Teman pena..

Sunday, August 29, 2010

Buke Pose Kebudayaan

Dlm beberapa hari ni , aku memang dlm keadaan down sgt... otak ni da susah nak berfikir kerana terlalu bnyk berfikir. aku kena format balik n tambah lagi folder dlm otak ni baru ok... buat masa ni, folder berselerak, bnyk sgt.

mungkin kerana aku terlalu rindukan Kelana Jaya.. rindukan rumah, rindukan anak buah ku.

haih...

mungkin ambil masa tuk bangkit dari kejatuhan emoayar aku skrang ni...
aku try nak kejar balik, plan , n schedule hidup aku... supaya tak de gopoh lepas ni...
aku harap benda ni cpt berlalu..

tapi yg pasti terubat juga hari ni...

tadi ade buat buke pose kebudayaan. walaupun kehadirannya kurang memberangsangkan tapi tadi benar benar merwat sedikit kedukaan dan kerisauan dlm hati ni..

dpt bersama teman seperjuangan dlm kebudayaan dan junior yg lain...itulah masa aku nak sama mereka, berborak..benar lah, junior masih lagi ok dan baik. mereka semua baik...

aku masih sempat berselorah ngan mereka lagi.

ini semua kenangan walaupun sekejap tuk masa berbuke puasa sahaja, tapi terubat sikit keadaan aku.

Terima Kasih semua, nora, fizi, anysz, mira, pinat, shaf, dayana, adi, odah, mira, izian, afiq, ieya, puteri, fira, zainal, dhiya, aap, daus, wan n semua skali..









Sekian - Corengan ku..Keyrin

Friday, August 27, 2010

Fed UP kirin..

kali ni aku benar benar down...
down giler
koyakk rabak habis...
aku tak tahu nak naikkan semangat cm mana lagi da...

kalo dalam novel lagenda budak setan, semangat kasyah mungkin lagi kuat dari apa yg aku tempuh sekarang...

aku rase nak nangis,
nak meraung...
menjerit kuat
nak marah..

yaaa
aku leh nangis, aku leh jerit sorang sorang..tapi org akan kata aku gilaa!!

aku nak marah, apa hak aku nak marah orang...

ARGHHHH!!!!!

KIIRIRIRRIINNNN

$@$#@#^%*@%!@!^@!@^!#%@^#$$@%$~$!&~%@%!&^#^(@^#*@&*#&@#^!^@&!^@!^@&!^@*^

Tuesday, August 24, 2010

sabar..

sesungguhnya dibulan puasa ini, cabaran dia sangat hebat . Kesabaran tu amat amat la diperlukan. kalo hilang sabar sia sia la puasa kita. Allah sahaja tahu cm mana tahap kesabaran aku.

menjadi seorang manusia yg bernama pelajar bukan lah mudah... untuk memastikan agar pointer itu terbaik bukan la mudah... ditambahkan pula dengan aktiviti dan jawatan didalam persatuan semua... lagi menjadikan benda itu lebih mencabar.

"sape suruh ko masuk persatuan semua bagai...padan muke ko..jgn nak salah kan kita org lak.."
tak nak ku salahkan sape sape... kita masuk kerana minat, kerana kita inginkan sesuatu pengalaman yg baru... dunia luar bukan pandang pada sijil sahaja, malah pengalaman dan kreadibiliti anda... betulkan...??

so aku masuk kerana minat dan kerana aku boleh jln kan tugas itu..
alhamdulillah.. setakat ni semua nya berkat kesabaran dan org org dibelakang yg sentiasa menyokong...

malang disaat saat kita sedang bergembira... ade je hati hati busuk dibelakang cerita..
kalo tak tahu tak pe..ni kalo da tahu cm mana pulak..

sabar
sabar
sabar

tu sahaja....

sesungguhnya ALLAH sahaja tahu apa rasa kat dlm hati ni..sesungguhnya KAU permudahkan jalanku dan urusan ku.. AMIN...

Friday, August 20, 2010

hati dan otakk

hati merupakan antara organ terpenting dlm badan kita. hati terletaknya perasaan.
otak merupakan organ paling banyak berfungsi, disitu letaknya kita berfikir.

dan anggota lain pun penting jugak... bukan tak penting..
tapi hati dan akal ini la ingain aku kaitkan dalam seharian kita.

hati dan otak ni kita akan slalu mengguna...
otak gune tuk berfikir...apa nak wat lepas ni, apa nak makan, apa nak ni, nak tu..semua laa..setiap langkah memerlukan kita berfikir... beli makanan, akan fikir ade duit tak.. bukan gitu..

bila da berfikir , kita akan tanya hati pulak...nak buat tu ke tak..kalo elok , elok laa.. kalo tak elok ..tak elok la jadi nyaa...

so benda non stop kita akan wat selain waktu kita tido...

begitu la aku dan mungkin korang sekali...
berfikir..lecturer aku kata CRITICAL THINKING...

tapi..

aku tak leh la wat sorang sorang...
aku perlukan gak korang nya support..
aku takut terkapai kapai kang...
mana opinion korang...

atau..
adakah aku masih lun kenal apa itu kepimpinan...
aku tak hebat mana lagi kot...
arahan aku teruk sgt ke..
kejam ke..
kejam ke..
teruk kee..
aku rase aku da cube sebaik baik manusia da!!

ini permainan perasaan ke...????

Wednesday, August 18, 2010

merapu...

Skrang ni aku rase aku akan senyap je...
apa sekalipun aku buat, bukan korang follow pun, malah korang persoalkan

korang busy, aku pun busy...
bulan ni bulan mulia..
so tak nak hasilkan apa apa kontroversi pun da.

biar lah apa nak jadi jadi..apa keputusan dia sekali pun... mcm tu lah jadinya..
aku terima..

janji
study aku tak kacau,
hidup aku tak merana,
carrymarks aku ok,
n aku bahagia..

korang pun cm tu gak kan..
so kita doakan agar sama sama mendapat kebahgian masing2 ya...

Saturday, August 14, 2010

Corengan Coretan Ku...

Assalamualaikum…
Bertemu lagi dlm warkah kali ni… da lama jugak tak menaip ni… busy..hehe

Setelah menyepi hampir dua bulan dari blog ku ini, hari ni aku nak tulis gak something inside my blog.
Senjak bertapak nya aku sem ni di Melaka...ye la da start study balik for sem 5. Sentiasa ade sahaja perkara yg perlu aku langsaikan dan lunaskan. Me as one of the MT Media (my faculty club) , perlulah menghadirkan diri dan menyertai segala event yg da ditetapkan. Salah satunya adalah lawatan ke UiTM Perlis n sekitarnya la. Seronok jugak sebenarnya. Tak pernah ke perlis lagi sebelum ni, so bila ade peluang tu, better kita ambil. one more is Induction Part one Account bersama lecturer. Ini antara gambar2 untuk tntonan semua..










Second is Team Building. Team building ni dinamakan Dr Forest Camp atau kem Tasik Biru. Tempat dia… CANTIK… org nya… biasa la kan team building kan… so ade la pahit, manis dan tawar dia…mula mula tu cm biase laaa but masuk second day semua… team building seronok sebenarnya… dpt mencuba benda baru yg tak pernah buat sebelum ni..kita akan dpt merasa kat sana…benda yg kita sangka jijik dan kotor, kat sini la baru kenal erti alam itu cm mana.


Not only Media ada aktiviti, kali ni diriku sendiri memegang jawatan besar dlm Sencetra. Walaupun ketiadaan idol ku..Pj, Jaz.. Sencetra tetap kena teruskan. So kali ini Kirin ,Angah dan Pinat memegang tanggungjawab besar untuk handle budak budak kali ni. Walaupun dengan kamirah yg tak seberapa…tetap perlu kuteruskan perjuangan Sencetra. Aku sendiri pun masih belajar.

So every sem, akan ade la Audition Sencetra for tradisional dan Moden. Alhamdulillah, sambutan kali ni meriah, tapi org yg dtg menonton actually lagi meriah…haihhh… so dpt la beberapa orang junior sencetra for tradisional dan moden. Ade yg bagus dan ada yg masih lemah, tapi apa yg membanggakan aku ialah semangat mereka tuk belajar.

Second is KARYA..event kebudayaan yg pertama aku pernah take part secara keseluruhan jugak. Aku just membantu dibawah Nora. Event Karya ini berlangsung pada hari rabu malam sepanjang tiga minggu berturut turut.alhamdulillah, dengan berkat murni, dan kerjasama semua pihak dari Sencetra, Sepresi, Chemical X dan Kesenian. KARYA Berjaya membawa sesuatu kepada Uitm Melaka dan kepada kami. KARYA merupakan batu asas tuk kami lebih berkarya selepas ini. So tunggu untuk Drama Muzikal Raya Amal. Hehee promote lak aku ni..

Aku bangga ngan kebudayaan kali ni, bangga dengan sencetra. Dlm masa yg pendek, masa yg singkat mereka masih dpt menghasilkan sebuah persembahan yg bertenaga. Buat sekian kali nya, dihidupkan semula tarian Dondang asli semasa aku masuk sencetra, kali ni perfect jugak mereka buat, walau ade salah sikit je. Ade budak da tunjuk peningkatan dalam diri masing masing. Even masalah sentiasa ade didalam sencetra itu sendiri, tekad aku tuk belajar dan bersama mengajar dengan mereka menjadi penguat tuk aku teruskan, dengan ade org yg sentiasa membantu disekeliling.

Masalah sentiasa akan ada didalam mana mana sekalipun organisasi tu…jadi kita kenalah bertindak pantas untuk selesaikannya. Kirin sendiri mana suka masalah.. kalo bole ingin sesuatu yg tenang dan sama sama boleh kita belajar bersama. Tapi sekarang keadaan makin lama makin kalut…

Keadaan makin lama makin berubah, system akan berubah juga… jadi aku da cube terbaik unutk member tunjuk ajar sebaik mungkin… busy mungkin tak pernah jauh dari aku, kalo wat keje last minit, jadi busy jugak aku. Mungkin aku da terbiasa membusy kan diri sendiri… kalo duk senyap tak tahu nak wat pe. Tapi bila kita sudah berada didalam bnyk kelab maka pandai la kita menghandle kan masa tu elok elok. Bukan susah pun, bukan salah masa training tak tentu ke or masalah terlebih limit. Masuk bnyk kelab merupakan keinginan masing masing bukan paksaan dari mana mana pihak maka anda sendiri kena pandai uruskan masa sendiri.

Sesungguhnya, apa yg aku katakan ini bukan nak menunjuk atau mengherdik atau menfitnah atau memaki sesapa, tapi hanya la luahan hati sendiri dan pendapat ku sendiri. Sesungguhnya yang baik itu dtg dari Allah swt dan yg buruk itu dating dari saya sendiri. Bersempena kan kita da masuk bulan pose ni

Saya SHAKIRIN AZIM ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua yg mengenali diri ini. Didalam bulan mulia ini, kirin nak mohon ampun dan maaf jikalau kirin ade terkasar bahasa, perbuatan dan laku yg menyinggung anda semua.

Berharap kita mendapat berkat bersama dibulan Allah ini, agar kita sentiasa disayangi dan diampun kan segala dosa, amin.

ASSALAMUALAIKUM.
(nak tunjuk gamba tapi bnyk lum dikutip lagi, hehe sorry)