Teman pena..

Saturday, October 1, 2011

My Life In KBM Part 2

Assalamualaikum

Ada beza ke belajar Diploma dan juga Degree?

Mestilah ada kan
(apa lah aku duk tanya lagi)
well, yup
memang akan ada bezanya, tak banyak pun, mesti ada sikit
jadi apa yang ko rasakan bezanya kirin?

Ok, perbezaan yang aku sendiri rasai ialah paling ketara semestinya dari segi subjek itu dan juga pembelajarannya
mungkin untuk setengah orang yg bertukar angin dari kos lain ke kos yang lain, akan merasa paling ketara sekali. Tapi baguslah, ia mengikut berdasar minat.
Aku walaupun tak de la bertukar kos, aku hanya lah meneruskan kos sahaja
tetapi dia menjadi lebih impak lebih tough..
Semestinya pembelajaran dia pun agak sukar , agak sama ngan diploma tapi lebih formal sekarang
dimana kalo dulu aku da belajar asas nya, sekarang aku akan praktikkan dan mempelajarinya dengan lebih detail.

Lecturer dan kawan
pasti, bagi aku , aku jumpa lecturer lama dan juga baru
untuk kelas aku, dua dari subjeknya adalah lec yg aku kenal, seorang guru yg strict dan seorang lagi ketua fakulti aku sendiri. Yang lain semua nya baru.Agak menakutkan lah jugak, emnggelikan hati pun ada, suka pun ada
ada yg sempoi, ada yg muka nak marah je, ada yg pulak matanya juling, so kita akan pandang dia, kalo dia marah org lain, tapi dia mcm pandang kita. hehee geli hati dibuatnya
kawan, masih baru untuk aku bermesra lagi, bagi kawan yg sudah kenal, no hal la. tapi yg baru, yg baru dtg dari serata pelusuk Malaysia ni..mungkin orang akan ingat aku sombong, anti sosial atau apa, tapi sebenarnya aku agak pemalu pada awalnya dan tak berapa nak pandai nak bercakap ngan orang baru..kerana minat kita tu kdg kdg sgt berbeza.

Kehidupan seharian
Sekarang aku sudah mula duduk di rumah sewa. Jarak nya lebih kurang 2 km dari Taman Cempaka ke UiTM. Kereta adalah pengangkutan bagi aku dan housemate/classmate aku juga. Kos hidup pun menjadi makin tinggi, duit rumah, duit minyak, duit buku, duit itu, duit ini,duit makan, jadi kena lah pandai berjimat, kena cut kos sini, cut kos situ, untuk berjimat cermat.

Pembelajaran, lecturer, kawan, dan kehidupan seharian...mungkin aku tidak lah sejakun atau sebatak atau seterkejut mana ngan kehidupan Melaka,kerana aku sudah hampir 3 tahun di Melaka untuk Diploma...tapi untuk berada di environment yg lain ( dulu lendu mcm kampung sikit, sekarang taman cempaka, bandar sikit), aku sedikit lambat dan masih dlm proses mengatur jadual agar semua nya akan dpt aku jalani kehidupan dengan lebih lancar.

Rindu ngan kehidupan Lendu, tinggal didalam kampus, di mana kita dpt rasakan anda sebenarnya berada di tempat belajar, kompaun pembelajaran, tapi dikampus bandar, bangunan itulah kampus anda,anda disana hanya tuk belajar, turun sahaja tangga dibangunan ungu ini, anda adalah org lain..sekejap je.  dulu di lendu, beria nak ke bandar, tgk wayang, boling, karaoke..semua nya nak wat, tapi bila kita da makin dekat, sbnrnya bnda tu pun bukan selalu kita nakwat

harap semuanya akan berjalan lancar
kehidupan aku akan happy kembali
dulu ada family di lendu, sekarang aku lihat je family tu..
betul la, seakan roda, di masa mana kita akan ada diatas, dan nnt kita akan berada dibawah kembali.
warisan budaya, itu penantian ku

sekian

2 comments:

  1. lambat laun kite akan biasa dengan keadaan bangunan kite tu. hukss.
    yg penting skang ni dah start stress dengan esaimen, kuiz, test.. huhuu

    ReplyDelete
  2. yup,alin skang blajar level fundamental,panik juga bila fikir macam mana nanti klo masuk part 3.huuuuu

    ReplyDelete