Teman pena..

Monday, November 8, 2010

Gas Beracun...

Aku kena GASTRIK!!
Arghhh...
hmm tak penah kena pun sebelum ni
doktor kata aku kena gastrik
hmmm apa gastrik tu??

ikut sumber google yg aku cari
gastrik tu
ialah..

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.




hmm nak ikutkan still tak paham...haih, aku baca lagi...
 
Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

(aku pura pura faham je, hehe)

Punca-punca lain Gastrik:

Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen (tak de pun)

Pengambilan alkohol yang berlebihan (jauh sama sekali)

Pengambilan kokain (ayoo,apa tu, memang tak ar)

Merokok (hahaha...nope)

Stres (stress hmm..leh kira)

Gangguan autoimun (apa ni??)

Penyakit crohn (apa ni!!???)

Radiasi dan kemoterapi (nope)

Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun (astargfirullahalazim)

Pengaliran semula hempedu ke dalam perut ( huh???)

Rembesan asid gastrik yang berlebihan (cam mana leh jadi cm ni)

Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya (rasenya tak de la lemah mana sangat pun)


Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang. (ish setakat ni saya baik je, ALHAMDULILLAH, minta dijauhkan)


Hmm... takkan disebabkan stress
sirius , first time aku kena
dan ade org kata agak bahaya gastrik ni
adoiii
minta dijauhkan
 
tgk gamba dia pun menakutkan apa lagi mengalaminya
yang pasti aku sedang bertarung sekarang..
sakit je kat dada ni...
haihhhh

No comments:

Post a Comment