Teman pena..

Saturday, July 11, 2009

8 JuLy

Tarikh ni sungguh simbolik untuk aku. Setahu aku ini merupakan tarikh untuk penubuhan / tertubuhnya SECENTRA. Kelab Kebudayaan UiTM. Walaupun aku dikirakan baru dalam kelab ini. Tapi tak salah untuk aku untuk aku ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN SECENTRA.

Aku ceritakan serba sedikit yang aku tahu mengenai penubuhan secentra ini. DItubuhkan pada tahun 2007. 2 tahun yg lepas. Antara tenaga tenaga besar dia adalah Senior : Kak Ain, P.J , Jaz, Mummy. Dan ada juga terlibat senior yang lain, tapi kini…entah laa. Mungkin ada yg setengah stop untuk fokus pada study dan mungkin juga bersara.

Aku, aku memang baru lagi dalam secentra ni. Bukan la nak mengatakan aku ni bagus sangat. Aku masih banyak lagi kelemahan nya. Tapi minat aku ada pada menari. Aku minat senjak sekolah menengah lagi. Mungkin minat aku datang dari AF. Sewaktu Linda Jasmine mengajar. Hehehe

Tapi aku tak hebat mana, tak sebagus mana dan masih melakukan kesalahan. Aku sering digelak dan ditegur pasal kesalahan semasa praktis. Malu kadang kadang dibuatnya. Aku rasakan macam ada yg lebih hebat dari aku. Tapi aku minta benda ni tak mematahkan semangat aku tuk terus cuba menari.walaupun dah beberapa kali aku terasa untuk putus asa.

2 tahun sudah SECENTRA ditubuhkan. Aku tahu, bukan senang nak mengekalkan imej dan keadaan kelab pada awal awal penubuhan dan mungkin sampai sekarang. Untuk kekal lama, perlulah ada semangat teamwork dan minat gak. Tu pendapat dari aku la.
Menari tak pernah senang. Kita tengok cantik jer orang tu menari tapi cube tgk secara dekat, kadang kadang tu tercirit gak nak mengejar.
Apa apa pun yang aku mebebelkan ni, aku nak ucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN SECENTRA…..


No comments:

Post a Comment