Teman pena..

Friday, April 27, 2012

FIXI: TABU ... Kau kekasih gelap ku ^_^

Assalamualaikum
Habis sahaja hari tu membuat review untuk Fixi: JERAT

aku jalan jalan sekitar mahkota parade Melaka, yg pada dasar nya nak maen bowling pada masa itu.
Sekali aku menyinggah di kawasan buku MPH sementara. Jadi sedang duk pusing pusing mata melilau
FIXI ADALAH YG KU CARI!!
YES.!



saat tu ZOMBIJAYA, JERAT, PECAH, TABU, KOUGAR, KELABU, DENDAM dan KASINO (tak silap ni la nama nama judul buku dia waktu tu yg ada)

Pada mulanya nak simpan wit, tak nak guna..tapi kerana FIXI! aku tak leh tolak, mesti kena beli.
so, 2 buku yg ku beli FIXI:TABU dan FIXI:KELABU




Aku membelinya tak silap, rabu yg lepas sahaja. kerana FIXI, aku sanggup tak pergi kelas MANDARIN (sebenarnya atas sebab mood dah nak balik sangat, hati dan akal dirumah, badan sahaja di KMB tu.)

so, aku baru boleh start membaca FIXI: TABU hari jumaat selepas test IBM yg mungkin aku hentam, hurm entah la) dan YES! aku berjaya habis baca TABU hari ISNIN. (dalam kereta, tgh makan, before tido, ada je masa yg aku cari tuk baca, hehee)


Review tuk FIXI: TABU



Sinopsis yg disediakan ialah:
Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yg sentiasa disisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang setia. Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenal pasti identiti pemilik telefon bimbit yang ditemui, dan misteri tentang rakan baiknya dalam keadaan yg amat mencurigakan.

Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yg disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahgian dan keselamatan dirinya sendiri.

Ya, Bibi bukan BBL biasa. Disebalik pakaian yg besar it, tubuhnya menyimpan 1001 cerita.


dari pandangan aku, ini ialah review ku sendiri, setelah membaca dengan penuh kusyuk selama 4 hari.

1. Pada mulanya aku cuba nak memahami TABU, apakah maksud nya? rupenya dari sumber kawan kawan ku, Tabu tu bermaksud pesanan org org tua..atau pesan nenek moyang. Mungkin itu lah kaitannya.

2. dia mengisahkan tentang kehidupan BIBI yg mungkin dari segi logikal nya keadaan perempuan zaman sekrang, tipical women. boleh dibayangkan. 

3. Jalan cerita yang menarik, kekasih gelap yg memang gelap, Org AFRICA upenya. Pada awal penceritaan , mungkin kita semua akan fikir yang Anne tu lah yg Jahat, tapi sebaliknya...KENA BACA!!!

4.Kes kematian sahabat baik tak sangka terlibat ngan kecelaruan yg dasyat.

5. Adegan antara Bibi dan pemilik telefon bimbit yg misteri tu kdg kdg cute dibuatnya. Menarik.!

6. Pengakhiran ceritanya, mungkin rasa cm tak puas hati ada, tak sangka ada, tapi pengakhiran dia cam menghampakan aku tu je...


saya boleh bagi 2.5 out of 5 star..
tapi apa lagi,
BACA LAAA!!

sekarang dalam mode nak baca FIXI: KELABU.. dah hbis baca, saya review k...
^_^


*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi







Wednesday, April 18, 2012

Only In MALAYSIA


ENJOY!
Just sharing video apa yang aku terperasan kat dalam facebook...

^_^

Tuesday, April 17, 2012

FIXI: Jerat. Jom Membaca ^_^


Hey!!
ASSALAMUALAIKUM
^_^

haha,
hari ni, kirin nak update satu lagi penambahan dalam koleksi novel FIXI ku
JERAT
(buku dia warna kuning, ini disebabkan edit)
hehe

REVIEW NOVEL FIXI: JERAT

Mengisahkan mengenai Shereen yg terlibat dengan kemalangan yg menyebabkan dia hilang ingatan. pelbagai spekulasi berlaku antaranya ialah kemalangan Shereen adalah secara tidak diduga atau ada agenda disebaliknya. 

Shereen merupakan salah seorang org penting dalam menguruskan TENDER IT yg bernilai rm400juta untuk DAYA JUTA BHd. Siapakah Melia, Tash, Adele, Rizwan, Zakaria dan Datuk Hasnoor? adakah mereka terlibat sekali? siapa dalang disebalik kemalangan dan Tender IT ini? Adakah ia berkaitan

Persoalan akan terus membuai diri anda untuk terus membaca kerana anda tidak akan percaya dengan pengakhiran kisah ini.


menariknya mengenai novel ini ialah:
1. Penceritaan mengenai watak dan karakter itu senang tuk difahami.
2. Jalan cerita yang senang tuk difahami dan tidak mengelirukan.
3. cerita ini banyak mengenai teknologi masa kini, IT, jadi ia menunjukkan update dari segi peredaran masa.
4. Penceritaan tertumpu di kawasan Petaling Jaya dan Kelana Jaya. Spesifiknya ia adalah kawasan tempat lahir saya, jadi jika ia ingin menipu sekalipun, ia tidak boleh kerana apa yg di nyatakan adalah sama.
5. Pengakhiran cerita yang sangat tidak diduga dan seperti hampa kerana ending begitu tetapi bukan kerana ending yg bosan, ending yang SURPRISE!
6. Karakter tidak tertumpu pada baik dan jahat sahaja, ia juga tertumpu kearah, kezaliman, dosa dan pahala.


I give 4 out of 5 STAR!!
Jom Baca!

p/s sedang mencari masa tuk ke kedai buku untuk mengejar buku lain seperti INVASI DAN BISIK.

ingin tahu mengenai review saya tentang novel yg saya sudah baca, sila CLICK sini. FIXI: Zombijaya dan Ngeri

*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi



Sunday, April 15, 2012

My Life: umur ku kini semakin meningkat, 22 tahun

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO ME
HAPPY BIRTHDAY TO SHAKIRIN
HAPPY BIRTHDAY TO ME

hehee
tanggal 10 April 1990
jam 12.12 tengahari

saya yg diberi nama oleh ibu bapa saya, SHAKIRIN AZIM BIN MUSTAPHA telah lahir dimuka bumi ini setelah hampir 8 bulan berada di dalam perut ibuku...

ALHAMDULILLAH
Syukur yg teramat
dilahirkan 8 bulan , saya kuat tuk menempuh awal awal hidup saya dan sehingga kini
Syukur dan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana menjaga saya dahulu.

kini
10 APRIL 2012
cukuplah genap saya berumur 22 tahun sudah

inilah kek yg disambut dirumah, awal da hari kerana aku masih lagi belajar, di MELAKA..




Im happy with my self
tahun ini telah memberi satu impak baru pada diri aku sendiri
satu perubahan yg baik

this is me, a new me
and i want to be more better then this
^_^

thank u , terima kasih pada semua yg wish
firstly ialah mak aku sendiri
first person
family ku, my fren, dan semua y mengenali aku dalam FB dan secara nyata
thanks gak pada my classmate, pika,elli, ijan, tika
thanks pasal nak celebrate bithday kirin



hope , dengan umur 22 thun ni, saya akan jadi lagi baik dan makin baik

10 April 2012 memberi saya satu amanah dan tanggungjawab juga tuk membawa dan mentadbir Kelab Warisan Budaya, Uitm KBM

Saya akan cuba berusaha dan lakukan yg terbaik
tidak boleh melakukan seorang diri tetapi perlu lah dengan sokongan kawan kawan yg lain juga

sekian
^_^

p/s leh ngundi tahun ni haha


My Life: My Generasi ^_^



Korang mesti dah tengok video ni , sekarang tengah sibuk post and share kat FACEBOOk..

I LIKE this video. Sumpah menarik and COOL sangat.

actually inilah generasi aku dahulu...
mungkin bab cinta tu ke memang bukan aku la kot, hahaha

tapi yg lain semua, sumpah sama.

Cuba kita ingatkan balik memori memori kita waktu kita kecik kecik dulu, sekolah rendah dan menengah,


ini adalah apa yg aku ingat saat saat dulu..

sekolah rendah

kita memang tak akan lari dari bawak beg yg mungkin beroda ataupun beg yg ada gmbr cartoon favorite kita. kadang kadang kita juga akan berlawan lawan bawak beg yg besar besar...seingat dulu, waktu darjah 1 atau 2 mesti suka bawak beg beroda hahaa
salah satu sebab senang nak bawak beg, tarik je dan selalu semua buku dalam tu je, malas nak tukar tukar buku setiap hari. waktu sekolah rendah dulu, beg kita akan besar besar pasal semua buku dlm tu. da mcm bawak guni. haha

beg beroda adalah waktu tu beg paling mahal dan style sekali zaman dulu. aku pakai sekali je dulu, pastu tak nak pakai pasal susah nak bwk turun naik tangga hahaa

sekolah rendah dulu. mak kita mesti ada bagi botol air tuk kita minum, tapi tak habis pun kadang kadang sampai hilang pulak kan. 

game!
macam macam jenis game kita main dulu

main pemadam ni, fuh, dulu mcm org gile..
kedai buku dulu dulu mesti kehabisan pemadam punya la.
kerana budak budak beli pemadam nak wat lawan
menang, pemadam anda dirampas.

so, waktu tu ada la mcm mcm bentuk pemadam, kecik besar bagai, pasal nak kasi menang.


kad pokemon
dulu bnda ni famous
ada satu masa sgt famaous, tak silap dlm darjah 5 atau 6 cm tu.
walau mahal, org sanggup beli
aku idak le, tapi aku obses ngan patung pokemon 
^_^


ZERO POINT
haha
selalunya famous dikalangan dak pompuan
tapi lelaki pun ada gak main.


TIC TAC TOE
permainan bosan dalam kelas, inilah permainan nya
perlu pandai ada taktik
tapi bila da biasa,
senang nak predict org


Game dulu, ingat tak
game NAMA< NEGERI< HAIWAN < BENDA
mesti lah mengikut huruf yg dipilih sahaja
kalo lain dari kawan kawan , markah 100
sama markah jadi 50
hahahaa
dulu mcm mcm nama kuar.


siapa tahu yg atas ni,
bottle cap kan
ingat tak game apa selalu main
kalo pompuan, selalu nya batu seremban, tapi tuk laki ni la game nyaa



game cukup popular dulu
tak lari tak sah, ahhaha
POLICE AND THIEF
setengah org sebut POLICE ENTRY
dalam konteks yg senang
main kejar kejar

seronok kot dulu dulu, rehat 20minit dipraktikkan cukup untuk game ni je haha


bila kita ingat balik zaman sekolah dulu
mesti wat kite geli hati dan senyum sorg2.
^_^

inilah zaman saya
zaman anda??

sekian