Teman pena..

Monday, June 29, 2009

C . I . N . T . A

Cinta...Love…Suka…Kasih Sayang…Kekasih…I Love You…You Love Me…I Sayang You…You Sayang Me…Couple…Sehati Sejiwa…Sehidup Semati…Jangan Tinggal Daku…tu semua dikaitkan dengan CINTA.

Wah jiwangnya aku….hehe…Satu topic yang semua orang akan tahu dan pasti semua orang pernah lalui atau sedang lalui atau bakal lalui. Wajib!


Aku menulis karya ini bukanlah ada tujuan mengenakan orang ke, cemburu ke, dengki kianat ke atau apa apa sahaja korang sangka la pulak lagi.

Aku bukak topik ni hanya lah untuk menyatakan pendapat sahaja.(walaupun niat pertama tu/mula mula jahat, tapi skrang dah insaf dah/ tak buat dah). Pendapat peribadi dari hati. Bukan untuk menjatuhkan sapa sapa atau nak mengagung-agungkan yang lain pulak. Kita cube berfikiran terbuka…open minded…


Macam mana ya agaknya cara cara cinta dahulu???

Ini hanya la setahu aku dari apa yg aku dengar, tengok rancangan tv… dulu cara nya ala ala malu nak mintak…kongkongan keluarga(mungkin)…surat menyurat…dating bawah pokok, tepi tasik…ayat jiwang gile gile punyer…mungkin berpantun atau bersajak… hehehe. Dan mungkin juga usia waktu cintan cintun dulu dalam usia 20thn keatas…rasenya la.


Sekarang…

Usia mungkin dalam 10 tahun ke atas dah pandai bercinta… caranya mungkin dah moden sangat, sms, telephone, handphone, intenet, myspace,freindster,tagged,facebook…dating kat shoping kompleks…kongkongan keluarga(kurang)…ayat biase jer…duit kena ada…hadiah…cinta boleh diganti ganti…cinta sejati(ye ker…tidak ya)…cinta monyet…cinta internet…couple…couple tak declare

So boleh bezakan ya…
Cinta sungguh cantik, sungguh murni…tiada yang negative pasal cinta semuanya positif, bahagia lah orang kata. Tapikan adakah kepaduan isipadu cinta itu sendiri betul betul 100%. Atau sekadar cinta yang biasa dan bukan cinta luar biasa. Apa yg aku merepek ni.

Sekarang cinta monyet da merata. Orang zaman dulu kalau putus cinta, tension menonggeng…sampai taknak bercinta dua tiga tahun…skrang, setengah orang bercinta kalau putus, tension dia semalam jer, lepas tu jumpa baru esok paginya… update betul cinta zaman sekarang.

Sapa la aku nikan, nak mengatakan pasal cinta… mungkin korang akan bilang kat aku: “ko ni sapa,” “ ko pernah ker bercinta,” “yang ko nak jiwang sangat apsal…” “ko sibuk apsal” “pegi mampos la” “suka ati diaorang la” “hahaha” “sibuk jer dia ni”


Ni la antara ayat ayat korang… memang benar..aku pernah bercinta/bercouple pun tak lama…tapi memang cantik lakan cinta tu sendiri…tapi aku tak rase la cam mana lama nya korang rasekan… apa orang kata ‘mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang’ itu la kan yang berlaku waktu cinta.
K la… apa korang nak kata, kata la…aku terima…tapi awal awal aku da kata hanya nak menyatakan pendapat…sahaja untuk berbincang…

Apa beza antara couple yang declare dengan couple yang tak declare tapi perasaan semuanya ala ala bercinta sakan???

Ade pasangan yang mempergayakan gaya cinta “couple tapi tak declare”. Gile moden sial
Hahahaha

Tapi apa apa pun…mungkin itu semua atas pangkat kata sahaja, bukanlah tulus hati. Hati mungkin dah bersatu. Erat .. dah di ikat antara satu sama lain… biar lah luaran begitu tapi hati penuh dengan kenikmatan cinta…

Okay la, ku undurkan diri ku skrang… tak nak kacau korang bercinta…

Cintailah anda…
Cintailah pasangan anda…
cintai lah keluarga anda…
cintailah harta banda anda…
cintailah haiwan…
cintailah alam sekitar…
cintailah sapa sapa…
tapi yang paling penting…
CINTAI ALLAH…tuhan yang mencipta kita…

salam

Saturday, June 27, 2009

Terlepas Pandang....

salam semua...

apa habaq??? sihat semua...
alhamdulillah semua sihat...

itulah perbualan kita antara kawan kita, family kita dan semua org yg kita kenal... tapi pernah tak bayangkan mcm mana keadaan orang orang yang meminta sedekah...???pernah tak kita tanya kat org mcm tu...

aku pasti korang dan juga aku sendiri kalau pergi mana sekalipun, tengah jalan jalan , shoping kat KL kan. mesti korang akan terserempak depan kawasan kedai, tepi2 lorong, belakang kedai. betul tak..

bila mereka yang malang ni minta sedekah selalu nya kita akan melarikan diri, ada yang tolak la, tendang la... astagha...

pernah tak kita bayangkan macam mana cara mereka hidup, setiap hari mencari sedikit wang tuk hidup, tuk makan dan minum dia org... tempat tinggal.. mana mana jer.. pakaian... satu tu je la tuk selamanya, tuk hari raya aidilfitri tuk hari raya korban... family... mungkin dah tak de da...

bayangkan....

memang benar, setengah dari orang yg meminta sedekah ni penagih dadah la, samseng la apa la kan... tapi ada juga yang merupakan mangsa rogol, ade anak luar nikah, dikendong setiap masa minta sedekah...

bayangkan la ye...

aku mula sedar sedikit pada 2 minggu yang lepas semasa aku bersama mak aku dan family abang ku berjalan di KL... tiba tiba kakak ipar suruh dermakan RM10 kat orang tua yang duk kat tepi kedai...

aku pun selamba jer pegi bagi kat orang tua , lelaki tu. terkejut gak aku reaksinya

orang tua tu menangis dan bersyukur kepada ALLAH... aku pun mcm takut gak waktu tu tapi reaksi dia mcm dia berterima kasih ngan aku, pasal ade orang nak bagi duit kat dia

dia menangis dan macam menjerit, terima kasih kat ALLAH semua... first time tuk aku lihat reaksi yang macam tu...

selalu nya reaksi org baise jer, "terima kasih" tapi dia ni "terima kasih dik, ya allah, terima kasih ya allah, ada orang yg nak bagi........ ya allah" sambil menangis nangis..

so aku rase, jgn la rase segan segan atau kedekut sgt nak sedekah kan sikit wang kepada orang yg susah ni....

perlulah kita bantu antara satu sama lain...

khidmat nasihat dari KEYRIN
hehhe
salam...

Program yg aku follow...




16 jun hingga 22 jun ialah tarikh aku mengikuti Program Pertukaran Kebudayaan atau nama lain nya Program Integrasi Nasional (x silap aku la) anjuran UiTM. Tak semua UiTM yang terlibat hanya lah Sabah, Melaka, Terengganu, Perlis, Kelantan, dan Johor. Ini merupakan program pertama kali sebegini diadakan.

Setiap kampus menghantar lebih kurang 25 orang wakil sahaja, tak silap aku lagi la.
Dan Melaka… kampus aku sendiri menghantar ramai jugak la seramai 17 orang termasuk la 6 budak tarian,7 budak teater, 2 pengiring dan 2 lagi driver bus. Dan dari kiraan sebenarnya hanyalah 13 org sahaja dan yang terlibat dlm show seramai 6 orang dan belakang tabir seramai 4 orang laa lebih kurang. Berkesan ya yg pegi…ish ish ish… hehehe


peserta dari melaka sendiri...hehheheh

Program ni diadakan di Johor, di kampus Segamat. Mereka menjadi tuan rumah. Bukan la aku nak menceritakan jalan program ini, tapi aku nak ceritakan pasal kenapa aku rase aku nak cite pasal benda ni.

Aku tahu korang tak tahu apa isi pati program ni tapi secara ringkas dan padatnya aku terangkan. Program ni seperti kata aku awal tadi, melibatkan 6 kampus UiTM dan program ini diadakan di UiTM Segamat, Johor dan sekitarnya.

Antara isi program ialah program anak angkat di FELDA Kg. Kemelah. Disana diadakan gotong royong, kem motivasi (dimana para peserta iaitu mahasiswa dan mahasiswi UiTM sendiri mengajar dan menjalankan permainan kepada muris murid darjah enam Sekolah Rendah Kg Kemelah.


bersama kanak kanak kg kemelah...


melayan budak di seklh kg kemelah...


semasa di Kg Kemelah... nak buat gotong royong ni...

Selain itu diadakan majlis tahlil dan bacaan yasin semasa berada di Kg. Kemelah sendiri. Malam terakhir sblm pulang dan brpisah dengan keluarga angkat diadakan pula malam kebudayaan untuk menghiburkan para penduduk kg.
Selain itu diadakan juga sukan rakyat, dan majlis penutup untuk program pertukaran budaya Bakti Bayu 2009 dan juga lawatan di Melaka.

Okay…

Apa yang aku dpt ya dari program ni??? Hmmm… ni la yang aku nak ceritakan…
Program ni aku rase unik sikit , sikit je la pasal yang terlibat ialah budak budak kebudayaan. Aku rase bukan selalu la ade program yang hanya melibatkan satu bahgian secara ramai dan dari lain lain kampus.

Program anak angkat pula merupakan pengalaman pertama aku. Nak ikutkan ini semua merupakan pengalaman pertama tuk aku. So bila peserta UiTM di agihkan kepada semua ibu ibu angkat, ibu angkat ini semua akan dapat 5 orang anak angkat (maksimum) tapi bukan la dari satu kampus sahaja tapi dari setiap kampus.


So untuk aku, aku dpt adik beradik angkat dari Kelantan, Sabah dan Terengganu. Aku rase pada mulanya macam tak suke betul dipisahkan, hehee. Tapi bila dah bersama, baru aku tahu kebaikan dia buat campuran mcm ni. Supaya kita dapat kenal lebih dekat dan mengeratkan lagi silaturahim dan baru lah dikatakan UiTM lebih padu dan erat…ewahh…


keluarga angkat ku bersama adik beradik angkat aku...



Selain itu juga pihak UiTM buat program anak angkat kat bahagian Felda, Kg. Kemelah. First time utk aku pergi masuk kawasan felda. Dan juga aku rasa first time jugak aku dpat keluarga angkat. Aku dpat rasa kan macam mana kehidupan orang felda, cara mereka hidup, berkerja. Aku sedar aku sendiri tinggal dikawasan bandar so aku jarang dapat merasakan kehidupan di kawasan kampung. Sekarang aku dpt rasakan sesuatu yang lain.


Aku boleh menilai diri aku dan bukan la tuk membanggakan diri aku sendiri. Tapi adakah aku rase insaf setelah apa yg berlaku… aku akan tepuk dada tanya selera…manusiakan…itu lah aku… ish ish ish jahat nya…

Selain itu, kata kebudayaan, mestilah ada persembahan kan tarian, teater mahupun dikir barat. So dari situ kita boleh kenal tarian tarian mahupun cerita atau bahasa dari setiap negeri. Sekarang la baru aku tahu adanya tarian rodet dari Terengganu, cerita buyong dari perlis (x silap aku)dan dikir barat of course la dari Kelantan…


sementara menunggu giliran persembahan...

Ya satu lagi, kita org ade buat permainan rakyat dari setiap negeri, kalu untuk Melaka ialah tarik upir, sabah ialah baling botol, johor ialah boling kelapa, Kelantan ialah galah panjang, Terengganu ialah sepak takraw dlm bulatan (x silap aku lagi) dan perlis ting ting.(tapi dibatalkan perlis punyer)


semasa keterangan permainan baling botol

So , konklusinya… ewah macam wat karangan SPM pulak
Konklusinya, program pertukaran budaya 2009 atau program integrasi nasional 2009 ini bagi aku sanagt best dan seronok, walupun kdg kdg tenson gak waktu latihan semua , but syok sgt n rindu kat new parents( keluarga angkat), kawan baru n adik beradik baru
Hehehe

K la tu jer
salam

Thursday, June 25, 2009

Persepsi Masyarakat...

Rais: Kirin, ko tak keje ke ari ni??
Kirin: Aku dah seminggu tak keje da.. aku ade program UiTM
Naim: Program apa??
Kirin: Program Kebudayaan cawangan2 UiTm la ngan sabah, perlis, Terengganu…
Naim: Owh ko menari ker??
Kirin: A’ah
Naim: wow…
Rais: ala aku robotonik.. hahaa
Naim: ala okay apa menari, bukan semua nya ada yang lembik lembik…ada gak yang keras
Kirin: betul tu, aku setuju
Naim: orang je skrang ni fikir menari jer pondan la apa… masyarakat tak fikir
betul…. Orang mcm ni patut kena lempang jer…



Saat aku mendengar perbualan ni, aku rase ada jugak orang open minded dan bukan semua nya mcm tu

Gembira aku mendengar orang yang boleh menerima dan memahami bahawa bukan semua yang terlibat dalam kebudayaan terutamanya bidang tarian/menari adalah orang yang lembut atau dengan kata yang lebih korang kenali “pondan”… korang faham kan perkataan tu…mesti faham sangat
Understand clearly so really really right

Aku tak nak katakan semua orang begitu, bukan la semua orang tapi sebilangan orang yang ade berfikiran begitu, rase cukup kecewa mengapa layanan seburuk itu diberi kepada orang yang meminati tarian. Oopppsss bukan layanan tapi gelaran.
Tanpa tarian hidup korang jugak tak terhibur, memang la ade penyanyi, nyanyian la yang menghiburkan korang, tapi menghiburkan telinga korang, yang menghiburkan mata korang, apa??? Video seks, pompuan… ish ish astagha( apa aku ckp ni) … okay la, kita ambil dari segi positif… mulia la hehehe mesti la korang tengok tarian kan atau movie ke, main game ker..antara sumber hiburan korang
Kalo ada persembahan nyanyian , penyanyi nyanyi lagu rancak yang ade movement tuk dance, mesti ade penari… so dua dua tu ada kaitan bukan… bayangkan kalo penyanyi ya menyanyi ya lagu rancak ya tapi mana penari nya ya?? Best tak??? LU FIKIRLA SENDIRI…

Apakah salah orang yang meminati tarian..mereka tak kaco pun korang… mereka just nak hiburkan korang jer
Nape aku sibuk mengenai perkara ni… aku sibuk kerana aku meminati seni tarian… tarian adalah perkara yang best its good for your health n also boleh hilangkan stress (alamak ayat standard)
Tarian is my hobby… aku pernah menubuhkan sebuah group di zaman sekolah menengah dulu bersama empat kawan ku lagi ammar, fahmi, kavi dan ashok… memang seronok waktu tu. TWISTED MIND group dia
Dan sekarang aku kebudayaan uitm…


group aku di sekolah dulu Twisted Mind



group aku di UitM, kebudayaan UitM - SECENTRA

Don’t judge the book by its cover (ewah) ..betul ke ejaan aku ni…
Cube kenali dulu dan selami dulu tarian , mungkin anda juga akan menyukai nya…
jgn memberi gelaran yang menunjukkan sesuatu perkara yang tidak elok, buruk tapi sebenar nya baik dan murni
salam..

Saturday, June 13, 2009

kata hati?? jiwa?? perasaan?? kata roh kita

Masa sudah tidak sibuk lagi,
masa sudah tidak pening lagi,
masa sudah tidak menangis lagi,
dan masa tidak lagi benci dan marah lagi.

masa cepat berlalu meninggalkan detik yang lama,
dan datang nya masa yang terluang besar dengan tenang nya,
tanpa ada setitik darah hitam,
kau kurung dirimu dalam masa,
kau kurung dirimu dalam pengetahuan,
kau jauhkan dirimu dari segala harta yang kau cintakan.

semasa kau dalam kehayalan dalam dunia kau
adakah kau rasa puas dengan keputusan mu,
adakah kau rase ko telah melakukan keputusan yang tepat,
adakah ini cara ko melarikan dri dari masalah,

nescaya, dan aku prcaya, ko terkapai mencari semula
khazanah alam yang ko pernah cintakan dulu

apa berita yang kau tahu???
menyesal??
terkejut??
kecewa??
sakit hati??

semua tu dah tak berguna..
salah kau sendiri juga
kau yang mengurung diri mu
sekarang kau cuba mendabik kesalahan kau pada org lain

wahai makhluk ciptaan ALLAH
sedarkan lah diri mu,
aku tahu
bukan senang untuk menyesuaikan diri pada satu benda
yang sudah lama ko tinggalkan
ko tetap sayang, suka, pada harta mu itu

kalau susah untuk ubah 100 peratus
cuba satu peratus
kau manusia ada hati, sama juga macam aku
aku tahu hati kamu kerana aku adalah hati mu
aku tahu jiwa kau, kerana aku adalah jiwa kamu
aku tahu perasaan kau, kerana aku lah perasaan kamu

untuk menjadi yang terbaik perlulah gandingan bersama
barulah hidup lebih bermakna

langkah pertama bukan langkah yg senang
tapi kena ada usaha nya

aku dan kau pasti boleh berjaya>>>>>>>>>>>

Kerenah, Kerja, Cuti

Habis sahaja exam, semua HAPPY bagai nak rak, ye lakan tak payah belajar, tak payah wat assignment, tak payah mengira, mengeja, membaca dan mcm mcm la kalo duk kat Universiti ni. termasuk la aku sekali. ingat lagi waktu last exam tu sblum nak pegi exam, barang semua da tersedia ditepi katil... ready nak tunggu parents ambik bwk balik...hahahaha (bukan aku sorang ek, semua pun sama je)

cuti yang hampir 2 bulan ni mcm mcm la aktiviti yang orang rancang, ada nak keje, ada nak duk umah saja, ada yg nak online, blog hopping la,besarkan badan la, kecikkan badan, tinggikan badan, buat assignment tuk next sem dan mcm mcm lagi...

setelah korang rancang punya la awal,,,ada gak yg duk umah jer kesudahan nya...kata keje tak de la, tak sesuai dan mcm mcm lagi..

untuk aku, aku waktu cuti ni , aku cari peluang nak cari duit sikit isi poket ni haa...
aku keje...keje kat mana???





sini la tempat aku bekerja...PIZZA HUT...
before ni pun aku penah kerja kat sini, so dpt la peluang tu cerah sikit nak keje kat sini.

first day aku masuk berkerja dah start layan customer gila..gila apa itu yang kita tak tahu tu..hehehe bukan gila yang tak waras tu, just perangai yang cm tak senonoh..(jap jap, bkn sama ke apa yg aku maksudkan..tak waras dan tak senonoh)

hmmm...apa apa je lakan...so aku rase bengang la jugak kan first day customer pun cam sial lak... but itu okay la..then makin hari makin hari lagi teruk rupanya yg aku jumpa, mcm mcm jenis manusia, perangai yang aku jumpa...

so esok 14 june 2009 mrupakan ari last aku berkerja di PIZZA HUT... walaupun aku sorang jer laki kat situ yg kerja sebagai waiter (malunya) yang lain pompuan, ari ari aku kdg kdg menceriakan diri aku.

walaupun melayan perangai customer yang bermcam ragamnya, perangai manager, staff yang sama , aku dpat rasakan macam mcm bentuk attitude baik dan buruk didalam kawan sekerja aku

ada yg jenis garang cam tomboi tapi baik, ada yg baik tapi pemalas dan pura pura baik dpn orang dan menakitkan hati je, ada yang kena banyak bersabar dengar leteran dia, ada yg seronok dan mcm mcm lagi.

cuti aku ni diwarnai dengan cusomer, staff, masa, kepenatan, keluarga, kerja yang amat dasyat...

so esok last aku kerja, aku kena tamatkan apa yg aku mula...
sekian
assalamualaikum



aku kat dl chiller, tgh kesejukan ni..hehehe




waktu tgh rehat...2 jam lak tu..tak de keje tangkap gamba sendiri
hehehe

Wednesday, June 3, 2009

Jaya , Seksyen 14

Hampir semua orang yang tinggal di Petaling jaya akan tahu di mana terletaknya JAYA, Seksyen 14. Bagi aku , jaya ini ialah tempat aku berlepak, bermain, berjoli dgn kawan kwn aku semasa aku zaman sekolah menengah dulu. Walaupun ada Amcorp Mall untk tempat kita melepak, tapi aku tetap akan ke jaya jugak kerana mcm mcm ada disana.

TGV ke GSC ke, memang la tak de kat sana. Tapi setakat untuk lepak, beli barang untuk sekolah( dulu aku ni kira nerd+normal la gak, tapi tak bercermin mata ya dan tak baca buku..always) aku tidak la cam tu dengan geng aku. Geng twisted minds dulu…hehehhe( smp skrang sbg kenangan manis)

Baru baru ni kita di gegarkan dengan berita runtuh dkt Jaya kan??? Kan kan… so aku pun agak terkejut jugak …but nasib baik la waktu runtuh tu, semua kedai disitu telah ditutup, kiranya jaya dah ditutup la.aku dpt tahu dri shbt ku , Ammarella( nama popularnya) , waktu tu aku tgh keje…
Malang dari keruntuhan itu, pekerja disitu yang menjadi mangsa… marilah sama sama kita memberikan al-fatihah pada mereka… AL-FATIHAH……


aku sempat jugak pergi melihat tempat kejadian…suku dari bangunan tu yg runtuh… dan yg runtuh ialah tempat aku melepak, haihh…






bila teringat kembali masa lalu, mcm mcm ada aku wat kat JAYA ni. yang aku ingat ialah semasa aku form one ke two...aku ingat lagi, aku dan kawan aku yg waktu tu ada yg kenal ada yg tak kenal(bru lagi, x knl semua lagi) pergi makan nasi ayam dkt chicken rice shop... semua nya membawa wang yg hanya diberi oleh ibu bapa...kalau dulu budak budak membekalkan RM 2.00 ke RM 3.00 tapi nak makan yg harga lebih tinggi.

dapat la jugak kita org makan atas bantuan kawan ku bernama george...time kasih kat dia laa
makan nasi ayam dan air yg entah apa la dia org bagi...tawar rasa nya...kelakar bile teringat kembali...

selain tu, JAYA jugak tempat aku main sorok sorok, AKADEMI RACE( ala ala explorace laa dari sekolah ke JAYA), tempat aku membeli brg pembelajaran)

tempat membeli barang untuk "Khemah" dulu, dan mcm mcm lagi...memang syok la dulu

dengar kata mereka akan runtuhkan seluruh bangunan, so kenangan dulu akan jadi kenangan yg paling manis.