Teman pena..

Tuesday, February 26, 2013

Bahasa Malaysia, gempak wei haha


Assalamualaikum

Disaat teknologi makin canggih, dunia makin maju, dan sosial makin mendasyat.

walaupun asal kita hanya dikawasan Khatulistiwa ini

lebih jauh untuk dibandingkan bersama dengan negara maju lain seperti US, England dan sebgai nya di Barat

Rakyat Malaysia sudah semestinya merupakan rakyat dan manusia yang hebat.

kerna
kite mampu untuk mengejar TREND MASA KINI


*cayalaaah

sehingga lah anda lihat gambar diatas ini....


Bahasa Melambangkan Jiwa Bangsa

Bahasa Budaya Kita


ye ke??


tidak menuding kepada siapa, malah ini untuk diri ku juga. kita memahami dgn teknologi dan zaman ke arah 2020 ni, benda yang panjang pasti akan dipendekan

contoh
pergi : gi/g
rumah: umah/umh
seronok: srnk/sronok
kita: ite
tidak: x/ tak
dan bnyk lah lagi ya.

tetapi kenapa ada ayat yg memerlukan huruf W dibelakang nya???
cam tak masuk je... 

hebat nye rakyat Malaysia, kita akan cuba interpretasikan benda tu sebaik mungkin. wat research ke apa. hahaha

apa sekali pun
tidak salah untuk menshort form kan ayat anda seperndek dan secomel yang bole kerana aku pun menggunakan
ASALKAN

biar dibaca senang untuk faham tak perlu menyukarkan org lain 
gambar tu pun aku kena baca slow slow lak tu

dan tak dpt dinafikan hurmm ia merupakan trend masa kini

konon comel laa

hahahaa

apa pun, seteruk mana pendek ayat itu pastikan dalam hati anda BAHASA MALAYSIA tu A+
hehe

maaf, skdr berkongsi...sekian

p/s > gmbr itu pinjam dri kakikencing.com



Malam Seri Qaseh - MEBA KBM - Batch Part 6 Accounting

 Assalamualaikum

benda yg nak diupdate pun sbnrnya da lepas lama da. 
hanya sekadar ingin post
kerana hajat dihati tu dah lama, masa je tak de.

so mostly ini hanyalah melalui gambar sahaja

secara ringkas tuk ku katakan

Batch Part 6, Degree In Accounting Kampus Bandaraya Melaka KBM
tradisinya akan menguruskan satu projek besar untuk meraikan part 8 yang akan tamat pengajian.

(dan nanti bila aku part 8, part 6 (yg skrang part 4) akan meraikan kami. Yohoooo!! haha)

Alhamdulillah, Berkat Part 6 yang menyertai bersama. kami berjaya menghasilkan satu dinner iaitu 
MALAM SERI QASEH




ini merupakan rektor baru kami iaitu PM Dr Mohd Adnan Hashim


ketibaan VIP Kehormat


Tukang sambut kami, cantik cantik belaka ;P


barisan koir dari batch part 6, latihan hnya sehari lebih sahaja. hebat!!
tahniah korang



Ini merupakan MC rasmi kami. serba putih serba lawa dan hensem (bapak la ayat aku haha)


gimik kami malam itu merupakan rombongan kahwin datang dan berlaku nya berbalas pantun antara keluarga pengantin lelaki dan perempuan, org kata TOL la.


rombongan perempuan dirumah nya, cantik pelamin dibelakang hehe hasil dri bdk bdk ni cari tempahan haha.



itulah dia "ala ala" pengantin sebenar tapi idak yee. 




Perasmian di akhiri dengan renjis merinjis(apa aku ckp ni?) dripada VIP kita







sesi bergambar


gambar aku ni jarang kuar, so ni je aku jumpa ada muka aku hahaha





sesi silat khas 



Pasangan MC non Formal, serba biru


yang ingin ku ketengahkan ialah yg tengah tu, hehe... pemenang pakaian tercantik...dari atas smp bawah (tak masuk kasut) MACAM PELANGI




keadaan malam itu sebelum bermula nya DINNER




Jangan kata Accountant takde bakat...ini dia bakat bakat muda dalam nyanyian dan muzik



penampilan Istimewa, AZRI AF
Thank u AZRI...atas persembahan dua lagu.





Ini lah antara warga penggerak




SEKIAN
^_^

Hantu Kak Limah 2 - tak menyengat

Assalamualaikum

kalo disebut mengenai Hantu Kak Limah
Zombi Kampun Pisang

Pastinya semua mengetahuinya

ia merupakan hasil kreativiti MAMAT KHALID.

dan apabila Mamat Khalid menghasilkan

Hantu Kak Limah 2!!

pastinya, rakyat malaysia, kaki wayang Malaysia mengharapkan yang terbaik.

FIlem Seram Komedi ini




ditayangkan pada 7 Februari 2013
menemui penonton tegar wayang

agak menghampakan
untuk mengharapkan cerita ini akan jadi lebih hebat dari Hantu Kak Limah 1





ini hanya sekadar pendapat aku sahaja

tidak memburukkan sesiapa yaa

1. cerita kampung pisang ini sudah pastinya ia kurang logik, tetapi bila lama kelamaan, dia makin tidak logik pulak jadinya.

2. zombi kampung pisang dahulu menjadi hebat kerana pelakon seperti awie, ac mizal, que haidar, hantu kak limah 1 naik disebabkan adanya johan raja lawak dan usop wilchair.
dak kali ini , penampilan lawak lawak hebat tiada, hanya awie dan usop wilchair.

3. cerita kali ini agak meleret dan bnyk sgt CGI(harap betul la) jdi mcm tak logik sangat


4. watak awie kali ni sebenarnya amat kurg memberangsang


5. ada sesetengah perkara seperti kurang faham dan krik krik


6. watak usop wilcha kurang naik tetapi seperti ingin menonjolkan sesuatu yg pelik "Anak ikan?"

7. watak Remy Ishak semestinya agak menarik pada permulaan cerita.

8. Cerita hantu kak limah 2 ni da macam cerita Harry Potter pun ada. haha


ini sahaja ringkasan pendapat ku, maaf jika ada salah ke apa. sekadar pendapat.

sekian






































Wednesday, February 20, 2013

Pembantu Rumah Mental Lambung Bayi

ASSALAMUALAIKUM

Apa habaq?
Harap sihat sihat belaka ye
Nak ikut kan org tgh kerja ni, tpi curi masa jap nak mengupdate blog
Boss pun da hilang jap hehe

Malaysia
Digemparkan dengan pelbagai isu terutamanya isu pekerja asing, org gaji, dan macam macam lagi.

Yang pasti Indonesia dan Malaysia tidak pernah putus mencari jalan penyelesaian dimana demand untuk org gaji di MALAYSIA amat TINGGI.

(Nampak kan rakyat Malaysia ni kaki kerja kuat @pemalas @tak pndai kemas umah/ jaga anak, hehe tpi tidak la semua nye begitu.)

Supply dari Indonesia terlalu ramai. Hanya PROCEDURE yg menjadikan ia rumit.

Persoalan?
Adakah pembantu rumah ini AMAT DIPERLUKAN??
Adakah pembantu rumah ini boleh dipercayai dalammenguruskan hal rumah dan anak?
Adakah pembantu rumah ini boleh dibiarkan bersendiri di rumah bersama anak sahaja?
Adakah pembantu rumah ini cukup kelayakan untuk menjadi pembantu rumah?


Malaysia sudah lama digemparkan dengan penderaan kanak kanak.
Pastinya yg terbaru semua tahu, mengenai PEMBANTU RUMAH yang mendera seorang bayi berumur baru 4 bulan.


sudah anda lihat video ini???

semasa aku buat post ni, adalah pertama kali aku melihatnya.

sebelum ni aku hanye mendengar sahaja.
dan hari ini aku telah melihatnya


tapi cukuplah sekadar sekali sahaja

KEGILAAN DAN KESEWELAN org ini buat aku nak maki hamun je.
jika aku dapat jumpa depan depan, da lama da kena terajang atau aku mintak rejam je ramai ramai.

________________________________________________________________________________

Amah Indonesia Lambung Bayi Umur 4 Tahun



KUANTAN –  Berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.
76yh56
   
Mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010, pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan disiasat menurut kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad.
   
“Sejak 15 Februari lepas, suspek telah ditahan. Berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan, pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan,” katanya kepada Bernama hari ini.
   
Bapa bayi itu yang berusia 42 tahun telah membuat laporan polis pada 15 Februari lepas berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
   
Menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba, lelaki berkenaan telah melihat kejadian itu semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
   
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
   
Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.  – Bernama

___________________________________________________________________________________________


Apalah salah bayi tu terhadap org gaji itu, nak kata menangis, itu adalah keadaan bayi itu sendiri, kerana dendam atau marah terhadap tuan rumah, jgn lah dikenakan pada anak yg menjadikan mangsa.


Pembantu rumah ni berumur 24 thun dan sudah melakukan perkara sebegini. Kalau sebelum ini dikatakan rakyat malaysia zalim terhadap pembantu rumah, dan cuba kita lihat sekarang, 
SIAPA ZALIM SIAPA??


beberaapa suara juga kedengaran selepas eksiden ini..

Tambah Syarat Lulus Ujian Kesihatan Mental Kepada Pembantu Rumah


Bandar Baru Bangi, 17 Feb – “Saya mengutuk keras tindakan pembantu rumah Indonesia yang tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap bayi 4 bulan yang tidak berdosa”, kata Ustazah Norsaleha, Ketua Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga, Ikatan Muslimin Malaysia (Biro Wanita ISMA).
Dera serik
Nina Suraya Sulaiman, 24, menyedari anaknya yang berumur 4 tahun dilambung oleh pembantu rumah Indonesia
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang laporan media mengenai pembantu rumah yang melambung serta mencampak bayi jagaannya dan dirakam melalui rakaman cctv.
Ustazah Norsaleha menggesa kerajaan Malaysia mengenakan syarat tambahan sebagai pembantu rumah dengan lulus ujian kesihatan mental selain daripada lulus ujian kesihatan fizikal.
Majikan juga turut memainkan peranan dan harus berhati-hati memilih pembantu rumah dengan mengkaji dengan teliti agensi yang menguruskan pembantu rumah.
Tambah beliau lagi, kerajaan harus melakukan sesuatu bagi membanteras kejadian seumpama ini dengan memberikan latihan dan pemantauan yang lebih ketat terhadap pembantu rumah.
Ustazah Norsaleha juga menggesa kerajaan mengambil peranan untuk menggalakkan warga tempatan untuk berkecimpung sebagai pembantu rumah dengan memberi insentif tinggi dan latihan kemahiran kepada pembantu rumah tempatan.
“Dengan tindakan kerajaan ini, masyarakat di Malaysia akan mengubah persepsi daripada memandang rendah terhadap pekerjaan pembantu rumah kepada jawatan yang setaraf dengan pembantu asuhan dan guru tadika”, katanya.
Kerajaan harus mengkaji sistem yang diamalkan di negara-negara maju di mana mereka tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Contohnya mereka memperkasakan tempat asuhan dengan menghadkan bilangan bayi bagi setiap pengasuh, memanjangkan cuti bersalin hingga tempoh 6 bulan dan memperkenalkan polisi bekerja dari rumah (work from home), tambah Ustazah Norsaleha lagi.
Akhirnya, Ustazah Norsaleha mendesak kerajaan melalui Kementerian Wanita dan Keluarga supaya melakukan tindakan drastik dan melakukan kajian dengan lebih terperinci untuk menyelesaikan isu pembantu rumah ini. 
Ustazah Norsaleha,
Ketua Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga,
Ikatan Muslimin Malaysia (Biro Wanita ISMA).

________________________________________________________________________________


Betapa comelnya la bayi tu. dianiaya tak tentu pasal dan kita juga dengar mengenai keadaan nya tidak seperti biasa sebelum ini dan telah dibawa ke HOSPITAL. Kita harap dia akan semakin pulih dan baik.



yg pasti, Tindakan Polis dan Mahkamah rasenya yg kali ini 

agak pantas dan efisyen apabila pembantu rumah Indonesia 

tersebut telah dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

BERBALOI???

YES, agak berbaloi la jugak. tapi kalo 20 thun dalam tu tak insaf jugak. tak thu nak ckp apa la.



kesimpulan dan konklusi dapat dibuat

Kerajaan haruslah melakukan sesuatu tindakan atas pembantu rumah dari luar ini. Mcm mcm da kita follow diaorg, gaji la, cuti la. kita da bgi. so sekarang make surekan yg dia org leh bgi kita setimpal ngan apa yg kita mintak.

 jika ragu untuk mengambil pembantu rumah, lebih baik jaga sendiri. atau bwk rumah keluarga terdekat
tapi jgn la kita pulak tekanan jiwa dan perasaan.

ada kes sbelumni

apa pun, anak itu bagai permata apakan lagi, itulah hasil penat lelah kita kan ;P

itu lah zuriat, bakal penyambung generasi

SAYANGI LAH ORG YG TERSAYANG

=)
sekian

Monday, February 18, 2013

IOI MALL, Banjeeerrrrr

Assalamualaikum

Semalam 18.02.2013
di area KL, Petaling Jaya pada waktu petang telah hujan.
Hujan lebat la jugak

Setiba dirumah pukul 7 malam
balik dari keje
dgr cerita pasal jalan di IOI MALL sana BANJIR!!!

Selalunya
kita akan tahu banjir ni , bhgn SHAH ALAM Je.
sekali da sampai ke puchong pula.


tq kepada sharinginfonorfanilb1tt untuk gambar dibawah


ini dijalan dri ldp sunway ke puchong


habis tenggelam da ni


IOI tidak terlepas terkena ditingkat ground floor


parking IOI Mall menjadi mangsa juga< termasuk kah parking basement?



Pihak berwajib harus melakukan sesuatu perkara terhadap banjir begini supaya tidak berulang.
adakah disebabkan pembinaan LRT?

apa pun
ia merisaukan aku juga
kerana...

MAC NANTI
AKU NAK PINDAH DEKAT PUCHONG
TEMPAT PRAKTIKAL

MATILAH KALO BANJIR NNT
RISO PASAL KETE DEN


HUHU

sekian

Thursday, February 7, 2013

Boys Night Villa68

ASSALAMUALAIKUM

Nak update pastinye tak de masa
Lagi lagi laptop den da wat hal
Wosak..huhu

Ni pun guna laptop company
Hhehe kat office ni.

Nampak cam free kan..

Mmg free pun, sbb chinesse new year hampir maa.
So masing masing officemate Chinese ni semua da mood holiday la.
Dan aku pulak mmg tkde keje skrang ni.

So ambik masa tuk update jap. Lagi pun lama x mengupdate kan.

Apa yg nak distorykan benda ni da lama sgt.

Ni pada bulan Januari, tarikh tak silap 21 Januari 2013.

 Last day of paaayyypeerrrr(cara zizan)

Kerana paayyperrr yg sgt hebat waktu tu (harap lulus la yer, lgi seminggu RESULT WEY!!!)

Dan kerana selepas itu rumah akan diserahkan semula ke tuan sewa. Kerana masing2 dah praktikal.

SO,
PARTY!!!

Eh, bukan gi club ke apa. just sedikit jamuan lepaking bersama housemate.

HOUSEMATE ONLY.
Harap Maklum

So kongsii money , so beli barang dan hasil nye seperti di bawah.


BEWARE!!!

18sx 

hehe

maaf agak seksi jugak bwh ni haha





tempat pembakar, sampai retak lantai tu ye haha


tadaaaaa, inilah makanan kami sediakan
nasi goreng
marsh potatoes
ikan bilis dan ikan goreng
ayam bbq
ikan bbq
air gas
jagung bakar





hotdog pun disertakan sekali



sesi mengopek ikan bilis



bbq kami disertakan tengak movie di luar rumah, bercarpet dan speaker lagi haha...
tgk school of rock and pitch perfect



kelainan nya, sapukan butter sikit


cara oleh afiq...hehe bagi sedap



afiq dan wakx


marsh potatoes


Nice time with acap, nasa, waxxx, ayeem, naqi and afiq...


sekian ^_^

Wednesday, February 6, 2013

bye bye villa 68


assalamualaikum.

inilah dia rumah yg ku tinggal untuk setahun setengah sepanjang degree ini.


banyak kenangan pahit manis tawar kelat masin. semua di sini.
akhirnye rumah ini dilepaskan kerana praktikal.
dilepaskan dalam keadaan hancur hehehe

Nice to be housemate with nasa, acap, afiq, shahrim,naqi dan wak.
korg best dan tak membosan kan
itu pasti

hope kita serumah lagi sem 8 nnt
^_^
sekian



ViLLa68 dlm KenangaN

MISS BOBO, BOBO IALAH LINE INTERNET KAMI NI HAHAHA


INILAH TERJADI DISAAT RUMAH INI DITINGGALKAN LAST DAY

PLASTIK SAMPAH TU BUKAN SAMPAH YE, TU BARANG NAK BAWAK BALIK TU



KEADAAN BILIK BILIK, ADA 3 BILIK HEHEHE

Friday, February 1, 2013

First day of Sem 7

hey
1 Februari 2013

Selamat Hari Wilayah

dan dalam masa yg sama. It was my first day of practical.

kat mana?
Dekat com. audit,tax firm CAS & ASSOC
buat masa ni dekat area tropicana city mall sebelah dia
bulan 3 pindah puchong pulak.

how your first day?
hurm ok ada,stress ada,takot ada,riso ada

employee: some oke some not oke lagi. tapi ramai cina. dan aku adalah seorg sahaja practical laki melayu uitm.

tempat: oke la. just sakit ngan jem dan parking. sejam rm1. sakit wooooo

practical: aku diletak di department audit. dia suruh buat statutory record. dan bye bye. mmg aku terpinga la. tak thu betulke tidak aku wat huhu

apa pun malas nak fikir. k s3kian