Teman pena..

Saturday, May 16, 2009

orientation...family ???

Aku tak dpt berhenti berkarya untuk seketika apabila aku pulang dari mengutip ilmu di UiTM, aku mendapat satu cerita yang sungguh menakjubkan. Cerita mengenai sahabat ku. Malang sungguh baginya. Aku cukup simpati sehinggakan aku ingin kongsikan sedikit cerita dia ke dalam topik aku kali ini

Orientation??? Apa itu orientation??? Atau dalam bahasa melayu ialah orentasi (tak silap aku la). Zaman sekarang ni ada mcm mcm orientation seperti straight, pondan, gay dan lesbian. Macam mana boleh ada semua ni. Itu aku tak pasti, aku tak tahupun. Tapi apa yg aku nak cakapkan ialah cara kita menerima mereka.
Soalannya
Anda boleh bergaul dengan gay/lesbian/pondan ini???
Anda senang dengan mereka???
Apakah perasaan anda bila bergaul dengan mereka???
Adakah anda membenci mereka???
Anda boleh menerima mereka di sekitar anda???

Bagi pendapat aku, mungkin tak semua boleh menerima mereka, kemungkinan hanya separuh sahaja. Separuh lagi sukar menerima mereka. Untuk aku benda ni tak menyusah kan kita kalau kita tahu handle keadaan dan juga pandai handle diri kita sendiri. Benda ini untuk kita bergaul atau berkawan tak salah.Pada suatu ketika, apabila kita rapat dengan mereka ni baru la kita tahu yang mereka lebih kurang mcm kita tapi kdg kdg tu best bersama mereka.

Untuk yg sukar menerima keadaan sebegini ialah selalunya kemungkinan adalah orang2 tua dan juga family kita.yang always nya FAMILY. So aku kaitkan kan dengan family. Orang yang sebegini akan meyembunyikan perkara ini kerana seperti mana yang kita tahu, all knows dan anggap manusia yang keadaan sebegini adalah tidak elok dan tidak disukai ramai.so terpaksa lah mereka ,menyembunyikan dari pihak yang tertentu atau yang berwajib.

Tapi apa yang akan terjadi apabila terbongkar perkara ini???
Malu??? Nama keluarga tercemar??? Terseksa??? Kehidupan terumbang-ambing??? Huru hara??? Kiamat???
Itulah yang terjadi kepada sahabat ku ini, selepas terbongkar, hidup nya merana. Bayangkan hidup terkurung oleh keluarga. Dia tidak dibenarkan keluar. Dikunci pintu dan keseorangan di rumah. Keluarga selalu asyik aja membebel perkara yang sama berulang kali. Apabila keluar berteman samaada kakaknya atau ibunya. Handphone ditarik balik dan tidak dibenarkan berdekatan dengan mana mana public phone pun. Dan langsung tidak dibenarkan untuk berkawan atau pun hubungi semua kawan lama nya.

Disebabkan itu aku tidak dapat menghubungi dia selama 4 ke 5 bulan. Kawan kawan ku yag seangakatan pun tak dapat contact dia.

Bayangkan lagi kalau keluarga dia mengurung dia sepanjang masa dan tidak dibenarkan keluar. Seperti haiwan di ZOO. Tapi haiwan di ZOO lebih baik dan elok dari keadaan sahabatku ini. Kalau dirumah terkurung hanya dpt melihat keluarga nya sahaja. Tapi haiwan di zoo dpt melihat pelbagai orang yang datang berkunjung. Itulah satu contoh yang dpt ku berikan.

Adakah patut keluarga melakukan sebegitu sehinggakan gerak geri di pantau, keputusan dia dikawal oleh keluarga.??? Fikirkan… ku ingin tahu pendapat korang. Bagi aku ada betul tindakanya dipihak keluarga tapi tak ku sangka sehebat dan seteruk begini tindakan itu.

Apatah lagi kalau keluarga itu menghebohkan kepada seluruh saudara mara, dikumpulkan terhadap seluruh saudara mara seperti mahkamah. Manakah air muka keluarga ini??? Gila ker??? Adakah ini daya pemikiran mereka yg konon nya ada anak nya belajar di university utara Malaysia yang mengambil jurusan nursing. Sungguh bodoh tindakan itu.

Aku tak dpt nak buat keputusan apa apa tapi Alhamdulillah aku dpt berjumpa dengan nya baru baru ini dan mengetahui cerita sebenar. Kalau sebelum ni aku hanya tahu dia konon berada di johor. Untuk apa?? Aku pun tak tahu.

Bila aku selalu call untuk Tanya dia, keluarga nya kata tak ada, johor la, kerja la dan mcm mcm benda untuk mengelak aku bercakap dengan sahabat ku ini.

Jangan kita fikir pada bagaimana keluarga atau pihak ini tahu perkara ini, tapi kita tengok pada cara layanan mereka. Aku tak setuju sama sekali. Jangan dilayan seteruk begini, menjatuhkan air muka anak itu.
Sekarang ini hanya la pendapat ku sahaja tapi korang yang menentukan apa kah yang terbaik. Kita menerima cara ini atau tidak??? Kita senang cara mereka dan bergaul dengan mereka???

Fikirkan, renungkan, dan kita amati apa yang baik jadi pedoman yang jahat kita buang jauh jauh…
salam

Thursday, May 7, 2009

akhir semester dua ku...


Kini telah dua semester aku dekat sini , dekat UiTM Lendu MELAKA ni. Aku yang mengambil course diploma perakaunan kat sini dah hampir setahun kiranya. Mula masuk pada Jun 2008 (tapi tak sure lak tarikh nya) sehingga la sekarang bulan 10 Mei 2009 (habis exam on this date) .

Macam macam benda yg aku pelajari kat sini, aku harungi kat sini, aku peroleh pelbagai ilmu, cabaran , dugaan, baik tuk aku mahupun jahat tuk aku, semua nya disini la. Bukan aku nak katakan yg sebelum ni semasa aku berada di sekolah menengah dulu tak dpt pengalaman seperti mana aku di UiTM ni, tapi aku dpt rasakan skala itu semakin besar.

Kalau dulu di sekolah menengah juga aku mengalami macam macam perkara tapi di UiTM , aku lebih merasainya/mengalaminya. Dulu skalanya kecil sekarang skala nya membesar, mengembang.

Ini bukan la masa tuk aku nak mengungkit masa silam aku, membesar besarkan cerita yg lama kerana aku rasa aku sudah tahu mana sebenar nya kedudukan aku. Aku rasa aku sudah boleh menerima keadaan diri aku sendiri kat dunia ni. Nasihat, cacian, cakap depan atau belakang… benda yang kalau boleh aku nak elakkan.

‘bukan semua orang boleh terima cara kita dan bukan semua boleh suka dengan kita’ itu kata-kata dari org yang aku kenali.lebih kurang la katanya.

Tiada hak untuk aku menuding jari pada sapa sapa kerana aku tiada bukti yg kukuh dan aku rasa sesetengah perkara , kesalahannnya terletak diatas diri aku sendiri. Fenomena mungkin tidak berubah kalau kita yg tidak mengubahnya atau kita yang tak boleh terima perubahan tersebut.betulkan??

Apa yg aku nak ceritakan kat sini ialah apa benda yang bakal aku rindu selepas ini. Walaupun aku bakal masuk semester ketiga selepas ni pada akhir pertengahan tahun 2009 ni di tempat yg sama iaitu UiTM Lendu. (insyaallah)

Keadaan setiap sem akan sentiasa berbeza. Itu tak dapat dinafikan , senior aku pun pernah berkata begitu. Dan bagi aku setiap sem tu ada keseronakan nya yang tertentu. Kalau semasa semester pertama aku cukup merindui saat saat bersama classmate DIA1D aku, semuanya. Saat yang org katakan saat paling ‘unite’. Saat yang menyeronokkan antaranya ialah :

-persiapan tuk pertandingan drama for English week

-latihan tarian tuk media dinner/persembahan Media Dinner

-saat-saat di kelas bersama our fav. Lect.

-makan beramai ramai di E-point

Semasa di semester dua pula, saat yg aku cukup suka ialah:

-learn something new…hehehe, bola tampar, bermain bola tampar

-play cranium waktu overnight dekat Port Dickson

-persembahan tarian sewaktu aku di sem2

Memang betul la, masa tu tak boleh diputarkan kembali, saat manis dan pahit dulu akan berlalu begitu jer dan kita akan terus ke depan menunggu benda yg baru pula.

Tapi apa yg paling penting dan aku akan merindui nya sangat sangat ialah antaranya ialah:

Saat saat bersama senior aku. Bukan semua senior aku but semua senior part 6 yg aku kenal seperti abg anuar, pecap, beka dan rushen, walaupun aku ada antara dengan mereka ni yg aku kurang rapat but aku rasa dia org semua best.

Saat bersama beka adalah waktu bermain bola tampar. Memang best bermain dengan dia, kadang kadang sambil tu sempat buat lawak dan mengumat pasal orang. Ahahaha..ooopppss. untuk aku bola tampar ni merupakan satu permainan yang baru untuk aku, baru belajar , itupun atas godaan rakan ku bernama lisa. Tapi aku tidak la sebagus mana, masih lagi melakukan kesilapan yg sama dan masih lagi mentah. I’m still new.

Saat berada di kolej apabila aku yg kadang kadang sahaja naik atas berjumpa dengan senior senior ku, memang best , makan bersama, dengar cerita yg meletop, hahaha dan macam macam la susah nak diungkapkan. (ye ker) hehee. Tapi bersama mereka memang tak boleh dilupakan. Ada jer macam macam benda yg aku akan happy bersama dia org.




Selain itu, saat yang paling aku akan rindu ialah saat bersama classmate aku, all of them. Betul kata org, kalau part one ni memang org kata sentiasa unite, tapi bila dah naik sem, semua akan buat kerja sendiri. Memang aku dah nampak sekarang ni. Org kata naik sem 3 /4 baru Nampak tapi bagi aku skrang pun da leh nampak, aku bukan nak mengait apa ngan cerita lama, tapi nak mengatakan yg betul kata org, kata senior aku.

Saat untuk bersama senior part6 aku mungkin tidak akan datang kembali lagi. Mereka semestinya akan meneruskan kehidupan, melanjutkan pelajaran, kerja atau sebagainya.saat yg pasti akan kurindu lepas ni…

Saat bersama classmate , bukan aku nak katakan tak berjumpa tapi adakah kemungkinan saat tuk together ada lagi…apakan lagi bila aku sendiri rasa kekok. Tapi kalo boleh mesti la nak lagi.

Akhir semester dua telah sampai pada penamat nya, aku rasa ini bukan masa tuk aku ungkit da, bukan. Bukan. Ini mungkin blog ku yg terakhir, tapi bukan terakhir sekali, mungkin bagi ku terakhir kerana aku akan kurang menulis artikel ku lagi untuk sementara waktu. Waktu cuti telah tiba, aku cuba tuk mencari ketenangan sebentar.

Disini, ku susun sepuluh jari memohon ampun maaf atas kesalahan ku pada yg mengenali aku. Pada semua blogger kalo ade salah yg ku buat, maafkan aku. Pada rakan dlm cerita ku yg ku kaitkan, maafkan aku juga kerana tindakan ku. Manusia tak pernah semua nya betul dan aku sebagai manusia sentiasa membuat salah.

Ampun kan patik, patik hamba yg hina….ASSALAMUALAIKUM...