Teman pena..

Friday, July 31, 2009

Ape Cite WeY...



Kehidupan ni penuh dengan drama. Banyak punya drama. Bertong tong, tak terkira rasanya. Kalah program dan rancangan di tv. Drama apa yg ko minat, cerita apa sekali pun, mahupun tempatan atau luar negeri, konfem kalah teruk. Tercicir seratus peratus. Desperate Housewife, House, CSI pun habis di sapu. Kalau ada anugerah drama terhebat di dalam dunia , koranglah pemenangnya.

Semua terlibat, segi ekonomi, politik, soSIAL, tak lari punya.

Depan akhbar, depan kita, dan semua orang, muka ala ala tak de yang salah, tak de yang kotor , semua nya cantik2 belaka, hipokrit tahap gaban, sokong apa sahaja, konon pendengar setia, seorang sahabat, seorang penasihat, seorang pembantu peribadi terhebat , alim, ulama’ la bagai…

Para politik bagi mcm mcm benda , nak baik pulih ini, nak bantu keluarga ini, nak bantu rakyat, naikkan ekonomi, naik kan taraf hidup…ada yg caya je 100%, ada yg tak caya 100%. Ada pulak belah bagi antara percaya dan hasutan orang. Kena sogok sikit ngan duit, apa apa yg elok ke tak elok setuju ajeee… kena ugut pasal keluarga, kerja… sokong je la nak selamatkan diri… bukan begitu..

Kena je hasut, dpt tahu je satu benda, baru khabar angin je.. khabar angin…haaa naik angin ribut taufan, macam kiamat nak datang, buat demonstrasi punya bagai… (kalo benda tu tak elok) buat andaian yg buruk pasal itu ini.

Apa cite ni wey…

Orang besar(berpengaruh) nak bantu pun , biarlah dari hati, ikhlas… ni guna rasuah, penyelewengan…tak kata pun semua, ada yg setengah tu..bak kata pepatah ‘siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya’ kalau nak majukan ekonomi biarlah betul betul
Kebaikan tuk kita dan semua orang.“Mintak tolong, please???”

“Tolong la, nanti aku belanja ko, ala please, ko baik”
“Thank You pasal tolong tadi”
“Kau seorang yang sangat hebat”
“pemimpin berkaliber itu ada pada ko”
“ketua kelas aku ni, hebat , dah la baik, suke tolong org”
“Ketua pengawas yang adil, patut la ramai sokong ko dari belakang, cikgu semua , guru besar , ofcourse la”
“PM, jangan risau kami akan sokong dari belakang apa sahaja keputusan PM”

Nak mintak tolong, pandai korang merayu, pandai korang memujuk, … strategi katanya.

Yang baik , pasal nak sesuatu, pelajaran, duit, tahu ko cari aku… asal ko tak nak wat sendiri…MALAS kan, ko tak berpangkat tinggi… asal ko Tanya aku, asal ko mintak aku…mana orang lain..mana kekuatan ko yang lain… pegila mintak tolong dia org… aku jugak yg ko cari, bile ko bersuka ria…ada ko cari aku…bile ko dpt sesuatu dari aku…ada ko berterima kasih…bile ko dapat apa yg ko ingin kan…ada ko kongsi bersama…

Yang ko tahu mintak tolong dan pandai memuji… tak lari dari cara ko berpolitikkan keadaan ko demi kepentingan sendiri, bukan ke sama dengan keadaan politik semasa…

Ko rahsiakan.. ko cerita kat kawan2 ko jer…ko sembunyi dari aku… ko pura tak dapat apa… ko pandang semacam kat aku… buat macam aku ni tak penah ada dlm hidup ko
Apa hal ni wey…

Bila susah, dtg kat aku mcm peminta sedekah di Makkah,beri sedekah kepada seorang, dipanggil pula kawan2 nya dtg kepada kita…, bile senang … fikirkan la sendiri… satu khabar berita aku tak dengar…

Berdebat sini sana, Parlimen untuk apa?? Kalo bukan tuk berbincang tapi skrang… jadi tempat perang…perang macam Perang Dunia ketiga… sempat lak bertumbuk sini sana…

Kita berbincang tuk cari jalan penyelesaian, dengar la kata dari setiap pihak, bukan pihak ko je yg betul.. orang lain yg cari jalan penyelesaian, isi tu dibentang, uk dibuat proposal, ko pula melenggang dan mempersoalkan perkara yg kami buat??? Ko sape… kumpulan kami ke.. kalo ya pun,, apa tugas ko…kalo pada awalnya..ko berbelah bagi pada nya dan skrang…ko risau pasal benda tu pula…

“ko tak paham pasal benda tu” “salah la apa yg ko buat, bukan macam ni” “ ala ko salin semua benda memang tak boleh, salah ni” “cam mana ni, masa tak cukup” “apa progress kita setakat ni, ko tak buat apa apa ke”

Bingit telinga, sakit hati… tanggungjawab kita, segala kerja kita..KO NAK PERSOALKAN… kalo ko buat kerja tak pe la jugak…kata satu kumpulan, mana komitmen ko dlm kumpulan tu sendiri…

Sape tak nak kerja yg terbaik, semua nak..ko ingat ko sorang saja nak ker, kalo cam tu better ko wat semua kerja dari awal sampai akhir, baru la ko puas hati…bukan cm tu…?? Di ajak berbincang, BANYAK LA ALASAN KO…

Apa cita… apa cita… apaa….

Hipokrit sungguh ko…depan orang ni , ko punya la baik, di kongsi masalah, ko la pendengar dan pembuat cerita nombor satu..konklusi ko la yg terbaik…org lain semua salah..ko je yg betul…bila dpn dengan sorang lagi…ko pun pecah segala kaca yang ada…mana botol yg ko simpan,,ko tutup dengan gam gajah, kop aster semua ko bukak..lepas habis habis… HAAAAA…..

Dah tahu da cita
Mana satu yg ko caye… mana?? Mana?? Tolong jawab satu perkara ni…asal ko caya dia dari yg sorang lagi…
Dah tahu cita, dah disokong 100%, ko wat tak Nampak ngan sapa yg ko rasa dia salah… asal ko ingat ko je yg betul…pegi mampos apa jawapan ko… aku malas nak dengar…

Dulu kau paling best, ko paling caring, paling comel, paling seronok…asal perangai kadang2 cm sial…ko nak moody suka ati ko, ko nak malukan org lain suka ati ko, ko nak apa je yg ko nak ikut suka ati ko gak, aku ckp baik ni, ko pandang cm babi kat aku… boleh naik angin maaa…
Apa cite wey…
Ni aku persoalkan…
Fikirkan la sendiri
Pernah aku katakan pada seseorang ni..
Fikirkan la sendiri…kalo aku ckp pun aku sakit hati, ko pun sama…

-salam-

p/s ko penah jadi shbt aku , ko penah jadi kawan aku..kita sama happy..tapi belang nya baru nmpk skrang... patut ke aku kawan ko dahulu...???

Friday, July 24, 2009

Pernah tak kita terfikir, pernah tak kita bersyukur...

semua org berfikir, fikir nak buat apa setiap hari, fikir cm mana nak jawab periksa, fikir benda baik dan benda buruk, fikir nak pakai baju apa hari ni, fikir nak makan kat restoran mana, fikir nak lepak kat mana..

ada duit semua nya boleh...asalkan ada orang yg bagi duit dan banyak.
bile banyak baru lah kita boleh menjoli kesana sini.

tapi tu la.bile kita asyik enjoy, penah tak fikir cam mana pulak orang yg miskin dan tak berupaya dan tak berduit...ala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

aku ada membeli sebuah buku cerita/novel baru baru ni dgn kawan ku SYad di MPH ONE UTAMA...
aku belum khatam lagi membacanya..baru mula membaca nya secara perlahan lahan...

buku tajuk nya "LASYKAR PELANGI" dari seberang punye, INdonesia...




secara ringkas aku katakan buku ni seperti membuat aku berfikir. kesekolah yang antara termiskin daripada ribuan sekolah di negeri indonesia, memakai selipar yang diperbuat dari getah tayar dan kebanyakan kanak kanak tak bersekolah tapi bekerja senjak kecil lagi oleh ibu bapa nya kerana kesempitan wang

tapi bersyukur la kita

ibu bapa kita berkerjaya
kita berpendidikan tinggi
kita boleh bergerak bebas
kita boeh buat dan beli apa sahaja

mereka???


kita tiap hari menginginkan sesuatu yang baru, sesuatu yg cantik, yg best...tapi pernah kah kita bersyukur atas segala apa yg kita peroleh. yang kita tahu hanyalah mencari lebih lagi. tapi bayangkan la orang tak mampu, org yg hanya mempunyai sepasang sahaja pakaian untuk dipakai setiap hari, kita ni tiap2 hari nak lain lain, kalau boleh 3 pasang tuk sehari yg lain jenis dan 90 pasang tuk sebulan, tapi cm mana orang yg tak mampu tu, kita mungkin tak penah berfikir, aku pun sama je... tapi apa yg mendetikkan aku tuk berfikir topik ini...

pakaian kita dari pelbagai jenama, ADIDAS, NIKE, GUCCI, CHANNEL, BODY GLOVE, TOP MEN, HUSH PUPPIES dan mcm mcm lagi

apakah jenama pakaian mereka???
apakah kualiti pakaian mereka???


kita tinggal ditempat yang selesa, rumah batu, beratap, ada elktrik

mereka tinggal atas apa...
kuasa elektrik ada ker???


mungkin korang akan kata
"ko nak sibuk pasal apa, nak nasihat orang pasal apa, ko tu da bagus sangat keer, ko tu sapa menteri, Perdana Menteri, tuhan"

suka ati la korang nak kata apa...aku menyatakan pendapat sahaja

aku tulis bukan nak mengatakan aku sahaj yang betul , tapi aku ingin untuk membetulkan diri aku sendiri. bila aku tulis dan aku mengatakan atas aku sendiri, aku akan sedar. bukan la aku menulis tuk menuding jari pada pihak lain sahaja tapi pada badan yang empunya blog...

syukur la atas apa yg kita ada
dgn banyakkan berzikir pada ALLAh

ALHAMDULILLAH

-salam-

Saturday, July 18, 2009

MaSaLaH,CinTa,KewAnGAN,PlaN dan KnowLEdGe


Kereta bergerak laju, angin bertiup kencang, rambut aku jadi kusut masai dibuatnya( menggunakan tingkap kereeta sebagai sumber mendapat angin yang sejuk dari luar) haih.. kadang2 tu tersangkut kete aku bergerak..risau gileer dibuatnya(dipandu oleh Lisa) Lagu dihandphone aku terus aku stopkan dan menulis apa yg terlintas dlm fikiran ku untuk blog kali ni.. handphone lisa pula terus memutarkan pelbagai genre lagu...

Mana aku nak pegi ni??? naik kereta lagi tu...

Satu Malaysia harus tahu dan dah tau pun bahawa 16 julai merupakan "HARRY POTTER & the HALF BLOOD PRINCE"...saat yang para remaja yang menggilakan sesuatu movie yang berlainan dan meletop dan movie dia keluar pada tarikh ini. senang kata ala ala movie of the year la kaatakan. (setanding dengan transformer, ice age3)

agak berlainan aku kuar dengan kawan aku kali ini kerana seramai 11 org dak classmate aku. aku rasa happy la jugak dapat ramai ramai cam ni. habis je kelas pada pukul 1 lebih terus kami semua siap dan berjumpa diluar UiTm pada pukul 3.

bukan la perjalanan aku pada 16 julai yang ingin aku ceritakan dan bukan la cerita harry potter yang aku nak ceritakan...boleh ku katakan harry potter kali ini okay tapi kurang aksi...boleh boleh je laa...
kepada yang mengikut dari pertama ampai skrang dan tak ikut buku dia boleh laa nak tgk...follow the story melalui movie.

bukan aku nak menyibuk hal orang, bukan aku nak mengutuk korang, tapi hanya menyampaikan pendapat, mungkin aku salah dalam memberi pendapat ini. mungkin benda ini dinamakan lumrah masing masing. maafkan aku kalo perkara ini menyinggung perasaan korang. aku suka cerita yang konon nak kena kan orang tapi aku pun kena gak(hmmm. cam mana tu)

keluar beramai untuk apa... kalau bukan untuk lepak together having fun...true???

apakah antara perkara perkara yang harus kita buat dan tak buat, perlu dibawa dan jangan dibawa... ini apa yang aku fikir la.

1. MASALAH
apa apa jenis masalah jangan lah dibawa semasa lepak bersama kawan, assignment ke, konflik kawan ker, keluarga ke harap disimpan dulu. (wah, terasa sey aku) benda ni akan membuatkan kita hilang mood dan kawan kita pun sama.

2. CinTa
hmm...cinta bukan la tak dibenarkan hanya minta dikawal jer. kita kuar ramai ramai tapi layanan cukup special dan vip tuk awek or pakwe ko. kita orang ni walaupun ada kat situ ala ala tak nampak dan nampak je korang wat. kalau nak betul betul first class LOVING camtu better kuar dua orang lakan. kalau kuar ramai ramai ni, pandai2 la handle between friends and girlfriend/boyfriend. apa lak kawan kita tgk, mungkin setengah orang leh terima, setengah lagi nak letak mana.

3. KEWANGaN yang MenceKUpi
kita ni kadang kadang bukan kuar yang sekejap jer, ada yang plan sampai dua tiga hari, so kewangan tu harus ada.WAJIB. jangan la pulak tak cukup, hehehe

4. Plan betul betul
Plan kan perjalanan korang tu betul betul. dari awal sampai akhir, budget korang semua pastikan okay, baru la semua orang puas hati dan tak kelam kabut. baru la happy je holiday yang korang plan. Jangan lak ko jer yang happy tapi orang lain tak.hmmm

5. Pengetahuan
Knowledge amatlah diperlukan sangat sangat. plan korang tu harus la korang tau semua arah korang nak pegi , tempat tu ko kenal so tak de la sesat ke, kena tipu ker. kongsi la bersama. kalau tak tahu wat la research. teknologi dah bagus kan sekarang. ada internet.

hmmm..setakat ni je yang aku nak nyatakn pendapat aku. so sorry la kalo apa yang aku katakan kat atas ni ada yang mengguris hati korang.

p/s teringin nak plan kuar rmaai pegi PD dalam tiga hari dua malam tapi maslah nya komitmnen dan keadaan tu tak mengizin aku untuk wat plan cam tu

-salam-

Saturday, July 11, 2009

Naik Giler , Tak WarAs...

Penyakit menular, seluruh dunia dah kena... Malaysia pun lebih kurang la. sayang sungguh aku hampir naik gila, aku hampir tidak waras. ada tak ubat untuk penyakit tu...(penyakit ker...)

H1N1...atau nama POPULAR dia...SELESEMA BABI dah attack UiTM Melaka. Apa sudah jadi???

Kuarantin??? di kurung??? UiTM di tutup??? Semua boleh balik??? Aku dijangkiti??? aku ni suspek H1N1??? Aku tak bersalah??? Aku pembawa??? Aku demam biasa???

Cam mana ni....

satu malam digempar kan dengan pelajar yang telah konfem H1N1...kecoh tau..."tutup Mulut semua" "Ko selesema tapi ko babi" "Weh lari weh lari, jangkitan wey" mcm mcm la disebutnya. sangkaan awalnya tak de la apa sangat

malangnya..

Pegawai kesihatan pun datang nak wat check up... serba putih ala GhOStBusTer...sembur ala ala kimia ( aku rase sabun) hehehee tapi tak kisah laa...untuk membasmi H1N1, korang buat la apa yg patut.

Dikumpulkan di hadapan blok...lekiu dan jebat, sebok berborak di beri pengumuman

"warga pelajar jebat, lekiu dan juga tun senaja akan di kuarantin kan dan tidak dibenarkan bergerak ke blok blok lain dan kemana sahaja. anda semua dihadkan untuk bergerak. seorang warga jebat, dan lekiu dan dua warga tun senaja telah disyak mendapat jangkitan H1N1"

macam mana ni...UiTm kena....aduhai...

mana tak naik giler, mana tak waras nya...kalo aku mendapat tahu kemungkinan dikuarantin selama seminggu. Yang berada di dalam tak leh kuar dan yang sudah berada di luar tak leh masuk dah UiTm... waras ke tak waras orang dlm yang hanya perlu duduk di dlm sahaja.

bukan itu sahaja... kalo benar la dikuarantin kan... blok aku akan di kawal rapi dan tak dibenarkan kuar kemana mana pun, kafe sebelah pun tak leh...(makan cm mana????) dia orang anta ke blok..."SAMPAI CAM TU SEKALI TAU!!!"

apa la yang aku nak buat kalo dikuarantin kan selama seminggu... cam mana ni...

Mintak la tak di kuarantin kan...amin...

"hati ku sungguh sedih pasal dah plan ahad nak kuar(12/7) tapi malang nya perlu membuat ujian saringan" hampa nya

-salam-

8 JuLy

Tarikh ni sungguh simbolik untuk aku. Setahu aku ini merupakan tarikh untuk penubuhan / tertubuhnya SECENTRA. Kelab Kebudayaan UiTM. Walaupun aku dikirakan baru dalam kelab ini. Tapi tak salah untuk aku untuk aku ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN SECENTRA.

Aku ceritakan serba sedikit yang aku tahu mengenai penubuhan secentra ini. DItubuhkan pada tahun 2007. 2 tahun yg lepas. Antara tenaga tenaga besar dia adalah Senior : Kak Ain, P.J , Jaz, Mummy. Dan ada juga terlibat senior yang lain, tapi kini…entah laa. Mungkin ada yg setengah stop untuk fokus pada study dan mungkin juga bersara.

Aku, aku memang baru lagi dalam secentra ni. Bukan la nak mengatakan aku ni bagus sangat. Aku masih banyak lagi kelemahan nya. Tapi minat aku ada pada menari. Aku minat senjak sekolah menengah lagi. Mungkin minat aku datang dari AF. Sewaktu Linda Jasmine mengajar. Hehehe

Tapi aku tak hebat mana, tak sebagus mana dan masih melakukan kesalahan. Aku sering digelak dan ditegur pasal kesalahan semasa praktis. Malu kadang kadang dibuatnya. Aku rasakan macam ada yg lebih hebat dari aku. Tapi aku minta benda ni tak mematahkan semangat aku tuk terus cuba menari.walaupun dah beberapa kali aku terasa untuk putus asa.

2 tahun sudah SECENTRA ditubuhkan. Aku tahu, bukan senang nak mengekalkan imej dan keadaan kelab pada awal awal penubuhan dan mungkin sampai sekarang. Untuk kekal lama, perlulah ada semangat teamwork dan minat gak. Tu pendapat dari aku la.
Menari tak pernah senang. Kita tengok cantik jer orang tu menari tapi cube tgk secara dekat, kadang kadang tu tercirit gak nak mengejar.
Apa apa pun yang aku mebebelkan ni, aku nak ucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN SECENTRA…..


Friday, July 3, 2009

Semester Tiga???

'Hidup Ini Tak Cukup Setia' , 'Ujian Hidup' , 'Akhir Semester Dua' ... 3 artikel aku sebelum sebelum ini mengisahkan mengenai pancaroba,dugaan dan cabaran,happy aku, sedih aku ,geram aku semasa aku di semester kedua di UITM Alor Gajah.

Setelah hampir dua bulan bersendirian menenangkan fikiran...HOLIDAY... kini aku masuk semula untuk semster yg ketiga. Alhamdulillah, result aku untuk ujian dulu mendapat hasil yang baik...kawan2 ku jugak pun bagus bagus. Tahniah untuk diaorang dan tahniah tuk aku sendiri.hehehe

aku tak nak cerita apa sangat pun, just nak menyatakan apa perasaan aku bila nak masuk semester tiga ni... apa yang MENGGEMBIRAKAN AKU dan apa yang MENYEDIHKAN AKU..oh ya dan jugak apa yang AKU PALING TAKUT dan Apa yang AKU KALO LEH NAK BUAT...

so aku start dengan apa yang MENGGEMBIRAKAN aku...

1. aku akan dpt jumpa budak budak n blaja (hmm...peliknya benda tu menggembirakan aku)

apa apa je la...

2. dapat main bola tampar lagi...rindunya...(tapi aku ni tak la power mana)

3. Dapat kebebasan (leh la kuar tgk movie ke apa ke) hehehe

4. MENARI lagi...dgr kata ada festival...???

5. Kalo leh cari pasangan hidup..hahaha (angan angan jer)

itu la kot antaranya...
okay...

yang MENYEDIHKAN aku ialah...

1. tak dapat nak jumpa senioor macam beka, shafil, anuar dan pecap...huhu

2. subjek akan menjadi lagi susah...huhu

3. subsidi makanan tak dpt rasanya(apa kena mengena)

tu la je rasanya...

dan

yang PALING AKU TAKUT

1. Lecturer...sapa la agaknya..

2. SIKAP AKU...

3. Perubahan Persekitaran

4. Gangguan EMosi

5. CARRY MARK...

ada lagi tapi tak ingat lak..tak terlintas...

dan yang terakhir
APA YANG AKU KALO BOLEH NAK BUAT...hehehehe

1. kuruskan badan...huhu ( nak sangat, hehee..ada nasihat??)

2. Buat yang terbaik dalam apa sahaja yang aku ceburi dan aku buat

3. BE a new person...jgn emotional sgt..(hope sooo)


ini segala ketakutan,kegembiraan dan Kesedihan dan Impian yang mungkin aku menjangka,cakap kosong, saja je, impian, kejujuran atau kebodohan aku tuk aku capai sebagai salah satu kegemilangan dalam rekod semester tiga...

kalo sebelum ini aku macam itu macam ini, hope jadi makin baik...

saat aku masuk ke dalam uitm semula, bermakna agak kurang la untuk aku online dan update blog... so aku akan cube unutk terus update kalo aku ada cite cite best lagi...
hehehe

salam

Thursday, July 2, 2009

Arahan Dah Bagi tapi Ikut nya Nak tak Nak korang Jer...

terfikir aku satu perkara tadi semasa aku dlm kereta...
timbul la satu topik ini


Arahan Dah Bagi tapi Ikut nya, Nak tak Nak korang Jer...

nak cakap cakap kosong jer pasal benda ni... mungkin boleh dibuat renungan tuk kita bersama...mungkin...

dunia sekarang, kat mana mana sahaja, kita takkan lari dari undang undang mahupun hukum hakam. kalau dari segi agamanya pun...ada batas batas dan juga hukum dia kan untuk semua perkara. so apa sahaja ada je benda yang kdg kdg mengganggu perjalanan HapPy kita...(korang faham ke , aku ckp ni)

manusia , human, makhluk dimuka bumi ini diberi kan akal dan fikiran.manusia lebih istimewa dari haiwan kerana haiwan hanya ada akal dan manusia ada akal dan fikiran.

haaaa.... apa la yang aku nak kaitkan manusia dengan undang la, hukum hakam laa...??
k la..

aku nak kaitkan manusia dan undang ni ialah bila manusia dah set dlm mind dia undang undang ialah satu perkara yang wajib dia orang patuhi. itu telah dijadikan arahan kepada mereka.

contoh lain(nak bagi korang faham apa yg aku nak bilangkan): allah memberitahu umat islam jangan minum arak, jangan mabuk , jangan buat sex rambang, sex luar nikah ke apa...so itu adalah arahan ALLAH.undang undang ALLAH kepada kita, manusia.

so, kalo kat MALAYSIA ni, mcm mcm la kerajaan, pihak berkuasa bagi mcm mcm arahan kepada kita supaya kita follow.

haaa..yang aku nak katakan ialah
sungguh dasyat tau..manusia yang ada akal fikiran, kadang kadang kenapa dia orang tak leh nak follow arahan yang kadang kadang simple jer.

contohnya... follow undang undang had laju kenderaan, bawa dlm had yang dah ditentukan. simple je bagi aku arahan dia...

but sungguh dasyat , kita pemandu ni bawa lebih dari had yang ditetapkan, kononnya dah cukup pandai, dah cukup hebat. takkan kena lah accident ke saman ke. JANJI SELAMAT PUNYA.

waktu huajn ke, panas terik ker, ribut ker ...LAJU JE...
bukan la semua orang cam tu...just sesetengah individu jer... bukan nak mengata pada semua..ada juga yang follow pada arahan... itu bagus apa...

so, wahai manusia,wahai orang yg bijak pandai...nak ikutkan tak de pun yang bpodoh...saja je manusia ni di bodoh bodohkan diri dia. kalo dia blaja betul2 , mesti dia pandai.

k la...arahan yang simmple follow je la, tak payah la korang nak tukar jadi undang2 korang lak..ikut cara suka hati korang lak...nanti msalah timpa, korang gak menyesal... kla

fikir fikirkan dan selamat beramal

salam

Wednesday, July 1, 2009

Apa yang kita pandang semuanya salah, tapi apa yang kita buat, tak nampak pun

Sekarang ni dalam dunia hiburan ke, politik ke, ekonomi ke, dalam sesebuah syarikat pun, suka sahaja menunding jari pada semua orang. Baik yang salah maupun betul. selalu nya yang salah lah kan.

apa sahaja kita rasa benda tu salah, kita akan marah, tengking, kutuk, keji, benci, mengamuk kat orang lain. walaupun dari pihak orang tu apa yg dia buat semuanya betul. kita nak tunjuk kuasa, kita nak tunjuk power, kita nak tunjuk ego, dan kita nak tunjuk sapa yang berada di pihak benar

tak dibawa berbincang, tak dilihat secara teliti, tak bertanya... tup tup dah marah tak tentu pasal. diberhentikan kerja, di gantung, hilang kepercayaan, dipulaukan, tu lah yang kolakukan pada si dia.

ada yang berbincang pulak nak menegak kan hak masing masing. dah diberi jawapan tak percaya, dia punya la saja yang betul, orang lain salah. tup tup bergaduh, masuk mahkamah, saman sana sini, masuk tv, cari publisiti, bakar bendera la rumah la.

mana nya tolak ansur, mana nya persefaham dan mana nya budi bahasa korang
kata je rakyat MALAYSIA, budi bahasa la,tapi orang yang besar bagi pandangan negatif pada rakyat.

salah nya sedikit, ko kenakan dia lebih lebih. pasal salah taip pun mengamuk nya macam nak kiamat satu dunia. apa pasal?? benda tu boleh meragut nyawa orang ker sehingga perlu ditengking. takkan takleh bawa berbincang, muzakarah ker...

itu lah mata kita, suka sahaja mencari kesalahan orang lain, tapi diri sendiri tu, pura pura je wat tak nampak. dalam parlimen , orang ni mencari keasalahan pihak ni, kata tak buat kerja, makan rasuah la, beli harta rakyat la , apa laa... tapi dari segi diri ko tu, ko wat keje ko tak...ko jaga tak kebajikan penduduk jagaan ko tu. jangan manis dimulut sahaja. cakap tak serupa bikin.

nampak depan mata bukan makna nya 100 peratus benar, selidik dahulu, bertanya, baru lah mendapat bukti yang kukuh dan sahih. kalo nampak aje, konfem la fitnah yang berlaku.

fitnah ni tak elok, perkara yang dikeji oleh ALLAH. berdosa kita menfitnah pada orang yang tidak berdosa. manusia dicipta dengan pelbagai kelainan sifat dan bukan lah semua nya sempurna. mungkin satu sifat baik yang ada pada kita tapi tak de pada dia.

zaman sekarang zaman moden, zaman berteknologi tinggi
orang sekarang mengejar wang dan harta
akhirat ditinggalkan
iman 50:50 maybe 30:70
jadi utk mencari keuntungan , mereka kena pastikan semunya 100 percent okay.
kalo tak okay tu la sebab nya
APA YANG KITA PANDANG SEMUA SALAH, TAPI APA YANG KITA BUAT , PURA PURA TAK NAMPAK.

p/s ALLAH akan sentiasa melihat, mendengar, merasa apa perbuatan dan niat kita.

salam