Teman pena..

Sunday, October 23, 2011

one story from my secret heart...i revealed it

dulu aku ada seorang kawan
nak kata antara awal aku kenal tu tidak le
tapi disebabkan aku ni jenis yg terlalu caring pada seseorang terlalu cepat, aku kenal dia kejap je dan aku terus anggap dia sebagai sahabat aku
itulah salah aku
aku terlalu cepat percaya dan caring pada org
pada masa itu, kawan adalah segala gala nya bgi aku
aku jadi makin rapat, sampai penah tido sekali, heart to heart, keluar sama sama, bgi aku masa tu aku tak pandai nak berkira apa pun, bagi aku masa itu, dia adalah kawan aku selamanya

tapi impian kita tu kadang kadang sebenarnya BULLSHIT
apa yg kita mintak semua nya bodoh dan takkan ko dapat
pada satu ketika di mana aku dilayan seperti endah tak endah
bukan salah dia, tapi salah aku, mungkin pada waktu itu aku sendiri susah nak paham bahawa masing masing ada life masing masing..
itu salah aku waktu itu..
dan bile dia da dgn hidup dia, bersama yg tersayang(saat cinta berahi yg benar)
agak sukar tuk aku pasal, aku nak tempuh keadaan aku.
tapi Alhamdulilah,aku berjaya menempuhi nya
aku sibukkan diri aku
aku berjaya lupakan dia sbgai seorang shbt yg dulu pernah rapat dan aku anggap sebagai sahabat sahaja.
kerana dia ada life dia, dan aku ada life aku.
benda itu kekal sehingga aku grad, alhamdulillah. pada masa itu life aku ialah tarian ku, junior ku
masalah rumah pada waktu itu, aku tak pandang serius pun...

dan masuk cuti
masuk satu khabar yg kau dlm kesusahan
aku tak sangka ko panggil aku
sedangkan aku dan kau seperti biasa dan tak cm mana kita rpt dahulu
kerana aku fikirkan kau ada lah sahabat aku bantu
sehingga kita rapat semula
aku tak tahu cm mana aku leh rapat semula ngan ko sehingga sekarang ini

dan sekarang, ya kau da ada life kau
tak salah pada kau
tapi salah nya pada aku
aku risau pada diri aku sendiri
kerana aku takut
aku takut ngan diri aku sendiri
aku tak nak merana macam mana dulu
mungkin ko rasa pelik, tapi aku anggap persahabatan kita tu kuat satu ketika dahulu dan tiba2 ia kembali semula
dan sekarang ia seakan kembali semula tragedi lama

bukan salah kau
tapi penerimaan aku agak sukar
aku sbnrnya dlm sesi penerimaan bahawa kau ada life kau

biarlah kau nak kata yg aku nak emo ke apa..aku terima sbnrnya
tapi ko tak kan paham aku

sorry kalo benda ni menyukarkan kau
mungkin cemburu dlm diri aku yg FUCK, yg selalu aku mempersoalkan aku kenapa mcm ni..tu mungkin sebab aku emo..
benda ni bukan slaah ko..
teruskan je hidup ko, kalo ko nak..


Friday, October 21, 2011

seminggu ko ni kirin...0_0

Assalamualaikum
jam dah dekat 3 pagi..
aku lum tido walaupun nak ikutkan da cam ngantuk da ni
well, just a short blog for today
pasal mata nantok sgt..
hehe tita kalo leh nak tito ar...hehe

well, apa yg aku nk ckp ni..
well
biase je, about my diary for this week..
minggu ni...
actually, hari ni barulah dikire hari aku dpt merelaxkan diri..
baru la dpt tgk REAL STEEL
seronok gak cite ni aku bagi 4 or 4half star over 5 star.
gi ar tgk, tak rugi la, itu pasti..


so, biar aku rungkaikan apa dia yg buat aku busy sgt tu
well disebabkan kerana mood malas yang aku tak tahu cam mana nak ilangkan mood ni bile masuk degree ni
bile kat diploma leh je survive aku ni, haihhh

apa yang aku kata pack sgt tu...

17 hb - mandarin class (ada tanya tanya) and also quiz on9, tapi tempoh dia bgi 4 hari, aku wat hari ke dua, dan alhamdulillah, dpt la 4.5/5, ok la jugak.) Ke perpustakaan awam melaka, nak cari nota tuk wat presentation ctu(hari rabu nnt) Kelas yg pack, 5 kelas pda hari isnin.


18 hb- ada quiz crg, bile wat, tawakal je la, tak tahu betul ke tak isinya..haha then smbung lagi wat ctu malam tu ngan bel, berjaga bersama afiq, acap, min, syahmi kat umah...tapi jaga pun tak larat sgt, akhirnya menyerah klh pada pukul 4 pagi, kelas esoknya kul 8.30


19hb- jumpa lec bel tuk analzing point semua, then smbung ctu preparation and presentation malam tu. Sumpah stress nak mampos diwatnya..tapi alhamdulillah, semua memberi kerjasama yg success and tip top


20 hb - agak relax tapi perlu menyiapkan crg movie review, so hbis dlm pukul 4pgi... walaupun 5 page sahaja, tapi isi dia MASYAALLAH! 0_0


dan baru lah hari kire free sikit, tu yg dpt gi tgk movie tu, modnite lak, hehee, k la nak tito da


salam semua
insyaallah nnt saya update lagi...

Thursday, October 13, 2011

stop for good kirin..



Kirin...
theres a once upon time
u r happen to be in this situation
u think u want to get regret again by this situation again or wat?
(sorry broken english)

theres are one time , dimana kau caring gile pada seseorang
dan ya, kirin, aku tahu ko memang jenis caring person
sampaikan ko sanggup buat mcm mcm benda
sehingga kan...
hmmm tak payah la nak ungkit skrang kirin

ko pernah hadapi nya saat saat ni
sekarang ia berulang kembali kirin
ko kena STOP kirin
STOP!!!
nnt ko sendiri yg merana dan ko sendiri yg akan sakit
theres a time di mana ko perlu caring dan kau perlu buat bodoh je..
dia boleh hidup sendiri, dia boleh fikir sendiri
dan kau da boleh wat hal ko sendiri kirin..

so, u need to stop thinking or watever think yg bullshit dlm kepala ko skrang kirin
stop...
jgn pisang berbuah dua kali
nnt ko yg sendiri sakit...
*_*

Bertahan ke tak tahan .. *_*





Jika ada didepan aku sekarang ni pantai, ingin aku jerit puas puas
segala rasa perasaan didalam lubuk hati aku sekarang ni
Ingin aku lepaskan semua nya
ingin aku beritahu pada alam, kisah duka dan kesakitan didalam diri aku ni

Jika aku dipuncak gunung yang tinggi,
aku ingin jerit sepuas puasnya
mengatakan aku amat marah dan benci ngan keadaan sekrang ni

tapi buat masa ini
aku hanya berada di hadapan screen putih yg sedang aku menulis karyaa ini
jerit disni bukan tempatnya
kerana sesetengah makhluk itu buta dan bodoh dan kosong

Izinkan aku menangis? izinkan aku menangis sepuas puas yg boleh...
aku nak lepaskan apa yg ada kat dlm hati skrang ni..

tapi skrang ni, sabar je la
bukan semua org boleh kita mintak jadi cam mana kita kehendakkan
sabar lah menjadi penguat pada diri aku

aku bukan org tuk menyuruh
aku tak suka menyuruh org seakan paksaan
tapi cuba lakukan dgn kerelaan
aku fhm keadaan korg, tapi korg? fhm ke?

berdiam diri mungkin cara yg bgus, mengelak dari kemarahan dan mengutuk
Ku bermohon pada mu Allah, agar kau kuatkan semangat akus skrang ni
dengan cabaran dari dlm diri aku sendiri dan luar sendiri
amin

adakah cara untuk hilangkan semua perasan dihati skrang ni...?
tanpa org lain tahu...

sekian
*_*
=((

Monday, October 10, 2011

Maaf ye kwn kwn ...tak de idea wat masa ni dan tak de masa terluang

Salam sahabat bloggers ku sekalian

Maaf sgt sgt
sebenarnya memang teringin nak mengupdate sesuatu kat sini, tapi masalah sikit la bila kita da mula belajar ni

agak busy ngan kelas
assignment
komitmen(jika ada)
dan hal hal rumah lagi

jadi nak busykan diri kat sini amat lah susah
kadang kadang bila free, waktu tu le idea tak dtg..

harap bersabar ye,
INSYAALLAH
akan saya update juga dalam masa terdekat

SEKIAN

Friday, October 7, 2011

cari jalan, bukan jalan mati, kirin..

Assalamualaikum
hidup degree ni tak pernah je mudah
sape kata mudah?
tipu la.
Habis sahaja diploma, kita akan hadapi pula degree
challenge dia lagi tinggi

bagi aku, sem ni sahaja aku ada lapan subjek yg perlu aku perah dan simpan dalam otak aku ni
kalo dulu diploma, awal awal sem la, bagai honeymoon sementara.
sekarang ni, awal awal bukan lagi honeymoon
bagaikan kerja sebenar, assignment menunggu berderet dengan nombor giliran masing masing, tapi masalahnya
kaunter nya satu sahaja... AKU

sebenarnya, salah jugak tuk aku
mengeluh konon nya banyak kerja la apa la
kalo aku mengeluh tapi tak bergerak, apa guna jugak kan
apa sebab semua benda seakan tertangguh bagi kau , kirin?

kemalasan?
yup
pengaruh kawan?
yup, maybe
penat?
maybe gak

adakah alasan yang ko nak bagi je ni kirin...
malas, so ko kena la rajin..
kawan, dulu boleh je ko hidup, study seorang diri
penat, dulu ko tak penat cam ni

sekarang ni, ketahui bahawasanya kau sebenarnya boleh buat semua ni, tapi terletak pada sanggup atau tidak,kesungguhan kau, keupayaan dan juga kekuatan ko sendiri kirin

kalo diploma dulu kau boleh survive, nape yg ni tak leh lak.
aku tahu mungkin faktor duduk luar, keadaan kampus yg satu bangunan sahaja, tak merasa sgt cam duduk kampus kat lendu dulu, faktor kelas baru, environment baru, kawan baru
jadi ia mungkin kacau sikit.
tapi bukan sebab tuk aku putus asa

kirin
u can do it
sesunnguhnya seperti abg aku kata
cari jalan
pasti temu juga caranya

sekian...

Saturday, October 1, 2011

My Life In KBM Part 2

Assalamualaikum

Ada beza ke belajar Diploma dan juga Degree?

Mestilah ada kan
(apa lah aku duk tanya lagi)
well, yup
memang akan ada bezanya, tak banyak pun, mesti ada sikit
jadi apa yang ko rasakan bezanya kirin?

Ok, perbezaan yang aku sendiri rasai ialah paling ketara semestinya dari segi subjek itu dan juga pembelajarannya
mungkin untuk setengah orang yg bertukar angin dari kos lain ke kos yang lain, akan merasa paling ketara sekali. Tapi baguslah, ia mengikut berdasar minat.
Aku walaupun tak de la bertukar kos, aku hanya lah meneruskan kos sahaja
tetapi dia menjadi lebih impak lebih tough..
Semestinya pembelajaran dia pun agak sukar , agak sama ngan diploma tapi lebih formal sekarang
dimana kalo dulu aku da belajar asas nya, sekarang aku akan praktikkan dan mempelajarinya dengan lebih detail.

Lecturer dan kawan
pasti, bagi aku , aku jumpa lecturer lama dan juga baru
untuk kelas aku, dua dari subjeknya adalah lec yg aku kenal, seorang guru yg strict dan seorang lagi ketua fakulti aku sendiri. Yang lain semua nya baru.Agak menakutkan lah jugak, emnggelikan hati pun ada, suka pun ada
ada yg sempoi, ada yg muka nak marah je, ada yg pulak matanya juling, so kita akan pandang dia, kalo dia marah org lain, tapi dia mcm pandang kita. hehee geli hati dibuatnya
kawan, masih baru untuk aku bermesra lagi, bagi kawan yg sudah kenal, no hal la. tapi yg baru, yg baru dtg dari serata pelusuk Malaysia ni..mungkin orang akan ingat aku sombong, anti sosial atau apa, tapi sebenarnya aku agak pemalu pada awalnya dan tak berapa nak pandai nak bercakap ngan orang baru..kerana minat kita tu kdg kdg sgt berbeza.

Kehidupan seharian
Sekarang aku sudah mula duduk di rumah sewa. Jarak nya lebih kurang 2 km dari Taman Cempaka ke UiTM. Kereta adalah pengangkutan bagi aku dan housemate/classmate aku juga. Kos hidup pun menjadi makin tinggi, duit rumah, duit minyak, duit buku, duit itu, duit ini,duit makan, jadi kena lah pandai berjimat, kena cut kos sini, cut kos situ, untuk berjimat cermat.

Pembelajaran, lecturer, kawan, dan kehidupan seharian...mungkin aku tidak lah sejakun atau sebatak atau seterkejut mana ngan kehidupan Melaka,kerana aku sudah hampir 3 tahun di Melaka untuk Diploma...tapi untuk berada di environment yg lain ( dulu lendu mcm kampung sikit, sekarang taman cempaka, bandar sikit), aku sedikit lambat dan masih dlm proses mengatur jadual agar semua nya akan dpt aku jalani kehidupan dengan lebih lancar.

Rindu ngan kehidupan Lendu, tinggal didalam kampus, di mana kita dpt rasakan anda sebenarnya berada di tempat belajar, kompaun pembelajaran, tapi dikampus bandar, bangunan itulah kampus anda,anda disana hanya tuk belajar, turun sahaja tangga dibangunan ungu ini, anda adalah org lain..sekejap je.  dulu di lendu, beria nak ke bandar, tgk wayang, boling, karaoke..semua nya nak wat, tapi bila kita da makin dekat, sbnrnya bnda tu pun bukan selalu kita nakwat

harap semuanya akan berjalan lancar
kehidupan aku akan happy kembali
dulu ada family di lendu, sekarang aku lihat je family tu..
betul la, seakan roda, di masa mana kita akan ada diatas, dan nnt kita akan berada dibawah kembali.
warisan budaya, itu penantian ku

sekian