Teman pena..

Thursday, March 29, 2012

pengajar dan pelajar , hurmmmrmmm






apa yg anda lihat dan anda fikir melalui tiga gambar di atas ini??

gambar 1: budak kebosanan, menunjukkan, kemungkinan, kelas itu bosan, subjek yg bosan ataupun lecturer yg membosan kan.

gambar 2: pelajar tertidoq dan lecturer nya marah..
salah sape? lecturer or pelajar tu sendiri?

gambar 3: pelajar ketakutan, lecturer "mistress of discipline". garang kan lecturer tu. sampai menakutkan pelajar diwatnya. takut apa ek?

Gambaran ini mungkin menunjukkan sebahagian kecil sahaja apa yg berlaku antara guru/pensyarah dengan murid/pelajar.

adakah ia terletak pada kesalahan pengajar atau pelajar
kelas agak bosan dan boring, pengajar agak jiwa kacau masuk kelas, kelas agak tegang hingga menyebabkan ketakutan yg melampau.

kalo kita tgk drama drama melayu atau senang kata org org dulu kata...
parents akan benarkan pengajar tuk pukul anak murid. atas sebab dahulu ialah tuk MENDIDIK dan MENGAJAR. tapi sekarang?










tidak lah saya ingin menyentuh secara detail sangat kerana saya hanya manusia biasa sahaja.
tetapi melalui tatapan gambar saya beri diatas ini. mungkin dapat memberi sedikit sebanyak hiburan dalam masa sama akal fikiran tuk kita fikir bersama.

Kalo kita tengok gambar diatas ini, dalam petak hijau tu

" peraturan yang ada ketika ini melarang guru menyentuh pelajar ketika melaksanakan hukuman dan inilah kekangan utama untuk kita melaksanakan hukuman merotan bagi mendisiplinkan pelajar"


jika ini benar bermakna tiada lagi hukuman, displin belajar teruk, pelajar akan lebih bertindak liar.

pendapat saya sahaja lah

sekarang bukan nak salah kan pengajar, pelajar atau pun parents
kerana dalam hal hal begini, sepatutnya semua bertanggungjawab

sebagai pengajar, 
yes , anda sebagai pendikik, mendidik dan mengajar. jika murid ada buat kesalahan di tegur dan hukuman itu tidak salah asalkan masih lagi hukuman itu berpada pada dengan keadaan dan denda tersebut. takkan sebab tak wat kerja sekolah, kena pukul sampai lebam.
dan apabila anda diberi tanggung jawab sebagai pengajar, bukan lah anda boleh take advantage pada pelajar. pengajar juga kena tahu batas batas anda sendiri.


sebagai pelajar,
tugas anda dan harapan ibubapa ialah belajar dan berjaya dalam peperiksaan (kebiasaannya)
tetapi bukan lah bermakna anda perlu belajar sahaja dan tidak melakukan aktiviti sosial seperti biasa. anda masih boleh berkawan, bermain dan mahupun kokorikulum.
tetapi awas!

apa yg saya lihat zaman persekolahan saya dahulu dan zaman sekarang.
tahap KURANG AJAR pelajar kepada pengajar makin teruk sekarang. 
tidak menafikan bahawa ponteng, lawan cikgu atau semua itu memang sudah ada
tetapi sekarang ia seperti telah semakin meningkat.
pengajar seakan kawan biasa sahaja, pengajar sekarang terpaksa meninggikan suara apabila nak mengajar kerana kelas terlalu bising. murid melawan cikgu sgt hebat.
tapi sama juga pada cikgunya.
kerana geram pada org lain, lepas geram dekat org lain.

sebagai ibubapa
kebiasaannya , kita akan meletakkan tahap pada anak kita untuk lulus dan A dalam peperiksaan.
pergi sekolah belajar
jangan main
itu adalah harapan ibubapa.
tetapi kebanyakan ibu bapa sekrang mengejar wang
bekerja la kan.
jadi dia mengharap untuk pengajar untuk mendidik mereka
tetapi skrang main nya saman menyaman sahaja.
lebih menyebelahi anak anak, pengajar dipersalahkan

dirumah mungkin anak soleh
di sekolah mungkin anak setan
kita tak tahu cm mana keadaan selain, ibu bapa mengambil tahu setiap gerak geri anak anak kita.


 ini hanyalah bayangan sahaja terhadap situasi zaman sekarang
mungkin salah
mungkin betul

jika ada tersinggung sesiapa
maafkan saya

kerana saya tidak bermaksud apa apa
tetap sebagai panduan diri sendiri dan sekadar perkongsian.

masing masing perlu menjalan tugas masing masing
jika tugas pengajar mengajar, jangan la pula sentap semacam sehingga malas nak mengajar

 jika tugas pelajar belajar, jadi belajar lah kita dan jgn melawan  , hadir kelas jgn ponteng (take note tuk diri sendiri)

sekian

^_^






Tuesday, March 20, 2012

Budaya Membaca Novel FIXI

Assalamualaikum

Today, malam malam buta cam ni, patutnya da tido, tapi ambik masa tuk mengupdatekan blog sebentar

Sekarang ni Malaysia sedang mengwar-warkan kepada kita tentang BUDAYA MEMBACA BUKU
Jadi budaya ini agak kurang dipraktikkan rakyat MALAYSIA, malah saya juga.
tetapi , setelah kawan saya memperkenalkan saya dengan satu NOVEL dari FIXI
Ia telah menimbulkan minat saya terhadap membaca.

Buku ilmiah dan more to saintifik mcm tu mungkin kurang bagi saya, tapi novel, buku cerita, INSYAALLAH.
Sekarang ini, Malaysia, para penulis berkaliber Malaysia amat meminati menulis novel genre ROMANTIK ataupun CINTA.
Maaf le, saya agak kurg minat terhadap cinta cinta. Berlambak ya. Manakah novel novel versi lain?

Jadi, saya telah melihat kawan saya membaca novel FIXI.
untuk more detail, anda boleh click sini review FIXI

Actually, the review by my friend ni very very good.
Jadi saya ingin cuba review saya, tapi mungkin tidak la sehebat review kawan saya, JANGAN LUPA CLICK...
this is my two novel yg aku dah habis baca da. SERONOK!!

gmbr atas ni gila sikit...upload dia dah gila, tapi nampak nice lak, ahakss


Ni gmbr saje gimik je lebih. ^_^


MY FIRST REVIEW IS NOVEL FIXI: ZOMBIJAYA




Menceritakan mengenai 5 orang sekawan, Nipis, Ana, Kamarul, Aliff, dan Sofia yg bermacam macam personaliti menhadapi hidup hidup mereka dalam pembawaan ke dunia zombi yg berlaku di Malaysia pada masa itu.

Menariknya mengenai novel ini antaranya ialah
1. Pembawaan cerita dari A to Z sangat lancar dan senang tuk fahami dan flashback dia tidak mengganggu penceritaan novel tersebut.
2. Penggunaan bahasa yg senang tuk difahami dan mengikut standard percakapan era dan budaya dan umur yg cukup sesuai.
3. Perjalanan cerita dan keadaan adalah seperti dapat dibayangkan oleh kita dan updated ye. (teknologi dia semua, cukup!)
4. Untuk setengah novel, bahasa akan menjadi sedikit teratur dan sopan, tetapi ini tidak. Disini kita akan lebih nampak realiti kehidupan MALAYSIA.
5. Karakter yg warna warni... ada baik, ada buruk..setiap org tu ditunjukkan baik dan buruknya. Tiada yg termiss. Cukup rempah ratusnya.
6. Action...nice..kalo wat movie ni...dpt bygkan betapa dasyat sekali
7. Cover buku yg sempoi.
8. gambar gambar sebagai penyeri cerita dan penghilang bosan dari melihat huruf.

I give 4 out of 5 star. CEPAT BACA!!


*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi




MY SECOND REVIEW IS NOVEL FIXI: NGERI

Mengisahkan 3 org pelajar( Rehan, Samuel Lee dan Joanne) penuntut jurusan perfileman disebuah universiti yg diberi tugas untuk membuat skrip. Cerita menjadi NGERI apabila setiap skrip yg ditolak oleh pensyarah nya kini menjadi realiti. Akhirnya ia telah mengganggu kehidupan 3 org pelajar ini. Anda perlu baca kerana. pengakhiran nya bukan satu pembaziran. ^_^

Menariknya novel ini ialah:
1. Satu genre yg agak berlainan dan bnyk kepada ketelitian dan suspen juga.
2. bahasa yg digunakan amat mudah dan mudah tuk difahami
3. Plot cerita yg kuat dan bnyk adegan yg tidak kita sangka.
4. Pengakhirannya GOOD, tidak happy ending sgt, tapi will SURPRISE korang.
5. Anda tidak akan bosan dengan baca sahaja kerana ada cara cara seakan penulisan email, mesej dan telefon (seakan DIALOG)
6. Cover buku yg menarik dan Ngeri jugak.

I give 4 out of 5 . MUST READ MAN!!!


*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi



Mungkin ini masa nya tuk kita try terapkan sikit budaya membaca. tak salah kan. ^_^
JOM, pe lagi, hbiskan voucher anda dgn beli buku NOVEL FIXI
akan datang untuk dibaca: JERAT, TABU, dan mcm mcm lagi.

p/s novel ini sekarang bnyk juga mendapat sambutan. Ada yg terjumpa dengan org org yg perasan saya membaca nya, ramai kata BEST. saya baca dia merata tempat.dlm lif, sedang berjalan pun baca atau before tidur.

sekian
^_^





Friday, March 16, 2012

My Life: Trip to Johor Bahru

Assalamualaikum
apa habaq semua?
alhamdulillah
kalo anda masih sihat walafiat bagus


hari ni saja nak menconteng conteng sesuatu di blog aku ni
rasa cam kosong lak da lama tak update
hehehe

Date (9 - 11 hb)
Hujung minggu lepas merupakan minggu yg sungguh busy tuk aku.
Bermula dari hari Jumaat, aku pulang ke KJ sebentar untuk program POW dan pulang dlm malam yg sama
Esoknya, Sabtu. Aku ke Lendu untuk training tarian aku sehingga Ahad
dalam masa sama aku ke JOHOR BAHRU, bersama mira, shaf, hamzi dan eva.
Satu kete je
so, eva merupakan tour guide kami semua ke sana.

Bergerak dari Melaka dari tol ayer keroh kul 6 ptg, smp Tol Johor bahru pukul 8 mlam (sabtu)
so, out tour guide tunjuk kan sikit sikit mana dia danga bay, muzium, istana, (pasal dia sekali jalan hehe)
yang pasti kami singgah sebentar di BAZAR KARAT.
mungkin tempat popular gak tuk org org Johor ni..
tak dapat nak lama sangat pasal mengejar masa. tapi sempat tgk show group eva jap
SERONOK!!

Selepas melayan tarian kumpulan eva dan kerenah makcik yg duduk berhampiran (bising pasal nak duduk dan berdiri, KECOH JE)
kami gerak ke Kampung Melayu (kawasan rumah Eva)
Eva dia nak balik rumah
Sangat best ya, kawasan rumah dia
Hanya yg pergi sahaja tahu
^_^

kemudian kami mengambil masa yg ada pergi KARAOKE
Karaoke ni la saya nak ceritaa.



apa yg anda lihat skrang ni
Karaoke normal sahaja bukan
luarannya...setakat berkongsi bersama GIANT EXTRA (gabungan antara extra dan giant, bak kata org org johor ni la)

karaoke ni kawasan LARKIN rasanyaa
pada mulanya hanya bygkan seperti MY BOX cam tu sahaja, bilik bilik biasa , normal je...dari segi luaran pun kita akan fikir mcm itukan.

so naik tingkat 2, didalamnya, first anda akan nampak ialah


ada style kampung kat dalam nya...tingkap rumah kampung 
buat apa ada kat sini
akhirnya baru kami tahu

TADAAA!!!!!


MENARIK ATAU TIDAK?


KARAOKE DIVA NI ADA DUA TINGKAT
BAWAHNYA IALAH LAPANGAN SEPERTI ANDA LIHAT SKRANG UNTUK SAPA YG NAK MENYANYI OPEN
DAN TINGKAT DUA ADA BILIK BILIK YG DILETAKKAN KAN DENGAN NAMA ARTIS ARTIS MALAYSIA
CONTOH ADA BILIK ADIBAH NOOR, ELLY MAZLIN, DAN MCM MCM LA


selain itu ada part snuker dan bar makanan pun ada

mesti korg tertanya tanya?
mesti mahalkan harga dia

bayangkan dengan environment begini
sejam hanyalah rm19.90 sahaja

WOW, BERBALOII !!!

bukan itu sahaja, anda dilayan dengan sungguh baik oleh waiter dan waitress kat sini(betul ke ejaan pelayan tu)
apa pun nama diaorg bukan la pelayan 
tapi lebih kepada nama GEMPAK sikit
PRAMUSAJI

da mcm pramugara je kan
gempak tak?


memang aku dan mira, hamzi, shaf dan eva melayan habis la karok




maaf gambar agak kurg jelas kerana waktu mlm dan teknologi yg tak seberapa hebat


jadi, apa pendapat anda
seronok dan menarik bukan. 
^_^

jadi selepas itu, kami ke tempat yg nak dituju
masa da pukul 1 lebih pagi
kami pergi nak tgk baju



kerana aku menjadi terlalu penat
aku pun tido sebentar waktu diaorg memadan madan kan baju

aku disedarkan oleh mira
masa lebih kurang pukul 4 pagi
semua dah selesai dan kami ingin pulang
perut masing masing lapar dan pergi la makan kejap
order mee goreng dptnya maggi goreng
hebat tak hebat kedai tu
janji perut berisi

mata semua da berat semestinya
aku cuba ambik nescafe ais bagai nak tahan mata tuk balik semula ke MELAKA

kenapa tak tido semalam
atas sebab training, training still on

keluar dari tol johor bahru pukul 5.45 pagi
shoot terus balik, ada stop pun kejap dekat perhentian machap tak silap
then terus aku pecut laju

co pilot dan penumpang
inilah jadinya




hahhaaa
apa pun 
7.30 pagi sudah berada di mCD AYER KEROH ye
hanya dlm masa 1 jam 45 minit
hehe

bangga kejap
lepas smp akhirnya
saya kepenatan habis

tugas seterusnya oleh HAMZI
tuk balik ke lendu dan ambik abang abby

tu sahaja nak kongsi
yg pasti nak kongsi pasal tempat karok ni
wajib korg gi try la
and one more thing
lagu lagu baru semua dia update jugak tau..

sekian
^_^







Tuesday, March 13, 2012

My Life: Buat mu senior SENCETRA


Assalamualaikum, abang dan kakak ku
(Pj, jaz, ajak, Angah, pinat, ayed, Kak ain, kak seha, kak atah, kak shara dan yg lain sekali)

apa khabar? sihat?
Semoga abg dan kakak ku sekalian sentiasa sihat walafiat.
kirin kat sini alhamdulillah sihat

rindu dengan korg semua
sekarang ni kirin sedang wat degree kat uitm kbm, Melaka
so, kirin ada jugak menjenguk adik adik kita di Lendu

Abg dan kakak ku sekalian
ingat lagi tak ngan adik adik kita tu?
yg pasti...
ingat tak SENCETRA?

Hmmm, x ingat..amboii...da lupe la ngan adik adik korg ye
SENCETRA sekarang da maju, da makin bagus
sekarang da ramai gak adik adik baru

Step semua da letop letop...
event pun letop gak
lain da cam mana dulu kite, zaman kita zaman lama
sekarang zaman SENCETRA hampir kePUNCAK

Abg dan kakak ku,
sekarang, SENCETRA, Shaf yg leader sekarang, YDP Sencetra sekarang
letop tau
Shaf kire generasi ke 5 kita.
Mula Kak Ain, Pj, Kirin, Mira dan sekarang Shaf

Junior kita sekarang semua hebat hebat
da pandai wat steps and gabung gabung steps
kirin da tengok, memang best giler tgk step diaorg

Hmm,nak tahu tak
SEM ni Mira, odah, Syazwan, Bubu, haiqal, Izyan, Along, Mira ugly semua last sem
tengah final
tapi tuk masscom da habis da, tunggu VIVA ni jeee
so kire last sem la kan
hmmm kejap da diaorg da habis diploma, pas ni ikut jejak abg dan kakak nya pulak di SHAH ALAM
dapat la korg berjumpa

to all batch mira, kirin minta maaf if ada salah sepanjang perkenalan kita dari hujung kaki sampai hujung rambut, mungkin gurau senda yg tak semana ke apa...yg pasti kirin akan ingat saat bersama korg, menari, enjoy outting, gelak dan semuanya =))

Kirin sumpah rindu ngan korg
tadi kirin lepak lendu pasal ada hal tadi
Memandangkan kemungkinan malam ini atau esok adalah perjumpaan terakhir antara mereka
junior ramai sedih pasal nak berpisah ngan batch mira dan odah
Kirin pun sedeh gak, pasal teringat waktu dulu dulu...

Pertemuan adalah bersyarat, Perpisahan adalah Mutlak
ayat ni sangat bermain dalam minda kirin
memang benar kita akan berpisah
tapi hope kita tak berpisah di hati kita ye

Post kali ini nak beritahu korg serba sedikit pasal keadaan Sencetra dan rasa rindu di hati ni...

MISS korang sgt sgt..
=((
(tibe tibe rase nak sedih duk fikir pasal SENCETRA)
kalo before ni pegi lendu dpt jumpa mira, odah semua, pasni tak de lak diaorg, then tukar org baru...
bile kite semua boleh REUNION??

to all new junior...be strong k...perpisahan tu sementara, ia membantu kita untuk maju ke depan..walau kakak dan abg kesayangan tak de, diaorg still support korg k...be strong k...tuk kirin walaupun kirin ada la senior korg tapi rase still lagi baru nak mengenali adik adik kirin ni tapi, kirin nampak da korang da cukup kuat berada di SENCETRA ...kekalkan momentum tu ye...
kirin always pray for all...

sekian
-sayang kirin-




Thursday, March 8, 2012

My Life in KBM: latest news

Assalamualaikum
apa khabar rakan rakan blogger ku sekalian
haihh baru lah skrang terbuka hati nak menulis kat sini


kalo idak, jgn harap...bukak dashboard je lebih, tulisnya hampeehhh
mood x sampai, tu la masalahnyaa






so, sedang ada mood yg nak menulis ni, so apa yg duk aku nak cite is,
apa perkembangan terbaru aku skrang??
haaaa
bukan artis ke, mahakarya agung ke apa
bukan semua tu
hanya insan biasa je
nak sharing sharing je


so, aku da masuk ke sem 2 kat KBM UITM MELAKA ni
kire nya kalo ikut course aku ni aku masuk part 5 da.
balik hari sabtu yg lepas dan isnin lepas da start kelas
jadual?
hmmm agak lenggang gak tapi tension gak pasal 
gap antara subjek tu 2 jam 2jam
if ada assignment yg tak siap n tak smpt nak buat, leh la wat dlm masa gap sblm masuk kelas kan
if tak de pape tu, nak menunggu tu kadang kadang terseksa sedikit
so, sedang mencari solution gak dari asyik pulang rumah je, cdg nak stay kat kampus, tapi tak thu kat mana, pasal 2 jam tu..haihhh


but, alhamdulillah, jadual agak ok sikit la
bandingkan dari last sem punya


hmm, ckp pasal lecturer
well, sem nia gak mencabar 


subjek akaun aku di ajar oleh penasihat akademik aku
sama mcm last sem
subjek maf pula diajar oleh lecturer tax aku dulu waktu diploma part5, bagus la jugak, but at the same time, ada dia punya target nak kena capai
subjek tax, well, hardcorenya lecturer, da lama dlm uitm kat 25tahun, so dia da masak ngan pelajar ni
memang menakutkan and stricct tapi dlm masa sama kdg kdg leh jadi fun gak, hope leh la catch up
subjek mandarin, yg sama mcm sem lepas, seronok!
subjek law , agak #@^&#%@&# (hope anda faham), nak cerita, tak baik lah, dia pun manusia kan, tapi aku leh kata, subjek law akan menjadi subjek paling aku sakit sekali rasenya
subjek international business, hmm lecturer baru, so akan menjadi challenge jugak kepada aku.

one more, hmmm (nak ingat jap)
haaaa
subjek AIS (computer) , lecturer agak strict gak, tapi kalo teori teori ni , aku memang lemah sikit

konklusinya
lecturer sem ni ada yg strict , ada yg cam #*%&#*, ada yg agak tak best jugak
sem ni akan menjadi sem yg agak mencabar tuk aku
aku nak kena naikkan balik pointer aku yg teruk tu..

selain itu
well, now aku busy gak ngan ccompetition with my junior group, SENCETRA
masuk pertanding di MMU , CYBERJAYA
so,aku yg duk jauh di KBM perlu ke lendu dan ambik step pada hari rabu malam, sabtu dan ahad je
agak tension gak
pasal takut jadi penyebab ke apa
lepas tu da lama tak training lama cm tu, so mmg agak kelam kabut tuk aku jugak
tapi i will try to manage all that thing wisely

and with CITRA WARISAN lagi
hmmm

so, thats all
doakan agar aku berjaya menempuh sem ni dan juga berjaya menaikkan pointer aku sem ni,
AMIN

sekian ^_^


Saturday, March 3, 2012

My Life: Dinner with my family ^_^

FAMILY DINNER 
AT 
JERAM , KUALA SELANGOR













Family dinner ari tu nak sambut birthday kakak ipar ku KAK NGAH, so before aku pulang tuk study di melaka ni

gmbr nya tak bnyk sgt la, yg pasti gmbr den mmg tak de laa
da den yg ambik gmbr nya

hehe just for sharing
^_^

sekian