Teman pena..

Tuesday, September 27, 2011

My Life In KBM, part 1

Assaalamualaikum
Salam Sejahtera semua

Alhamdulillah, da masuk minggu ketiga aku belajar kat KBM ni
tapi baru sekarang aku nak update pasal life aku di KBM
Yaaa..
at last, aku da start belajar semula
aku telah kembali ke Tanah Melaka

So, post pertama aku mengenai life aku di KBM
aku nak cerita mengenai
Minggu Pemantapan Siswa

dia ni seakan MDS, tapi tak de la seteruk MDS tu, ini da kira tahap degree, so masing masing da matang sikit. 
Well, apa yg aku nak katakan,hmm
well first day dia
pendaftaran cam biasa la
awal awal da bangun, pakai formal habis, 
aku bersama sama dak dak umah.
kuar rumah da berpeluh peluh sakan
pegi dftr rupenya kejap je.

so pendaftaran hanya lah pada hari pertama itu sahaja, hari isnin, dari kul 8.30 smpai kul 4.30 ptg.
so, kitorg ni ftg pagi dlm kul 8.30 pagi, so cepat la walaupun ramai org, dalam kul 10 da siap.
tapi petang nya ada program da
ada taklimat ke apa
tak silap taklimat polis rasanya







so semua kena dtg.
ok, pada sesi petang tu, dengar lah taklimat polis
polis tu lak macam first time lak berucap, so memang tak prepare nya, cakap pun kita tak paham, tapi kita ikutkan aje, pasal dia ni pun boleh tahan wat lawak dia gak
so after dlm 2 jam, baru lah habis taklimat

MPS ni tak de lah sampai ke malam, dia sampai ke petang je.
so sebelum habis tu
NYDP MPP pun naik, cakap cakap
then rupanya dia nak cari penghulu dan penghuluwati
as usual la, benda tu akan ada setiap kali program yg mcm MDS ke MPS ni.
so, aku pada mulanya harap yg kawan2 aku tak panggil nama aku
dua org telah dipanggil, kemudian orang yg terakhir
tetibe
kawan ku Azarul
dia panggil nama aku kuat kuat, termasuk lah kawan aku yang lain
fuck!!!
waktu aku dah fikir tak nak tak nak, senyap la.
tup tup, salah seorang yang dengar terus panggil aku ke atas





so inilah penghulu dan penghuluwati

well, aku dipanggil, terpaksa lah, orang da perasan, lagi lagi aku dak lendu, ramai la dak lendu situ
so sampai atas memperkenalkan diri dan kemudian dia buat undian
aku ada bersama seorang lagi budak lendu
baru kenal waktu tu(hahaha teruknya aku)
dia dak OM...antara kami berdua memang dpt tepukan dan sorakan hebat, sampai aku rasa tak tahu mana satu aku punya
undian sehingga dua kali pasal tak tahu nak pilih mana satu
selepas je dia suruh pusing balik, tup tup nama aku yang dipanggil
Penghulu kita saya memperkenalkan ialah Shakirin Azim

suka?
hmmm tak
gementar?
yes
da bersedia?
boleh kire la jugak
berserah?
terima seadanya
maknanya suka la kan?
da jadi, ambik je la, hahaha

so, aku ada lah penghulu nya
bila penghuluwati pula

tiga org dipanggil
Kuang hajarnya dak dak ni, bila dia cari semua yg badan sihat2 tuk penghulu wati
tak baik tau korg=P
well, aku terima je , pasal aku cam mana pun akan kena jugak
penghulu wati ku budak perak Soraya tak silap nama nya
budak kos Human resources

Tugas pertama aku ialah mencari pembaca alquran dan penterjemah nya, alhamdulillah
semua benda tu setel dengan cepat.
Pembaca la-quran ialah kawan aku sendiri
HANAN HAMZAH manakala penterjemah nya dicari oleh komuniti sendiri.

esok nya aku ada AMANAT REKTOR oleh RETOR MELAKA lah
Datuk prof madya dr Mizan Bin Haji Hitam.

So lagi berdebar lah aku, tugas aku ialah baca ikrar
aku tak diberitahu any info cam keadaan akan berlaku
yang aku tahu aku akan baca ikrar, apa yang ditulis tu lah aku baca ikut cara aku



well, apa aku nak cakap pun, everything is going good, semua nya ok
alhamdulillah, walaupun tangan bergegar pegang ikrar tapi suara tetap ok, hahhaa
yang pasti En baharim masih kenal aku lagi sebagai penari UiTM Melaka, DAtuk mizan kenal ke tak, tak pasti la pulak..

anway, thas is  my story in MPS

sekian

Friday, September 16, 2011

hate this feeling

Perasaan
tak de sape boleh kawal
melainkan kita sendiri

marah, sedih, happy, muram
semua tu berlaku salah satu atas sebab atau faktor nya ialah kawan
jika kawan wat lawak, maka gelak la kita, happy la kita
jika kawan itu menyakitkan hati kita, maka marah la kita

bukan kawan sahaja faktornya, persekitaran kita boleh menjadi penyebab.
kdg kdg kita sendiri pun

tak dpt dinafikan
jika kita da tahu perkara itu dari awal
kalo da rasa benci dari awal, susah nak bendung atau tukarkan nya kepada perasaan suka atau normal
semua nya kerana kita tahu perkara yg terjadi
tapi siapa kita nak wat cam tu
kadang tu, rasa nak jerit kata yang kebodohan sahaja ada kat situ
tapi siapa aku kerana aku pun tak de pengalaman nak menyokong kata kata aku

sekarang, makin hari makin aku menahan
tak salah untuk kekal silaturrahim
kenapa aku nak putuskannya pula
tapi, kenapa aku rasa seperti anjing yg diikat sahaja

entah lah.
mungkin aku tak layak nak kata apa
lebih baik berdiam diri
kerana jika satu hari nnt, aku yg kena
mungkin aku akan begitu juga
dah kata pun sayang...

mengalami nya setiap hari
kenapa perlu aku gundah gulana mcm esok nak kiamat
sedangkan bnyk perkara lagi perlu aku pikirkan
buat masa ini,
dia tahu yg aku tahu dan aku dlm situasi apa, mungkin
asalkan aku tak nak diperalatkan kemudian hari
kerana aku akan kata TIDAK

perasaan ku
biarkan ia berlalu,
tak salah kan
sedangkan ko pun masih lagi berhubung dgn si dara kan...

sekian
*_*

Kirin dan Sencetra, Chapter Kedua ,Sem Kedua

Assalamualaikum warga blogger sekalian
haihh, agak terlewat sedikit nak mengupdate lagi
ye la
baru masuk belajar balik katakan.

sebenarnya nak post pasal topik yg ini pulak
sambungan dari yang dulu

jadi aku nak sambung kisah ku dalam SENCETRA, dalam hidup ku sebagai penari Uitm Melaka pada sem 3 ku, sem 2 dalam Sencetra. haaa, mesti korg konfius kan.. Sem keDUA dalam SENCETRA, tapi aku waktu tu sem 3 dalam course aku.

jadi Sem 3 ku, hmmm biar aku ingat balik, hmmmm

oh ye, pada saat ini aku masih lagi title junior tapi senior sikit je..
pada mulanya, awal awal sem
kebiasan pada setiap kelab, pasti ingin mencari apprentice baru, new member
sama lah mcm SENCETRA dulu
seingat aku dulu, kami lakukan ujibakat selama 2 hari
aku tidak mengambil port sangat pada waktu ini kerana aku seakan masih baru dlm kelab ni
memandangkan pada saat itu juga, aku masih lagi mentah dalam step dan gerak tari...masih lagi tidak cantik..jadi aku kurang dipanggil(Sedey jap)

tapi ya, alhamdulillah, Pj, Jaz tak pernah pinggirkan aku, jadi masa audition tu aku masih lagi dipanggil untuk melihat sendiri cara audition, tradisinya, kami tak dibenarkan tuk bersuara kerana kami masih junior, so hanya senior menjalan kan tugas waktu tu.

Jadi ramai lah warga SENCETRA

inilah pada satu event yang menggunakan khidmat seramai 13 org "DA GOOD DA BAD DA UGLY"


warga baru sencetra pada masa ini ialah dua org dari kanan iaitu MIRA DAN SYAZWAN


Warga sencetra yang baru ialah HAIQAL dan IZZATI (dua dari kiri)


Warga baru sencetra ialah 4 org dari kiri iaitu, IZYAN,MIRA UGLY, SABRINA, FYRA






jadi, apakah yang menarik nya sem ni?
ia merupakan satu sem yg sangat mencabar
kenapa mencabar??

SEM ini merupakan sem kami tanpa penasihat kebudayaan kami
PN ELTIS

saat ni dia telah beranak seorang anak lelaki, jadi sem ni dia cuti pantang.

jadi ketua kami ialah PJ.

Yang menarik nya dan yang membuatkan aku tak pernah lupa akan sem ini ialah
ia mengajar kita untuk berkorban.
Adakah anda sanggup berkorban atas minat anda, atau anda ni main main sahaja ngan minat anda.

1. Sem ni merupakan first time show luar, under group PJ, aku, Pj, jaz dan sepupu Pj..di WISMA SEJARAH, KL. Show kahwin

2. Sem ni juga first show tuk event part 6 mass com di ALOR GAJAH. menarik nya perjalanan Sencetra. pakaian adalah gabungan baju lama sencetra dan baju Group PJ, baju kami ambik dari Port Dickson bersama Pj, jaz, syazwan, menyewa kereta, mengumpul duit seorang rm15, beli brg brg makeup

3. Untuk show pertama "DA GOOD DA BAD UGLY" props semua dihasilkan oleh pelajar sendiri. tgk la muka muka kami di atas, sungguh menarik. 

walaupun susah, tapi ia sangat manis.
last tuk santapan anda semua, video semasa sem 3 aku diUITM MELAKA, ini lah antara show show kami.





DA GOOD DA BAD DA UGLY..




Kurik Kundi - Version Sencetra..waktu ni tuk show event part 6 mass com yg pertama di ALOR GAJAH





SEKIAN
^_^




Sunday, September 11, 2011

Kirin Bangga ngan korg SENCETRA

Assalamualaikum.
Salam semua nya

IM BACK!!
yeah, now im back in Melaka.
so, hari da masuk hari ke-3
jumaat ari tu sampai sini dan masuk rumah sewa.
(nnt aku post pasal umah sewa aku)

sekarang ini
aku nak cite pasal benda lain


event part6 mass com
walaupun aku bukan budak masscom, tapi kawan kawan aku ramai yg belajar masscom..
dan aku tak pernah miss tuk hadir dan lihat sendiri event part 6 ni
dari awal awal dulu mulanya event tuk study diaorg nya ni di alorgajah dahulu, 2 tahun lepas, di Alor gajah, ke MBMB, ke Dataran Pahlawan dan Sekarang ke Jalan Parameswara. Each one of it. aku tak pernah miss.

Kali ni event part6 membawa satu event amal TOUCH 2011
memberi pengenalan dan mendekat kan orang ramai bersama sama membantu yg susah. Selain anda berjumpa artis yg dijemput,anda juga boleh memberi derma tuk membantu mereka yg susah ini.

so semalam malam aku dtg ke event tersebut
lagi lagi junior aku memang menjadi event tetap yg semua akan mencari budak budak sencetra tuk show pembukaan.

dan semalam aku pergi tuk lihat mereka
wow, mereka sekarang makin bagus. 

disini, aku sebenarnya sudah bangga ngan diaorg,
SENCETRA kini sudah jauh 
sudah makin hebat
aku gembira, walaupun dlm hati agak sedih kerana disaat begini, aku sudah lagi bukan sebahagian dari mereka lagi. Aku sekarang hanya bayangan sahaja.
tapi, masing masing ada masa masa sendiri, tapi aku bangga kerana SENCETRA terus naik, dan tak pernah padam. JUNIORS,sayang korang.

KHAS tuk semua
saya mempersempahkan
2 buah video
(maaf kalo kurang jelas, pasal tak nmpk sgt dari video, lampu diaorg kureng)

khas tuk ayed, pinat, angah, pj, jaz, kak ain, ajak, dan semua
"SENCETRA SEKARANG DA HEBAT, JUNIOR KITA DA BAGUS"
BERBALOI USAHA KITA DULU
^_^














Saturday, September 10, 2011

jgn last minit cm saya...!!

Hai hai hai
Assalamualaikum

Salam Aidilfitri
Salam 1 Malaysia
Salam bloggers

Apa khabar semua?
ceria ceria selalu
senyum la supaya diri anda selalu positif ^_^

Okay, sebenarnya, minggu hadapan, aku telah mula belajar.
Aku menyambung pengajian ku dalam jurusan yang sama, hanya tinggi sikit
BACC - BACHELOR in ACCOUNTANCY ( betul ke ejaan aku ni?)



ya , aku menyambung pelajaran ku jurusan akaun.
Di UiTM Melaka.
12 hb adalah hari mula nya aku menjejak kaki disana.
Seumur hidup aku, sepanjang aku diploma di kampus lendu, tak pernah dan tak tergerak hati aku nak menjejak kaki di Kampus Bandar. Walaupun selama ni aku di Melaka. (Teruk da ko ni kirin...)

Jadi, apa yang ko nak cite ni Kirin??

Haaa...well, ari ni adalah cerita untuk semua agar berhati hati dan take note. Ceh wah..ia more kepada seperti peringatan. jangan sape sape jadi mcm saya. Saya TERUK, huhu !!

Cerita nya ialah JANGAN BUAT PERSIAPAN DI SAAT AKHIR !!! (*tapi, saya buat, =P)

walaupun minggu depan baru start, tapi esok ( JUMAAT ) saya telah berangkat ke Melaka.

Awat cepat sangat!!!??

bukan excited tapi kerana nak menguruskan hal rumah. Rumah yg aku dpt sewa ni, Alhamdulillah, Syukur sgt.. sewa nya rm 750 tapi totally fully furnished...bak kata tuan rumah, MAK CIK RUBY, just bawak bantal dan cadar je ( hbis tu baju baju tak payah bawak...baju sama je kang, hehehe)

Rumah da byr deposit, tapi masuk nya tak pernah lagi, haa cm mana tu? tu sebab nak gerak awal sikit.

so, selama 2 atau 3 minggu terakhir ni , ye la raya kan..so mostly nak raya la, but mood tu tak de, bnyk duk umah. Main game. well, masa raya tu, aku ada hanya lebih kurang 2 minggu sahaja. tapi, aku start mencari bhn bhn semua, kire get ready la nak balik melaka ni, hanya lah pada isnin yg lepas sahaja. so, jumaat nak gerak, aku hanya ada 4 hari sahaja.

SEMPAT TAK!!!!!!

well, apa je benda benda yang kena bawak tu?

well, kepada sesiapa yang akan masuk Univ...jadi ini mungkin satu nasihat atau satu peringatan sebelum anda bergerak. (risau lak aku ni, takut ada je bnda yg tertiggal) - khas untuk budak budak yg masuk UiTM,hehehe

1. Borang - Pastikan semua borang anda dpt di lengkapkan secepat yang mungkin, jangan jadi mcm saya, 4 hari sebelum nak masuk baru nak wat. Dan lebih baik, anda cuba siapkan borang borang anda dalam masa isnin hingga jumaat. sebab? Ok, dalam kehendak borang, anda memerlukan cop pengesahan Pegawai A atau seadanya(mengikut kata borg anda ye) , jadi masa bekerja untuk pegawai pegawai ini adalah waktu isnin hingga jumaat ni la. anda pilih je satu masa. tapi kalo pegawai tu anda kenal, sabtu ahad pun NO HAL , kan. Selain itu, nak wat check up pun ambik la hari hari ini kerana, rasa rasa nya lah, sabtu ahad selalu nya org busy ( tapi kalo ikutkan , hospiital kerajaan ke klinik swasta ke apa ke, mana yg tak pernah tak busy, haihhhh )

2. Barang kelengkapan harian- ok barang barang ni termasuk lah pakaian korg pergi kelas dan duk kolej or rumah sewa. brg brg tuk mandi atau pun membasuh baju, brg mknn semasa kegawatan ekonomi dan juga barang barang yg seadanya ikut kehendak dan keperluan masing masing. Ni waktu raya raya cm ni, kuih raya takkan lari nyaa, mesti ada gak, hehe

3. Pengangkutan (kepada yg membawa kenderaan) - Pastikan kenderaan dlm keadaan baik, check engine, service, tayar, minyak dan sewaktu dengan nya. Pastikan perjalanan anda lancar selalu. ^_^. Oh ye, anda juga dlm keadaan baik dan tak penat dan mengantuk, okay!!

4. Kekuatan Mental dan Fizikal - Anda yg mungkin dari Spm dapat masuk Univ tuk diploma, Peringatan, ia bukan seperti sekolah lagi, so belajar dari kawan kawan yg mungkin senior dari kita, tanya mcm mana life Univ. Jangan senang lenang dan fikir nak cari awek sahaja, korg bukan lagi belajar setahun then test , test tu markah korg, bukan lagi ye...so makesure, do your homework...

5. Attitude - Perangai jaga, sekarang ni kena pandai berkelakuan / perangai. terlalu baik pun di pijak, terlalu jahat org tak suka, terlalu berlagak, org kutuk, terlalu lurus bendul, org permain kan kita. so be yourself in a good way.

6. Kewangan- benda ni antara terpenting. pandai pandai la berjimat ye. hal hal kewangan ni korg da fhm, so pandai pandai uruskan duit anda. terutama nya pada ambik ptptn, jgn boros pada yg bukan bukan.


Well, itu lah antara perkara perkara yg anda perlu take note ok.
kalo ada salah tu maaf le, itu adalah antara pandangan saya sahaja

KHIDMAT MASYARAKAT INI DARI KEYRIN KHAS TUK ANDA DI SHARKHEARTS.BLOGSPOT.COM

^_^

Monday, September 5, 2011

Teen Wolf MtV...nice ^_^

Assalamualaikum


haaa, kali ni aku nak cite pasal satu cerita yang kuar kat MTV tak silap, baru beberapa episod lagi kot
tapi aku da ada semua episod da..


total episod dia ialah 12 episod

best citer ni...
dia nak kata seakan twilight or vampires diaries
maybe la
(pasal aku kurang sikit ngan dua atas ni)
tapi aku pasal da follow citer ni dari awal

pelakon dia tak de la yg hebat hebat sgt but sesuai dgn perwatakan.

Contoh watak teen wolf sendiri ialah


Tyler posey, mungkin ramai tak kenal, tapi masih ingat lagi watak kanak kanak lelaki dlm JUMANJI. inilah budak itu. Bila da besar..sekrang sudah berumur 20 thn.


inilah budak tu dlm watak JUMANJI


selain TYLER POSEY




TYLER HOECHIN


SYPNOPSIS

Synopsis:
Scott (Tyler Posey) hanya seorang lelaki remaja biasa sehinggalah satu gigitan telah mengubah hidupnya selama-lamanya.

Sekarang dia dalam usaha untuk memahami kuasa dia dan juga memahami apa yg akan terjadi pada masa akan datang. Adakah dia boleh mengawal watak serigala beliau? Adakah dia akan mendapt cinta dia bersama Allison)Crystal Reed).? Adakah dia boleh menyelamatkan keadaan?

"Teen Wolf" adalah kisah Scott sebagai dia cuba berjalan sejajar di antara apa yang dia mahu dan apa yang dia tidak boleh membantu daripada mahu. Adakah akhir menggigit sehingga menjadi hadiah? Atau ia akan menjadi satu sumpahan? Dan apa yang akan ia bermakna untuk hubungan dengan Allison(Crystal Reed) - gadis dia tidak boleh mendapatkan cukup? Hanya masa akan menentukan jika dia harus memeluk kuasa barunya atau jika dia harus takut kepada mereka.


hehee, sorry, sypnopsis ni google translate je.

well bagi aku cerita ni boleh dikatakan ada unsur kelucahan sikit..hidup remaja america yang ingin bercinta dan romantik ...so ada la sikit sikit adegan panas.

well, for me..this story nice..aku bgi 4setengah bintang daripada 5 bintang

sekian
*sape sape yg nak tu, meh la mintak kat aku, hehhe


Saturday, September 3, 2011

Raya Karok Raya ke-3

Assalamualaikum
Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya
Salam 1 Malaysia
Salam Merdeka

Hari ni da masuk raya yg ke- 5
so cam mana raya anda??

meriah tak..
for me..NO, tak sangat la
haha bukan apa, bila da meningkat dewasa..sebenarnya suasana tu da makin kurang.
first
DUIT RAYA - NOOO
ko ingat ko sape, tak de tak de, no more duit raya!!

da besar panjang cm ni, memang tak le nak dpt lagi
kalo dpt tu kire SYUKUR SANGAT
ALHAMDULILLAH

second

Benda yang aku nak fokus kan sekarang ialah
nak lengkapkan semua borang borang dan byr yuran dan wat medical check up


Ok, bukan borang ni ye, ni contohnya sahaja. ni borang menarik diri. saya tak menarik diri ya..haha





so, anda rasa best n feeling tak raya tu..
da rasa nak belajar je skrang
(tapi tkut pasal degree kali ni, huhuhu)


anyway, aku stop jap cakap pasal benda tu
so kali ni aku nak cakap story pasal beraya 2 hari lepas
raya ke-3 hari khamis

well, ammar www.ammar-rella.blogspot.com , family nya ada la wat mkn mkn sikit kat umah
so dia jemput aku and kawan kawan aku lain.
so, aku pun pakat la ngan fahmi dan ariff...then syazwan pun nak join sekaki.


well, pada mula nya janji pada pukul 11 pagi...kemudian bincang lagi, bwk ke pukul 12 tengahari.



aku ok je...lepas tu pada masa pukul 12 tghari tu, fahmi call dan kata suruh tukar kepada pukul 2.15 petang...



dia ni dari kuala kubu baru. pukul 1.30 baru kat ktm paling last( kat belah kubu baru tu la)..CONFIDENT 2.15 sampai Stesen LRT Taman Bahagia.

tapi pada masa pukul 2.15 tu, masih lagi dalam train dkt rawang, dan syazwan pun sama.

so anda rasa pukul berapa ya?


akhirnya pada pukul 



baru la sampai fahmi dan syazwan di lrt taman bahagia.
sebelum kerana da bosan duk umah, bermesej ngan yg gila(ariff) , dan yg tak sampai sampai fahmi dan syazwan dan mengupdate diri bersama ammar, apa info info terkini, haihh

ha, ni satu hal dan cerita lagi
ariff
orang yg pada mulanya paling beria
sehari sebelum nya(maksudnya 3 hari lepas la- rabu) dia ke Melaka. dan perkara ni telah diberitahu awal(ammarnya makan makan ni)
so dia adalah org paling bahagia dan excited dlm hidup nak pegi
but pada mlm sebelum nak bergerak tu..dia kata dia still kat melaka...

krik krik krik
(WHAT!!??)

so. dia janji dia akan sampai dalam pukul 12. malah dia kata kita nak gerak kul bape pun boleh.. 2, 3, 4, 5.

so, aku target dia akan sampai la. but pada hari itu..dari pagi aku call
TAK BERJAWAB
dari pagi aku mesej
TAK BERBALAS

bila dapat mesej pada masa pukul 10 keatas dan dia masih ada kat Melaka, alasan= kakak aku masih tido

ini adalah perbualan (mesej) aku ngan ariff ni.

masa pada pukul 9.40 pgi
(ini adalah perbualan dalam mesej)

aku: ko kat mana da?

dia membalas pada pukul 10.37 pagi

ariff: cakap dgn ammar aku tak leh datang. aku kat melaka lg

so, mula cam da menyerah la,.but kerana fahmi lmbt aku tanya lagi.


masa pada 12.19 tghari

aku: ko bila balik

ariff: hari ni, puan suhaibah ajak datang umah hari ne?

Aku: ko hari ni tu kul bape?

ariff: dalam jam 3? kenapa? kau kat mana?(soalan bertubi tubi, mati lect kalo dia tanya cm ni)

aku: jam 3 baru gerak ke? 3 da sampai. Aku gerak ngan fahmi dalam kul 2

ariff: la lepak lama sikit umah mama su boleh? jam 3 sampai k.l, kau g mane lg? ammar marah aku ke?(confident yg jam 3 da sampai KL)

Aku: sure sampai umah kul 3. Please tolong awal sikit. Please. 2 lebih da sampai. Mintak la gerak awal sikit dari melaka tu. Ko nak gerak dari melaka kul bape

ariff: lepas ni gerakla nape?(aku tanya masa, bukan lepas ni ke apa)

Aku: Lepas ni kul bape? 2 pun lepas ni, 3 pun lepas ni. Melaka ke sini 2 jam. Sekurang nya b4 kul 1 da gerak.

ariff:yela , jam lg gerak.(bahasa apa ko guna)

aku: jam lagi gerak?

ariff: jap lg la, nape?(aku tanya jam tu je apa maksud, dan ko tanya kenapa?)

aku: make sure before 3 sampai

ariff: ye la,kau nak lepak mana?

aku: aku lepak umah mama su la. Sampai 3 je. 3 tak sampai. Sorry la aku gerak dulu.

ariff: kau nak gerak g mana? tunggula jap(what??!!)

aku: ko ni asal pelupa pulak ni. Gerak rumah Ammar la. Tak de. Ko VIP nak tunggu tunggu. Nanti mahu pukul 6 baru gerak. Ammar pun da habis da wat makan makan.

masa pada pukul 3.10 petang

aku : kat mana

tak berbalas

so aku malas fikir lebih kurang pukul 4 lebih kami sampai rumah mama su, aku still terus call, bila dia angkat aku tanya, ko kat mana? dan dia balas dengan 

"AKU STILL KAT MELAKA LAGI, HAHAHAHA"
(what the hell ko gelak)

pada pukul 6.22 petang

ariff: kau dah g umah ammar ke?

balas aku= MALAS LAYAN 

(letihnya wat edit color , bold dan cari mesej balik,huhu)

So , aku malas nak fikir hal ni, pasal hal ni da hampir merosak dan memeningkan kepala dan jiwa aku hampir separuh nyawa..separuh otak duk pikir, boleh kena migrain cm ni.

So aku just nak show gmbr gmbr je la
so, mula mula, kami serang rumah mama su.
SELAMAT HARI RAYA CIKGU, SYAFIQAH DAN SUFI
well, kerana lmbt..tak dpt mkn ayam BBQ. 
so makan je nasi ngan lauk kari ayam dan sambal ikan bilis cikgu
sedap lak tu, hehe


gambar bawah adalah gmbr kubur OOPET
kucing kesayangan family mama su




Selepas itu. 
Kita orang terus gerak ke rumah Ammar
semua nya baru first time sampai rumah ammar
dan tak tahu jalan.
so , org kata redah je..

Makin lama makin terus je, aku pun da cuak..terus terus masuk la dulu kawasan kampung puchong baru.
dan call ammar
at last dpt jugak direction dia

(ACTUALLY, NAK KE RUMAH KO SENANG JE AMMAR, HANYA KE DALAM JE)

LAUK LAUK MAK AMMAR MASAK, SEDAP SEDAP, ESPECIALLY(betul ke ejaan ni) SUP DAGING DIA...


Ammar menjadi penyambut tetamu kami dan menghidangkan lauk kepada kami, terima kasih ammar ^_^




LOVE THIS PIC...pasal bukan selalu aku dpt jumpa diaorg dan lepak cm ni.

So , After that..
kitaorg kuar dan aku plan, bawak la raya umah aku . senang sikit
sekurang u will know a little bit about my family
(thanks ammar kerana ko sudah faham cerita aku skrang)






So after that
KARAOKE!!!

well, 2 jam karaoke ye
seronok sgt
mcm mcm lagu dan cara nyanyi
but tak leh tahan lagu 2 terakhir
HAHAHA



Bayangkan lagu ini...anda bygkan anda tgk video klip ni, tapi suara anda dgr suara lelaki
AHHAHAHAA
kelakar gile.. sorang suara garau..sorang suara lelaki biasa,
hahaha

Ammar dan Fahmi nyanyi lagu ni memang la kelakar.

well lepas 2 jam menyanyi, memang sangat dasyat and happening.

Pastu Karaoke
pegi jumpa ariff jap
well, untuk anda semua tahu pukul 9 mlm baru dia sampai rumah
cuba bygkan kalo aku tunggu ko dari kul 4 ptg smp 9,aku rasa. rumah Ammar pun tak pegi. rumah aku pun, diaorg tak pegi

dan please la ko bukan VIP..

well pegi rumah dia, well sambut pun mcm nak tak nak je
then dtg pasal nak bgi nasihat kat dia.
ye la, dia dpt masuk Uitm Jengka, kos office management

aku pun tumpang gembira la
ammar , syazwan semua
bgus la dia dpt belajar
tapi bila bgi nasihat
asyik gelak
what?

haihhh
well mls la nak citer pnjng 
tunggu je la nnt
satu post baiknya pasal dia

well
sekian

^_^