Teman pena..

Saturday, June 27, 2009

Program yg aku follow...




16 jun hingga 22 jun ialah tarikh aku mengikuti Program Pertukaran Kebudayaan atau nama lain nya Program Integrasi Nasional (x silap aku la) anjuran UiTM. Tak semua UiTM yang terlibat hanya lah Sabah, Melaka, Terengganu, Perlis, Kelantan, dan Johor. Ini merupakan program pertama kali sebegini diadakan.

Setiap kampus menghantar lebih kurang 25 orang wakil sahaja, tak silap aku lagi la.
Dan Melaka… kampus aku sendiri menghantar ramai jugak la seramai 17 orang termasuk la 6 budak tarian,7 budak teater, 2 pengiring dan 2 lagi driver bus. Dan dari kiraan sebenarnya hanyalah 13 org sahaja dan yang terlibat dlm show seramai 6 orang dan belakang tabir seramai 4 orang laa lebih kurang. Berkesan ya yg pegi…ish ish ish… hehehe


peserta dari melaka sendiri...hehheheh

Program ni diadakan di Johor, di kampus Segamat. Mereka menjadi tuan rumah. Bukan la aku nak menceritakan jalan program ini, tapi aku nak ceritakan pasal kenapa aku rase aku nak cite pasal benda ni.

Aku tahu korang tak tahu apa isi pati program ni tapi secara ringkas dan padatnya aku terangkan. Program ni seperti kata aku awal tadi, melibatkan 6 kampus UiTM dan program ini diadakan di UiTM Segamat, Johor dan sekitarnya.

Antara isi program ialah program anak angkat di FELDA Kg. Kemelah. Disana diadakan gotong royong, kem motivasi (dimana para peserta iaitu mahasiswa dan mahasiswi UiTM sendiri mengajar dan menjalankan permainan kepada muris murid darjah enam Sekolah Rendah Kg Kemelah.


bersama kanak kanak kg kemelah...


melayan budak di seklh kg kemelah...


semasa di Kg Kemelah... nak buat gotong royong ni...

Selain itu diadakan majlis tahlil dan bacaan yasin semasa berada di Kg. Kemelah sendiri. Malam terakhir sblm pulang dan brpisah dengan keluarga angkat diadakan pula malam kebudayaan untuk menghiburkan para penduduk kg.
Selain itu diadakan juga sukan rakyat, dan majlis penutup untuk program pertukaran budaya Bakti Bayu 2009 dan juga lawatan di Melaka.

Okay…

Apa yang aku dpt ya dari program ni??? Hmmm… ni la yang aku nak ceritakan…
Program ni aku rase unik sikit , sikit je la pasal yang terlibat ialah budak budak kebudayaan. Aku rase bukan selalu la ade program yang hanya melibatkan satu bahgian secara ramai dan dari lain lain kampus.

Program anak angkat pula merupakan pengalaman pertama aku. Nak ikutkan ini semua merupakan pengalaman pertama tuk aku. So bila peserta UiTM di agihkan kepada semua ibu ibu angkat, ibu angkat ini semua akan dapat 5 orang anak angkat (maksimum) tapi bukan la dari satu kampus sahaja tapi dari setiap kampus.


So untuk aku, aku dpt adik beradik angkat dari Kelantan, Sabah dan Terengganu. Aku rase pada mulanya macam tak suke betul dipisahkan, hehee. Tapi bila dah bersama, baru aku tahu kebaikan dia buat campuran mcm ni. Supaya kita dapat kenal lebih dekat dan mengeratkan lagi silaturahim dan baru lah dikatakan UiTM lebih padu dan erat…ewahh…


keluarga angkat ku bersama adik beradik angkat aku...



Selain itu juga pihak UiTM buat program anak angkat kat bahagian Felda, Kg. Kemelah. First time utk aku pergi masuk kawasan felda. Dan juga aku rasa first time jugak aku dpat keluarga angkat. Aku dpat rasa kan macam mana kehidupan orang felda, cara mereka hidup, berkerja. Aku sedar aku sendiri tinggal dikawasan bandar so aku jarang dapat merasakan kehidupan di kawasan kampung. Sekarang aku dpt rasakan sesuatu yang lain.


Aku boleh menilai diri aku dan bukan la tuk membanggakan diri aku sendiri. Tapi adakah aku rase insaf setelah apa yg berlaku… aku akan tepuk dada tanya selera…manusiakan…itu lah aku… ish ish ish jahat nya…

Selain itu, kata kebudayaan, mestilah ada persembahan kan tarian, teater mahupun dikir barat. So dari situ kita boleh kenal tarian tarian mahupun cerita atau bahasa dari setiap negeri. Sekarang la baru aku tahu adanya tarian rodet dari Terengganu, cerita buyong dari perlis (x silap aku)dan dikir barat of course la dari Kelantan…


sementara menunggu giliran persembahan...

Ya satu lagi, kita org ade buat permainan rakyat dari setiap negeri, kalu untuk Melaka ialah tarik upir, sabah ialah baling botol, johor ialah boling kelapa, Kelantan ialah galah panjang, Terengganu ialah sepak takraw dlm bulatan (x silap aku lagi) dan perlis ting ting.(tapi dibatalkan perlis punyer)


semasa keterangan permainan baling botol

So , konklusinya… ewah macam wat karangan SPM pulak
Konklusinya, program pertukaran budaya 2009 atau program integrasi nasional 2009 ini bagi aku sanagt best dan seronok, walupun kdg kdg tenson gak waktu latihan semua , but syok sgt n rindu kat new parents( keluarga angkat), kawan baru n adik beradik baru
Hehehe

K la tu jer
salam

3 comments: