Teman pena..

Friday, July 29, 2011

Malaikat Kecil, Kebesaran Allah.

Assalamualaikum,
sedang duk belek belek blog org, aku terjumpa satu artikel ini...
sangat menarik, bacalah...


mulakan dengan
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....
^_^







“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah” 

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. 
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”. 

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. 



Panjangkanlah risalah ini. 
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 

ALLAHUAKBAR




Thank u kepada http://irawwazmi.blogspot.com/ . Kerana berkongsi cerita

Mari sama sama kita sebarkan kepada org ramai kisah yg memberi pengajaran dan teladan.
Insyaallah, kita dilindungi dan diberi ganjaran pahala olah Allah.
amin..


Sekian

Wednesday, July 27, 2011

Ajaibnya Wuduk ^_^



Assalamualaikum

Tengok gambar ni confirm anda tahu itu apa
" Itu apa murid murid"
"Berwuduk cikgu"
"PANDAI..."

So, meh kita kenali sikit pasal wuduk ni
walaupun korg da tau
just nak share
pasal ini pun untuk menambah ilmu tuk kita semua
lagi lagi Ramadhan dah hampir tiba ni.

So, Org pernah kata la
berwuduk ni membawa ketenangan pada kita
so, aku ada check beberapa info ( insyaallah sahih la)
check it out..


ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW)) bersabda:
“Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:
“Seseorang sentiasa dianggap seperti dalam keadaan solat asalkan dia tidak berhadas,” Seseorang bertanya, “Apakah erti hadas itu Abu Hurairah?”. “Buang angin,” jawab Abu Hurairah (Hadis Riwayat Bukhari).
Humran bekas hamba Uthman bin Affan mengatakan Uthman bin Affan meminta sebaldi air bagi berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air lalu berkumur-kumur dan membersihkan hidung, dan memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkan air itu semula.
Seterusnya dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh dua tangannya hingga siku sebanyak tiga kali. Selepas itu dia berkata, Rasulullah berpesan, “sesiapa yang berwuduk sepertiku ini, kemudian solat (sunat wuduk) dua rakaat
dengan khusyuk, pasti diampuni dosanya yang lalu,” (Hadis Riwayat Bukhari) – DIPETIK DARIPADA BUKU DIARI HIDUP RASULULLAH (SAW)

Keajaiban berwudhu


"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"

(Al-Ankabut: 45)

Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'

Wudhu merupakan senjata orang mukmin. Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjaka solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"

(Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya sselalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."


"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)

Membasuh anggota wudhu' yang berfungsi menghilangkan debu di badan tertentu tidak diragui lagi manfaatnya sangat besar bagi kesihatan secara umum. Hal ini disebabkan oleh anggaota badan sepanjang hari selalu dihinggap jutaan bakteria yang berasal dari setiap ruang cubic udara. Bakteria selamanya menyerang badan melalui kulit dan di tempat-tempat yang terbuka.Hal ini dengan berwudhu', dengan berwudhu' bakteria akan hilang dengan sendiri dari permukaan kulit yang di sirami dengan air, terutama apabila diiringi dengan memijak-mijak secara baik dan menyiramkan air secara merata seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, sehingga setelah berwudhu' tidak ada lagi kotoran dan bakteria yang melekat di badan, kecuali Alllah S.W.T menghendakinya .

a) Berkumur-kumur

Kajian moden menetapkan berkumjur-kumur dapat menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terjadi radang gusi. Hal ini keraan berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan menbersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. Manfaat lain yang sangat penting adalah dapat menguatkan sebahagian urat wajah dan menjaga kebersihannya. Hal ini merupakan sesuatu latihan penting yang telah dikenali oleh para pakar pendidikan olah raga.
Latihan ini juga bermanfaat mencipta ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila dia benar-benar dalam keadaan menggerakkaan urat-urat mulutnya ketika berkumur-kumur.

b) Membasuh hidung
Kajian yang dilakukan sekumpulan doktor di Universiti Alexandria menetapkan ppada umumnya, orang-orang yang erwudhu' secara berterusan hidungnya bersih dari debu, kuman dan bakteria. Sebagaimana diketahui jika kita membersihkan lubang hidung dari tempat-tempat yang biasanya menjadi sarang bakteria dan kuman, lalu dibersihkan secara berterusan, maka akan menjadikan lubang hidung bersih dan aman daripada gangguan radang dan kuman. Hal ini berpengaruh kepada kesihat badan sacara keseluruhan kerana menumpuknya bakteria di lubang hidung dapa menyebabkan bahaya bagi anggota badan lain.

c) Mambasuh wajah dan kedua-dua tangan

Membasuh wajah dan kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Air wudhu' juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimnap dari kelenjar kulit. Pada umumnya, kelejar kulit dari kandungan minyak yang tersimbap menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.So, kalau kita dah basuh InsyaAllah dah bersih

d) Kedua-dua belah kaki

Adapun membasuh kedua-dua kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan tenagn dan nyaman kerana di kakilah terletak semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwudhu' dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap muslim setelah berwudhu'

Subaahanallah!
Maha Suci Allah yang tiada sia-sia akan penciptaan-Nya..

Tahu tak macam mana nak kurangkan masalah selsema atau flu?

Hasil kajian doktor mengesahkan bahawa dengan berkumur-kumur dengan air setiap kali dapat mengatasi diserangnya penyakit kesejukan dan demam selsema. Walaupun dalam wudhu' tu sunat tetapi ianya amat bermanfaat. Cuba bayangkan semua benda rukun yang telah Allah tetapkan,
Subhanallah...


Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad(H.R. At-Tirmizi)
Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.

Wallahua'lam... 



Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1851891-keajaiban-berwudhu/#ixzz1TFeAW3WT





SEKIAN
^_^



Sunday, July 24, 2011

Salam dari Kirin tuk semua..

Assalamualaikum

Tinggal lebih kurang seminggu lagi
Sya'aban akan berlalu
Ramadhan akan datang

Bulan yg dinanti nanti
banyak kebaikan nya
Bulan tuk Manusia..

Rasa nya
bagi ku
tidak lah terlalu awal atau terlalu lambat
kerana akan lagi aku menulis blog, entah bila lagi tidak pasti

Jadi
aku ambil kesempatan ini dan peluang yang ada ni
Ingin memohon ampun dan maaf kepada semua warga blogger , para pembaca yg terbaca, sahabat handai yg mengenali diri ini

AMPUN DAN MAAF atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, gurau tak bertempat, kutuk mengutuk, cakap belakang, pekik tak tentu pasal atau apa sahaja yang ada menyakiti anda secara fizikal mahupun mental
Harap di bulan yg akan datang, dibulan yg mulia ini nanti, kita diberkati ALLAH s.w.t

Sesungguhnya orang yg memaafkan adalah lebih mulia

Tak ku nafikan, aku sentiasa ada melakukan kesalahan, jadi sekirannya gurauan aku ada yg menyakitkan hati ke apa, harap dimaafkan lah.
Diri ini sempurna oleh Allah, tapi diri ini belum sempurna bagi diri sendiri

Sekian,
akhiri

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK





assalamualaikum
^_^

Friday, July 22, 2011

Kirin...CINTA...hmmm...

Asalamualaikum

Aku selama ni hanya sebagai pemerhati sahaja
nak kata berpengalaman
belum lagi...

melihat kawan kawan ku
kadang kadang
membawa kepada
kita juga
Kadang kadang aku nak juga marasai saat saat itu
saat bersama
perasaan itu
hati itu
yang
bernama
CINTA.


mesti best kan?
bila agaknya...

siapa aku nak bercakap mengenai cinta
aku ni zero dlm cinta
kalo ada pun mungkin 1 peratus, mungkin
rakan rakan ku
sudah dua tahun dalam perhubungan
dua bulan lebih pun ada
setahun pun ada
seronok melihat mereka
sedangkan aku masih disini
keseorangan
workoholic
mungkinkah?

tapi dalam cinta itu sendiri tak semestinya indah sahaja
adakala nya ada pahit nya
masin nya
tawarnya
mungkin saat itu saat kenal satu sama lain, mengeratkan lagi hubungan itu
ada masanya tolak ansur la disitu

tapi ada masa nya saat saat indah yg kita cuba bina, kdg kdg nya runtuh juga
salahkan siapa pada waktu itu
terletak pada perkara yg berlaku dan kisah masing masing
siapa aku nak menyalahkan pada laki sahaja mahupun perempuan sahaja

tapi bila saat aku melihat rakan rakan ku yg telah lemah disebabkan cinta diseparuh jalan
betapa kuatnya cinta itu
kuatnya kasih sayang itu
benda itu kadang boleh membawa kepada saat saat depress yang sgt hebat
memang benar
bnyk yg telah kita taburkan
setengah org masa...
masa bersama kawan kurang hanya tuk bersama yg tersayang
setengah org duit
sanggup mengikat perut untuk pastikan yg tersayang selamat
setengah org kasih sayang
sanggup menghiraukan keluarga mahupun kawan, lebih mengambil berat mengenai tersayang

bila aku melihat reaksi kawan ku
ada yg geram,putus asa, tidak menyerah kalah kerana menganggap sinar itu masih ada lagi.

ia membuatkan aku berfikir, merenung malah membuat kan aku teringin juga
jika ada nanti, pasti aku akan jaga dia sebaik yang mungkin
biarlah cinta itu akan kekal tuk selamanya
dan mengharapkan ia adalah cinta yang ikhlas

amin


sekian 
^_^

Thursday, July 21, 2011

Sebuah Cerita Kawan Kirin

Haihh, penat jap
baru mengemas, mengelap barang barang kat atas counter ni.
kotor dan berminyak,
keras je tapak tangan aku ni

oh ye, ASSALAMUALAIKUM
Salam Senyum pada semua
senyum la sikit
SENYUM...

haaa, kan tomey tu... baru la nampak nyoo nyweett sangat
hehe

well, apa la yg nak dicakap ni, act tak de apa apa la sgt, just saje saje.
idea tu lum kasi mari lagi
(lagi pun ini blog aku kan ) haha

So i want to share something
thats are sometimes is so silly

i have a freind
where i know his from school
BB school

after form 5
dia ke PERAK aku ke MELAKA
dia dip in building aku ke dip in acountancy

well, can i say dia ni bestfreind aku?
hmmm, maybe not
because aku nak kata kenal dia sgt pun tidak
dia ada kawan yg lebih rapat sejak sekolah rendah lagi
manakala aku start kenal dia sekolah menengah dlm form 2
(i think so)

but what i can say
we still keep in touch
even aku ni selalu je jarang bersama diaorg ni

apa yang menarik about this one my friend is
aku dulu waktu satu kelas ngan dia
everyday, every single day
kitaorg akan gaduh
tak bertegur
rehat tak sama
cakap belakang semua
really cm budak budak dulu
hehe
gaduh gaduh pun dlm kelas still duduk sebelah sebelah
belajar dlm kelas

so, wat u think
a unique freindship
dlm gaduh gaduh tu, mintak maaf mesti ada
dan aku dan dia penah sama sama dengan kelab seni
dance in TWISTED MINDS

for 2 years, dari form 4 dan form 5, kerana aku satu kelas ngan dia
selalu gaduh
n buat perkara sama sama
aku dulu KETUA KEBERSIHAN
dialah PENOLONG AKU
but i have fun ngan dia
idea ngan dia
sangat best
bila gabungkan
dia jadi sgt POWER n BAANG!!

mcm mana dulu buat hias papan kenyataan belakang dahulu.
so much memories

hehe, ingat aku ngan dia suka wat komik, mcm mcm cerita
masuk nama amir zaki la, ini la, itu la,tett( dirahsiakan)haha

walau dlm gaduh tu smpai sekarang
dalam IM chat FB
kita org selalu menyangkal satu sama lain
kadang kadang aku akan tergelak melihat kerenah aku ngan dia

kenapa aku kata bukan bestfreind
aku bukan menunjukkan tak suka or benci tapi
mungkin hakikat aku hanya seorang kawan biasa dahulu
tapi jika aku atau dia ialah bestfriend
tak sangka memori yg selalu gaduh tu sebenarnya mengeratkan kami

(maaf kepada org yg aku ckp ni, aku tahu ko tahu aku cite pasal ko, ini hanya cerita untuk aku kisahkan sebuah kisah yg menarik dlm hidup aku, aku tak kata ko org jahat, tapi sebenarnya ko salah seorang yg aku kenal, dan bnyk ajar aku something)

theres a thing yg aku ingat smp sekarang maybe sampai bila bila

kalo ko ingat dulu waktu last majlis gruasi kita dulu, selepas habis semua tu
aku pernah mintak maaf dengan ko
Ko dan aku berlinangan air mata
walau kita selalu gaduh n maybe tak suka each other waktu tu
tapi kenapa saat itu kita boleh menitiskan air mata

aku raa itu adalah saat saat manis bagi aku

THANKs
pasal sehingga kini kau masih menerima aku sebagai
sahabat mu
dan tak henti melayan kerenah aku
dan juga memberi pandangan dan nasihat juga
walaupun dlm lawak, auta, dan gaduh semua tu

sekian
^_^

Tuesday, July 19, 2011

Kirin fikir HIJAU untuk IKHLAS tapi JAUH (entah apa apa entah tajuk aku ni, hahaa)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Pertemuan
Salam Perkenalan
Salam Pembuka kata
Salam 1 Malaysia
Salam Perpaduan
Salam Semuanya

(bnyk tul salam aku)hehe

so, ni nak kongsi sikit
ye laa
ari ni cek duk belek belek, duk belek belek
intenet cek nii
cek pun bukakkk laaa apo ni namo niii YOUTUBE haaaaa

Cek apa lagi cek pun tokan la namo Zainal Abidin lagu ijawww

wah, cek da lama nooo tk dengor ha lagu ni
sedop bebenor

(k, aku tak tahu slang mana aku da guna ni, haha)

SO , seperti cek kata kat atas ni, aku pun bukak Zainal Abidin lagu HIJAU


LIRIK=

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini

Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo

Bila kita cuba fhm betul betul lirik dia, sbnrnya banyak pengajaran yg dia bagi kat kita
dia bagi nasihat
cuba jgn pandang pada pandangan alam sekitar shaja
cuba kita ungkai kan dari segi lain, seperti mungkin dari masalah politik tak hbis hbis, BERSIH, ekonomi
semua ni sebnarnya masalah
dan kita kena cari positif yg warna hijau
Hope korg faham apa yg aku nak katakan

bnda masalah kat dunia ni yg wat kita dunia ni kotor dan juga tak aman
rasional ke tidak?
terpulang pada pendapat masing masing


so this 2 song, hijau dan ikhlas tapi jauh
song lama tapi bagi aku sangat best

selamat mendengar


SEKIAN
^_^

Monday, July 18, 2011

Kirin dan Sencetra, Chapter pertama, Sem Pertama



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah
bertemu lagi kita
YEAH!!!

Seronok lak aku hari ni?
mana tak seronok bila ada bnda yang aku nak kongsi kat sini
LU LANGSI LU MATI
Ok, yg atas ni tak de kena mengena ok, hahaa
saje teringat lak filem KONGSI ni



hmm, okay
sebelum aku start nak melalut part lain
better aku straight to my topic

Topik ni tiba tiba aku pikir bila
aku duk "belek belek" kat MUKABUKU (FACEBOOK lee) ni.
dan baru lah dpt satu topik ni
yang aku nak kongsi tentang hidup aku sendiri
Kisah ku Bersama Sencetra 
CHAPTER 1
Sem pertama ku bersama SENCETRA

Dulu disebabkan di sekolah aku dahulu
aku da pun mula minat menari 
dan ada group yg terdiri dari 5 org iaitu aku, ammar, fahmi, kavi dan ashok
TWISTED MINDS

so bila da masuk UiTM ni
memang da hajat aku nak masuk menari gak
so SEM 1
aku jumpa ada agm mcm tu la oleh kebudayaan Melaka
so aku ajak kawan kawan aku classmate aku waktu tu

OKAY!!!!
ni gmbr lama
so untuk org yg faham, kenangan lama jgn diungkit FULL STOP!!!

ok, kalo anda perasaan belah atas yg kanan sekali iaitu DIDI
bawah tu semua la termasuk aku

kami kami ni la yg pergi first agm tu
dikumpulkan siapa nak masuk teater, tarian dan band
memang tak kenal sape sape
so di terangkan sape ketua nya dan ambik nama dan no phone.
so kami diberitahu bahawa nanti kalo perkembangan seterusnya akan ditelesfon or mesej
so excited tu agakla
so we r waiting

waiting



waiting



1 week waiting





waiting





2 weeks waiting




waiting




TAK DE APA APA WEI!!!

so agak pelik 
tiba tiba perasan dikantin laksamana
ada kertas yg dua minggu lepas tulis
TRAINING DI GYM PADA.....
teettt... tettteee.....
......

Menyirap la gak
so sem 1 adalah sem mengutuk kebudayaan melaka
mengutuk ke?
hmmm tak de la sangat tapi cm tengok dari jauh
ngidam je...

so peluang aku sem 1 pertama tak de
tapi aku tak lepaskan peluang bila
dak dak sem1(Dip Accountancy) kena wat persembahan malam dinner
so, aku fikir buat menari
hahaha
bila fikir balik sumpah kelakar


ni la kelas aku
bapak rindu gile aku tgk gmbr ni
ok
dlm ramai ramai dak laki dlm kelas aku
aku sorang je la yg ok menari
yg lain ok kayu but aku suka effort diaorg
sumpah menarik gile
baber (nazlizam) the best
kalo aku tak de , dia the best
nasa, acap, sai, asri
walau ada yg kayu but effort korg
aku appreciate gile gile

perempuan, shud, didi, is, intan, shida n nisa ( i think so)
korg pun
other crew, pelakon hebat, SYAD, fikri, ronald, aiman( even jatuh ,aku tak tahu) but dia ok, n lain...u r the best

malam dinner tu, kita paling syok, n rektor kita waktu tu tengok 
hahaha

OKAY sumpah aku da kuar topik jap
but maybe aku cerita terlebih detail kot

so aku skip bab dinner aku ni

masuk balik topik
Sem 1 berlalu
masuk Sem 2
Actually
Mengenali Ahmad Rafaee
adalah secara tidak kebetulan


Sebenarnya hidup Uitm
kenal senior tu mesti ada
So aku ada kenal abg anuar,  tacap, Becker, Sater,Shafil, tuba semua ni, (nama nama nicname blok)
shhhhhh......
termasuk lah PJ ni...
dan berjumpa PJ adalah secara tiba tiba bila satu masa yg sgt pantas berlalu
melihat sendiri keadaan PJ DEPRESSS MENGAMUK
(terbayang jap)


Sumpah gerun waktu tu
so, aku hanya mengenali Pj waktu itu kerana teringatkan episod ngeri itu
hehe(jgn marah PJ)

so
MACAM MANA AKU LEH MASUK SENCETRA
MANA ENTRI NYA?

Masuk Sencetra memang tidak melalui audition yg official
tetapi mula nya aku direcommend kan oleh ASRI

one of my best friend, my best classmate, best Roomate, Best doctor
SAYANG ASRI!!
haha(sebagai kawan ek)
jgn pikir bukan 

Dia lah yg recommend kan pada PJ
dan aku buat audition individually ngan dia
and
YES aku dpt masuk
SENCETRA!!

waktu masuk tu 
adalah dalam pertengahan sem la gak kot
nak dekat dekat cm tula
So bila masuk baru lah aku kenal 
KAK AIN, PJ, JAZ, KAK CIKEN, KAK SEHA, KAK SARA, KAK ATA, JAI, MUMMY, ANGAH, PINAT DAN MIRUL




oh ye
dan juga
AYED

out of topic jap
haha
ayed
one of the sencetra gak
pada sem tu, dia sangat sangat membenci aku
dia kutuk aku
pukul aku
kUTUK tu CONFIRM La
sampai aku pun tak larat nak layan
semua benda dia tak puas hati
sumpah bila ingat balik 
kelakar
kita org selalu bagi nama timangan macam mana antara kitaorg
MAKHLUK TUHAN PALING KEJI
MAKHLUK TUHAN PALING SIAL
MAKHLUK TUHAN PALING BITCH 
MAKHLUK TUHAN PALING PELACUR
astagha, haha tapi
itu lah mulut kami waktu tu
hahhaa
but now
kitaorg ok
dan one of my biggest helpers fren and big fren of mine in SENCETRA
tak de dia tak meriah gak sencetra
and aku pun entah cm mana
thanks ayed 
^_^

so back to my topik
so mcm mana gmbr anda tgk kat atas tu
itulah first show aku
first show yg mana org luar dtg dan depan rektor Uitm melaka

TAKUT GILE BEB
mlm tu mulut ni kering hbs

so sem tu aku diajar oleh org luar iaitu FAROUK
dia best walaupun strict
syok
Tarian zapin panjang, tak smpt nak ajar budak tu
zapin senang
dan RAMPAIAN
so nice
itulah tarian wajib SENCETRA
jgn lah dilupakan

so kebanyakan show waktu tu,
hanya bawak zapin dan rampaian dan tuk perempuan ialah dondang asli

agak bored but
thats my first chapter

meh
lihat video
first dance aku
sem 1 ku



zapin panjang atau nama kami bagi zapin farouk




inilah rampaian

untuk lebih jelas dan dekat video yg sama mcm kat atas..







one of the time time training







yg baju merah tu la FAROUK

Konklusi
bila lihat balik video ni
sebenarnya
dulu sangat2 teruk ye menari
posture semua takde
ngan nervous semua
tunggang langgang, nak ingat step
tapi kerana sifat kita minat pada menari dan komited padanya
bukan pada populariti menari tu
populariti kelab
tu sebab kita jadi kuat dan 
alhamdulillah
sekarang
aku berjaya membaiki kelemahan aku
dan boleh la jugak menari skrang
alhamdulillah
semua nya atas didikan senior aku dan displin
kalo setakat menari sebab populariti dan saje saje
baik tak payah

be honest to your self dan displin , komited
ingat lagi dulu bila masuk
ada satu soalan

ANDA BOLEH BAGI KOMITMEN TAK DALAM TARIAN KALO KENA PANGGIL KE LAST MINIT, SHOW KE APA, KELAS TINGGAL Ke? ANDA BOLEH BERI KOMITMEN??

bila saat kita berkata YA
YES
MAKNANYA
anda telah membuat perjanjian tulus hati ke hati bahawa anda boleh beri komitmen
sampai sekarang minat menari saya pada tarian dan menari bukan populariti
POPULAR TAK BAWA MANA DIK OIII
haha
sekianlah dari saya mengenai
chapter 1 sem pertama saya bersama SENCETRA

sekian
( maafle panjang benor)
^_^