Teman pena..

Thursday, March 29, 2012

pengajar dan pelajar , hurmmmrmmm






apa yg anda lihat dan anda fikir melalui tiga gambar di atas ini??

gambar 1: budak kebosanan, menunjukkan, kemungkinan, kelas itu bosan, subjek yg bosan ataupun lecturer yg membosan kan.

gambar 2: pelajar tertidoq dan lecturer nya marah..
salah sape? lecturer or pelajar tu sendiri?

gambar 3: pelajar ketakutan, lecturer "mistress of discipline". garang kan lecturer tu. sampai menakutkan pelajar diwatnya. takut apa ek?

Gambaran ini mungkin menunjukkan sebahagian kecil sahaja apa yg berlaku antara guru/pensyarah dengan murid/pelajar.

adakah ia terletak pada kesalahan pengajar atau pelajar
kelas agak bosan dan boring, pengajar agak jiwa kacau masuk kelas, kelas agak tegang hingga menyebabkan ketakutan yg melampau.

kalo kita tgk drama drama melayu atau senang kata org org dulu kata...
parents akan benarkan pengajar tuk pukul anak murid. atas sebab dahulu ialah tuk MENDIDIK dan MENGAJAR. tapi sekarang?










tidak lah saya ingin menyentuh secara detail sangat kerana saya hanya manusia biasa sahaja.
tetapi melalui tatapan gambar saya beri diatas ini. mungkin dapat memberi sedikit sebanyak hiburan dalam masa sama akal fikiran tuk kita fikir bersama.

Kalo kita tengok gambar diatas ini, dalam petak hijau tu

" peraturan yang ada ketika ini melarang guru menyentuh pelajar ketika melaksanakan hukuman dan inilah kekangan utama untuk kita melaksanakan hukuman merotan bagi mendisiplinkan pelajar"


jika ini benar bermakna tiada lagi hukuman, displin belajar teruk, pelajar akan lebih bertindak liar.

pendapat saya sahaja lah

sekarang bukan nak salah kan pengajar, pelajar atau pun parents
kerana dalam hal hal begini, sepatutnya semua bertanggungjawab

sebagai pengajar, 
yes , anda sebagai pendikik, mendidik dan mengajar. jika murid ada buat kesalahan di tegur dan hukuman itu tidak salah asalkan masih lagi hukuman itu berpada pada dengan keadaan dan denda tersebut. takkan sebab tak wat kerja sekolah, kena pukul sampai lebam.
dan apabila anda diberi tanggung jawab sebagai pengajar, bukan lah anda boleh take advantage pada pelajar. pengajar juga kena tahu batas batas anda sendiri.


sebagai pelajar,
tugas anda dan harapan ibubapa ialah belajar dan berjaya dalam peperiksaan (kebiasaannya)
tetapi bukan lah bermakna anda perlu belajar sahaja dan tidak melakukan aktiviti sosial seperti biasa. anda masih boleh berkawan, bermain dan mahupun kokorikulum.
tetapi awas!

apa yg saya lihat zaman persekolahan saya dahulu dan zaman sekarang.
tahap KURANG AJAR pelajar kepada pengajar makin teruk sekarang. 
tidak menafikan bahawa ponteng, lawan cikgu atau semua itu memang sudah ada
tetapi sekarang ia seperti telah semakin meningkat.
pengajar seakan kawan biasa sahaja, pengajar sekarang terpaksa meninggikan suara apabila nak mengajar kerana kelas terlalu bising. murid melawan cikgu sgt hebat.
tapi sama juga pada cikgunya.
kerana geram pada org lain, lepas geram dekat org lain.

sebagai ibubapa
kebiasaannya , kita akan meletakkan tahap pada anak kita untuk lulus dan A dalam peperiksaan.
pergi sekolah belajar
jangan main
itu adalah harapan ibubapa.
tetapi kebanyakan ibu bapa sekrang mengejar wang
bekerja la kan.
jadi dia mengharap untuk pengajar untuk mendidik mereka
tetapi skrang main nya saman menyaman sahaja.
lebih menyebelahi anak anak, pengajar dipersalahkan

dirumah mungkin anak soleh
di sekolah mungkin anak setan
kita tak tahu cm mana keadaan selain, ibu bapa mengambil tahu setiap gerak geri anak anak kita.


 ini hanyalah bayangan sahaja terhadap situasi zaman sekarang
mungkin salah
mungkin betul

jika ada tersinggung sesiapa
maafkan saya

kerana saya tidak bermaksud apa apa
tetap sebagai panduan diri sendiri dan sekadar perkongsian.

masing masing perlu menjalan tugas masing masing
jika tugas pengajar mengajar, jangan la pula sentap semacam sehingga malas nak mengajar

 jika tugas pelajar belajar, jadi belajar lah kita dan jgn melawan  , hadir kelas jgn ponteng (take note tuk diri sendiri)

sekian

^_^






1 comment: