Teman pena..

Saturday, September 10, 2011

jgn last minit cm saya...!!

Hai hai hai
Assalamualaikum

Salam Aidilfitri
Salam 1 Malaysia
Salam bloggers

Apa khabar semua?
ceria ceria selalu
senyum la supaya diri anda selalu positif ^_^

Okay, sebenarnya, minggu hadapan, aku telah mula belajar.
Aku menyambung pengajian ku dalam jurusan yang sama, hanya tinggi sikit
BACC - BACHELOR in ACCOUNTANCY ( betul ke ejaan aku ni?)



ya , aku menyambung pelajaran ku jurusan akaun.
Di UiTM Melaka.
12 hb adalah hari mula nya aku menjejak kaki disana.
Seumur hidup aku, sepanjang aku diploma di kampus lendu, tak pernah dan tak tergerak hati aku nak menjejak kaki di Kampus Bandar. Walaupun selama ni aku di Melaka. (Teruk da ko ni kirin...)

Jadi, apa yang ko nak cite ni Kirin??

Haaa...well, ari ni adalah cerita untuk semua agar berhati hati dan take note. Ceh wah..ia more kepada seperti peringatan. jangan sape sape jadi mcm saya. Saya TERUK, huhu !!

Cerita nya ialah JANGAN BUAT PERSIAPAN DI SAAT AKHIR !!! (*tapi, saya buat, =P)

walaupun minggu depan baru start, tapi esok ( JUMAAT ) saya telah berangkat ke Melaka.

Awat cepat sangat!!!??

bukan excited tapi kerana nak menguruskan hal rumah. Rumah yg aku dpt sewa ni, Alhamdulillah, Syukur sgt.. sewa nya rm 750 tapi totally fully furnished...bak kata tuan rumah, MAK CIK RUBY, just bawak bantal dan cadar je ( hbis tu baju baju tak payah bawak...baju sama je kang, hehehe)

Rumah da byr deposit, tapi masuk nya tak pernah lagi, haa cm mana tu? tu sebab nak gerak awal sikit.

so, selama 2 atau 3 minggu terakhir ni , ye la raya kan..so mostly nak raya la, but mood tu tak de, bnyk duk umah. Main game. well, masa raya tu, aku ada hanya lebih kurang 2 minggu sahaja. tapi, aku start mencari bhn bhn semua, kire get ready la nak balik melaka ni, hanya lah pada isnin yg lepas sahaja. so, jumaat nak gerak, aku hanya ada 4 hari sahaja.

SEMPAT TAK!!!!!!

well, apa je benda benda yang kena bawak tu?

well, kepada sesiapa yang akan masuk Univ...jadi ini mungkin satu nasihat atau satu peringatan sebelum anda bergerak. (risau lak aku ni, takut ada je bnda yg tertiggal) - khas untuk budak budak yg masuk UiTM,hehehe

1. Borang - Pastikan semua borang anda dpt di lengkapkan secepat yang mungkin, jangan jadi mcm saya, 4 hari sebelum nak masuk baru nak wat. Dan lebih baik, anda cuba siapkan borang borang anda dalam masa isnin hingga jumaat. sebab? Ok, dalam kehendak borang, anda memerlukan cop pengesahan Pegawai A atau seadanya(mengikut kata borg anda ye) , jadi masa bekerja untuk pegawai pegawai ini adalah waktu isnin hingga jumaat ni la. anda pilih je satu masa. tapi kalo pegawai tu anda kenal, sabtu ahad pun NO HAL , kan. Selain itu, nak wat check up pun ambik la hari hari ini kerana, rasa rasa nya lah, sabtu ahad selalu nya org busy ( tapi kalo ikutkan , hospiital kerajaan ke klinik swasta ke apa ke, mana yg tak pernah tak busy, haihhhh )

2. Barang kelengkapan harian- ok barang barang ni termasuk lah pakaian korg pergi kelas dan duk kolej or rumah sewa. brg brg tuk mandi atau pun membasuh baju, brg mknn semasa kegawatan ekonomi dan juga barang barang yg seadanya ikut kehendak dan keperluan masing masing. Ni waktu raya raya cm ni, kuih raya takkan lari nyaa, mesti ada gak, hehe

3. Pengangkutan (kepada yg membawa kenderaan) - Pastikan kenderaan dlm keadaan baik, check engine, service, tayar, minyak dan sewaktu dengan nya. Pastikan perjalanan anda lancar selalu. ^_^. Oh ye, anda juga dlm keadaan baik dan tak penat dan mengantuk, okay!!

4. Kekuatan Mental dan Fizikal - Anda yg mungkin dari Spm dapat masuk Univ tuk diploma, Peringatan, ia bukan seperti sekolah lagi, so belajar dari kawan kawan yg mungkin senior dari kita, tanya mcm mana life Univ. Jangan senang lenang dan fikir nak cari awek sahaja, korg bukan lagi belajar setahun then test , test tu markah korg, bukan lagi ye...so makesure, do your homework...

5. Attitude - Perangai jaga, sekarang ni kena pandai berkelakuan / perangai. terlalu baik pun di pijak, terlalu jahat org tak suka, terlalu berlagak, org kutuk, terlalu lurus bendul, org permain kan kita. so be yourself in a good way.

6. Kewangan- benda ni antara terpenting. pandai pandai la berjimat ye. hal hal kewangan ni korg da fhm, so pandai pandai uruskan duit anda. terutama nya pada ambik ptptn, jgn boros pada yg bukan bukan.


Well, itu lah antara perkara perkara yg anda perlu take note ok.
kalo ada salah tu maaf le, itu adalah antara pandangan saya sahaja

KHIDMAT MASYARAKAT INI DARI KEYRIN KHAS TUK ANDA DI SHARKHEARTS.BLOGSPOT.COM

^_^

No comments:

Post a Comment