Teman pena..

Monday, April 13, 2015

Amalan Sunnah Rasulullah.

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH


1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.


2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.



3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"



5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.


6. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.


7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.



8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.


9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.




10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.


11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.


13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.


14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersol
at akan dihitung 70 kali solat.


15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.


16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.


17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.


18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.



19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.



20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.


21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.


22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.



23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .


25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?


26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.



27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.



28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membel
akang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.



29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.


30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.



31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.


32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.


33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.


34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.


35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.



36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.


37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.



38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.



40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.


41. BERI MAKAN ANAK YATIM

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.



43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.



44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.


45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.


46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.


47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.



48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.



49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.


50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.


51. GILIRAN MINUM

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.


52.   3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.


53. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.


54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.


55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....




Sebarkan...spya lbh  ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
lets do this guys👍

Wednesday, August 20, 2014

Tup tup, bling bling, Cak!!


Assalamualaikum

serius , aku tak tahu kenapa aku nak letak tajuk post aku ni begini sekali.
Bila fikir balik, geli pun ada hahaha, tapi hentam je la.
dah berhari hari aku fikir nak menulis tetapi tak bergerak, kemalasan melanda teramat parah.

Apa pun sekali ngan tajuk post aku kali ni
Aku sebenarnya GEMBIRA sangat sebab aku dapat juga memulakan post aku diblog usang ni. hehe

4 bulan lagi aku tinggalkan, hurm apa ek jadi kat aku ya?

Jujur, sesiapa yg sedang belajar tu, gunakan lah masa anda belajar dan mengalami life as a student.
Serius!!, anda akan merindui semua masa, saat, minit, jam , hari , bulan dan tahun semasa anda belajar. sebab ia lebih best!!

apa yg best!!

sebab anda tidak perlu fikir banyak benda. Kalo belajar fikir nak handle diri sendiri dan belajar.
cukup.
tapi bila  anda ke zaman kerja ni, diri sendiri, keluarga, kehidupan dan kerja , kan banyak tu. haha

Yang pasti, AKU RINDU SANGAT ZAMAN BELAJAR AKU.
5 tahun setengah berlalu zaman diploma dan degree ku. huhu sob sob sob

aku nak ikutkan nak post banyak benda dalam ni, tapi memandangkan masa sekarang nak dekat 2 pagi. Baik aku tido. Kerana esok nak KEJE!!

Keje apa?
Haaa, lain kali baru aku citer. tak best citer dalam ni.. aku nak post banyak banyak kalo bole. hahaha
*Gile kuasa.

k la., saya mengundurkan diri dahulu
Selamat Malam
Assalamualaikum


P/S
Sebelum lupa, sebelum habis syawal ni haaa
Saya SHAKIRIN AZIM mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kosong kosong ya hehehe ^_^


Tuesday, April 15, 2014

My Vacation - Umrah ku.

ASSALAMUALAIKUM...

wah, tetibe malam ni dtg balik mood nak menulis ni...
nak tulis novel rasenya x power, aku ni x pandai nak wat jalan cerita sgt...
ayat bombastik pun x pndai..

buat blog cm ni je laa aku tahu

apa ye nak citer ek

oh ya. 

tamat je DEGREE aku, aku dpt pegi melancong
eh bukan melancong, more kepada mengerjakan umrah..

ALHAMDULILLAH.... amin

aku bersama kedua ibu bapa ku...11 hari disana, 7 hari di Makkah dan 4 hari di Madinah


Ini semasa mengerjakan umrah kali ke 2... disebabkan jarak agak jauh dari hotel ke MasjidilHaram dan pergerakan yang agak banyak dan waktu pula tengahari sebelum zohor... kaki pastinya agak kesakitan dan keletihan.

selepas umrah ke 2 ni la, aku demam...nasib baik demam dalam 2 hari je..


Semasa melawat Gua Tsur *hrp betol ejaan aku tu.
Kisah dimana, penyembunyian Nabi Muhammad s.a.w bersama Abu Bakar Al-Siddiq dari org Quraisy. 
Masih anda ingat kisah di mana sarang labah labah dan burung yg menutup gua itu..hehe


Di Padang Arafah... mengikut kata Ustaz kami tu...sekadar berdoa di bawah sudah cukup kerana Nabi Muhammad s.a.w pun buat begitu, dan juga Nabi Adam dan Hawa. Tiang atas tu dibina kemudian, bukanlah ada sejak dulu lagi.


Inilah keadaan Mina sekrang...nampak jauh macam airport ke apa kan...inilah tempat lontaran batu ke tiang, tak silap dikatakan tempat kita merejam syaitan *kalo salah harap maaf.


Dikatakan bangunan ini adalah HOTEL YANG TERMAHAL pada MUSIM HAJI
satu malam dianggarkan beribu juga



Inilah keadaan MasjidilHaram sekarang...sebahagian nya masih under construction



haaaaa, teh o satu teh ooo...haaa no no no...ini ialah air kencing unta..

kenapa dipacking sebegini rupa..
dikatakan mengikut org arab..
Air kencing unta bole mengubati KANSER
percayakah?
mengikut kata Ustaz Pengiring kami ini.. apa sahaja dari Unta ini bagus dan baik.. dikatakan org Arab disini akan mencampurkan susu unta dan juga beberapa titis air kencing ini dan minum dan insyaallah penyakit itu boleh sembuh.

bukan suruh minum satu botol tu je..

Air SUSU unta pun sedap ya..
dia ada hampir rasa ngan santan.



Lihatlah keagungan rumah Allah.. sesak dan dipenuhi dengan ribuan manusia mungkin ratusan ribuan
macam musim HAJI dan dikatakan.



KAABAH



MAKAM RASULULLAH DAN DUA ORANG SAHABAT IAITU SAIDINA UMAR SAN SAIDINA ABU BAKAR 


Keindahan Masjid Nabi...diwaktu pukul 3 pagi..


inilah kubur baqi'


Rumah Nabi Muhammad @ Makam Rasulullah


sekian dari ku

yang pasti aku merindui saat disana
semoga aku diberi peluang untuk kembali ke sana

Amin



Monday, April 14, 2014

kembali berkarya ... ^_^

Assalamualaikum w.bt.

Salam Sejahtera, good day kepada semua pembaca sekalian...

waaah...serius sudah lama aku tak berbloging. tetibe rase dihati ingin menulis semula..

hampir setengah tahun ku tinggalkan..maaf atas beberapa faktor..

tapi yang penting, faktornya ialah MASA.


Alhamdulillah, mungkin nukilan ku ini more kepada diri ku..

apa agaknya terjadi ya sepanjang 6 ke 8 bulan yg lepas...

1. Habis sahaja praktikal, aku masuk semula ke UiTM Melaka KBM bagi semester yg terakhir. Siapa sangka, sudah 2 tahun setengah aku  dalam degree.

Disamping timba ilmu, presentation, settle report, discussion, exam dan test segala bagai.. ofkos, suka duka , tawar pahit maung manis semua ada bersama classmate ku ini...





Ini sekitar majlis BBQ BERSAMA PA (Penasihat Akademik) yang manis sentiasa MISS SALINA dan juga MISS JU


 We are the boyz of 8F, SUPER RICH KIDS ...hahaha



2. Yes, selain belajar dan bersuka ria bersama classmate ku ini...YES aku masih aktifkan diri dalam bidang berpersatuan terutama nya KELAB WARISAN BUDAYA (KWB). Masih meneruskan bakti terakhir ku sebagai Yang Dipertua KWB.

bagi aku berpersatuan ni seronok untuk aku laa...so sepanjang tempoh dalam 4 bulan terakhir, 3 event dapat dianjurkan iaitu...

MALAM CITRA WARISAN



MINGGU ASPIRASI BUDAYA DAN FESTIVAL MAKANAN


MAYA 2013 merupakan satu kepuasan buat aku kerana first time satu proposal yg ku idamkan berjaya dijayakan. 
benda ni bukan kredit pada aku je, big kredit kepada TEAM KWB yg awesome dan hebat.

MAYA telah menjadi satu detik kepuasan kepada ku sebagai pelajar semester akhir di UITM KBM hehehe

ayat skema lak tetibe...


Event satu lagi ialah BENGKEL PEMANTAPAN BUDAYA. Idea dari aku , dan kecik tapi penggeraknya ialah warga AJK baru.


Siapa sangka MAYA berjaya jugak masuk Paper KOSMO, tarikh 31 December 2013. happy waktu ni masuk ^_^
k
Pastinya. KWB berjaya merangkul kategori KEBUDAYAAN dalam ANUGERAH KELAB DAN PERSATUAN CEMERLANG peringkat UITM MELAKA KBM.
amin



 Kalo nak citer panjang panjang rase banyak lagi...so cukup sementara nukilan ku ini...

akan ku update lagi nanti..

ASSALAMUALAIKUM

selamat malam.


 K
-kirin-


Sunday, July 21, 2013

*SMK(L)BB* Majlis Persaraan Pn Siti Marriam dan En Wang Hui Ming

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
SALAM 1 MALAYSIA
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Lama betul tak mengupdatekan diri ni.
so tengah ada masa ni, update kejap benda yang da lama nak update


Tanggal 2 Julai 2013 yang lepas merupakan 
HARI PERSARAAN 
PN SITI MARRIAM & EN WANG HUI MING

So pada 1 Julai , aku da turun tuk contribute something

KENAPA AKU CONTRIBUTE?
Untuk pada yang tidak tahu, Pn Siti Marriam merupakan cikgu kelab Seni aku time sekolah a.k.a Cikgu Seni a.k.a Nenek kepada aku dan group aku dulu.

Kerana banyak bakti nya kepada kami, tidak salah untuk turun sekali sekala membalas jasa kembali.

Pada mulanya Plan ini ramai, Ada nya Ammar, Megat, dan Ashok. Kemudian hanya dapat berbincang bersama Ammar dan Megat tuk hal design dan backdrop. Last minit pulak, masing busy. itupun kerana tarikh dan masa memang tak kena langsung. Ammar dan Megat ketika itu ada Exam. Mmg xdpt dielakkan.

huhu

So , gmbr bawah ni, time  1 Julai 2013. Aku ambik cuti dari keje tuk benda ni hehehe..



Me and Mama Su (Pn Suhaibah)


One of the Junior, Izzudin...serius hbt dia potong benda design Ammar tu.


This is the Junior of Art Club, apa yg mengejutkan aku, Adik Syed Zaifi is in this club,also Azhar Abdullah punya adik pun ada.


HASIL NYA? TAAADAAAA
Membawa tema BIRU PURPLE



Ini hasil dari junior sendiri., aku tak penah buat sebelum ni...mereka da makin pandai bab bab macam ni.



Logo tu di print balik dan dilekatkan keatas polistrine dan dilekatkan di Podium tu. ini lah hasil akhir.


Ini lah Hasil Corak nya. Simple sangat, huhu...kalo ada Ammar dan Megat mungkin lagi hbt. 
Corak Rebung Design Idea = Ammar
Corak Bunga = Aku
Corak diamond tu = Megat



Ini merupakan pertama kali setelah hampir berbulan mungkin tidak menggunakan Huruf polistirine. Kalo tidak guna kertas je.

Sepanjang Majlis, sungguh meriah.
Mereka disambut dengan meriah skali. 
Mereka sangat Happy la katakan.
Dari satu tempat ke satu tempat diiringi oleh badan beruniform, kumpulan kompang.

Di dalam dewan pula, perlbagai persembahan diadakan
Tarian Melayu ada
Nyanyian dari cikgu Syah
Syair / Poem
Fashion Show



NISI DOMINUS FRUSTRA



The ex schoolmate yg datang.
ada lagi yang lain macam Shahadat and many more


Betapa happy nya diaorg.

Saat yang sedih apa bila Pn Quah Mooi eng turun secara surprise ke Majlis. Pn Quah yang merupakan kawan rapat kepada Pn Siti Marriam, dan tak silap berita, Pn Quah pada waktu itu sakit juga. Kurus je dia.Saat mereka merupakan salah sedey, dimana kebnyakan guru menangis sekali.



To. Pn Siti Marriam and En Wang Hui Ming

Terima Kasih atas segala jasa dan ilmu yang telah kamu taburkan kepada anak murid mu selama berpuluh dan berbelas tahun itu. Terima kasih atas segala nasihat dan teguran mu. nasihat dan teguran mu itu yang mematangkan kami.

Kau anggap kami bukan sekadar anak murid, tetapi sebagai anak murid mu sendiri. Kau sanggup berkongsi kasih sayang, sedangkan anak mu lebih memerlukan.

semoga dengan persaraan ini, dapat merehatkan diri mu, bercuti dan meluangkan masa bersama Family yang tercinta.


sekian