Teman pena..

Thursday, June 30, 2011

Kirin.. =((

Ada tika detik masa nya,
Aku akan menjadi tak tentu hala
menjadi org tengah
hanya mampu mendengar
melihat
tetapi untuk membantu
siapa lah aku
insan yg kerdil dan jauh dari sudut matang nya

aku keseorangan
tanpa sokongan mahupun teman disebelah ku
untuk aku bantu
agar semua nya jernih sediakala

Keadaan metafora yang berlaku disekeliling aku sekarang
menjerat aku sendiri
jika aku penting kan diri
maknanya aku merosakkan segalanya
jika aku berpihak di sebelah tangan
maka aku akan menaikkan lagi amarah dlm pergelutan yg sepi ini

melihat benda baik
aku senyum puas... suka
tapi sudut hatiku
menangis
ingin aku titiskan air mata, jika itu adalah caranya
kerana tika aku dlm kekeliruan ini
aku kerinduan dlm pertanyaan

sumpah,
pertanyaan ini tiada jawapan nya
hanya mendatangkan syak wasangka yg bukan bukan
sebab itu, aku jauhkan nya
tapi aku merana

kenapa saat ini
kenapa aku
kenapa aku terjerat ditengah ini
kenapa aku yg mengetahui perkara ini

ku harapkan ada teman tuk ku bercerita
teman tuk ku ceria bersama
teman yg aku percaya
kerana
masanya akan tiba
dan pasti aku tak tahu cm mana nak tempuhi benda ini nanti

SEkiaN..

Tuesday, June 28, 2011

Strawberry Field Cafe...


Hari ni aku ada temu janji yang jarang untuk berlaku
temu janji sangat
ayat nak power je ko ni kirin
hahhaa

well, its like this
hari ni akhirnya untuk sekian lama
hampir 5 bulan
( hmm lebih, aku rasa)
aku tak lepak ngan kawan kawan aku ni

ATAS SEBAB???
hmmm ada la
susah nak clarifykan,
panjang
nnt berjeler jeler
so malas aku nak cerita benda tu

so aku da bnyk kali asyik cancel semua event bersama
bukan nak kata aku ni VIP
VERY IMPORTANT PERSON KE APA
NOOOOO!!!!
aku bukan VIP
AKU VCP

aku la orang yang paling
VERY COMPLICATED PERSON

so, alhamdulillah
Allah memberi aku sedikit ruang dan kekuatan tuk dpt jugak berjumpa dengan mereka tadi disana

walaupun 4 org, tapi bagi aku ok la
dari ZERO

so, banyak jugak bnda yang aku tau
walaupun keadaan dia kadang kadang KRIK KRIK KRIK
tapi aku kdg kdg ilang point nak ckp apa
pasal da berjauh sangat
(teruk sangat ko kirin)

hehe
well thanks ammar, syazwan n ariff pasal ajak aku lepak sekali
i have fun walaupun kejap

sekian 
^_^

Kirin rindu Cat Pelaka, Berus, Kerawang, Kain dan De'ART Famiy

Assalamualaikum
Sedang semua org sedang nyenyak tido dibuai  sang mimpi
aku pulak tengah bekerja
dengan mata yang mengantuk gila
perghh
tak tahan dibuatnya
rasa nak lelapkan mata je

( untuk pengetahuan anda)
Kirin memang lelapkan mata lepas tu, dia tak tahan sangat dan dia tak dpt nak menyambungkan post ini

akhirnya dia sambung pada keesokkan harinya


APA YANG BERIA SANGAT NI KIRIN? NAK TULIS SAMPAI TERTIDO BAGAI, SAMPAI TAK DAPAT NAK SIAPKAN...


maaf le, bukan sengaja, da ngantuk, so better lelapkan mata jap
hmm, apa yg aku nak cite ni tak de la best apa pun, gempak mana pun, meletop kebaboomm pun
just saje saje
this is my blog right!!
ceh, bongkak lak aku tiba2
blog pun tak bgus mana *_* mati akal jap


ooo, ok


dulu aku ni budak nerd n bodo sgt
yes tak tipu, semua aktiviti sekolah dulu aku tak penah join
waktu sekolah rendah dulu la


then masuk sekolah menengah
aku da cuba beranikan diri dengan msuk persatuan , kelab dan macam macam lagi aktiviti sekolah


so waktu aku form 2 dulu, aku ada masuk kelab seni
atas sebab apa aku masuk?
hmmm, mungkin waktu tu aku rasa ada sesuatu yg best kot kat dlm kelab tu
so aku join ngan kawan kawan aku.






APA BEST SANGAT KELAB SENI KO NI?


Best sangat
untuk aku la
tuk korang mungkin kata tak best
but for me, i learn many things there
Kelab Seni BB adalah kelab di mana, kalo semua formal event , untuk perhiasan pentas, kitaorg la org nya.


Kamilah the designer.
YEAH!!!


SO untuk hasilkan huruf, pastikan kena ada font dia, polistrine, cutting polistrine,colour semua n berus


untuk hasilkan colour tu kena ada CAT PELAKA, template(ye ke?), berus dan sudu, best main testing testing colour


Sketing pentas mestilah kena ada kain, pin, bunga, sponge


beside font huruf kena la ada corak tuk ceriakannya, kerawang ke, nombor ke, bunga ke


hmm menarik tau


Dalam Kelab Seni tu
kami belajar dari dua orang guru yg sgt hebat


PN SITI MARIAM DAN PN SUHAIBAH
AWESOME!!!


Benda yang sampai sekarang akan aku ingat ialah


1. Jika ada nak buang sampah contohnya suratkhabar (yg melibatkan kertas cm tu), sebelum buang, lipatlah kertas atau bungkusan mknn(nasi lemak contoh) sehingga kecik then baru buang. Kenapa macam tu? Sebab boleh jimat ruang dan boleh isi banyak sampah lagi dlm tong sampah tu.


2. Didalam Kelab Seni, tiada perkataan TAK... mesti boleh lakukan dan boleh jadi.
Ia tak semana mana da ajar aku tentang, jangan putus asa, bila kita tak jumpa lagi jln , mesti ada jalan dan cara.




2 Benda ni aku masih praktikkan sehingga  kini.
Aku yg menjadi kisah ku sekarang


AKU TIBA TIBA RINDU DENGAN SEMUA TU



CAT PELAKA YA, BUKAN CELAKA....hehe


Berus untuk mewarna


MY BB SCHOOL


Ni lah salah satu contohnya, kerawang,

Aku rindu untuk buat semua tu, stayback sampai tgh petang
BEST
huhu

SEKIAN
^_^


Sunday, June 26, 2011

Perkampungan Tari Malaysia 2011 ( Malaysian Dance Village)

Jumaat lepas bersamaan dengan 24 Jun 2011
Malam itu
 ialah malam final MAHARAJA LAWAK 2011

dan

malam itu
Ada PERKAMPUNGAN TARI MALAYSIA
di Uitm Shah Alam

Kampus2 UiTM berentap malam tu

Malam itu pula aku kebetulan mendapat cuti.
Alhamdulillah, menjadi tanda fikir ku jugak ( tanda fikir? apa la perkataan aku ni)
samada nak tengok maharaja lawak dirumah atau ke shah alam nak tengok MDV ( Malaysian Dance Village)

so, aku cdg aku nak tengok MDV
walaupun aku tahu ramai akan pilih maharaja lawak
but dia ada ulangan nnt
MDV, NOO...

so, fikir balik, aku pergi seorang je..
aku ajak kawan sekolah ku, Ammar
tapi dia ada hal
so tak nak la kacau

then aku ajak senior aku, PJ..
hari tu pulak dia sedang bercuti
so mesej dia
dia kata 



so ada la teman, tak de la aku sesat kat dlm UiTM Shah Alam tu nanti
* walaupun tak besar mana, but pusing dia tu kadang kadang pening gak woooo

So, aku kena ambil dahulu PJ kat Damansara then baru gerak ke Shah Alam
well, byg kan pukul 6.30 gerak.
LDP, PJ, DAMANSARA
waktu waktu cm ni
org baru balik kerja
so traffic jam gila la.
(traffic jam pun boleh gila kan, hahaha)


Perghh, jam nya gmbr ni, aku pun tak sanggup nak lalui nya

so around 7 pm, aku sampai damansara ambik PJ
then lalu jalan lain, katanya jalan subang ke shah alam
nak lalu LDP balik, confirm jam teruk
so masuk lorong sini, belok sini, belok sana, U turn balik, so aroun 8.30 baru sampai UiTM shah alam.
Di Dewan Sri Budiman


Sungguh bernasib baik
kerana pertandingan belum bermula lagi

For Information

Melaka(SENCETRA)
tak dpt nak join
pasal last minit tahu tarikh
mereka busy ngan event sendiri
dan mereka semua memang busy

agak terkilan diaorg tak dpt join, kalo boleh nak tgk gak diaorg berentap
nak sokong diaorg.

so, MDV yang da masuk kali ke-2 ni
(nak ikut kan MDV pertama pun tak masuk pasal salah faham pasal yuran, terkilan gak la jugak bila fikir balik, pasal tu waktu aku handle SENCETRA, tapi aku tak nak bwk mereka, BODOH DAN SIALNYA AKU) 
Maafkan kirin, korang


so kali ni MDV hanya 5 kampus sahaja masuk

UITM SHAH ALAM ( POLISI)
UITM PENANG
UITM TERENGGANU
UITM PAHANG
UITM SABAH

walaupun sikit tapi saingan dia sengit
sumpah, aku sangat suka persembahan KREATIF diaorg
sangat kreatif gila
tergamam

bila tengok diaorg menari, aku sendiri rasa nak menari lagi,
tapi mungkin bukan masa aku lagi
maybe satu hari nnt
sedih lak aku, ish sudah kirin
OKAY!!!

hmmm
well, sabtu mlm tu baru lah majlis penutup bagi hadiah semua, tapi tak dpt nak dtg pasal aku da keje balik

so, here yg aku dengar dari FB ialah

sabah menang no.1 untuk kali ke-2
TAHNIAH SABAH
diaorng memang paling gempak
tak dpt nafikan
so kreatif
n asli diapun seronok tengok

well
tahniah gak pada PENANG
Muzzamil, hafiz, Iskandar, Iqbal, korang gempak la menari
first time masuk 
sudah menang 3 anugerah=

anugerah khas juri
anugerah busana asli terbaik
anugerah harapan


TAHNIAH SABAH!!


INILAH DIA PESERTA MDV


bila tengok mereka menari aku pun nak menari
huhu
SEKIAN
^_^






Thursday, June 23, 2011

Hobi ku satu masa dulu bersama De Art Family

Assalamualaikum


warkah kali ni, aku nak mencerita kan satu lagi kisah lama ku
sebuah hobi, 
minat aku bersama kawan kawan sekolah ku
kawan kawan kreatif ku


hmm, apakah hobi tersebut?


mungkin jarang anda akan dengar hobi macam ni di buat oleh lelaki
memang lain dari yg lain
tapi jangan lah anggap hobi ini hanya lah lelaki lembut yang buat


tak paham betul aku pemikiran orang zaman sekarang
buat benda yg perempuan buat adalah lelaki lembut
menari tradisional ke , dikatanya lelaki lembut atau songsang


masih ada lagi pemikiran bodoh cm tu
ingat da tak de da,haihhh


well, da la, cukup dgn nak lepas kan rasa tak puas hati aku tu, stop it kirin, 


well, sambung balik
apa dia hobi tu kirin??


jangan digelak pula ya
well , jarang orang akan tengok lelaki yang suka buat KAD SENDIRI
HOME MADE CARD atau HANDMADE CARD, hehehe


yes it true
aku, bersama sahabat ART CLUB a.k.a De ART Club
ammar, ashok, fahmi, syazwan, kavi, george, megat, ariff, siva also, i think...
(ada tak aku tertinggal sape sape?,hmmm )


inilah rakan rakan kreatif ku




cam mana leh lak terlibat lak nak wat kad ni haaa....


semua nya start kerana kami ada seorang ibu disekolah
dimana kami ada seorang ibu kandung dirumah
sama lah disekolah
dialah ibu kami
PN SUHAIBAH




satu satunya kaum ibu yang sama dlm kedua dua gambar ini, itulah ibu kami, mama su.

Disebabkan dia ialah cikgu yg paling kami rapat,
ibu kepada kami disekolah

so, kitaorg takkan lari dari membuat kad untuk
hari guru, hari ibu , hari lahir

seperti kata mama su

"kad kad dari anda semua lagi berharga dari kad yg anda beli"


lebih kurang macam ini la ayat dia


so, i want to show u my idea , my kreativiti of kad.








kad dlm gmbr last ni, bukan kad yg mungkin korang ingat kecik, sebenarnya tu yg besar, size lebih kurang 2A4 paper melintang.

Hmm, bukan nak kata aku ni bagus pun, but okay la
aku suka tengok kawan kawan aku yang lain buat kad
sangat kreatif dan cantik
hanya aku tak dapat nak tunjukkan je
=(

kawan ku ammar, dia nya kreatviti sangat menarik, dia boleh buat sesuatu yg nampak pack tapi bila kita lihat, ia sgt teratur dan cantik, 

kalo aku hanya suka main menggunakan abstrak abstrak, corak yg ttap cm ni sahaja, tapi ammar dia boleh ubahnya, menjadi lebih padat.

syazwan, aku pernah tgk sebuah kad kasut tumit tinggi, dan ia sangat cantik dan kemas.

mcm mcm lagi, ada yang mneggunakan unsur kain, surprise dan mcm mcm la.

yes, aku dpt satu gmbr ini

TADAAAA!!!




rindunyaa!!!
memori semua ni
ok, kalo anda perasan, ada satu tumit kaki kat situ
tak silap itu syazwan punya 
ada kad yg berbentuk hadiah, itu lah ammar dan syazwan punya
belah kiri sekali yang paling panjang, itu megat punya
belang biru hitam , itulah ammar punya
aku punya ialah seperti gmbr yg terawal atas tu


nampak kan
kreativiti mereka
sangat menarik




mungkin kah satu masa nnt, kita dpt bertemu semua nya dengan keadaan semua bwk kad rekaan masing masing lagi


dulu aku pernah mengimpikan sebuah kedai dimana, semuanya aku menjual kad kad buatan sendiri yang dibuat bersama kawan kawan ku 


^_^


sekian

Sunday, June 19, 2011

Kirin, U need a change!!

hmmm, kat sebulan lebih ni, aku nya rutin harian agak sama je.
malam keje
pagi nutrisi
tengahari tido
petang tido
malam keje balik
hmmm

agak boring ya
well,
aku kena fikir something yang boleh isi masa aku jugak, supaya aku tak bosan je.
naik bosan jadinya.

i miss nak wat kad sendiri
i miss nak menari, walaupun terpaksa seorang diri
maybe nak joging, hope ada la rasa nak wat tu


hmm i need to think, apa lagi yg aku leh wat, dlm badan yg penat ni
hmmm


sekian
^_^

Thursday, June 16, 2011

Sebuah alkisahnya , SENCETRA

Assalamualaikum
Salam sejahtera, salam satu Malaysia, salam perpaduan, salam pembaca bijaksana, salam warga blogger sekalian
=)

Alhamdulillah
Dalam masa masa begini
Aku nak menyingkap sebuah sejarah
Ingin aku simpan sebuah kisah
Dimana aku belajar sesuatu
Dimana aku berkawan
Di mana aku taburkan rasa minat ku
Di mana aku taburkan segala yg boleh ku bantu dan buat
Dimana aku sangat sayang pada nya…

Sekarang akan aku cuba singkap kan sebuah sejarah mengenai SENCETRA

Firstly, Ribuan terima kasih pada my senior yang bagi information ini, walaupun sikit je and simple je aku nak, but aku rasa info ini sangat berbaloi untuk pengetahuan aku. Thanks to Kak Ain dan juga Ahmad Rafaie( PJ ) kerana member maklumat tersebut. Thanks gak pada Adi Nur Rashid kerana sebenarnya information ni dia yang nak, so aku cuba dapatkan, dan advantage for me, aku nak blog kan ia. ^_^. Oh ye thanks kepada Youtube kerana membantu mencari maklumat juga.

Jadi mari kita mulakan

KISAH Kelab Tarian UiTM Melaka Kampus Alor Gajah .

Sebelum tertubuhnya sebuah kumpulan tarian bernama SENCETRA, kumpulan tarian UiTM Melaka ini pernah diberi gelaran nama SANGGAR SENI DA’SINA. (maksud tidak dapat 
diketahui).

Sanggar Seni Da’sina sebelum ini banyak buat show di Melaka sebelum tertubuhnya group-group NGO lain di Melaka. Sanggar Seni Da’sina dulu pernah mewakili Melaka ke FESTIVAL TARI MALAYSIA di JOHOR. Selepas itu Kumpulan ini mengalami saat saat kejatuhan atas sebab yang tidak dikenal pasti mahupun dirahsiakan. Sanggar Seni ini dahulu diurus kan oleh Pn Zaiton ( siapakah dia?)

Kemudian KelaB Tarian Melaka cuba bangkit semula apabila datang nya kehadiran Nurul Ain atau Kak Ain dan bersama sama senior pada waktu itu yg diberi gelaran Sutat@Firus@Firdaus (tidak dapat dipastikan mana yg betul, tapi sutat tu berkemungkinan) untuk menggerakkan team tarian UiTM Melaka.

Sehingga pada satu masa pada kemasukan pertengahan tahun 2007, kemasukan batch Masscom ke 3 di UiTM Melaka( x silap la), dimana budak budak masscom telah dipilih (tidak pasti semua nya atau segelintir) untuk membuat persembahan Joget Seribu dan pada masa yang sama ada juga pemilihan untuk pergi pertandingan FESTIVAL KESENIAN UITM Peringkat Zon SELATAN. Pada masa itu Pj, Ajak dan Kamal telah terpilih (semua ni senior senior Sencetra dulu) bersama Kumpulan Kak Ain pada waktu itu.

Maka pada waktu itu , ada hasrat untuk menubuhkan kelab tarian UiTM Melaka, tapi kerana untuk menggabungkan dua bahagian ini dulu amat sukar sehingga berlaku nya pertengkaran. Tetapi atas berkat usaha dan doa, kumpulan ini Berjaya disatukan dibawah satu kelab tarian yang tidak bernama.

Jadi setelah kita singkapkan kisah lama , bagaimana boleh datangnya nama SENCETRA dan apakah SENCETRA itu?

Pada masa itu diketuai oleh Kak Ain meminta agar mereka semua memikirkan nama yang sesuai. Pada mula nya di beri nama SRI BUDAYA yang membawa 2 maksud iaitu Seribu dan Daya. Tetapi tidak menjadi. PJ(Ahmad Rafaie) pada masa itu member sedikit klue untuk be more creative sikit kerana ada sebuah group tarian di Negeri9 iaitu D’SENTRA yang bermaksud Delegasi Seni Tradisi. Jadi Our Brilliant Nasiha Sakina dapat menghasilkan sebuah idea dan nama yang dikenali sehingga kini dibawah Kelab Tarian UiTM Melaka iaitu SENCETRA iaitu SENI DANCE TRADISI. Ia sangat kreatif dimana inggeris dan melayu digabungkan dibawah satu nama.

Siapakah batch awal SENCETRA pada masa itu?

Sencetra pada masa itu telah diketuai oleh Kak Ain dan juga dianggotai oleh Pj, Mummy, Ciken,Jaz, Atah,Syarah, Jazz, Nas, Shah, Ajak.
Pada masa tu kak  ain baru part3 dan pada bulan 6 tahun 2007 lahirlah ia … SENCETRA.

Inilah antara gmbr gmbr lama yg dapat saya cari dalam collection saya, OUR SENIOR SENCETRA

laki dari kiri: ajak jaz, nas, shah
perempuan dari kiri: mummy,seha dan atha


dari kiri atas: jaz, ajak, nas,pj,dan shah
kiri bwh: seha , mummy dan ciken



Yang tengah dan baju lain dari semua org, itu lah dia ketuanya KAK AIN ^_^



LOGO SENCETRA

pada awalnya hanya lah logo sama seperti Puteri gunung Ledang punya lambang
contoh dibaju PJ itu.

 Kemudian bertukar lah atas sebab untuk mencari sebuah identiti sendiri.
Thanks kepada Ajak kerana telah mendapatkan sebuah logo yang sangat menarik

Kemudian ia berlaku sedikit pertukaran dalam image yang sama (gambar A)


Sehingga itu sahaja dapat saya kisahkan. 


Sekian
Harap ia kekal selamanya
SENCETRA
^_^

nota kecil: kalo ada salah dibahagian mana, atau terkurang, mohon komen ya agar dpt diperbetulkan, ehhee

Wednesday, June 15, 2011

Saya Tak Suka, Kirin Tak Suka

Assalamualaikum
warga blogger sekalian
sihat?


hmm...
setelah awak dah baca tajuk dekat atas ni, hmm mungkin tertanya jugak bukan?
apa yg tak suka tu? dan kenapa saya dan kirin? bukan sama ke?
haaaaa


apa yang saya nak dok nak kongsi sama korang ni
hmmm baru baru ni ada la dalam seminggu ni
hati ni selalu je terasa nak mencuba
tengok orang buat best je
mcm tenang je
seperti puas bila buat benda tu


hmmm
apakah benda itu
jangan otak songsang sangat ar....
tak baik fikir bukan bukan


apa yang aku nak perkatakan ialah
aku nak cuba hisap rokok


ala
bagi orang lain benda tu agak mcm standard la
apa apa la korang nak katakan
but benda ni la aku nak cakap


so first
apa sebab kau nak cuba?


benda ni kita tak leh nak salahkan sape sape
kadang kadang disebabkan kita tertarik tengok dengan orang lain, kawan kita ke
so kadang kadang kita tengok kawan kita ni mcm cool je kan hisap rokok tu
so ia menarik kita tuk bertanya, apa yang best sebenarnya dari hisap rokok tu
mcm aku, aku ramai sangat kawan yang hisap rokok, so kadang kadang tu ia mendorong kita la untuk mencuba.


cool kan? ke cool tak?

Secondly
Da cuba dah?

Da, aku dah cuba da sikit.

thirdly
So , macam mana kirin?

WOW!!!
Memang susah aku nak terima
walaupun da cuba sikit
bila kita da hisap benda tu
hmmm
sakit dada wei
perghh

baru lah aku dapat rasa dari segi saintifik nya itu 
apa rasa bila da masuk dlm jantung kita

well
aku bukan nak kata bukan bukan pada org yg hisap rokok,
aku just nak kata pasal aku je

well
setelah aku mencuba
aku rasa aku tak suka pada rokok
yeah!!!
Lagipun , aku pernah cuba nak membeli rokok batang
tapi mungkin kerana aku tahu kesan dia dan juga kerana aku rase takut dengan kesan pada badan aku
so aku tak pernah mengambil nya, hanya ari tu bila kawan aku ni bagi aku rasa sikit
and its really
wow
aku tak dpt rasa mana dia cool dia dan mana dia kesedapan dan ketenangan dia

mungkin untuk aku mcm tu la, tapi bagi lain, ada rasa nikmat nya dimana mana tu

so
that it
KIRIN  TAK SUKA

I HATE IT


katakan
TAK NAK PADA ROKOK

hahaha
sekian
^_^



Tuesday, June 14, 2011

Tahniah HAZAMA.

 akhirnya, Video ini, lagu ini adalah JUARA AKADEMI FANTASIA Ke - 9 MUSIM AKHIR

Sunday, June 12, 2011

kata hati kata perasaan

kirin..


sebenarnya
kau sendiri tak boleh menipu diri ko kan
ko sendiri tak boleh nak menipu perasaan ko


yang sekarang ni
kau masih yang sama
walaupun ko dah cuba perlahan lahan sudah


sanggup ke aku?


=(

Thursday, June 9, 2011

Kirin chatting, rindunya, Good Luck korang ^_^







Sedang aku bekerja
sambil menahan mata dari tido ni
(tak tahu nape mata ni ngantuk sangat)
haihhh


aku pun melayan FB
itu pun masa customer da kurang da...


hari ni, customer non stop sampai kul 1 lebih tadi, perghhh memang tak sempat duduk la. terpaksa lari sini sana jap, kena panggil sini, panggil sana, pastu dengar bebelan india ni...sakit ati je...
entah apa yg diaorang carut kan..

=((

so tadi dlm kul 3 lebih, nak dekat kul 4, baru aku online..
pasal nak bagi hilang ngantuk ni, aku cuba tahan tadi, tersengguk la jugak kejap.


so
duk online tadi.


aku dapat jugak  chat ngan junior aku!!!
seronok la jugak.


lepas rindu =)


macam macam gak dapat borak, ye la lagi lagi kebudayaan UiTM Melaka ada event MALAM PUISI ISLAM, jumaat 10 jun 2011.


Hamster ada tanya sama ada aku dpat datang tak tuk event
tapi sayang, aku tak dpt, kerana aku da kerja, so susah sikit
tapi aku harap event lepas lepas ni, aku dpt cuba try dtg
kalo dpt laa
(bole ke dapat aku ni)


huhu

so tadi dapat chat ngan junior aku ni, ADI.


yang laki tu la adi ya, bukan perempuan ni ek, tu odah, a.k.a ODDY
=)

so memandangkan event diaorang malam ni je

so adi pulak biro logistik
first time
so dia minta aku tunjuk ajar pasal sebelum ni pun aku pernah handle biro logistik, itu pun first time gak
hohohoho

tapi nak kata mahir sgt tak de la, tapi kira da boleh faham dan tahu macam mana nak uruskan nanti.
so hari tu adi ada tanya, so aku tolong la. 
N tadi chat pun dia nak tahu apa next thing yang kena buat
well selain tu, ada borak pasal study dia, pasal sencetra sikit, pasal speaker

hahaha
rasa macam dah lama sangat tak borak ngan adi macam tu.
kira nya macam terubat jugak lah rindu sebenarnya

semua busy kan, so bila ada masa free tu, dpt la cite pasal macam macam benda.
hehehe

Adi ni selain biro logitik tuk event ni, dia lah protege aku, hahaha
protege teknikal
Aku lah mentor dia
hohohoh
so, bila aku tak de, adi lah pengganti aku
Aku bangga ngan dia
=))

"TUNJUK AJAR KU SIFU"
hohooh

bila tadi chat pasal teknikal
RINDU GILE!!!
rindu nak wat teknikal lagi

bawak laptop
burn cd
bawak speaker
pasang semua benda tu
cari lagu
edit lagu
susun lagu
potong lagu tampal lagu

haihh kenangan semua tu



MALAM NI MALAM PUISI ISLAM BAGI MEREKA
HOPE SEMUA NYA BERJALAN :LANCAR 
Wat yang terbaik Korang =))
amin

nota tangan: sedih gak tak dpt gi tgk, tapi maybe next time, huhu
rindu adi
rindu semua orang
huhu


sekian ^_^