Teman pena..

Wednesday, July 1, 2009

Apa yang kita pandang semuanya salah, tapi apa yang kita buat, tak nampak pun

Sekarang ni dalam dunia hiburan ke, politik ke, ekonomi ke, dalam sesebuah syarikat pun, suka sahaja menunding jari pada semua orang. Baik yang salah maupun betul. selalu nya yang salah lah kan.

apa sahaja kita rasa benda tu salah, kita akan marah, tengking, kutuk, keji, benci, mengamuk kat orang lain. walaupun dari pihak orang tu apa yg dia buat semuanya betul. kita nak tunjuk kuasa, kita nak tunjuk power, kita nak tunjuk ego, dan kita nak tunjuk sapa yang berada di pihak benar

tak dibawa berbincang, tak dilihat secara teliti, tak bertanya... tup tup dah marah tak tentu pasal. diberhentikan kerja, di gantung, hilang kepercayaan, dipulaukan, tu lah yang kolakukan pada si dia.

ada yang berbincang pulak nak menegak kan hak masing masing. dah diberi jawapan tak percaya, dia punya la saja yang betul, orang lain salah. tup tup bergaduh, masuk mahkamah, saman sana sini, masuk tv, cari publisiti, bakar bendera la rumah la.

mana nya tolak ansur, mana nya persefaham dan mana nya budi bahasa korang
kata je rakyat MALAYSIA, budi bahasa la,tapi orang yang besar bagi pandangan negatif pada rakyat.

salah nya sedikit, ko kenakan dia lebih lebih. pasal salah taip pun mengamuk nya macam nak kiamat satu dunia. apa pasal?? benda tu boleh meragut nyawa orang ker sehingga perlu ditengking. takkan takleh bawa berbincang, muzakarah ker...

itu lah mata kita, suka sahaja mencari kesalahan orang lain, tapi diri sendiri tu, pura pura je wat tak nampak. dalam parlimen , orang ni mencari keasalahan pihak ni, kata tak buat kerja, makan rasuah la, beli harta rakyat la , apa laa... tapi dari segi diri ko tu, ko wat keje ko tak...ko jaga tak kebajikan penduduk jagaan ko tu. jangan manis dimulut sahaja. cakap tak serupa bikin.

nampak depan mata bukan makna nya 100 peratus benar, selidik dahulu, bertanya, baru lah mendapat bukti yang kukuh dan sahih. kalo nampak aje, konfem la fitnah yang berlaku.

fitnah ni tak elok, perkara yang dikeji oleh ALLAH. berdosa kita menfitnah pada orang yang tidak berdosa. manusia dicipta dengan pelbagai kelainan sifat dan bukan lah semua nya sempurna. mungkin satu sifat baik yang ada pada kita tapi tak de pada dia.

zaman sekarang zaman moden, zaman berteknologi tinggi
orang sekarang mengejar wang dan harta
akhirat ditinggalkan
iman 50:50 maybe 30:70
jadi utk mencari keuntungan , mereka kena pastikan semunya 100 percent okay.
kalo tak okay tu la sebab nya
APA YANG KITA PANDANG SEMUA SALAH, TAPI APA YANG KITA BUAT , PURA PURA TAK NAMPAK.

p/s ALLAH akan sentiasa melihat, mendengar, merasa apa perbuatan dan niat kita.

salam

2 comments:

  1. yeas. exactly.
    we think ape yg kita buat shaja betul

    ReplyDelete
  2. btol tu..
    kadang2 kita lupa.
    =P

    ReplyDelete