Teman pena..

Tuesday, April 15, 2014

My Vacation - Umrah ku.

ASSALAMUALAIKUM...

wah, tetibe malam ni dtg balik mood nak menulis ni...
nak tulis novel rasenya x power, aku ni x pandai nak wat jalan cerita sgt...
ayat bombastik pun x pndai..

buat blog cm ni je laa aku tahu

apa ye nak citer ek

oh ya. 

tamat je DEGREE aku, aku dpt pegi melancong
eh bukan melancong, more kepada mengerjakan umrah..

ALHAMDULILLAH.... amin

aku bersama kedua ibu bapa ku...11 hari disana, 7 hari di Makkah dan 4 hari di Madinah


Ini semasa mengerjakan umrah kali ke 2... disebabkan jarak agak jauh dari hotel ke MasjidilHaram dan pergerakan yang agak banyak dan waktu pula tengahari sebelum zohor... kaki pastinya agak kesakitan dan keletihan.

selepas umrah ke 2 ni la, aku demam...nasib baik demam dalam 2 hari je..


Semasa melawat Gua Tsur *hrp betol ejaan aku tu.
Kisah dimana, penyembunyian Nabi Muhammad s.a.w bersama Abu Bakar Al-Siddiq dari org Quraisy. 
Masih anda ingat kisah di mana sarang labah labah dan burung yg menutup gua itu..hehe


Di Padang Arafah... mengikut kata Ustaz kami tu...sekadar berdoa di bawah sudah cukup kerana Nabi Muhammad s.a.w pun buat begitu, dan juga Nabi Adam dan Hawa. Tiang atas tu dibina kemudian, bukanlah ada sejak dulu lagi.


Inilah keadaan Mina sekrang...nampak jauh macam airport ke apa kan...inilah tempat lontaran batu ke tiang, tak silap dikatakan tempat kita merejam syaitan *kalo salah harap maaf.


Dikatakan bangunan ini adalah HOTEL YANG TERMAHAL pada MUSIM HAJI
satu malam dianggarkan beribu juga



Inilah keadaan MasjidilHaram sekarang...sebahagian nya masih under construction



haaaaa, teh o satu teh ooo...haaa no no no...ini ialah air kencing unta..

kenapa dipacking sebegini rupa..
dikatakan mengikut org arab..
Air kencing unta bole mengubati KANSER
percayakah?
mengikut kata Ustaz Pengiring kami ini.. apa sahaja dari Unta ini bagus dan baik.. dikatakan org Arab disini akan mencampurkan susu unta dan juga beberapa titis air kencing ini dan minum dan insyaallah penyakit itu boleh sembuh.

bukan suruh minum satu botol tu je..

Air SUSU unta pun sedap ya..
dia ada hampir rasa ngan santan.



Lihatlah keagungan rumah Allah.. sesak dan dipenuhi dengan ribuan manusia mungkin ratusan ribuan
macam musim HAJI dan dikatakan.



KAABAH



MAKAM RASULULLAH DAN DUA ORANG SAHABAT IAITU SAIDINA UMAR SAN SAIDINA ABU BAKAR 


Keindahan Masjid Nabi...diwaktu pukul 3 pagi..


inilah kubur baqi'


Rumah Nabi Muhammad @ Makam Rasulullah


sekian dari ku

yang pasti aku merindui saat disana
semoga aku diberi peluang untuk kembali ke sana

Amin



Monday, April 14, 2014

kembali berkarya ... ^_^

Assalamualaikum w.bt.

Salam Sejahtera, good day kepada semua pembaca sekalian...

waaah...serius sudah lama aku tak berbloging. tetibe rase dihati ingin menulis semula..

hampir setengah tahun ku tinggalkan..maaf atas beberapa faktor..

tapi yang penting, faktornya ialah MASA.


Alhamdulillah, mungkin nukilan ku ini more kepada diri ku..

apa agaknya terjadi ya sepanjang 6 ke 8 bulan yg lepas...

1. Habis sahaja praktikal, aku masuk semula ke UiTM Melaka KBM bagi semester yg terakhir. Siapa sangka, sudah 2 tahun setengah aku  dalam degree.

Disamping timba ilmu, presentation, settle report, discussion, exam dan test segala bagai.. ofkos, suka duka , tawar pahit maung manis semua ada bersama classmate ku ini...





Ini sekitar majlis BBQ BERSAMA PA (Penasihat Akademik) yang manis sentiasa MISS SALINA dan juga MISS JU


 We are the boyz of 8F, SUPER RICH KIDS ...hahaha



2. Yes, selain belajar dan bersuka ria bersama classmate ku ini...YES aku masih aktifkan diri dalam bidang berpersatuan terutama nya KELAB WARISAN BUDAYA (KWB). Masih meneruskan bakti terakhir ku sebagai Yang Dipertua KWB.

bagi aku berpersatuan ni seronok untuk aku laa...so sepanjang tempoh dalam 4 bulan terakhir, 3 event dapat dianjurkan iaitu...

MALAM CITRA WARISAN



MINGGU ASPIRASI BUDAYA DAN FESTIVAL MAKANAN


MAYA 2013 merupakan satu kepuasan buat aku kerana first time satu proposal yg ku idamkan berjaya dijayakan. 
benda ni bukan kredit pada aku je, big kredit kepada TEAM KWB yg awesome dan hebat.

MAYA telah menjadi satu detik kepuasan kepada ku sebagai pelajar semester akhir di UITM KBM hehehe

ayat skema lak tetibe...


Event satu lagi ialah BENGKEL PEMANTAPAN BUDAYA. Idea dari aku , dan kecik tapi penggeraknya ialah warga AJK baru.


Siapa sangka MAYA berjaya jugak masuk Paper KOSMO, tarikh 31 December 2013. happy waktu ni masuk ^_^
k
Pastinya. KWB berjaya merangkul kategori KEBUDAYAAN dalam ANUGERAH KELAB DAN PERSATUAN CEMERLANG peringkat UITM MELAKA KBM.
amin



 Kalo nak citer panjang panjang rase banyak lagi...so cukup sementara nukilan ku ini...

akan ku update lagi nanti..

ASSALAMUALAIKUM

selamat malam.


 K
-kirin-