Teman pena..

Friday, September 16, 2011

Kirin dan Sencetra, Chapter Kedua ,Sem Kedua

Assalamualaikum warga blogger sekalian
haihh, agak terlewat sedikit nak mengupdate lagi
ye la
baru masuk belajar balik katakan.

sebenarnya nak post pasal topik yg ini pulak
sambungan dari yang dulu

jadi aku nak sambung kisah ku dalam SENCETRA, dalam hidup ku sebagai penari Uitm Melaka pada sem 3 ku, sem 2 dalam Sencetra. haaa, mesti korg konfius kan.. Sem keDUA dalam SENCETRA, tapi aku waktu tu sem 3 dalam course aku.

jadi Sem 3 ku, hmmm biar aku ingat balik, hmmmm

oh ye, pada saat ini aku masih lagi title junior tapi senior sikit je..
pada mulanya, awal awal sem
kebiasan pada setiap kelab, pasti ingin mencari apprentice baru, new member
sama lah mcm SENCETRA dulu
seingat aku dulu, kami lakukan ujibakat selama 2 hari
aku tidak mengambil port sangat pada waktu ini kerana aku seakan masih baru dlm kelab ni
memandangkan pada saat itu juga, aku masih lagi mentah dalam step dan gerak tari...masih lagi tidak cantik..jadi aku kurang dipanggil(Sedey jap)

tapi ya, alhamdulillah, Pj, Jaz tak pernah pinggirkan aku, jadi masa audition tu aku masih lagi dipanggil untuk melihat sendiri cara audition, tradisinya, kami tak dibenarkan tuk bersuara kerana kami masih junior, so hanya senior menjalan kan tugas waktu tu.

Jadi ramai lah warga SENCETRA

inilah pada satu event yang menggunakan khidmat seramai 13 org "DA GOOD DA BAD DA UGLY"


warga baru sencetra pada masa ini ialah dua org dari kanan iaitu MIRA DAN SYAZWAN


Warga sencetra yang baru ialah HAIQAL dan IZZATI (dua dari kiri)


Warga baru sencetra ialah 4 org dari kiri iaitu, IZYAN,MIRA UGLY, SABRINA, FYRA






jadi, apakah yang menarik nya sem ni?
ia merupakan satu sem yg sangat mencabar
kenapa mencabar??

SEM ini merupakan sem kami tanpa penasihat kebudayaan kami
PN ELTIS

saat ni dia telah beranak seorang anak lelaki, jadi sem ni dia cuti pantang.

jadi ketua kami ialah PJ.

Yang menarik nya dan yang membuatkan aku tak pernah lupa akan sem ini ialah
ia mengajar kita untuk berkorban.
Adakah anda sanggup berkorban atas minat anda, atau anda ni main main sahaja ngan minat anda.

1. Sem ni merupakan first time show luar, under group PJ, aku, Pj, jaz dan sepupu Pj..di WISMA SEJARAH, KL. Show kahwin

2. Sem ni juga first show tuk event part 6 mass com di ALOR GAJAH. menarik nya perjalanan Sencetra. pakaian adalah gabungan baju lama sencetra dan baju Group PJ, baju kami ambik dari Port Dickson bersama Pj, jaz, syazwan, menyewa kereta, mengumpul duit seorang rm15, beli brg brg makeup

3. Untuk show pertama "DA GOOD DA BAD UGLY" props semua dihasilkan oleh pelajar sendiri. tgk la muka muka kami di atas, sungguh menarik. 

walaupun susah, tapi ia sangat manis.
last tuk santapan anda semua, video semasa sem 3 aku diUITM MELAKA, ini lah antara show show kami.





DA GOOD DA BAD DA UGLY..




Kurik Kundi - Version Sencetra..waktu ni tuk show event part 6 mass com yg pertama di ALOR GAJAH





SEKIAN
^_^




No comments:

Post a Comment