Teman pena..

Monday, December 6, 2010

Surat tuk mu yg berada jauh disana...

Assalamualaikum,

               Apa khabar kamu nun jauh disana? Semoga kau sentiasa sihat selalu. Lama ku tak dengar khabar berita. Sekurang kurang nya ingin aku mengetahui serba sedikit cerita mengenai mu. Aku disini alhamdulillah, boleh dikira sihat. Hanya sejak dua menjak ni, aku tak berapa sihat, demam. Alhamdulillah tidak suspek demam denggi.Aku harap ko berada disana dlm keadaan sihat walafiat bersama keluarga.

             Di mana kah kau sekarang? Apa yg sedang ko buat? Apa yg best disana? Ingin aku tanyakan semua itu. Tapi sayang, sudah banyak kali aku cuba menghubungi tapi tiada balasnya. tapi tak pe la, mungkin kau sedang berseronok dan aku tak nak kacau.

             Aku sentiasa teringat kenangan waktu bersama ngan kau. Setiap darinya kadang kadang membuat aku tersenyum sendiri. Ingat lagi saat saat kau menceritakan kisah hidup kau, kisah kau disekolah dahulu. Ingat lagi saat kita duduk berborak di masjid. di bawah library. aku sentiasa ingat dan akan ingat. even 'Cinta sang Sejadah" haha. Benda tu sgt seronok kerana dpt berkongsi mcm mcm cerita ngan kau. Cerita kau sgt menarik sama seperti keperibadian mu sendiri.

            Nak tahu tak? apa ayat pertama aku nak panggil ko. ? "OIT" ingat tak? even kita chat ke atau mesej, aku akan ckp ngan oit lu. bukan lah ayat kasar , aku tak mengata itu sebagai ayat kasar. aku ingat lagi saat kau kacau aku ngan nombor orang lain. Ingat tak? Kau berjaya buat aku tertipu disitu. Dan baru aku sedar hanya kau seorang sahaja yg aku bahasakan diri ngan OIT, dan waktu tu kau menggunakan oit. hehee sgt lucu mcm mana aku boleh tak tahu mana org nya sedang dia berada di depan aku.

            Sekarang,,, kenapa kau senyap sahaja. Minda aku sekarang bermain main ngan perbagai anggapan. Adakah benar kau akan terus pergi, adakah kau takkan aku jumpa lagi. adakah kau ade masalah nya tersendiri, adakah hari terakhir aku menghantar ko ialah saat akhir melihat ko. Aku tak mahu menganggap apa apa pun. Adakah aku mengharap? so, aku berfikir balik. Aku tahu aku bukan sapa sapa bagi ko. Just kawan , kenalan ko di UiTM. Aku berpegang pada kata kata aku dulu. Aku tahu aku tak boleh nak mengharap. Aku pegang dgn kata kata aku pada ko dulu.

            Aku berharap jgn ko lupa kan aku. dan kalo benar kau akan pergi buat selama nya, DO YOUR BEST n BE THE BEST. Yang pasti aku akan merindui setiap saat bersama ko. Thanks for the memories.

Yang Benar
keyrin

No comments:

Post a Comment