Teman pena..

Friday, August 28, 2009

RaMadHAN

Bulan Yang Paling Mulia telah pun tiba menjengah kemasa kita. Bulan Ramadhan, bulan yang banyak faedah dan berkat nya. Selain kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, kita juga menahan diri kita dari melihat yg bukan bukan, berfikir yang bukan bukan, mendengar kata kata yg tak betul dan bercakap perkara yg tak elok

itulah erti yg orang akan biasa maksudkan apabila tiba nya bulan puasa, Bulan Ramadhan.

sangat seronok bila tiba masa masa atau musim perayaan yg agak penting, semua akan mula menekan butang butang phone untuk menulis mesej ucapan.

Bulan Ramadhan kali ni, tak lari aku dari mendapat mesej yg mcm mcm cara.
sgt seronok dibuatnya....

antara nya lah:

" tiada hari seindah jumaat,
tiada kata seindah zikir..
tiada ibdah seindah solat..
tiada bulan seindah RAMADHAN..."

'selamat berpuasa dan berterawih

" Bismillah.. saya selaku penyimpan mohor bsr raja2 melayu, raja gopal, raja kapor, n same kulit ngan nye, mengisytiharkan. bahawasanya anak bulan telah selamat dilahirkan =) oleh itu puasa akan jatuh tergolek pada ari esok..esok pose taw, jgn xpose "

" tirai sya'ban telah melabuh, jendela ramadhan telah tersentuh, cahaya kemuliaannya semakin bersinar di hati insani yg setia menanti janji Illahi...salam Ramadhan "

" Thx, slmt berpuaa to u tooo..."

"Pantun cina =
pagi2 pigi ladang, wa nampak lalalng ala goyang, wa ingat babi bikin salang, ..lupa2nya olang atas olang..selamat menyamput bulan ramadhan "

" Bulan Ramadhan bulan yg mulia,
smbutllah ia dgn ceria
berpuasa lah kita seikhlas jiwa
semoga hidup aman sentiasa
slmt menyambut ramadan dari ibu sekeluarga"
- dari keluarga angkat di Johor...

" Isnin cari Selasa
nak tanya nampak Rabu tak...
agar ingatkan Khamis
untuk bgtahu
Jumaat spaya tak lupe
SABTU da pose!!!! "

mcm mcm lagi yg aku dpt dan terlalu banyak...sangat seronok...aku pun menghantar ucapan juga. orang balas kita menerima, orang menerima kita balas...hmmm cm mana tu...

k la, lastly dari hamba allah yg kerdil dan masih lagi belajar dalam dunia ALLAH ini...

mengucapkan

SELAMAT BERPUASA pasa semua
Guna kan masa anda dalam bulan Ramadhan ni sebaik yg boleh kerana bulan yg banyak berkat nya hanya dtg setahun sekali. kita tak pasti apa akan jadi pada akan dtgkan...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK