Teman pena..

Friday, October 7, 2011

cari jalan, bukan jalan mati, kirin..

Assalamualaikum
hidup degree ni tak pernah je mudah
sape kata mudah?
tipu la.
Habis sahaja diploma, kita akan hadapi pula degree
challenge dia lagi tinggi

bagi aku, sem ni sahaja aku ada lapan subjek yg perlu aku perah dan simpan dalam otak aku ni
kalo dulu diploma, awal awal sem la, bagai honeymoon sementara.
sekarang ni, awal awal bukan lagi honeymoon
bagaikan kerja sebenar, assignment menunggu berderet dengan nombor giliran masing masing, tapi masalahnya
kaunter nya satu sahaja... AKU

sebenarnya, salah jugak tuk aku
mengeluh konon nya banyak kerja la apa la
kalo aku mengeluh tapi tak bergerak, apa guna jugak kan
apa sebab semua benda seakan tertangguh bagi kau , kirin?

kemalasan?
yup
pengaruh kawan?
yup, maybe
penat?
maybe gak

adakah alasan yang ko nak bagi je ni kirin...
malas, so ko kena la rajin..
kawan, dulu boleh je ko hidup, study seorang diri
penat, dulu ko tak penat cam ni

sekarang ni, ketahui bahawasanya kau sebenarnya boleh buat semua ni, tapi terletak pada sanggup atau tidak,kesungguhan kau, keupayaan dan juga kekuatan ko sendiri kirin

kalo diploma dulu kau boleh survive, nape yg ni tak leh lak.
aku tahu mungkin faktor duduk luar, keadaan kampus yg satu bangunan sahaja, tak merasa sgt cam duduk kampus kat lendu dulu, faktor kelas baru, environment baru, kawan baru
jadi ia mungkin kacau sikit.
tapi bukan sebab tuk aku putus asa

kirin
u can do it
sesunnguhnya seperti abg aku kata
cari jalan
pasti temu juga caranya

sekian...

No comments:

Post a Comment