Teman pena..

Monday, November 21, 2011

Proud to be Malaysian ^_^

Assalamualaikum
Semalam merupakan hari yang penuh dengan pelbagai suasana dan reaksi
dan semestinya ia menggembirakan
menggembirakan semua rakyat MALAYSIA
malah aku sekali ^_^


nak kata aku ni minat sangat bola, maaf lah, tidak sangat
nak kata aku follow perkembangan sukan sea , memang tidak
tapi semalam, selepas habis kelas, classmate aku ajak semua menonton final Malaysia lawan Indonesia


"FINAL???, MALAYSIA dengan INDONESIA??, da final da ke?"
betapa teruknya aku bila aku sendiri tak mengikuti perkembangan sukan Malaysia, huhu


apa pun, aku bukan menolak untuk tidak pergi tgk, lagi lagi, negara aku sendiri yg bermain, kena la sokong
kami ke mamak SUBAIDAH di dataran pahlawan, ramai org, tapi cam mana pun, kami tetap dapat tempat tuk duduk, nasib baik ada din, zam, dan yan n yang lain sampai dulu...nasib baik yg sama, bola baru je nak start
memandangkan MElaka semalam hujan, so pada awalnya siaran nya agak cam dpt tak dpt, so cam tak seronok..but layan kan jugak. tapi pastu ok da.


well, 5 minit pertama, jaringan pertama dari Indonesia
perghhhh hampa seeyyyy....rasa cam tak de harapan la, aku yg rasa
hahaa, nak kata pandai sgt pasal bola memang tak la, so follow je haha


detail sikit pasal semalam, copy paste sikit, hehee


Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.



Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.

Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

credit tu Harian Metro Online

Jadi kemenangan Malaysia terletak pada penetuan penalti yang telah memihak kepada Malaysia 4-3. Cuak gak tgk penalti, dan sepakan ketua pasukan , Baddrol Bakthiar akhirnya telah berjaya meleraikan segala kontroversi dan kemenangan yang nyata, ceh wah ayat aku.
tak lupa jugak pada APEK kita Khairul Fahmi Che Mat, kerana ketangkasan dia sebagai GOAL KEEPER yang hebat
akhirnya Malaysia berjaya membawa pulang, " ibu segala pingat emas" * aku suka ayat dia ni, ibu segala pingat..tapi ayah segala pingat apa lak? ehehe


apa pun


SAYA BANGGA DENGAN PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA
U HAVE DO A GREAT JOB, BEBEY

CONGRATS to EVERYONE












KHAS TUK KITA SEMUA






sekian ^_^




No comments:

Post a Comment