Teman pena..

Wednesday, August 31, 2011

Saya Anak MALAYSIA, Saya Anak MERDEKA





Firstly, sorry ini cubaan kedua aku..malu gile ckp kat video, cm ckp sorg sorg pun ada..n sorry kalo suara or video tu agak gelap ok.insyallah , apa apa kelemahan akan dibaiki.
biasa je ni..


Cuba kita hayati saat saat ini
saat saat pengisytiharaan merdeka
saat saat MERDEKA dilaungkan
(thanks to www.ammar-rella.blogspot.com)




Dan ini video dari salah seorang Vlogger yg hebat (aku bangga dan berminat ngan vlogger dia, hebat!!)
nice vlogger dari dia..
i like ^_^






Oh ye jangan la kita lupa pada 

5 rukun negara kita


JANGAN LA KITA JADI MACAM YG KAT BAWAH NI LAK



SO
I PROUD TO BE A MALAYSIAN PEOPLE
SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA

walaupun kita tinggal berbilang kaum dan bangsa tapi kita masih lagi bersatu dan tiada pergaduhan disini
tiada peperangan
kita masih lagi mempunyai pemimpin yg hebat
kita masih lagi boleh hidup bebas dan tidak terkongkong
kita masih lagi boleh melihat langit dan menghirup udara segar

jadi hargai lah diri anda dan negara kita
saya bangga saya anak MALAYSIA
bukan saya bangga saya org melayu islam

SAYA ANAK MERDEKA!!!
YEAH





sekian 
^_^

Just For Fun...hehe ^_^

Second hari raya
actually aku tak de kuar mana mana pun
kerana tiada jemputan and rasa mesti masing masing tengah sibuk berjalan kerumah kawan kawan, kalo nak serang rumah kawan pun, rasa nya pun sama...

so aku hanya duk umah
main game
online fb
update blog( mcm skrang ni)
tolong mak aku( bising everytime, sabar je la)(lagipun mak aku puasa)
dan juga tengok tengok blog orang dan juga
YOUTUBE

So post aku kali ni hanya lah for fun je..
aku ada belek belek kawan aku nya komen, dan ada diaorg post benda benda lawak
boleh kire lawak la, so just tuk hibur hiburkan hati jee

HAVE FUN K.!!!


LAWAK 1

Isteri: Abang, dua tahun kita bercinta penuh keindahan. Kita makan berkongsi sepinggan,


juga berkongsi minum segelas, pergi pejabat pun bergilir kongsi kereta. Sekarang ini belum


pun setahun usia perkahwinan kita, sudah tiada lagi keindahan seperti itu. Ani 


mengharapkan ianya berulang.



Suami: Jangan harap. Tak mungkin berulang. Dulu tu abang terpaksa buat bagitu untuk 



berjimat, sebab hantaran kahwin Ani mahal sangat.




LAWAK 2




Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. 


Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-


habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B 


sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B 


kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."




LAWAK 3




Mak : Man bangun....bangun sahur man oii...



Man : Mak nak buat Ho Ho Ho Holick ker..??

Mak : Ho Ho Ho Hotak ko..!! bangun sahur laaa..!!






LAWAK 4




Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you !!". Sampai rumah dia tanya bapa dia, "'shut up you' tu bahasa Inggeris ke?" Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, "'superman' tu bahasa inggeris jugak ke" dan bapa dia kata "yes". Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first".

Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

"aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: "OK boy, did you get the words?"
Budak: "Yes, teacher".
Cikgu: "Good, what is your first word?"
Budak "Shut up you!!"
Cikgu: "What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: " Superman !!!"
Cikgu: "Bloody fool! Get out from this class!"
Budak: "Ladies First!!"





LAWAK 5


Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

Tuesday, August 30, 2011

Salam ucapan MerdekaRaya dari kirin..^_^

SEHARI SEBELUM HARI RAYA

Bangun lebih kurang pukul 2 petang ..
Biasa bila aku bangun je
aku akan kejar ke FACEBOOK dulu
heheh
(ngan muka bangun tido)

so, pergi cuci kereta dulu


tu la kereta waja tu, da kat 2 minggu tak cuci, sejak bawa pegi melaka 2 kali ya, pasal nak uruskan rumah sewa nya pasal. cam mana pun rumah sewa da settle da.  memang kotor sgt sgt, kesian dibuatnya aku tengok kete aku =((



walaupun last day sebelum raya pun, sesak jugak tmpt tmpt basuh kereta ni...busy, sesak tau..nasib baik, pekerja diaorg ramai.



Selepas cuci kereta, pegi isi minyak sikit (pasal guna wit sendiri) then sebagai pelengkap kereta
HAHA
AMBi PUR..limau nipis...hmm bau wangi da kete skrang, hehe


So after that aku buat satu trip lagi, kete mak aku lak. tapi isi minyak ngan check pressure tayar je

then follow abg aku pegi ambik cake!!! nyum nyum





oh ya, aku bukan ambik kek je..aku ambik rendang daging ngan rendang limpa..tu ar dlm beg kuning tu,hehhe

so bila malam , standard every year, aku suka follow TAKBIR RAYA!!!! YEAH!!

lepas takbir raya umah ke umah then tido la tuk bgun esok pagi ke MASJID..solat raya.


hmm, itu la ringkasnya hari ku sebelum raya.

Dikesempatan ini juga ingin aku beri ucapan pada semua orang yang mengenali aku

1. Kepada keluarga ku, mama , papa, abang2 ku sekalian dan juga kakak ku, Irin minta ampun minta maaf atas salah silap kirin terkasar bahasa, menengking tak tentu pasal, malas dan segalanya la, dan halalkan makan minum irin...SELAMAT HARI RAYA

2. Kepada rakan rakan ku SMK(L) BB especially to mama su dan cikgu lain, ammar, fahmi, acap, megat, syazwan, ariff...mohon maaf atas salah silap aku jika aku bnyk menyusahkan korg, bila plan mana mana, aku selalu tak de n jika alasan aku tu memberi beban dan masalah pada korg, harap maaf. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

3. Kepada sahabat sahabat ku warga PLKN BATU JONG KUMP 2 SIRI 5 ( hope betul la ni)
SELAMAT HARI RAYA KORANG,insyaallah ada masa nnt kita kumpul lagi okay.. ^_^

4. Kepada sahabat sahabat UiTM ku, Classmate aku DIA D dan semua batch coursemate DIA.., SAHABAT RUMAH NO. 1082,DAN YG MENGENALI KIRIN....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...maaf jika seperkenalan kita ada terkasar bahasa atau terkasar laku...MAAF ZAHIR BATIN..

5. Kepada warga KEBUDAYAAN UITM MELAKA, DAN SENCETRA ...maafkan kirin sekiranya sepanjang kirin menjaga korang , mendidik korg, mengajar ada kirin menengking, atau mengutuk , atau membahasakan kau dengan sesuatu yg jahat. kirin minta maaf sesungguhnya itu semua dlm proses pembelajaran dan terima kasih kerana dpt bertahan bersama kirin..maaf juga jika sepanjang kita bersama sama menguruskan event, ada kekurangan dari pihak kirin..sungguhnya kirin hanya insan biasa...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIR< MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sorry pada sape sape yg sms tu , tak dpt balas pasal masa dan juga ada no yg saya tak dpt nak kenal pasti, insyaallah saya akan balas nnt..


generally, aku ada wat satu video ucapan..but simple, n biasa je..
kalo tak menarik tu sorry la..
just nak cuba je




SEKIAN

oh ye

Kepada semua yang masih lagi sibuk menyambut hari raya

ini, sambil kita menyambut hari kemenangan Islam ni, apa

 kata kita menghayati satu lagi saat2 penting dlm hidup kita,

hayati lah kemerdekaan kita bebas dari jajahan luar dan

 bebas dari jajahan mental dan fizikal..moga kita sematkan 

sedikit dlm diri kita semangat merdeka dan jgn la kita hanya

 mengenali perkataan merdeka ttapi tak pernah mengenali

 maksud merdeka. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA. 


MERDEKA!!

MERDEKA!!

MERDEKA!!


Sunday, August 28, 2011

Al-kisah : Regular Customer atau tidak ??



Pada masa lebih kurang diantara 9.00 malam ke 11.00 malam...
Tempat di Restoran Al-Safa Bistro
Hari Ahad(semalam)


Ada satu customer ni

Customer ni :" saya makan capati dengan teh o ais limau"

Saya: " capati dan teh o ais limau ye" sambil tekan kat kaunter tu la
         " Rm 3.10"


customer tu pun keluarkan duit RM1 sebanyak 3 keping, then aku ambik
pastu

Saya : " RM3.10, lagi 0.10"

customer ni: " eh, 0.10sen pun mahukah, saya regular customer kat sini" then dia berlalu pergi...


PERSOALAN SAYA!!???

" eh, 0.10sen pun mahukah, saya regular customer kat sini"


aku ni bukan nak marah ke apa, tapi mcm tak puas hati jugak...


well bukan nk jadi haji bakhil ke apa, 10 sen pun aku nak berkira ke?


ok, sekarang ni kita buat bisnes...setiap sen tu penting... tu duit hasil kita...


ok, kalo ko nak kata sgt ko regular customer.
ko pi giant tu, beli brg then cnth la, ko kena tup tup rm59.10
cuba ko ckp ngan org giant tu...10 sen pun mahu berkira ka?? saya regular customer la kat sini


ko rasa dia bagi tak halalkan 10 sen tu??


takkan , mesti ko byr punya...


tahu pun ....cam tu la jugak kitaorg...


sebenarnya mcm nada marah dan tak puas hati pun ada..apa kata kalo
aku wat cm ni lak...
cnth nya mknn ko harga rm6.90
so ko bagi rm10, baki ko ialah rm 3.10...
boleh tak aku bagi ko rm 3 je..
pastu aku ckp, 10 sen pun mahu kah?? u sudah biasa ma sini, sini kan regular restoran u...

ko nak bagi ke tak??

fikir lah


pepatah ada kata... kecik kecik lama lama jadi bukit...itu peribahasa tuk org nak kumpul wit...so sama la , even 10 sen kalo ambik, sales atau profit nnt pun akan naik...kan walaupun 10 sen...

bygkan kalo ada 10 org mcm ni, bukan kah da rugi rm1 kat situ...

kalo seratus org...dah rugi rm10.


satu hal lagi ialah...
da la ko order hanya lah capati dan teh o ais limau je..
kalo ko order bnyk ke, smpai rm30,rm40 ke rm100 ke, leh la gak aku cuba bagi diskaun kalo ada sen sen tu...

So, kesimpulannya
fikirkan lah
boleh tak bgi jawapan regular customer tuk dpt diskaun, kalo da kita beli tu, memang tak de la diskaun melainkan ada sales...
ni makanan pun nak diskaun..

haihh malu aku


restoran mamak lak tu..
haihh

kesian kesian



*_*
sekian.

Saturday, August 27, 2011

game game game, tak hbis hbis ko ni kirin..

Salam semua nya.
Kita semua ada FB kan..
so apa guna fb??

wat profile kita,
add kawan
add photo
komen ngan org
like komen ni
like group ni
join group ni
join course ni
tolong org ni
buat duit disini (adakan?)
jual mcm mcm bnda
promote brg ni
cuba quiz ni
upload video ni
share video youtube
dan last ni
main game

Haaaa
ni yg nak aku kongsi..
aku suka main game kat dalam fb ni
mungkin salah satu cara nak hilangkan kebosanan.

Dulu aku mulakan 
dekat myspace
main

dulu game ni mcm power and popular waktu tu
kita akan try nak naik level supaya kuat
lawan dengan kawan lain semua
kat myspace tu game ni je yg aku pandang dan aku main
hehe

next bila aku da start main FESBUK ni..
aku mula main 

FarmVille


waktu tu popular ni pasal
ramai yg main
dan aku sebenarnya minat gak game yg macam ni
dulu aku suka main kat ps1 game harvest moon.


then aku tukar lagi
aku main kejap je
PetVille


asal main kejap?
ramai yg tak main game ni
hehee

lepas tu
aku main lak

CAFEWORLD


ini lama, sangat lama
pasal game dia memasak 
dan kita leh arrange dapur
masak apa yg kita nak
ikut apa dia bagi la
buat dia punya task semua

dan aku mula perlahan dan berhenti main
bila aku ketinggalan
dulu aku main internet laju je pasal pinjam jiran sebelah
tapi bila tak de
aku kesesakan la tak leh main..


then aku agak lama stop main game kat fb...
kemudian aku sambung balik 
dan sekarang aku bergerak aktif dengan dua game ni sahaja

ahahaaa



buat masa ni aku aktif main ni
so sape sape yg ada main game ni dan nak menjadi jiran aku
meh la add aku

hahaha
tu sebab ramai marah sebab saya bila ada bnda post kat fb , bnyk nya pasal game, haha

sekian





Thursday, August 25, 2011

Stadium dan Fanatik?? Pendapat Kirin ialah...

Assalamualaikum
Salam Ramadhan
Salam Perpaduan
Salam LailatulQadar
(ada ke salam lailatulqadar?, hehe)


kita sekarang menghampiri saat saat akhir ramadhan
10 malam terakhir
malam penuh dengan makna
ALHAMDULILLAH


agak terkilan gak tuk aku
kalo bole nak juga lakukan solat malam
tapi aku bekerja 



Kali ni, saya ingin hanya lah menyatakan pendapat saya dari pandangan mata dan akal saya sahaja, berharap tiada siapa yg marah atas kata kata saya ye. Awal awal saya minta maaf dulu.


Saya nak tanya anda sekalian... haaa belum apa apa da kena tanya.. hehe

Berapa banyak stadium yang ada di Malaysia ni?
(aku pun tak leh nak kira, da try cuba cari statik tapi sukar nak jumpa)

Berapa stadium ada di Selangor?
(setahu aku di Pj, ada stadium kelana jaya, then bukit jalil, stadium nasional,shah alam, stadium shah alam.
So da 3 la, tapi ofcourse lebih.

Sekarang ni Malaysia ni boleh dikatakan ada bnyk stadium.

(alamak ko ni kirin tu pun nak bising ke..!!)

bukan nak bising, tetapi hanya menyatakan pendapat. kan kat atas aku da kata...ish..
dengar lu apa yg kawe nak dok ckp ni.

Sekarang ni stadium kat malaysia terlalu bnyk, so bgus la. senang tuk penduduk kawasan yg berhampiran guna dan juga tak susah pi jauh jauh.
tapi sayang kenapa stadium hanya diguna sebagai tempat bersukan je.

bila ada perlawanan , baru lah penuh dengan kenderaan.
bila tiada perlawanan mahupun kegunaan, kosong.

ini ada satu hal lagi.
maaf masuk satu bab lain jap
Malaysia ni memang ramai yg meminati bola
(maaf ye, saya kurang minat tapi bukan bermakna saya nak mempersoalkan anda ya fanatik bola sekalian, hanya lah pandangan saya.)





Malaysia ni fanatik bola, kawan kawan saya pun sama
tapi
FANATIK MEREKA pada PASUKAN LUAR.
MU, ARSENAL, CHEALSEA, MAN. CITY,LIVERPOOL
dan mcm mcm lagi la
kalo ada game memang tak lari dari kaca tv..
mamak penuh waktu ni

satu satu nya sukan, bila bola masuk goal, semua akan JERIT GOAL!!!

Liga Malaysia?
ada tu ada, mesti ada.
mcm aku minat selangor, Malaysia pun minat gak. 
^_^

peminat tuk liga Malaysia ada.
tapi bila ada perlawanan
stadium?
ada org dtg?
ada. tapi sikit
kadang kadang 
kosong

tapi bila Final!!
PENUH STADIUM DENGAN PENYOKONG MASING MASING
SAMPAI GADUH SEMUA

so nampak kan berbezaan rakyat kita ni
kata nya peminat bola
tapi
hanya la peminat fanatik pasukan luar

alasan da tak mau da
cuba setuju dengan pendapat kali ini
betulkan.??
kalo salah , tolong betulkan saya

contoh paling senang
bila MALAYSIA LAWAN SINGAPURA di STADIUM BUKIT JALIL
PENUH kan...
tapi bila 
MALAYSIA LAWAN SELANGOR
kurang orang nya, tak ramai gi tengok

(perlawanan ni tak silap selepas Malaysia lawan Singapura) yang pada masa itu ramai mengagungkan la semangat pemain MAlaysia, Singapura memang main kotor waktu tu)

Kalo perlawanan biasa contoh PKNS dan Melaka
sape je dtg tgk
pernah sekali aku tgk satu perlawanan di Astro Arena
Tak de org pun yg dtg sokong


SEDIH GILE BEB!!!


boleh ke kita kata kita ni fanatik bola...
jauh beza ngan fanatik luar...
pasukan cikai cikai pun fanatik dia ada, kuat lak tu menyokong..
kita sebaliknya.


Ok, sambung bab Stadium tadi.
Stadium kita ni terlalu bnyk, kalo tak guna, memang kosong je tempat tu nanti, mcm padang jarak padang hmm entah apa ayat lepas tu, terkukur kot, hehee


tak ingat da peribahasa.


SO
saya ada dpt tahu mengenai stadium kat org puteh sana, ada dgr2 la yg diaorg buat stadium dalam bersama sama shopping complex.


Dari kita biarkan dia terbiar dan guan bila perlu je, kenapa tak kita improvisekan dia. Bila kita ada perlawanan, baru lah nak beria baiki sini sana, mintak budget tinggi dari kerajaan. kan da bnyk membuang duit rakyat. Boleh kira kita guna tuk belanja lain, ni kena guna tuk baiki mcm mcm benda sdangkan bnda tu sekali sekala, nnt peminat yg dtg jugak yg rosakkan.


tapi kalo kita gabungkan bersama shopping complex, bukan ka kita dapat kebaikan banyak. Profit dari shopping mall tu kita leh guna tuk baiki tmpt stadium tu. jimat duit kerajaan tuk kegunaan lain.
Bila ada game besar, peniaga kat situ jugak untung.


Contoh yg aku dpt cari adalah di bawah:


Amsterdam Arena salah satu contohnya.






The Dayton Dutch Lions will likely build a smaller stadium (around 6,000 seats) and there stadium will be similiar to the stadiums and clubhouses in Holland. At stadiums in Holland, there are areas for parents of academy players to sit around and talk, shopping malls, businesses, and even a few of the stadiums have a night club or something else a bit different. Overall, the stadiums often times take on the appearance of a overall community.
______________________________________________________________________________________________



Ini pula ialah Stadium di Beijing yang digunakan untuk sukan olympik rasa nya.





AP is reporting that the area around the Bird's Nest, this past summer's Olympic stadium, will bedeveloped into a shopping and entertainment center. The Chinese feel the need to revitalize the area, because, despite the Olympics having ended just months ago, paint is peeling in some areas of the stadium and few visitors stop by. There is no permanent tenant, and few events are scheduled for the venue that was the jewel of the Summer Games. 






______________________________________________________________________________________________


AL-WAKRAH STADIUM
bakal menjadi satu lagi lmbg kemegahan qatar. World cup pada 2022. 
dia akan letak sekali shopping mall disitu.



QATAR WORLD CUP 2022
AL-WAKRAH STADIUM

Designs for Al Wakrah suggest not only a singular stadium but rather an extensive sports complex, including a multi-purpose hall, themed swimming-pool, spa zone and shopping mall alongside the obvious sports facilities. The entrance to the 45,000-seater stadium itself will face onto a stunning plaza, creating the sense of one large extended park.








Jadi, kita boleh lihat, betapa dasyat nya cara orang puteh, kenapa kita tak praktikkan di MALAYSIA. Bukan disuruh semua stadium menjadi cm tu, tapi sekurang stadium yg mungkin kurang mendapat sambutan ke atau apa sekali pun boleh dijadikan tempat yg menarik bgi pengunjung.


berbaloi kah? MEMANG BERBALOI


fikir fikirkan dan selamat berfikir


sekian
^_^