

baru lah aku tau, Bengkel Tari tersebut bawah ASWARA



Bengkel kali ni sangat sangat seronok dan menakutkan

KENAPA SERONOK??

Hari je dpt belajar traditional zapin, tarian cina , bollywood dan variasi.
selain itu, warm up dia adalah paling best dan terbaik pernah aku rase.
bollywood dia fun!!
zapin, aku belajar benda itu dengan lebih detail dan lebih faham dan memberi lagi mcm mcm idea lagi pas ni.

^_^

KENAPA MENAKUTKAN??

Ada ASWARA dah satu hal, gempak kot diaorg dan ada pulak artis budaya JKKN MELAKA
lagi lah...saya sekadar penari universiti jee..huhu
gempak gempak kot semua nya...tapi best la, dia membantu aku tgk posture aku dan gerak tari aku sendiri, memperbaiki diri ^_^




apa pun, BENGKEL NI SANGAT BEST N ROCKS

dpt tangkap gmbr ngan juri sehati berdansa lak tu...
abg abg kakak ASWARA ni semua
dah la semua ok, baik punya

Yang pasti apa yg aku belajar ialah

SENI ITU SUNGGUH LUAS
BUDAYA ITU JUGA MENUNJUKKAN KEPERIBADIAN KITA
Budaya MALAYSIA sahaja dah banyak tapi sekarang ramai org lebih gemar menerapkan dan mengambil budaya dari barat atau timur, tapi budaya kita kurang diketahui, di kenali.
nama je org melayu, tapi jika ditanya ada berapa jenis zapin, apa tarian dari setiap negeri , mesti ramai yg tidak tahukan.

Apa yg ingin dibawa oleh ASRAWA ialah untuk memperluaskan dan memperkembangkan kepada semua masyarakat sesungguhnya budaya kita itu sgt banyak dan BEST
^_^

anyway, BERBALOI gak aku gi bengkel






Wednesday, May 9, 2012

My Life: My Day FULL



Fuh...!!
Today is the hardest time ever happen

5 class, bukan lah kata tak pernah ada 5 kelas, but tuk sem ni, hari paling pack skali...
Lunch, not sure dpt ke tak..
mungkin kena pandai pandai la nnt cam mana..

Pagi ni je ada LAB TEST, then sambung ngan finance, then TAXATION, after that class paling Hawliaoooo...International Business then malam lak ada Account

Otak leh pecah ma cm ni..

wish me luck
dan semoga Allah permudahkan hari ku dan masa ku tuk menimba ilmu
^_^

My Life: Penderaan Bayi, Jangan jadi cm Binatang, please.



HAVE U ALL WATCH THIS?? !!

Benda ni baru aku nampak dan tersebar dalam FaceBook 
so, i only can watch this video once and tak leh tgk da, pasal rase geram ada, sedih ada, simpati ada, semua la. (happy je tak)

Mengikut some sumber, video ni dah lama, kata nya pada tahun 2011
but aku tak kisah pasal benda tu just
satu je

KENAPA DIPERLAKUKAN PADA BUDAK YG KNOW NOTHING DAN KECIK CAM TU SEBEGITU

kepada semua yg membaca, Insyaallah, semua nya pandai berfikir kan..
ALHAMDULILLAH

soklan 1:
Why some people still acting like that??

kenapa perempuan (#&&#%@@) boleh perlaku sebegitu pada anak kecil ni. ada mengata kan itu adalah ibunya. IBU KANDUNG!!
aku tak kisah apa sekali pun jawapan korang mengenai ibunya 
stress ke, meroyan ke, period ke, apa pun lah, still tak munasabah

kepada lelaki mahupun perempuan..
please sgt sgt
sebelum nak wat anak, sebelum nak hasilkan anak, sebelum nak rasa nikmat SEX, sebelum nak kahwin sekali pun

FIKIR LAH BETUL BETUL, MASAK MASAK
bukan separuh masak ke , suku masak ke apa
se masak masaknya, kasi hangit pun tak pe

kenapa korg nak kahwin dan kenapa korg nak ada anak
kesian kot, diperlakukan macam tu dekat budak tu, dia kecik lagi dan bru nak kenal dunia, dan benda yg dia tahu, bila sakit dan tak dpt something is MENANGIS.
dia tak macam kita, fikir lah, logik tau semua tu...rasa rasa kepada ibu yg !%W%@ tu...bygkan mak dia jaga dia dulu cm mana...rasenya sama ke mcm tu...

pepatah kata, ibubapa pukul tanda sayang, but berpada pada lah sikit
jgn la jadi bahlol bin bodoh sgt
pukul tu pun ada batasnya kan...

nak kasi mati ke budak tu, budak tu kalo meninggal dunia sekalipun, tempatnya adalah SYURGA ALLAH
ibunya tu tak tahu mana tempat nya, Insyallah, NERAKA JAHANAM

please, mohan dan rayu sgt sgt
mungkin ramai sekarang ada juga sesetengah manusia yg sangat GIAN nak KAHWIN
silakan , kerana mengikut sunnah dan cara nabi dan dihalalkan
tapi pastikan niat nya SUCI
jadi lah Manusia ye, jangan manusia bertopengkan binatang berhatikan setan

walaupun saya belum kahwin, belum beranak, tapi saya juga manusia yg boleh berfikir

kalo tgk video ni, ditendang, dipukul ngan bantal, tampar, cubit, baling fon, then dia jerit suruh diam
rasanya budak kecik yg mungkin tak sampai setahun tu faham tak..
OTAK JE LEBIH, AKAL TAK DE
otak atas kepala, akal bawah kaki...
tu jadi binatang tu

just want to share dan pastikan kita semua sama sama share kan perkara ini, be a profesional human...org puteh boleh syg anak, kita yg melayu, beragama ISLAM ni pun susah ke...

kalo ada rasa nak wat cm tu,
JGN KAHWIN pleaseeee

mengikut sumber, ada mengatakan ibunya itu dah ditangkap dan dipenjara 18 bulan (X CUKUPP LAAA!!!)
dan anak tu dimasukkan kehospital disaat perempuan tu kena tangkap, pasal da teruk..
so skrang tak tahu la keadaan skrang nya cm mana..

STATUS TERKINI VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001


walaupun dah lama, tapi jadikan ia sebagai teladan kepada kita.

sekian
(maaf kalo terikut perasaan sgt sgt)

Tuesday, May 8, 2012

My Life: Happy Birthday Abg Abby ^_^

4 Mei 2012
Merupakan hari lahir abg abby atau nama betul nya (kalo tak silap ialah Abdul Rahman Bin Bohari)

Sepatutnya ia akan disambut ramai ramai oleh junior junior Sencetra yg lain, malangnya, atas urusan yg tak dpt dielakkan, hanya syazwan yuki je dpt join, manakala dibahagian Melaka, hanya aku, eva dan Ieya(itu pun kejap je), Hamzi pun atas urusan kerja tak dpt join.

Aktiviti tak ada la menarik mana sangat, tidak lah lama sangat kerana aku petang tu ada kelas, hbis smp pukul 5 baru pegi celebrate (boleh kire celebrate gak la, ala kadar, huhu)

Gambar wat tatapan semua ^_^




SEMASA DI PANTAI PENGKALAN BALAK




KEMBAR ALIEN BAK KATA FARAH , EHHE ^_^



SEMASA DI MAHKOTA PARADE






MARI MENJAMU SELERA, KHAS TUK ABG ABBY, HEHE




Pas makan , Jom JONKER JAP





Time for SHOOTING PICTURE
tempat kat: CASA DE RIO



To abg abby:
Happy Birthday
Semoga panjang umur dan murah rezeki
Sentiasa Happy dan Berjaya dalam Hidup
Sorry if ada yg kurang, ini adalah hadiah dari kirin, yuki dan eva.

Seronok kalo dpt gather skali ngan adik adik SENCETRA yg lain skali

Sekian
^_^










Thursday, May 3, 2012

My LIfe in Sencetra: SENCETRA lakar nama, setapak kehadapan.


SENCETRA
(SENI DANCE TRADISIONAL)



Assalamualaikum
Abang abang ku, kakak kakak ku SENCETRA sekalian
Apa khabar?
Semoga semua sihat dan baik belaka.

Kirin sini nak cerita sedikit mengenai adik adik kita
Mengenai family kita
SENCETRA

Alhamdulilah.
It gives me courage to make this blog today.
Pasal kadang kadang mood tu tak pernah sampai
But I want to share with everyone, dengan semua dan ingin simpankan agar sentiasa segar dihati kita semua, especially hati kirin.

Jika kita cuba menyingkap semula kisah kisah atau perjalanan SENCETRA itu sendiri, pasti kita sendiri akan tersenyum sendiri, gelak, dan mungkin menitiskan air mata memikirkan bagaimana SENCETRA itu bergerak.

Untuk kirin, kirin sendiri mungkin melihat sebahagian dari perjalanan itu, dari satu legasi ke satu legasi. Dari satu keturunan kepada satu keturunan yg lain bagi menghidupkan budaya kita dan kelab tarian ni.


Yang junior mungkin kurg faham, tapi senior senior ni cukup faham perjalanan kita
^_^

Kali ini

SENCETRA 
terus mara, mendaki gunung, naik ke atas

Melakukan suatu pembaharuan



Tanggal 25 APRIL 2012

Sencetra telah menyertai pertandingan Festival Tari Piala Tun Dr. Hasmah
Anjuran MMU, CYBERJAYA

Jika ingin dikisahkan mengenai perjalanan nya, perlbagai rintangan yg dihadapi oleh budak budak ni.

1.       Tarikh pertandingan pada mulanya adalah pada bulan MAC (tak silap 23 Mac), tetapi telah bertangguh kepada 25 April 2012.
2.       Bajet yang pada mulanya, sencetra telah pastikan ia diluluskan dan akhirnya diketahui di tolak oleh ayah man (timbalan rector HEP yg baru)
3.      Jadual yang agak padat, budak budak yg menghadapi FINAL.
4.      Moral down yg berlaku hampir beberapa kali
5.      Dua program yg perlu dihadapi iaitu Pertukaran Budaya Nasional siri 4 di Terengganu pada 17 april hingga 24 april dan FESTARI pada 25 APRIL.
6.      Pertukaran syarat syarat dalam FESTARI
7. turun naik ke JOhor (waktu nak sewa baju dulu)

Alhamdulillah, atas berkat usaha semua orang:

1.       Mira dan ieya Berjaya memujuk datuk rector kita tuk meluluskan bajet
2.       Semangat training setiap hari walaupun dalam masa sama, sedang menduduki FINAL EXAM dan FINAL ASSESSMENT.
3.      Mempunyai jurulatih/koreografer yg hebat (thank u abg abby)
4.      Semangat budak budak ini menghasilkan step sendiri (YES, they did ^_^)
Biarlah halangan mcm mana pun, dugaan mereka, cabaran dari luar sekalipun

IA BERBALOI

SENCETRA
Telah memenangi
JOHAN ZAPIN ASLI di PERTUKARAN BUDAYA NASIONAL PERINGKAT SATU UITM SELURUH MALAYSIA SIRI 4 DI TERENGGANU
&
JOHAN BAGI KATEGORI B (ARAB, 1001 MALAM)
&
JOHAN KESELURUHAN FESTIVAL TARI PIALA TUN DR HASMAH



Kirin bangga, pasti abg dan kakak kirin semua pun bangga

Kata-kata pinat:
batch kak ain n pj: pertubuhan sencetra
batch kirin : mengekalkan sencetra
batch mira n syaf : menaikakn nama sencetra... 

so semua adalah orang penting dalam sencetra tiada atas atau bawah, sama2 jatuh, sama2 bangun dan sama2 berdiri. seorang naik maka yang lain akan turut naik.
biar pahit mana pengalaman kita tempuh yang penting satu bahu ada untuk menampung bahu lain dan teguh nyatangan kita bergabung antara satu sama lain.

p/s: satu je pesan pinat, kepercayaan, hormat menghormati, bekerjasama, kasih sayang sebagai satu team dan sahabat amat penting dalam team sencetra..
love you guys..!muah!!

kata kata PJ:
Alhamdulillah, hasil usaha korang sendiri..tahniah pj ucapkan..pj hanya boleh tengok korang dari jauh..pj memang nak dtg sgt tgk korg tapi pj kat tioman ada trip uitm, sorry sgt and tahniah dari pj dan jaz untuk korang semua…pj bangga sangat sangat.. cam nak nangis palk bile korang usaha sampai cam ni..TAHNIAH Ok!!

kata kata jaz:
Sy bangga dan kagum dengan anda semua kerana:
1. mengharumkan nama sencetra
2. Bukak mata group len jgn pandang rendah kat sencetra.
3. Kamu semua adalah terbaik
4. Kamu sgt dedikasi
5. Last skali kamu sgt hormat mghormati,, 
Dengan sebab itu sy berbangga jadi sebahagian daripada family sencetra,, u guys the best,, 
P/s ajar ah step kat jazz, gian nak menari,, rindu and super syg kat korang,, with love ur senior jazli :)

kirin akhirkan dengan gambar gambar wat tatapan semua
^_^

Semasa sesi sesi latihan harian










Semasa di FESTARI


PINAT PUN ADA GAK, WALAUPUN DIA WAKIL UITM SHAH ALAM, DIA TETAP ADA BERSAMA KAMI SEMUA ^_^


THANKS ADIK MIRA FOR COMING ALSO TOLONG AND SUPPORT


PASANGAN BAHAGIA, BAK KATA PINAT" DUA ORG NI APA STATUS SEKARANG NI, MASIH LAGI KE?" HEHEE ^_^



UNTUK ZAPIN RAMPAIAN

\

PENARI YG TERLIBAT TUK FESTARI






Kirin happy sebab dapat kenangan dan pengalaman macam ni ngan junior junior kita ni
THANK U kepada abg abby tuk koreograf yg sgt cantik
cik fifi, hamzi, adik mira, kocak kerana tolong sama sama dan bagi support

TAHNIAH PADA JUNIOR JUNIOR SEMUA

                                                                 u all do job well done.

sampai sini saja nukilan kirin, semoga kita semua simpan kan ia sebagai sebuah kenangan
SENCETRA ialah family kirin
korang lah abang, kakak,dan adik kepada kirin

SAYANG KORANG SEMUA
LUV U ALL

saya akhiri dengan VIdeo ini

^_^
salam 
sekian