Teman pena..

Wednesday, December 29, 2010

Post ke -100

Salam Blog ku,

tirai 2010 hampir berlabuh
countdown dalam masa beberapa  hari sahaja lagi

diari 2010 ku bakal aku tutup
akan ku buka diari baru
diari 2011

cukup kah segala rempah ratus didalam nya
pengalaman
suka duka
kegembiraan
kesedihan
kebencian
kemarahan
cabaran
dugaan

cukup??

Cukup pasti cukup
tapi aku masih belum rase lagi kepuasan nya
2010 benar benar memberi satu impak yg lain untuk aku
mungkin tak perasan benda tu
mungkin korang rase tak de langsung pun perubahan tu


aku tak kisah if
bagi korang perubahan itu makin teruk
yg pasti bagi aku
aku ade pembaharuan yg telah aku lakukan pada diri aku sendiri
mungkin tidak bnyk tapi sedikit itu dah memadai
mungkin aku tak se"matured" korang
mungkin aku kebudak budakan ke
apa ke
yg pasti
ini lah aku

inilah SHAKIRIN AZIM
inilah kirin
dan aku masih lagi mencari identity aku sendiri
mengenali diri

aku masih lagi waras dan juga tahu batasnya diri sendiri
dan jgn mengharap lebih dari aku
kerana ade masa nya
pada sesuatu benda yg baru
aku masih belum bersedia
berikan aku sedikit masa dan ruang


2010 mendidik aku untuk berdisplin, bertanggungjawab,  amanah. '
2010 memberi aku erti kasih sayang, sahabat dan keluarga

dari sehelai kain putih yg bersih, sekarang telah dihias dengan warna warna yg menarik
cantik bila dilihat

ini bukan masa nak persoalkan apa apa sudah
terletak sudah kalo itu caranya
aku terima

saat untuk buka diari baru
pintu baru 2011
maka langkah baru perlu diambik
yg kurang akan dibaiki
yg elok akan dikekalkan
yg belum ada di adakan

azam baru akan disemat didalam hati aku

Dengan ini diari 2010 bakal aku tutup dengan rasminya dengan blog ku yg ke - 100
( ahaha ala ala penutupan perasmian)
Kenangan ku, memori ku, is inside me. sentiasa yg terbaik.

salam blogger
Salam tahun baru 2011
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

Saturday, December 25, 2010

Reunion PLKN Batu Jong, Times Square

Baru baru aritu, ade satu reunion
REUNION PLKN BATU JONG
kerana hampir 2 tahun jugak tak bertemu
dan juga budak budak yg dah start bertanyakan
bila nak reunion?
bila nak reunion?

so cuti sem aritu
cadangan pun dibuka di FACEBOOK
so, ramai lah yg mengatakan sokongan untuk teruskan reunion ni
so benda ni di ketuai oleh aku sebagai penggerak awal sahaja( pencadang dan perancangan awal)
manakala seterusnya diteruskan oleh sahabat PLKN yg lain
Firdaus Ahmad, Aizat Arab, dan yg lain juga..

so pada 19 disember 2010
maka tercipta la sebuah sejarah kecik




















hahaha
walaupun kuantiti yg kurang
hanya 15 orang sahaja
aku expect ramai kerana benda ni da kira inform awal sgt sebulan awal
tapi biasa laa
masing2 ada hal, so tak leh nak marah ke apa
kerana kita hanya mampu merancang shaja
yg menentukan ALLAH swt

thanks pada yg hadir
firdaus ahmad jauh dari perak dtg
yg lmbt dtg gak,walaupun kejap
but bernilai
valueble( betul ke ayat ni, ahha)

walaupun sikit
HAPPENING dia mcm 50 org yg pegi
aku non stop gelak dari awal smp akhir
tak kering gusi ngan budak budak ni

so hope ade penglibatan yg lebih ramai dari budak lain 
after this kalo ade reunion lagi
hope juga ada dari chinnese dan juga india
asyik melayu je
kata 1 MALAYSIA kan

so 
salam 
=)





Monday, December 20, 2010

Family Vacation, layan..

Nak menulis, cm tak syok je tuk entry kali ni, hahhaa so layan ngan gambar laa

so sebagai pengenalannya ialah
this is my family trip vacation
bnyk lagi gmbar but kat abg lak, so diaorg lum upload agi
so ni je la yg ade wat masa ni

Tempat: Singapura
Masa: Khamis sampai Ahad
Tarikh: 9 disember - 12 disember 2010


haaaa... ni kat geylang... masuk je singapura, first tempat serang , pasal semua da lapar, hahaha

anak anak buah ku, hahaha comel tak? ni kat ayer rajah market, tuk mkn malam...

pandangan malam di singapura, some part dia..sangat nice gile...

kapal atas bangunan, marina bay tak silap nama nya..

da sampai, mesti la ade gmbr sbgai kenangan, hehehe


ni kat dlm pulau sentosa, dlm hotel dia, hahaha patung bogel...kiri ialah besan, mak aku kanan

sampai la juga di universal studio, YEAH!!









GAMBAR TERBAIK...WHOLE FAMILY!!


Saturday, December 18, 2010

Baik Baik Sayang


Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu

Yang aku ingin arti hadir diriku

Kan menghapus dukamu sayang


Karena bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku


Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu


Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff



Lagu ni betul betul membayangkan apa berlaku pada diri aku sekarang. 
lagu ni seperti luahan hati aku sendiri.

Thursday, December 16, 2010

Kenangan

Kenangan
itu
memori

Kenangan 
itu 
perencah kehidupan

Kenangan 
itu
Sejarah lampau

Kenangan
itu
diri kita

Memori hanyalah benda yg lepas
bukan present bukan future
dia adalah past

Setiap Memori itu semestinya 
terkandung pelbagai
cabaran dugaan dan rintangan
mahu manis
pahit
suka
duka
tawar
masin
sayu
dingin
apa sekali pun
dan 
itulah yang menjadikan
perencah dlm kehidupan kita

Setiap perencah itu
mematangkan kita
memberi pendedahan pada dunia sebenar
memberi kesedaran
memberi informasi dan pengetahuan
memberi kita mengenali diri kita sendiri
memberi kita mengenali mana baik buruk kita
dan semua itu adalah melalui sejarah lampau kita

Melalui sejarah lampau kita
akan kita kenang semula
tersenyum seorang diri
menangis teresak esak
menyesal tak sudah
marah tak tentu pasal
melakar lukisan dihati
mengukir ukiran di hati 
kita
diri kita sendiri

Kenangan
membawa pengalaman
baik dan buruk
diri kita dan orang lain
 Kenangan adalah 
SEGALANYA

Tuesday, December 14, 2010

yes, U WIN !!

AKU PUAS KAN HATI KO
YES
KO MENANG
AKU KALAH

YES
KO BETUL
AKU SALAH

YES
APA KO BUAT SEMUA NYA ORANG SUKA
APA AKU BUAT ORANG BENCI LA AKU

YES
KO LEH WAT APA SAHAJA YG KO SUKA
AKU ADE JE ALASAN , ADE JE SEBAB

YES
KO PALING HEBAT
AKU THE LOSERRR

YES
KO CKP PASAL AKU SEMUA BETUL WEI
YANG
AKU NI HANYA LAH MASALAH TUK KO

AKU MENGALAH
DEMI KAU SORANG

AKU TERIMA TU SEMUA SALAH AKU
WEIII
AKU NI TERUKKAN
KO JE HEBAT, COOL ,DAN TAK TERUK PUN

AKU ACCEPT HUKUMAN KO NAK BAGI TU

MARAH LAH AKU
CACI LA AKU
CAKAP JE LA APA KO NAK CKP PASAL AKU

KERANA 
KO
BETUL!!!!

biarlah aku terima segala nya
biarlah ALLAH je yg tahu aku ni cm mana
pasal apa yg aku ckp tak leh pakaikan

so U WIN!!


Sunday, December 12, 2010

Ada masanya

Ada masanya 
Plan A takkan semesti nya kekal 
plan A
dan masa itu kita tukar ke Plan B dan C

Ada masanya
apa kita buat kita takkan sedar
dan itulah masanya untuk kita tolong 
hampir menyedarkan mereka

ada masanya
bunga raya yg kita sangka selama ni
pun boleh jadi 
bunga tahi ayam

ada masanya 
kita hanya bertepuk sebelah tangan sahaja

ada masanya
semua nak menang
habis tu 
sape yg nak kalah

ada masanya 
yang kita sangka kawan 
ialah lawan
yang kita sangka lawan
ialah kawan

ada masanya
disaat kita jatuh
sentiasa ada kebaikannya

ada masanya
setiap pertelingkahan
memperbaiki kita dan hubungan semula
bukan merosak kannya

ada masanya 
apa kita buat 
org kata sia sia 

ada masanya
tangis itu kejujuran
tapi jujur itu
adakah benar

ada masa nya
manusia dan jin adalah 
sahabat karib

ada masanya
kepercayaan sudah cukup
tetapi kenapa pengakhiran dia 
sebegini sekali

ada masanya
mesra boleh jadi pasrah

ada masanya
senyum itu manis
tapi palsu
macam mana

ada masanya
kebenaran itu ikhlas
tapi ikhlas ke hati itu

ada masanya 
manusia itu wujud
tapi wujud kah yg benar benar bernama manusia

sekian
salam

Cuba cari sampai dapat...

CUBA ANDA CARI DI MALAYSIA


ADA TAK?

MILO BAR
mcm SNEAKERS tu

hehe

selamat mencari.. =)

Wednesday, December 8, 2010

Fenomena Baru Akan Tiba

Tinggal Beberapa Hari Lagi

Semua bakal DIGEMPARKAN

dengan satu fenomena baru

SELURUH DUNIA BAKAL MENANTINYA

TERUTAMA

WARGA UITM!!!

RESULT WEI!!!

10 DISEMBER

masa: 9 pagi
ye ye je pukul 9, tgk la nnt cm mana

STUDENT PORTAL 
PASTI SESAK NAFAS
dan 
HARU BIRU

disebabkan

student portal lembap
tak boleh login
internet slow
dan mcm mcm lagi

NANTIKAN EPISOD KACAU BILAU INI
di
internet dan telefon bimbit anda , bila budak nak tahu result masing masing

hahaha
k, semua
GOOD LUCK

jgn cari saya, saya tak de
wawawa
=P



Monday, December 6, 2010

Surat tuk mu yg berada jauh disana...

Assalamualaikum,

               Apa khabar kamu nun jauh disana? Semoga kau sentiasa sihat selalu. Lama ku tak dengar khabar berita. Sekurang kurang nya ingin aku mengetahui serba sedikit cerita mengenai mu. Aku disini alhamdulillah, boleh dikira sihat. Hanya sejak dua menjak ni, aku tak berapa sihat, demam. Alhamdulillah tidak suspek demam denggi.Aku harap ko berada disana dlm keadaan sihat walafiat bersama keluarga.

             Di mana kah kau sekarang? Apa yg sedang ko buat? Apa yg best disana? Ingin aku tanyakan semua itu. Tapi sayang, sudah banyak kali aku cuba menghubungi tapi tiada balasnya. tapi tak pe la, mungkin kau sedang berseronok dan aku tak nak kacau.

             Aku sentiasa teringat kenangan waktu bersama ngan kau. Setiap darinya kadang kadang membuat aku tersenyum sendiri. Ingat lagi saat saat kau menceritakan kisah hidup kau, kisah kau disekolah dahulu. Ingat lagi saat kita duduk berborak di masjid. di bawah library. aku sentiasa ingat dan akan ingat. even 'Cinta sang Sejadah" haha. Benda tu sgt seronok kerana dpt berkongsi mcm mcm cerita ngan kau. Cerita kau sgt menarik sama seperti keperibadian mu sendiri.

            Nak tahu tak? apa ayat pertama aku nak panggil ko. ? "OIT" ingat tak? even kita chat ke atau mesej, aku akan ckp ngan oit lu. bukan lah ayat kasar , aku tak mengata itu sebagai ayat kasar. aku ingat lagi saat kau kacau aku ngan nombor orang lain. Ingat tak? Kau berjaya buat aku tertipu disitu. Dan baru aku sedar hanya kau seorang sahaja yg aku bahasakan diri ngan OIT, dan waktu tu kau menggunakan oit. hehee sgt lucu mcm mana aku boleh tak tahu mana org nya sedang dia berada di depan aku.

            Sekarang,,, kenapa kau senyap sahaja. Minda aku sekarang bermain main ngan perbagai anggapan. Adakah benar kau akan terus pergi, adakah kau takkan aku jumpa lagi. adakah kau ade masalah nya tersendiri, adakah hari terakhir aku menghantar ko ialah saat akhir melihat ko. Aku tak mahu menganggap apa apa pun. Adakah aku mengharap? so, aku berfikir balik. Aku tahu aku bukan sapa sapa bagi ko. Just kawan , kenalan ko di UiTM. Aku berpegang pada kata kata aku dulu. Aku tahu aku tak boleh nak mengharap. Aku pegang dgn kata kata aku pada ko dulu.

            Aku berharap jgn ko lupa kan aku. dan kalo benar kau akan pergi buat selama nya, DO YOUR BEST n BE THE BEST. Yang pasti aku akan merindui setiap saat bersama ko. Thanks for the memories.

Yang Benar
keyrin

Saturday, December 4, 2010

Sencetra, meh tanya tanya diri sendiri, haha

Meh Kita Main jawab Jawab Soalan, haha

1. Awak minat menari?
Ya

2.Sejak bila awak minat menari?
sejak saya tgk AF

3.Kenapa awak minat menari?
Best dan Puas

4. Siapa yang mendorong minat anda ke bidang tarian ni?
Linda Jasmine kot

5. Ibubapa support anda?
hmm, nope

6. First tarian yang anda cuba belajar sendiri?
Menuju Puncak, pasal selalu tgk diari akademi, haha

7.First group tarian anda?
waktu sekolah dulu

8. Bila awak buat group awak ni?
form 4 ngan kawan2 saya

9. Apa nama group awak tu?
TWISTED MINDS

10. Ade berapa ahli?
5 org sahaja

11. Siapakah ahlinya?
aku, ammar, fahmi, ashok, kavi

12. Apakah lagu yg pernah dibawa oleh group anda ini?
Caramu - zahid dan Nikki
Strut- Cheetah girls
Tak Ada Logika - Agnes Monica
Lagu tradisional
Tarian endang

13.Sekarang masih group yg sama?
tidak, pasal dah berpecah kerana masing masing further study

14. Masih lagi menari sekarang?
ya

15. Group mana?
Kebudayaan UiTM Melaka

16. Apa nama dia?
SENCETRA

17. Apa maksud dia?
Seni Dance Tradisional

18. Minat tarian tradisional je ke?
tak jugak, moden pun minat gak

19. Sejak bila masuk SENCETRA?
waktu saya part 2

20. Kenapa tak masuk dari part1?
hmm, ade la masalah sikit kat situ, hehe

21. Sape yang mendorong masuk SENCETRA?
hmm..Asri kot, roommate saya, hehe =D

22. Best tak SENCETRA?
Best!!!

23. Sejak bila SENCETRA ditubuhkan?
hmm not sure la, tapi pengasas dia Kak Ain =D

24. Best tak belajar ngan Kak Ain?
Best tapi saya takut ngan Kak Ain, dia tegas dan kadang2 garang

25. Sape lagi pernah ajar anda?
Farouk dan PJ

26. Sapa Farouk?
Penari Luar, dari Briged Seni

27.Farouk lak cam mana?
hahaa, best pasal macam macam jenis step dia bagi tapi dia sgt tegas dan mulut dia, tetttt, haha

28. First show anda di UiTM?
semasa lawatan persahabatan dengan Universtas Putra dari Padang, Indonesia, Cuak gile

29.PJ tu sapa?
My senior dan org kuat sama mcm kak Ain, dia bnyk bagi tunjuk ajar dan dorongan

30. Sape paling anda sayang dlm SENCETRA?
Semua sayang, but mostly my senior PJ dan Jaz, kerana banyak luang masa ngan diaorg, huhu

31. Sekarang anda hebat menari?
hmm not really, masih belajar lagi...masih nak perbaiki diri, belum cukup hebat tuk dikatakan penari


thats all, hehe for fun..

Thursday, December 2, 2010

Sunday, November 28, 2010

Cincin Emas Belah Rotan

CINCIN EMAS BELAH ROTAN

Dengar sini,
Teman-Teman,
Kata Kata,
Buat Panduan,
Kalau Ada , Kesalahan,
dlm hati , Jgn Simpan.

Ku Bicara, Soal Teman,
Buat Panduan dan Ingatan
Kita Kawan Jangan Lawan
Sampai Masa Berjauhan

Mengapa..
Terjadi Pertemuan,
oh..kerana Khidmat Negara
Jurulatih, Beri Bimbingan
Untuk Kita dimasa Depan

Mengapa ... Oii
Terjadi perpisahan
Oh..kerana takdir tuhan
oh..kawanku
jangan bimbang, kau kan tetap
dlm ingatan

Cincin Emas Belah Rotan
Bumi ini Ku Pertahankan
Jika Jasad Tak Berkapan
Pantang Undur Anak Watan..

lagu ni tak de dlm download, dan tak de penyanyi nya lagi, haha... benda ni aku belajar dan tahu kat PLKN aku dulu di Batu Jong.

hmm cikgu Zul la penyanyi asal nya kot, haha
hmmm dulu bila kat sana, aku tak faham apa lagu ni ckp, aku main nyanyi, main hafal je..tu je

tapi baru baru ni aku belek belek barang barang collection lama aku, aku jumpa lagu ni balik
hmm
memang benar
BARU LAH AKU FAHAM
APA MAKSUDNYA

PERTEMUAN ITU BERSYARAT
PERPISAHAN ITU MUTLAK

kita bertemu hanya kerana sesuatu perkara secara kebetulan mahupun telah ditetapkan

tapi perpisahan itu tetap akan berlaku
kerana Allah dah tetapkan
qada' qadar kita 

kita boleh pisah ngan mcm mcm cara

hmmm khas pada sahabat PLKN ku sekalian
2 thn da tak bertemu
maafkan aku, bukan kerana lupa
kita ramai kenalan dan buka semua kita leh ingat dan sentiasa nak berjumpa
aku dah cube terbaik
tu yg termampu

KHAS SAHABAT PLKN
BATU JONG, KUALA KRAI
KELANTAN
SIRI5 KUMPULAN 2

Wednesday, November 24, 2010

Memori Tercipta

waktu form 5 ku, 5 BIRU..
projek kelass...for environment campaign..
hahaa
wat a good project.. aku bangga as one of the student n classmate 5BIRU,
hehe


jual paper as recycle, hmmm berapa ek dpt, ratus ratus gak, hehe

setelah setahun meninggalkan BB, kitaorg singgah nak jumpa junior n mama su, hmm =D

form 5 gak rasenya, saat ini adalah event hari kemerdekaan..
hari dimana TWISTED MINDS ade buat show tradisional, sama ngan eva
then show tuk org kawin(acah acah)
dan endang, hahaa...


one of memory berjumpa semula lepas da lama tak jumpa, rindu giler..

ni la dia levelmate part1 aku smpai part 4, sebelum terpaksa jadi NR..haha mereka best giler...semua otak giler
rindu main CS ngan korang...

inilah wajah asal budak budak DIA5D

mcm budak masscom da, hahaha



sencetra...gabungan tradisional dan moden, ramai kan...

antara senior senior sencetra, first time sama sama show ngan diaorg

waktu first show dpn org ramai, tak sangka terpilih, huhu sama ngan PJ, JAz, Mirul, Jai, and Salut

tahun ni, wajah baru dgn baju baru, hehe sencetra under pimpinan aku n angah..this with pinat, ayed n junior, mira, izyan shaf dan adi

saat last training tuk sem 5...with new junior kebanyakannya=D

antara org kuat aku dlm sencetra, tanpoa diaorg entah laa..
mereka la tunggak utama kebudayaan..

new fren, housemate, levelmate, n kos mate n uitm mate, hahaha
sahabat PLKN, ku rindu giler...bila dpt berjumpa..3 bulan kenal seperti sebuah keluarga kerana 3 bulan tu jumpa muka korg je, hehehee tapi BEST


inilah waktu aku sekolah rendah lu, sekolah kebangsaan kampung tunku...hehe cari lah mana aku, haha


Bukan semua gambar dpt aku tunjukkan betapa banyak nya kenangan dengan kenalan lama mahupun baru, tak kisah lah kita berada dimana

sekolah kebangsaan kampung tunku
sekolah menengah (laki-laki) bukit bintang
PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan
UiTM Lendu, Melaka
Pertukaran Budaya Johor dan Sabah
Taman Dimensi dan Taman Intekma
Kelab Sencetra Mahupun MeDIA
TWISTED MINDS
Kelab Seni
EDITOR
KELAB KEBUDAYAAN
Petaling Jaya
SS3 fren
dan mana sekali pun kita berada dan kita berkenalan ngan org baru

tu semua menjadi sebuah kenangan
dan pengalaman.

rindu bila terkenang setiap saat darinya..
tergelak sorang sorang
sedih sorang sorang
senyum sorang sorang
tak kisah lah org nak kata
kita gila ke apa,
yg pasti
baik buruk pun
benda tu adalah memori kita
yg mengajar kita

MISS SETIAP SATU DAN SETIAP SEORANG YG SEBAHAGIAN DARI HIDUP SAYA

TERIMA KASIH KERANA MENERIMA SAYA SEADANYA DAN BERKAWAN NGAN SAYA

=D


salam..