Teman pena..

Wednesday, August 31, 2011

Just For Fun...hehe ^_^

Second hari raya
actually aku tak de kuar mana mana pun
kerana tiada jemputan and rasa mesti masing masing tengah sibuk berjalan kerumah kawan kawan, kalo nak serang rumah kawan pun, rasa nya pun sama...

so aku hanya duk umah
main game
online fb
update blog( mcm skrang ni)
tolong mak aku( bising everytime, sabar je la)(lagipun mak aku puasa)
dan juga tengok tengok blog orang dan juga
YOUTUBE

So post aku kali ni hanya lah for fun je..
aku ada belek belek kawan aku nya komen, dan ada diaorg post benda benda lawak
boleh kire lawak la, so just tuk hibur hiburkan hati jee

HAVE FUN K.!!!


LAWAK 1

Isteri: Abang, dua tahun kita bercinta penuh keindahan. Kita makan berkongsi sepinggan,


juga berkongsi minum segelas, pergi pejabat pun bergilir kongsi kereta. Sekarang ini belum


pun setahun usia perkahwinan kita, sudah tiada lagi keindahan seperti itu. Ani 


mengharapkan ianya berulang.



Suami: Jangan harap. Tak mungkin berulang. Dulu tu abang terpaksa buat bagitu untuk 



berjimat, sebab hantaran kahwin Ani mahal sangat.




LAWAK 2




Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. 


Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-


habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B 


sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B 


kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."




LAWAK 3




Mak : Man bangun....bangun sahur man oii...



Man : Mak nak buat Ho Ho Ho Holick ker..??

Mak : Ho Ho Ho Hotak ko..!! bangun sahur laaa..!!






LAWAK 4




Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak "Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"





LAWAK 5


Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

No comments:

Post a Comment