Teman pena..

Thursday, November 11, 2010

ni la diri ku...part of it..


Ade satu bulk of question ni aku dpt dari junior aku, so aku cdg nak wat balik yg jenis real sikit n sirius sikit...hehe sepatut nya this for facebook, ke apa la, but aku nak masukkan ke dalam blog aku.

Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

To do this, go to "notes" on your profile page, paste these instructions in the body of the note, type your 25 random things, tag 25 people then click publish

1. nama ku shakirin azim bin mustapha. korang leh panggil aku shak, kirin, irin, or azim, jgn panggil nama blok atau nama selain tu, aku tak suka. mak aku da bgi nama baik dgn maksud baik da tu.

2. minat aku pada tarian sangat sangat kuat. tradisional atau moden boleh saja, but aku sekarang more fokus pada tradisional. aku tak pandai sgt nak reka step, dan kurang pandai dan mengetahui pasal tarian tradisional, selalunya junior mahupun kawan or my senior  la yg ajar n cari kat google or youtube.

3. kehidupan aku di UITM dan di Petaling Jaya amat berbeza. sorry guys tu je. full stop.

4. kalo aku care seseorang tu yes, makna nya aku care gile gile dan sayang pada seseorang. (p/s sayang bukan tuju pada perempuan dan laki. n jgn anggap sayang laki dan laki tu gay.) aku benci pemikiran sempit dan tak tahu nak tanya dulu. suka buat andaian sendiri. bodoh.

5. kalo kerja tu diberi pada aku dan aku betul betul minat padanya, yes aku akan buat gile gile n fokus padanya. aku akan buat tuk make it more intresting and best.

6. aku suke bantu masalah kawan aku pasal aku tak suke tgk diaorg sedih, aku seorang kaunseling yg baik, hehehe pendengar yg baik kalo anda ade masalah.  but masalah aku, tak penah n jarang akan aku share ngan org lain. habit aku simpan sorang2 dan merana sorng2.

7. aku ade masalah mengenali diri aku sendiri, aku akan selalu menyalahkan diri aku dan buat mcm mcm andaian sampai aku down n nangis semua...n sometimes, aku penah cm'gila' la gak. but alhamdulillah tak pernah wat benda benda yg boleh mendatang kan kecederaan pada org dan diri sendiri.

8. kehidupan silam aku sgt TERUK..aku ni nampak baik tapi aku ni manusia yg korang tak kan nak dekat dan berkawan. kalo korg tahu rahsia hidup silam ku yg teruk. konfem korang tak nak dekat ngan aku.

9. impian kecil ku, ingin kebebasan hidup tuk diri ku sendiri, bebas tuk buat apa sahaja, bebas tuk berfikir , bebas tuk membuat pilihan.

10. impian besar, ingin mejadi manusia yg sgt berguna( jawapan biase, artis) hmm ingin melancong dan melawat tempat tempat bersejarah dan best kat dunia ni. aku suka kan adventures. aku teringin nak ikut pengembaraan or trip tentang belajar pasal tempat islam...cerita nabi...mcm jejak rasul.

11. trip ke sagil tu merupakan first time aku kesana dan mandi betul betul bawah air terjun yg sangat best. before ni belah bawah bawah je or yg kecil kecil je. n aku jarang dpt rase adventure yg macam tu. LUV IT

12 gaduh bagi aku benda bodoh. aku benci gaduh, gaduh tak pernah bawa jalan penyelesaian pun. stupid gile benda tu. cm mana melayu nak maju kalo asyik gaduh. sedangkan aku selalu bergaduh, but aku tak suke sebenarnya.

13. hidup silam aku waktu kecik tak de interesting mana sangat pun, so aku lebih suka dengar org lain bercerita. sampai rase cemburu pun ada. tapi aku ok je. bukan cemburu betul pun. aku rasekan hidup org lain lebih baik dari hidup aku sendiri. FULL STOP.

14. kalo aku selalu minta maaf ngan korang bermakna aku betul betul minta maaf. aku bukan main main. bgi korang ckp maaf ke mesej maaf ke sorry ke tu just main main, but for me, aku betul betul minta maaf pasal aku rase everyday aku ade je wat salah...ade je yg tak kena. aku lebih suka jaga hati org lain tapi hati sendiri...FULL STOP

15. cinta. sape yg tak nak. aku nak sangat.. zahir ingin tapi batin mengatakan belum masanya lagi. so aku akan tunggu dahulu. sorry korang. bukan menolak tapi bnyk benda lagi nak wat dan diperbetulkan pada diri ni. tak jeles ko tgk kawan lain da berpasangan tapi aku ni belum lagi, huhu...but aku tunggu jodoh yg dtg dari ALLAH...amin

16. hobi aku kecik kecik dulu kumpul kereta mainan dan patung pokemon. sekarang hobi kalo aku rajin ialah buat handmade kat sendiri. tak kisah la kad apa pun, hari jadi, hari guru, hari ibu...tu semua aku akan buat. dan aku agak kreatif la jugak. hehe

17.cita cita masa kecik nak jadi doktor then aku tukar nak jadi saintis then aku tukar lagi nak jadi interior designer, dan aku tukar lagi nak jadi architecture but sekarang aku ambik kos akaun( bukan pilihan ku, jgn tanya kenapa) n tak tahu nak jadi apa, aku follow je cm mana peredaran dunia ni bergerak...

18. aku pernah suka perempuan seramai 5 org je sepanjang hidup aku tapi couple hanya seorang je dulu( itu pun sekejap) full stop

19. org pernah kaitkan aku ngan gay, please saya bgitahu anda disini saya minat pada perempuan. bukan laki. nabi tak mengaku umat kalo cm tu. terima kasih.

20. busy kan diri memang memenatkan tapi bagi aku , rase puas dia kat situ. dpt belajar mcm mcm benda. please bagi aku idea apa nak wat waktu cuti ni...haihh..nak busykan diri, hehe

21. hidup ni bagi aku susah nak happy, dan bnyk sgt masalah, jarang tuk aku dpt rase kan happy tu. muka tu semua kdg kdg benar dan kadg2 palsu.

22. aku suka happy kan org lain, puaskan hati org lain dari hati sendiri. aku akan pastikan diaorg dpt apa yg diaorg nak, tgk pada kemampuan jugak la. aku akan pastikan benda tu menjadi. aku tak nak ade diskriminasi nnt. org akan ckp belakang.aku benci benda tu. aku wat bagi semua fair, ok. hope da cukup fair la.

23. org kata aku ni rajin, bertanggungjawab, amanah, jujur, disiplin, lawak, happy go lucky, encem( yeke..terimakasih), baik dan mcm mcm benda yg baik, tapi aku rase kdg kdg tak sampai pun n tak de pun.  mungkin perasaan hati kot. kalo betul thanks korang kerana percaya pada kirin.

24. aku suka kenal ramai org tapi aku ni pemalu tuk start kan conversation kerana aku tak tahu nak ckp apa. aku ni pemalu. n aku ni sensitive gak. aku suka bnyk tanya kdg kdg kalo aku nak tahu pasal something. dan nangis merupakan satu kebebasan emosi yg sgt puas tapi kdg2 merana gak.

25. kdg kdg aku tak sedar apa yg aku ckp dgn apa yg aku buat, so jgn la buat andaian yg bukan bukan. cube selidik dulu atau tanya, aku tak makan org, aku mkn nasi. kalo ade wat salah, maafkan aku. kalo ade bnda kena tegur, tegur la aku, pasal aku rase aku manusia paling bnyk wat hal dan masalah. aku sayang semua org tu yg kenal ngan aku, tak bermakna tak bercakap, call, mesej , bertegur, tak makna aku lupa korang. 


hmm tu je nak kongsi. selamat mengenali saya, dan selamat kepada saya untuk mengenali saya sendiri..insyaallah.

2 comments:

  1. owhh comeynyer
    tapi ada la brapa bnda i baca tesentap jap ahhaha
    by the way that ur self kan.. nak wat mcm ne
    people just know how to talk but never try to understanding
    so enjoy our life muahhh luv u
    *ajar i mcm ne nak wat benda nie kat fb hehe

    ReplyDelete
  2. ala fizi dont be like that...sorry kalo wat u terasa...

    ReplyDelete