Teman pena..

Saturday, January 29, 2011

Ceritaku...

Kirin: Assalamualaikum
Blogku: Waalaikumussalam

Kirin: Apa khabar?
Blogku: Baik, lama ko menghilang. Mana ko pegi, saje ko tinggalkan aku lama lama ya...

Kirin: Owh, ala merajuk pulak. Jangan la macam tu, maafkan aku. Aku sibuk sedikit. Tak de masa untuk aku berkarya. Untuk bersama kau.
Blogku: Ye la tu.. apa yg sibuk sgt tu.

Kirin: Ok Ok aku akan terangkan ek kat ko, so jgn merajuk ek, SENYUM =)
Blogku: ....

Kirin: Ok, (terbatuk sikit), hmmm salam semua... maafkan aku , kerana lama da tak menaip dlm blog ku ini... kerana kesibukan yg terlampau...terlampau ke...? hemmm rasenya laa.. apa ek nak cite... ok aku nak cite dari awal aku sibuk ialah bile?

ok this is start dari akhir last year lagi.. kerana aku sibuk duk umah menjaga anak buah dan keje smbilan jap ngan abg aku dan tak melepasi kastam ibuku...so pada 21 disember(rasenya lah) aku pulang ke MELAKA. Seolah sebuah freedom aku kat sana. Aku leh berdikari sndiri dan fikir apa aku nak wat sendiri.

tapi aku balik pun kerana ada misi , hahaha aku alhamdulillah terpilih sebagai salah seorang pembantu Mahasiswa Minggu Destini Siswa. memang da lama aku nak jadi, tapi tak dpt, kali ni dpt pulak. so sebenar nya mencari pengalaman. nak merasa sesuatu yg baru. So PMDS tu berlaku sehingga 31 desember, New Year aku kat Melaka. Then da start da sesi akhir aku di Melaka. SEM 6 aku diploma Account.

So nak kata culture shock kat subjek part 6 ni, idak le. tapi cm terkejut la jugak, bukan apa... kali ni FAR da melibatkan semua pelajaran aku sejak part 1 lagi, so aku kena betul study kali ni, termasuk lah MAF, TAX. Assignment pun agak challenging kali ni
kena selesaikan case study, wat busineess plan for new business...bukan buat ala folio kosong je, tapi da org kata real real punya.

Aku pulak , cm mana ek nak kata, bukan jenis duduk diam, mesti nak ade keje or something yg aku nak wat. Org kata tak duduk diam la katanya. da jadi cm tabiat aku.
so selain itu jugak, aku jadi class rep tuk subjek TAX aku sekali la kot merangkap class rep DIA 6D kot...as usual, hahhaa

so apa yg menyibukkan lagi, ASSIGNMENT ofcourse. !!!
PLUS
aku da tak memegang lagi apa apa jawatan didalam kelab dan persatuan. Tapi ade beberapa event besar akan dtg, dan aku bersama 3 shbt lain, ayed, pinat dan angah as senior masih lagi menolong apa yg patut. Aku da serahkan pada Bubu, mira, Haiqal, dan ikin. Aku tahu diaorg boleh buat. Buat masa ni alhamdulillah.
Kebudayaan pun skrang bagus dan aku bntu apa yg ptut...

so bnda yg first busy ialah aritu ada Audition, so pada mulanya, tak nak buatpun, but org kata syarat kerana ramai yg nak masuk. so after that sibuk ngan persiapan lagu dan tarian untuk MALAM KEBUDAYAAN DELEGASI UNIVERSITAS PUTRA, YPTK PADANG.
Koreografer: Bubu dan Kak Ain
Penari: Kirin, Afiq, Shaf, Aman, Haiqal, Wan. Mira, mira gedik, Estira, Pinat, Ieya, Odah dan Izyan.

personally, its awesome, step bubu nice sgt, and its like satu dimensi baru dibuka kepada SENCETRA. sebabkan itu, aku tahu SENCETRA boleh pergi jauh, but diaorang tak leh lupakan benda lama.
so bnda ni melibatkan hampir 2 minggu. persiapan training every night dan beli barang semua.
Actually semua tu kenangan dan pengalaman, hahaha best kot..

semua orang suka , aku lagi la suka.

so after that ada pulak INDUCTION KEBUDAYAAN. so ade meeting then aku ditugaskan untuk menguruskan Kembara Budaya. Itupun kerana aku yg mencadang... so aku , nora dan ayed ditugaskan. masa yg tinggalkan tuk siapkan preparation ialah 2 hari. ADoii cm mana, boleh? mampu?
haaaaa alhamdulillah thanks pada nora, pn eltis dan ayed, diaorg bnyk membantu. Idea pun bernas bernas gak, oh ye thanks to Dhiya gak.

hari sebelum event tu aku agak pening la bersama ayed dan nora. kerana konfius tempat letak klu dan pembahagian tugas, but yes alhamdulillah, nak wat keje tu kena tenang org kata... so aku berjaya jugak.
And the next day, event tu berjalan lancar. very good. walaupun tak ramai but awesome, aku sgt berterimakasih ngan budak budak yg dtg, thats show komited diaorg. yg membantu jugak, thank u so much.

the last is aku wakil under kebudayaan ke AKPC di shah alam, rabu lepas.

so kerana busy benar, assignment terkapai2 la jugak, kelas pun ade yg aku tak pat dtg, dan dlm kelas pun aku leh ngantuk, adoii

hmmm apa nak tambah ek
awal awal sem ari tu, aku ade down. down giler, kerana terlalu bnyk masalah. but aku dah tak nak fikir da. kerana insyaallah bnda tu boleh jadi baik. aku harap begitu.
aku jauhkan diri aku dari penyesalan, aku tak nak menyesal atas apa yg aku buat, apa aku lakukan.
kerana bnda tu da lama aku buat, tapi dlm masa sama, aku masih lagi mencari keadaan diri aku sendiri.
alhamdulilllah, aku harap kekal hubungan aku dan dia. aku mungkin dan aku rasa aku tahu, aku ni bukan sapa sapa, but aku harapkan aku part of life dia gak, kerana bagi aku, dia part of me. aku sayang dia.
thanks kat dia kerana skrang ni aku berubah menjadi baik. aku harap berkekalan.

benda lepas bukan untuk di ungkit tapi untuk dikenang, bnda yg baru untuk kita enjoy dan perbaiki. insyaallah.

so Blogku, cm mana, boleh maafkan aku...so aku da cerita kenapa aku busy...

BlogKU: Ok, aku terima dan aku faham kau, kerana minat kau, kau kejar dia, kerana kau inginkan sesuatu jgn lah dikaco, dan ko kena ingat bukan semua bnda boleh ikut apa yg ko nak, ade masa nya kena ikut keadaan jugak.


salam semua
Sewaktu Malam Kebudayaan Universitas Puta YPTK PADANG
Aku dan MIRA =)

Saat saat tarian, layaan....

Ni sewaktu di AKPC Shah Alam, Rombongan MELAKA
MELAKA DAN INDONESIA TOGETHER.. YES!!

MCM PENDEKAR TAK< HAHAHA
Waktu training, lepas training, mkn ramai ramai..

WAKTU PMDS, AKU BIRO MAKANAN, ahaahha

Aku dan ADi =)
SHAF, IZYAN DAN AKU

SHAF DAN AKU, aku suka gmbr ni... =) =))

Monday, January 24, 2011

25 januari 2011 - 2.52 am

Diatas dunia mcm mcm ada
yg baik mahupun yg buruk
ia terletak pada kita
menentukan yg baik itu dimana
dan yg jahat tu dimana.

sekarang bukan masa untuk aku kesal
bukan masa untuk mengungkit
bukan masa untuk mengenang

yang lepas tetap akan lepas
benda tu tak boleh nak patah balik
apa sekali pun 
keputusan
itu lah muktamad

atas dunia sementara ni
jadi baik pun susah
jadi jahat pun susah
lakukan lah sesuatu dgn niat yg baik
fikir dulu

tak semua benda boleh ikut apa yg kita hendak
dan tak semua benda boleh kita tunaikan
itulah datang nya tolak ansur
memahami antara satu sama lain

saya salah
awak salah
ego manusia ni memang besar
tak tipu...
saya pun ada
tapi rasional la sikit
waras
berfikir
muhasabah diri agar dpt berfikir lebih matang lagi

kau cakap tak serupa bikin
ya, aku tahu aku sape
warkah ini sebagai pesanan
pada diri sndiri dan semua

alhamdulillah
kau temukan aku dengan dia
kau bawakan aku kepada mu juga
sekarang aku sedang menjaga diri ku kearah mu juga
alhamdulillah dan terima kasih kepada kau

jgn percaya apa aku cakap
kerana aku ni bukan sape sape
tapi sekurang nya
cara aku 
waras dan masih lagi berfikiran manusia

syukur 
alhamdulillah
atas nikmat mu
rezekimu
hidayat mu
sihat tubuh badan dan mental
rahmat mu
dan segala yg kau berikan pada ku
amin

=)

Thursday, January 6, 2011

andai hari ini hari terakhir ku

andai hari ini hari terakhir ku
ingin ku smpaikan ucapan terakhir ku

ibu ku
ayah ku
maafkan anak mu ini
anak mu ini bnyk membuat dosa
berderhaka,
degil,
tak ikut kata
tak terbayang tuk ku katakan
tuk ku tulis disini

ayah ibu
ingin ku peluk diri mu seerat yg boleh
ingin ku gelak ketawa bersama mu lagi
ingin ku bersembang dan bercerita dgn mu berdua lagi
ingin ku pegang tangan mu yg berurat itu untuk kuusap dan ku urut
jika aku diberi peluang , akan ku bersama mu disaat akhir itu

kau lah nyawa, badan dan jantung untuk ku sebenarnya
maaf kan atas kesalahan anak mu ini


sahabat ku
maafkan kawan mu ini
terima kasih sahabat ku
menceriakan hari ku
mewarnai hari hari ku dengan gelak ketawa mu
terima kasih sahabat ku
kerana mengukir bermacam macam perasaan sepanjang perkenalan kita

sahabat, 
pinta ku hanya satu
ingat lah aku
doakan aku
bila aku telah berjauhan dgn mu
bagaimana syg aku terhadap mu
bagaimana prihatin dan care aku pada mu
ku harap ko akan sentiasa mengenang ku

tak ku pinta untuk diagung kan
tak ku pinta untuk kau membalas
sekadar 
berikan lah peluang tuk aku 
merasakan perasaan yg setimpal dgn pengorbanan ku
"apa itu nama SAHABAT yg sebenar"

Allah
kau yg maha besar lagi maha berkuasa
asal ku, mati ku, semua nya telah kau tetapkan
ku mohon kau ampun kan segala dosa dosa ku
sesungguhnya
hamba mu ini bnyk melakukan dosa
sesungguhnya hamba mu ini belum benar benar dinama ISLAM itu 
ku mohon kau berikan petunjuk pada ku,pedoman, cahaya mu
sesungguhnya kepada mu aku sujud dan aku sembah

Ya Allah
kau bahagiakan keluarga ku
murah kan rezeki pada mereka
kau berikan senyuman pada hidup mereka bukan kesedihan

Ya Allah
kau maafakan segala dosa dosa sahabat ku ini
sesungguhnya mereka tidak pernah melakukan dosa terhadap ku
aku ampun dan maafkan kesalahan mereka
kau berikan mereka cahaya tuk belajar lebih gigih lagi
kau bukakan pintu hati mereka untuk kebaikan mereka 
kepadu mu ya allah


Andai Hari Ini Hari Terakhir ku
Ku pinta Kau jgn Bersedih atas Pemergian ku

sekian

Tuesday, January 4, 2011

haihhhh

Dunia sekarang makin lama makin canggih
berteknologi tinggi
tapi
dunia sekarang mentaliti manusia sekarang makin lama makin mundur
cm mana?

asal ade pangkat
kita akan disanjung

asal ade berduit
kita akan dianggap yg tersayang

asal berpengaruh
kita lah yg paling MEGA

ade duit
rasuah berlambak

ade pangkat
rasuah gak berlambak

ade pengaruh pun
rasuah berlambak

janji sekarang leh pakai duit
leh pakai janji manis
janji masa ini
datang nya masa itu

mcm kata
janji melayu jgn ikut
kita ikut janji cina

ditikam orang melayu
kita mengamuk
kata nya
takkan hilang melayu didunia

tapi perangai ngan kata tak sama macam melayu
kata kuat bagai nak rak
perangai cm setan

sekarang asal ade pangkat
kita ni konon popular
bila mintak tolong
pura pura tak power

sekarang asal ade pangkat
kita ni konon da power
bila waktu wat keje
kita ni lak yg over over
nak menyuruh org pula

pangkat itu amanah
bukan suka suka
pangkat itu tanggung jawab
bukan mainan

hormat la antara satu sama lain
lain umur bukan ukuran nya
bukan junior ke senior je
senior ke junior pun
bukan minta populariti
kita cari hormat menghormati

kalau kita org melayu
jadi lah org melayu yg betul melayu
jgn jadi melayu mudah lupa
org pandang kita
melayu dipandang oleh dunia sekarang

jadi lah MELAYU TIDAK LUPA
kan bagus
=)


Saturday, January 1, 2011

MDS dis2010 - Apr 2011

Salam =)
Assalamualaikum sbg pembuka kata kita pada tahun baru ini
tahun 2011

firsty
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA

hope semua telah berbekal dengan azam dan semangat baru tuk tahun baru

haaaa... aku bukan nak berserita mengenai azam baru
azam ku, SECRET
hehehe

so aku nak ckp pasal MINGGU DESTINI SISWA!!!

so apa ek nak ckp, aku just simpul je, tak nak cite panjang...penat ni sbnr nyaa..huhu

ok 21 disember hari tu aku hadir untuk berdaftar awal. semua yg terpilih untuk pembantu mahasiswa akan berdaftar, pada mulanya, agak kekok, kerana seorang pun aku tak kenal dan tak rapat.

alhamdulillah aku mula berjumpa dengan alfi dan kemudian arif, so aku tak de la rase kesunyian sgt.
so pada malam nya ade taklimat
dan aku telah diamanahkan untuk biro makanan
bukan aku mintak tapi semua nya ditetapkan
so kebanyankan nya budak baru yg aku tak berapa kenal sgt dan tak rapat.
so aku lak jenis pemalu sikit. so mostly aku bnyk senyap.
so 21 hingga 26 disember adalah gerak kerja.

so, apa yg membezakan MDS kali ni dengan MDS sebelum ni?/?
so ini hanya lah pandangan dari aku sahaja
so jgn marah ye

1. MDS kali ni second intake selalunya intake nya sikit...tak de la seperti intake sebelum ni 2000 lebih,.,so intake kali ni anggaran 1200, tapi total adelah 1249 org...so smp la jangkaan uitm tu

2. MDS kali ni nisbahnya adelah 1 PM : 20 pelajar baru.
so kami hanya mempunyai seramai 60 org PM dan 13 MPP.
total ini 73 untuk handle pelajar seramai 1249 org.

3. MDS kali ni mmg agak kritikal pada awalnya kerana kurang PM, tapi apa yg di buat dan diaplikasikan oleh kami ialah MULTI TASKING. walau aku biro makanan, aku akan bantu biro tugas tugas khas, biro displin, biro dewan dan protokol, biro usahawanan, biro pembangunan insan, biro kebajikan dan kesihatan, biro dan rasenya ade satu biro lagi, tak ingat lak? adoiii

4. kebanyakan PM adalah yg brjawatan tinggi, presiden kelab, ydp kelab dan juga blok...

so, MDS kali ni merupakan first time untuk aku. kerana apa sebab aku nak jadi PM, bukan sebab duit bukan sebab bercuti...tapi aku nak rase sendiri apa itu menjadi PM dan apa itu rasenya mengawal budak. memang betul, mungkin kita rase kita nak balas dendam atas apa yg senior kita buat dulu masa kita awal masuk dulu. but itu bukan tujuan nya.

apa yg aku dpt??
hmmm

aku dpt rasekan kenangan pertama kali aku masuk ke sini, bila bygkan budak budak ni masuk, aku terbayang masa first time aku masuk.
bukan itu sahaja, kita akan lihat mcm mcm kerenah keluarga
ade yg dtg dengan macam jenis kereta
ade yg dtg dengan 2 3 kereta
ada yg dtg bawak satu family dari nenek smp ke cucu cicit
dan macam kerenah ibu bapa
disitu kita lihat betapa ibu bapa kita sgt care pasal kita.

dan pada masa nya jugak kita akan rase bersyukur pasal macam mcm jenis org kita jumpa. ade yg sakit itu, sakit ini, alahan mcm mcm...dan kita sebagai PM, memengang tanggung jwab.. dan bagi aku bila tgk org yg dtg baru lepas eksiden, patah kaki, cacat kaki, alahan badan, ruam, dan mcm lagi...so kita akan rase belas kasihan tu ada

 so mcm mcm ade bak kata astro...
hahaa
wat i can say
aku bangga dan rase sgt bertuah kerana dpt peluang menjadi PM, aku tahu ramai yg ingin kan nya...dan mungkin aku tak layak kerana aku hanyalah biro makanan sahaja. ramai lagi layak, but thanks to HEP MELAKA, kerana memilih aku.

even aku ade wat hal aritu, tiba tiba sesak nafas dan terpaksa bawa ke hospital, sorry kerana merisaukan pihak atasan.

thanks kepada semua yg terlibat kerana memberi satu lagi memori indah sebelum akhirnya 2010
kepada aku
kerana aku happy sebagai salah seorang PM kali ni
73 org PM menguruskan 1249 pelajar dalam masal 5 hari dengan mengamalkan Multi Tasking dan mendpt pujian dari semua pihak kerana semua berjalan lancar dan terutamanya dari datuk sendiri kerana dia merasakan MDS kali adalah paling terbaik, aku sgt happy

thanks pada MPP dan juga penghulu dan penghuluwati, Apek dan Kak Nita( PM SABARAIH, ahahha)

pimpinan anda kali ni apek dan kak nita
FIRST CLASS!!!

tak de gmbr untuk ku hias kan memori kali ni, biarkan ia tersemat didalam diri ku
bukan aku dtg tuk cari populariti
tapi untuk mencari pengalaman

aku bukan biro makanan
but aku adalah biro multi tasking
PM kali ni biro multi tasking

hahahaa
itu sahaja
warkah ku kali ni
salam