Teman pena..

Tuesday, April 15, 2014

My Vacation - Umrah ku.

ASSALAMUALAIKUM...

wah, tetibe malam ni dtg balik mood nak menulis ni...
nak tulis novel rasenya x power, aku ni x pandai nak wat jalan cerita sgt...
ayat bombastik pun x pndai..

buat blog cm ni je laa aku tahu

apa ye nak citer ek

oh ya. 

tamat je DEGREE aku, aku dpt pegi melancong
eh bukan melancong, more kepada mengerjakan umrah..

ALHAMDULILLAH.... amin

aku bersama kedua ibu bapa ku...11 hari disana, 7 hari di Makkah dan 4 hari di Madinah


Ini semasa mengerjakan umrah kali ke 2... disebabkan jarak agak jauh dari hotel ke MasjidilHaram dan pergerakan yang agak banyak dan waktu pula tengahari sebelum zohor... kaki pastinya agak kesakitan dan keletihan.

selepas umrah ke 2 ni la, aku demam...nasib baik demam dalam 2 hari je..


Semasa melawat Gua Tsur *hrp betol ejaan aku tu.
Kisah dimana, penyembunyian Nabi Muhammad s.a.w bersama Abu Bakar Al-Siddiq dari org Quraisy. 
Masih anda ingat kisah di mana sarang labah labah dan burung yg menutup gua itu..hehe


Di Padang Arafah... mengikut kata Ustaz kami tu...sekadar berdoa di bawah sudah cukup kerana Nabi Muhammad s.a.w pun buat begitu, dan juga Nabi Adam dan Hawa. Tiang atas tu dibina kemudian, bukanlah ada sejak dulu lagi.


Inilah keadaan Mina sekrang...nampak jauh macam airport ke apa kan...inilah tempat lontaran batu ke tiang, tak silap dikatakan tempat kita merejam syaitan *kalo salah harap maaf.


Dikatakan bangunan ini adalah HOTEL YANG TERMAHAL pada MUSIM HAJI
satu malam dianggarkan beribu juga



Inilah keadaan MasjidilHaram sekarang...sebahagian nya masih under construction



haaaaa, teh o satu teh ooo...haaa no no no...ini ialah air kencing unta..

kenapa dipacking sebegini rupa..
dikatakan mengikut org arab..
Air kencing unta bole mengubati KANSER
percayakah?
mengikut kata Ustaz Pengiring kami ini.. apa sahaja dari Unta ini bagus dan baik.. dikatakan org Arab disini akan mencampurkan susu unta dan juga beberapa titis air kencing ini dan minum dan insyaallah penyakit itu boleh sembuh.

bukan suruh minum satu botol tu je..

Air SUSU unta pun sedap ya..
dia ada hampir rasa ngan santan.



Lihatlah keagungan rumah Allah.. sesak dan dipenuhi dengan ribuan manusia mungkin ratusan ribuan
macam musim HAJI dan dikatakan.



KAABAH



MAKAM RASULULLAH DAN DUA ORANG SAHABAT IAITU SAIDINA UMAR SAN SAIDINA ABU BAKAR 


Keindahan Masjid Nabi...diwaktu pukul 3 pagi..


inilah kubur baqi'


Rumah Nabi Muhammad @ Makam Rasulullah


sekian dari ku

yang pasti aku merindui saat disana
semoga aku diberi peluang untuk kembali ke sana

Amin



No comments:

Post a Comment