Teman pena..

Tuesday, December 29, 2009

2009, bye bye..2010, hello !!

2009 hampir menutup tirai, 2010 hampir menjelang dlm beberapa hari lagi. Buku lama ditutup, buku baru akan dibuka. Azam lama diteruskan bagi yg belum tercapai, azam baru disenaraikan.

Pejam celik pejam celik, tamatlah tahun 2009, yg lama takkan kembali lagi, masa tidak boleh diundur lagi, segala yg berlaku semasa 2009 merupakan pengalaman pahit dan manis, ikhtibar dan juga kenangan tuk kita lepas ini.
Banyak kenangan manis dan banyak juga la kenangan pahit pada tahun ini, tahun ini juga merupakan saat jatuhnya aku pada satu masa sehingga menyebabkan pergaduhan bersama rakan rakan ku… tapi tak bermakna aku jatuh disitu, tapi merupakan satu iktibar tuk aku.

2009, kalau diikutkan hanya la nombor sahaja, tapi sebaliknya mempunyai pelbagai kesan pada hidup aku sendiri. Dan mungkin hidup korang jugak kan.
Nak cite detail detail sangat mungkin im not in the zone of mood tuk meleret sekarang ni. Tapi apa yg boleh ku ingat, ku imbas dari awal 2009 sehingga skrang ialah:

1. Kelahiran anak buah aku yang ketiga, Danyl Muqri. Dah jadi pakcik da, hehhee, skrang sudah berumur 8 bulan baru.

2. Aktif dalam kebudayaan di UiTM…hahha dapat gak merasa menari kat uitm cm mana…

3. Dlm mengikuti program pertukaran budaya dan anak angkat di JB…. Dan juga mendapat mak angkat baru dan adik beradik yg baru n kawan kwan baru dari sabah, peris, Terengganu, Kelantan dan JB sendiri.

4. Kenal budak luar bidang dari Akaun, cm PJ,Jaz,Bonet,Anyss,Fizi,amna,wani,mas,kak ain,n senior sencetra n semua yg mengenali, hehhehe ramai sgt lak.

5. Menjadi class rep for whole year( 2 sem in 2009) total: 3 sem, hehee prasan bagus lak aku ni.

6. Dapat menjadi MT MEDIA, haih da ade tanggungjawab besar sekarang ni.

7. Menyambut hari guru di SMK(L)BB for this year..n buat kad…yay…

8. Port Dickson pada sem 2..with classmate DIA D… best main cranium, kalo bole nak main lagi, hmm bila agaknya, n waktu ini juga merupakan detik detik kembangnya percintaan acap dan ira, hehehe :P

9. Buka pose beramai ramai di pengkalan balak…

10. Menerima kunjungan dan tetamu baru ke kelas DIA D iaitu PIKA, IJAT, MIEZA.

11. Pen. Class rep PIKA…dia sgt bagus, thank u pika.  luv U…

12. Pergaduhan , pertengakaran dengan syad, GG n Lisa. Woow..sungguh ngeri dat
time….

13. Sakit mata waktu minggu peperiksaan, seingat aku kena hari jumaat waktu exam CTU…thank sgt sgt kat asri, dia la doctor aku.doktor pakar.

14. Bufday aku tak disambut dengan satu family for the first time. Eh, nope second time laaa… first time is at PLKN…

15. Hmmm apa lagi ye, jap tgh fikir ni sebenarnya… oh ya..lepak umah PJ, n lepak ngan family dia

16. Kehulur ke hilir menguruskan barang tuk persembahan the good the bad n the ugly..so much memory naik kete je cari barang. Thanks to sencetra yang bagi duit n to syazwan our driver.

17. VC CUP…konon nya perhormatan tuk dak kebudayaan UiTM menari for that event.hehhehe ye ker??

18. Gathering with my fren , my sweet fren BB n mama su kat the curve…

19. Hisap shisha, hahhaha, perlu masukkan ke

20. Pointer for the third sem, jatuh sikit..sedih n still not DL…huhu kena usaha lagi ni

apa sekalipun kenangan yg aku hadapi pada 2009, ia merupakan pahit, manis tuk aku. yg lepas akan aku jadikan memori dlm hidup aku dan pengajaran tuk diri ni.


GOOD BYE 2009, HELLO 2010...

harap tahun akan datang ini membawa kebahgian, keberkatan , keseronokan dan kejayaan pada aku...

time to catat sgala azam baru, hehehehe

bye 2009...

Thursday, December 17, 2009

holiday smbl bertugas di MeLaKa

Akhirnya tamat juga segala kepenatan untuk 6 hari aku berada di UiTM. Rasa lega menyelubungi aku dan rakan sencetra ku pada 14 disember di Hotel Avillion Legacy.

Dari 9 hb disember hingga 14 disember yg lepas, aku telah ke Melaka kerana terlibat dengan kebudayaan tuk VC CUP. Vice Chancellor Cup Debate 2009. Pada mula nya seramai 16 orang yg diperlukan, tapi yg dpt diberi nama hanya la 14 je dpt diberikan nama dan pada 9 hb hanya 10 sahaja yg dpt hadir. 4 yg lain tidak dpt hadir atas sebab peribadi dan hal mendiamkan diri sendiri.

Dengan 4 org perempuan dan 6 orang lelaki sahaja lah yang ditugaskan untuk persediaan persembahan untuk VC CUP. Katanya ini adalah permintaan sendiri daripada pengarah UitM Melaka sendiri( entah betul entah tidak) *ya ya je, *

Banyak perkara yg aku alami dan pelajari dan rasai segala pengalaman baru(tak de la baru mana)..tapi best bila bersama rakan rakan tari.

Antara yg kita blaja ialah(aku blajar) :

1. Tarian baru… aku dpt belajar cm mana nak menari tarian india dan cina. Kalo sebelum ni aku asyik menari tarian melayu dan moden. Apa salahnya kita cube mempelajari tarian bangsa lain. Kalo diberi peluang ingin belajar tarian sewang,,orang kita. Tarian sabah dan Sarawak. Banyak yg kita kena cungkil dari pengalaman PJ.

2. Know new people… memang betul, kita tak boleh nak judge orang tu dengan melihat sahaja ..kita kena kenal dulu n bila da rapat baru la kita tahu dia org sangat fun. Kadang2 our first impression dah buruk, tapi kita kena kenal baru la kita tahu. Bila aku kenal razak, atha, seha dan chiken..its is so fun n crazy gile… tak henti gelak ketawa je kita org… dia org memang best…

3. Don’t push … bila kita tak berapa sihat, jgn paksa sangat. Semasa ekspidisi ni, PJ(our senior n our choreographer) betul ke ayat aku ni… tak berapa sihat..sehari sebelum tu dia kena demam denggi tapi dia gagah jugak dtg..malangnya makin lama makin tak sihat…so one day be4 show..dia kena balik dulu. Malang sekali dia tak dpt nak join the show sekali.

4. Organize time … everytime, every minit, every second…so important… pandai bahagikan masa antara waktu training, waktu makan, waktu rehat.

There so much fun bila bersama dak tari. Aku hanya dapat merasai enjoy nya diri aku bila bersama dengan benda yg aku minat. Seronok bila dpt memakai baju pelbagai bangsa. Feel mengenali budaya yg lain dari kita. Baru lah dinamakan 1 MALAYSIA.

Kerana org asyik mengatakan aku ini adalah muka cina, jadi aku dpt juga merasakan memakai baju cina. Hahaha… dan aku juga ada pasangan aku juga..hehehe

Kat sini aku sertakan beberapa gamba buat tatapan, ceh wah…hehhee



ini sewaktu di gym, semasa latihan menari


diri ku menggayakan pakaian cina, hahahaha prasan lak...


seronok bila dpt rasa kita ni hidup pelbagai kaum, baru la dikatakan 1 MALAYSIA


para penari lelaki(gamba baru abis show ni)


aku dan chiken dalam berpakaian cina..pasangan cina la katakan,hehhee

Sampai disini shaja..salam

p/s : memang susah untuk kita menyesuaikan sesuatu yang baru kerana kita akan rasa kekok dan juga bukan senang dan bukan semua impian dan permintaan diri sendiri dan orang lain yg dapat kita tunaikan untuk sesetengah orang dan juga aku sendiri.

Disebabkan beberapa perkara yg peribadi mahupun emergency dan tak dpt dielakkan, jadi…bagaimana harus dipikirkan
Mengikut permintaan orang lain dan pergi sahaja enjoy @ ikut naluri hati dan focus pada yg penting/pada yg diperlukan sekali @ buat bodoh n follow je ikut hati ko @ follow kata org penting dlm hidup kita

Ni la jadinya, bila jaga hati pihak A, pihak B terasa..jaga pihak B lak, pihak A lak terasa..sooo cm mana..apa ptt aku lakukan…. Sape lak nak jaga hati aku…

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm……..????

Tuesday, December 1, 2009

berkesan tak??

salam semua...

hmmm... hari ni aku nak buka satu topik lain dari topik diri aku sendiri, asyik diri aku je kan, so hari ni aku ada topik yang mungkin kita boleh bincangkan bersama dan hope dpt feedback dari korang jugak

topik nya: " PERPADUAN MELALUI SEKOLAH KEBANGSAAN"

mungkin korang kurang faham pada tajuk topik yg aku nak bincangkan ni. seperti yang kita tahu, ada macam jenis sekolah, sekaloh kebangsaan, sekolah rendah, menengah dan juga sekolah jenis india dan cina

so apa yg nak dirungkaikan ialah sekolah kebangsaan atau nama panggilan aku, sekolah campur ni. kita belajar dalam kelas dengan adanya bangsa melayu, cina, india, sigh dan bumiputera(kalau ada)

tapi adakah melalui sekolah kebangsaan ini dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan antara semua bangsa.

kalo dilihat pada masa zaman sekolah ku yg dahulu... masing masing masih lagi menunjukkan belang mereka masing masing.

melayu masih cube mendominasikan diri mereka sebagai melayu HOT antara perempuan...melayu gangster untuk setengahnya, cina mendominasikan mereka dalam kumpulan dia sendiri , bola keranjang dan India mendominasikan diri dengan GANGSTER

bukan aku katakan 100% semuanya macam tu, sebahagian daripadanya.

mengapa jadinya perkara macam ni ya, tertanya tanya jugak... inikah caranya untuk mencapai impian 1 MALAYSIA.

memang tak dpat dinafikan , setengah pelajar dapat bersama berkawan tak kira bangsa. itu sangat bagus. itu menunjukkan lain lain bangsa sekalipun ia tidak mengganggu persahabatan.

bagi aku, benda tu bagus sgt... kita mengenali orang lain, kita juga mengenali agama dan bangsa mereka. bagaiamana cara anutan agama indai dan cina.

bagi aku sendiri yg mengalami perkara yang sangat bagus, aku bukan sahaja berkawan dengan bangsa ku tapi bersama India dan Cina. aku bangga persahabatan aku antara kavi, ashraf, george, ammar, fahmi, ashok, syazwan, siva dan lain lain lagi.

mengenali macam macam perkara dan pengalaman.

so, apakah pendapat korang pulak, rasenya sekolah kebangsaan ni dpt mengeratkan hubungan semua bangsa tak?? adakah ini cara kerajaan yang berkesan???

apa pula pendapat anda???