Teman pena..

Friday, September 18, 2009

HaPPy EiD




sehari lagi sebelum kita menyambut hari kemenangan umat Islam...
mengira detik detik raya tahun ini...
alhamdulillah puasa aku kali ni cukup, sampai juga hasrat aku tuk puasa penuh...

msim begini la baru kita akan mendengar lagu raya...dah ada macam macam lagu raya kan skrang ni...

semasa aku di UiTM, first pose budak2 dah mendendangkan lagu raya... dan lebih dasyat perang mercun antara blok
gile nya perang mcm kat afghanistan la katakan...

ramadhan pergi syawal menyusul
harap apa yg kita lakukan pada bulan ramadhan
membawa berkat pada kita semua
dan tiba nya syawal untuk kita gembira meraikan bersama keluarga, kawan n semua orang.

malang bagi aku..raya seminggu jer then kena study balik..huhu
dan malang juga pada yg masih lagi belajar, hehe

bila blog pasal benda raya, korang akan tahu kita tak lari dari mengatakan maaf dan ampun semua. memang benar...

aku takkan lari dari semua itu...

dalam blog aku ni, aku ambil kesempatan nak mohon ampun dan maaf pada semua yg mengenali aku:

1. sahabat aku sejak dari sekolah rendah kebangsaan kampung tunku:

faris iskandar, veneon,aziff,fairuzzaman,najib,haziq farhan, fadhli, fairuz dan ramai lagi

2. sahabat dan guru dari Bukit Bintang BOys SchooL:

ammar, george,syazwan,kavi,ashok,acap,mama su, kak yati, kak tini, fahmi, pn. aznida, siva, thinesh,dan budak kelas 4B,5B, kelab seni, editorial board semasa aku kat BB.

3. sahabat PLKN ku:

special to FARAHEEN, hana, nik, dan geng kambing, my twins syakireen, izzat, kembar ariff (bukan rupa tapi nama sahaja), geng alpha,bravo,charlie n delta..cikgu yg banyak bantu saya...

4. Secentra:

PJ, kak ain, jaz, mirul, angah, peanut, sabrina, syaz1, mira (good), mira (ugly),izati, fera, haiqal, bubu n yg lain oh ya pn eltis...ex, mas n didi

walaupun ada antara korang aku kenal masih baru, masih cuba mengenal hati budi, but thanks for be my fren n sorry kalo kelakuan aku ada yg korang tak suke...





5. sahabat/classmate DIA D:

fikri, GG, syad, asri, nasa, aiman, Is, DD, acap, ira, ijat, nisa, baber, sai, farah, nana, bella, dila, lisa, shida, jannah, shahmi, mai, intan, mieza, hmmm...sapa lagi tak cukup ni... pika my pen. class rep..



6. kepada semua yg mengenali aku:
dak transit, dak myspace, facebook, uitm

ucapan/ kata kata ku

walaupun kita kenal lama atau sekejap, rapat atau tidak, berbeza umur sekali pun

sahabat mu ini ingin memohon ampun maaf atas segala kesalahan dan kesilapan
kerana ada masanya mata silap memandang,
telinga salah mendengar,
lidah terlanjur berkata kata,
hati salah menduga,

sepanjang persahabatan dan perkenalan kita...

sekali lagi, ampun dan maaf

ucapan dari ku untuk dirimu sekeluarga:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



enjoy la hari raya korang ya...

salam...
KiRiN

Tuesday, September 15, 2009

MaMa N PaPa

Mungkin kita kadang kadang terlepas pandang perkara ini…
Cuba kita jujur kepada diri kita seketika, jawab soalan ni…

1. Pernah kita berbohong dan menipu pada ibu bapa kita
2. Pernah kita meninggikan suara pada ibu bapa kita
3. Pernah kita melanggar segala arahan dan nasihat dia
4. Bila dia meleter, mesti kita rasa macam malas nak layan
5. Kita mengamuk bila permintaan kita tak dipenuhi
6. Berapa kali sehari atau seminggu anda berada di Univesiti, ada menelefon parents anda
7. Kita selalu ke menghormati mereka
8. Bila last kita betul betul minta maaf pada mereka, bukan maaf raya yg palsu
9. Adakah kita setiap hari mengingati mereka
10. Siapa lebih penting boyfriend/girlfriend atau parents, sewaktu anda betul2 dlm keadaan terdesak yg terpaksa pilih hanya satu (dua2 pihak memerlukan anda)
11. Berapa lama ibu bapa kita da menjaga kita
12. Apakah balasan paling baik untuk diberi pada mereka

Ku harap semasa menjawab soalan ni, jawapan nya jujur dari hati sendiri

(diam sebentar)

Tak nafi, aku sebenarnya bukan la anak yg baik. Kadang kadang aku ni banyak wat salah. Aku mungkin anak derhaka. Kita jarang sekali memikirkan ibu bapa kita tu macam mana penting sebenarnya.

Kalau dihitung, berapa banyak pengorbanan mereka tuk kita. Tak terkira dan sukar untuk dibalas dengan wang ringgit mahupun harta benda. Alhamdulillah mereka masih lagi bersama aku…tapi apa akan jadi kalo mereka pergi dari aku. Adakah aku sudah sedia menerima semua benda itu??

Aku rasa sangat bersalah dan berdosa nya pada kedua ibu bapa ku.

Mama, irin minta maaf dengan mama. Ammpun kan segala dosa dan kesalahan irin. Irin banyak buat salah pada mama. Irin ada tinggikan suara pada mama, irin ada berbohong pada mama. Ampunkan irin mama. Irin sayang mama. U r the greatest mom in this world. I love u very much. Irin tahu irin banyak wat salah ngan mama. Tapi mama cukup sabar dengan perangai irin. Thank u mama pasal jaga irin , bagi makan minum, take care irin. Irin tak tahu nak balas cm mana lagi jasa baik mama. Insyaallah mama. Irin akan belajar elok elok. Irin akan Berjaya nanti dan bila dapat kerja dan duit nanti, irin akan jaga mama baik baik. Tiada mak lebih baik dari mama sendiri. Irin sayang mama. Susah tuk irin nak cakap cam ni kat depan mama. Tapi irin sayang sangat mama. Irin yang jahat dan bodoh pasal selalu tak nak dengar cakap mama. Irin tak sedia lagi nak terima keadaan kalo mama da tak sama ngan irin lagi. Hope mama maafkan irin. Irin banyak wat dosa ngan mama.

Papa,
Irin mintak ampun dan maaf. Halalkan segala makan minum , belanja papa untuk pelajaran irin. Irin tahu papa pun susah mencari duit untuk menyara satu family kan. Bila ayah nek da pegi dulu meninggal. Irin kadang2 takut sama ada irin da sedia pada qada dan qadar. Irin sayang papa. Walau bagaimana sekalipun keadaan nya , irin tahu papa adalah yg terbaik irin ada. Papa, irin janji dengan papa, irin akan belajar elok elok. Irin tak nak hampakan mama dan papa. Irin hope papa ngan mama akan happy always. Panjang umur.

Mengalir air mata tanda aku jujur pada kata kata aku. Kerisauan aku sama ada aku leh trima keadaan bila kedua ibu bapa aku takde. Seruan illahi kita tak tahu bila. Dan aku rasa baik aku gunakan sebaik mungkin masa yang ada bersama parents aku.
Aku tahu mereka tu ibu bapa ku, orang tua ku…mereka lebih kenal dunia ini dari aku sendri. Aku pula seorang yg baru nak mengenali dan mengalami sendiri keseronokan dan kebahgian dunia itu sendiri. Aku sepatutnya happykan mereka bukan sedihkan mereka. kadang kadang tertanya sahaja aku, sepanjang kita hidup, berapa lama sahaja kita ambil masa untuk bersama ibu bapa kita, hang out, berborak dan gelak ketawa...

(berfikir)


Cuba korang bayangkan korang nya parents lak. Aku baru berusia 19 thn tapi ibu bapa ku sudah hampir menjangkau umur 60 thn.

Tiada anak yang tak sayang parent dia. betulkan...??

Maafkan irin… mama papa

salam

Friday, September 11, 2009

THAnks for be my FRienD



Hari makin hari, kita akan menempuh perkara yang hampir sama, orang yg sama, keadaan yang sama. Mungkin beza pun tidak la terlalu besar.

Bila kau pandang aku, aku adalah yang antara yang paling baik sifatnya, maka paling baik la aku. Bila aku dipandang paling jahat sifatnya, maka paling jahat dan zalim la aku. Bila ko menganggap aku sebagai sahabat mu, maka aku la sahabat mu itu yg ko anggapkan. Semua terletak pada pandangan individu itu masing masing.

Konflik, gossip, buat ketupat…benda ni tak lari dari hidup kita. Tak dapat dinafikan, aku pun begitu. Gegaran tsunami sebelum ni memang memberi kesan dan impak besar pada aku. Seperti peribahasa nenek moyang kita “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Memang ada kebenarannya disitu.

Ketabahan , kesabaran, kecekalan harus ada dalam diri sepanjang masa, kekuatan untuk hidup, untuk terus bernafas di atas bumi ini, untuk aku terus memijakkan kaki di atas tanah ciptaan ALLAH.

Alhamdulillah, sekarang perkara agak kembali normal. Mungkin tak seperti dulu, tapi aku bersyukur dan berharap benda itu tidak kembali.


Tamat… (kenangan terindah)


Mengenali sesuatu yang baru, new friendship, betul betul membantu seolah memberi kan sesi kaunseling. Biarlah ko bagaimana sekalipun, ko bukan la manusia yang teruk sebenarnya. Seronok berkenalan dgn kamu semua.


“hai…”
“leh kenal”
“duk mana”
“hahahaaha”(gelak ketawa)
“ye ker..??”

Mungkin aku baru mengenali korang, tapi persamaan tu kadang2 ada. Tak kisah la ko dari utara, timur, barat Malaysia sekalipun.

Aku bukan la baik mana sgt, aku mungkin la paling jahat. Aku tak mature lagi, bukan cm korang. Aku masih budak budak lagi… apa orang nak kata pasal tu… salah ker… aku budak budak…

Tak kisah la kau berkeadaan macam mana sekali pun, korang banyak memberi kan inspirasi, bantuan dan juga mengajar aku benda benda baru. THANKS KORANG…


Hari hari aku menanti hari itu, hari yang sgt bahagia untuk aku, waktu itu ialah hari aku ingin lepaskan segala benda yang terkurung didalam dada. Waktu itu adalah waktu untuk aku hiburkan hati aku. Waktu itu adalah waktu aku bersama orang yg aku rasa sgt seronok dan best. Seolah mereka satu kepala dgn aku.


Banyak orang yg aku jumpa, dari sekolah rendah, ke sekolah menengah dan skrang universiti.. korang bagi aku ialah otak yg sgt gila… best… 


Hahahhaa

khemah dibelakang semak, kejar kejar, police entry, sorok sorok, port Dickson,segamat, over night, PLKN , umbai, ANTM, birthday party di pizza hut, twisted minds, secentra n many more… all for me is the best memories ever.

Aku mungkin seorang yg buta IT, bengap dan bodoh kalo tak berkenalan dan bersahabat dengan korang semua.

THANK YOU kat korang pasal menjadi sahabat aku sehingga kini

TERIMA KASIH pasal korang leh terima aku yang aku ni keadaan nya cam ini

SHEI SHEI (bhs cina) pasal korang la antara orang yg membawa keseronokan dalam hidup
aku

NANDRI pasal aku nak berterimakasih kat korang semua

Konklusinya:
Harap kita akan sentiasa berkawan dan mengalami keseronokan yang lebih best lagi….