Teman pena..

Sunday, January 29, 2012

My Life: Anugerah Juara Lagu 26..caya lah


Assalamualaikum w.b.t

Sape tengok
ANUGERAH JUARA LAGU 26



For me la,kali ni Nampak prestige dia tinggi sgt, nice one, Pengacara dia gandingan hebat Syeril Samad dan Faizal Ismail memang baik sekali. Pentas dia NICE!

Ini hanya post blog yg aku wat waktu sambil tgk tgk AJL semalam, konon mcm pengkritik hebat  la sgt…saje je, tak semestinya aku komen ni betul,, ni apa yg aku dok fikir kan je.

Jadi aku cerite dulu pasal sistem juri dimana kali ini AJL26 membawa kelainan dgn adanya hampir 30 juri. Di mana ada dua sesi juri, iaitu seramai 20 org juri sebelum persembahan untuk menilai kualiti lagu, vocal dan apa segala kualiti yg dia nak. Tak silap ia mewakili 80% dan lagi 20% oleh 10 juri lagi sewaktu AJL26.

Semua nya di ketuai oleh Azmeer dan ada lagi seperti Aubrey Suwito, Ajai, Marzuki dan ramai lagi.


Ini kita mulakan komen / kritik dari org cam aku yg tak guna ni..huhu (sedey jap, hehe)

Projek Pistol – WANITA SELURUH DUNIA
Persembahan pembukaan, biasa je..
Peluang: 50%

Jaclyn Victor – SEDETIK LEBIH
Pengganti Anuar Zain, pembawaan cara sendiri, nice la..hanya cam kurang kat part tarik tu, dia da lain lain kan.. overall, jac kot, mesti la best
Peluang: 90%

Yuna – Gadis Semasa
Persembahan biasa, arrangement muzik nice dan suara dia mantap, ada peluang maaa
Peluang: 85%

Atilia dan Monoloque – KANDA ADINDA
Arrangement song yg sgt menarik, ala ala kampong style, dgn ada band semua, nice
Peluang: 80%

Ana Rafalli, Meor Hassan, Altimet- Jangan Pandang2
Biasa je , nak menonjolkan suasana ala ala kelab cam tu, tapi laju je lagu tu…biase je
Peluang: 60%

Najwa Latif – CINTA MUKA BUKU
Pentas, belon..budak budak sgt hehe.. hmm dia nak menonjolkan persembahan ala ala muzik video dia…biasa…overall, hmm okay
Peluang: 60%

Faizal Tahir – KARMA
Persembahan energetic, muka make up baik punya , Nampak macam real miserable life(bagi aku la), masuk part bakar piano..terfikir apa maksudnya, maybe pasal rock kot.. overall, nice performance
Peluang: 75%

Alyah – KISAH HATI
Persembahan best! Pembukaan yg menarik, kalo sape tgk tv, tak sangka la tu ala ala music box. Pentas Menarik gila, cantik!.. Remy Ishak…memang memukau kan semua org la. Overall, aku suka! Lagi pun aku minat lagu ni hehe
Peluang: 95%

Aizat – SUNGAI LUI
Angklong sebagai pembuka muzik…nice. Persembahan lukisan pasir tu NICE…tak sangka gmbr cm tu..menarik.  Overall, menarik dan nice sgt
Peluang: 80%

Yuna – PENAKUT
Tema lampu bnyk bnyk, nice… lagu slow, but nice, arrangement dia lain sikit.lebih menonjolkan pada bahagian suara , tidak terlalu memikirkan pada bhgian persembahan.
Peluang: 70%

Hafiz – AWAN NANO
Pembukaan dengan awal muzik video dia, dan dia nyanyi ditengah dgn pakaian biasa sahaja..lebih menfokuskan pada feeling lagu dan vokal. Perakhiran dia jumpa bapak dia..mungkin dia dpt bawak feeling tu kot. Overall NICE VOKAL HAFIZ!!.
Peluang: 90%

Jac, Ning, Shila (3 SUARA) – BERIBU SESALAN
Hanya focus kan pada 3 org ni sahaja da cukup memukau ngan suara dia org, cayalah!..3 Suara (tetibe) hehe.
Peluang: 90%


Ni betul betul aku buat sebelum keputusan dia,
 Ramalan aku sahaja ye
Persembahan Terbaik: Alyah or Aizat
Vokal Terbaik: Hafiz or Jac or 3 suara or Alyah or Yuna
AJL: 3 suara, hafiz, alyah , jac or Yuna

Ini pula ramalan kawan aku Ammar
Vokal Terbaik: yuna or jac or 3 suara or hafiz
Persembahan terbaik: faizal tahir or hafiz
AJL: yuna or hafiz

SEKARANG KEPUTUSAN NYA IALAH: JENG JENG JENG!
PERSEMBAHAN TERBAIK:
KISAH HATI – ALYAH


VOKAL TERBAIK:
HAFIZ – AWAN NANO


TEMPAT KETIGA:
KARMA – FAIZAL TAHIR


NAIB JUARA:
3 SUARA – BERIBU SESALAN


JUARA:
HAFIZ – AWAN NANO









Komen saya: Kali ni nampak keadilan, yg menang semua berhak la tapi memang kali ni yg masuk semua lagu hebat hebat, tak dpt disangkalkan la. Apa pun TAHNIAH !!!

Sekian
-keyrin-

2 comments:

  1. btol tu btol.. AJL kali ni nampak better drpd sebelum2 ni.. Syabas kepada pihak produksi AJL 26.. :)

    ReplyDelete