Teman pena..

Friday, April 27, 2012

FIXI: TABU ... Kau kekasih gelap ku ^_^

Assalamualaikum
Habis sahaja hari tu membuat review untuk Fixi: JERAT

aku jalan jalan sekitar mahkota parade Melaka, yg pada dasar nya nak maen bowling pada masa itu.
Sekali aku menyinggah di kawasan buku MPH sementara. Jadi sedang duk pusing pusing mata melilau
FIXI ADALAH YG KU CARI!!
YES.!



saat tu ZOMBIJAYA, JERAT, PECAH, TABU, KOUGAR, KELABU, DENDAM dan KASINO (tak silap ni la nama nama judul buku dia waktu tu yg ada)

Pada mulanya nak simpan wit, tak nak guna..tapi kerana FIXI! aku tak leh tolak, mesti kena beli.
so, 2 buku yg ku beli FIXI:TABU dan FIXI:KELABU




Aku membelinya tak silap, rabu yg lepas sahaja. kerana FIXI, aku sanggup tak pergi kelas MANDARIN (sebenarnya atas sebab mood dah nak balik sangat, hati dan akal dirumah, badan sahaja di KMB tu.)

so, aku baru boleh start membaca FIXI: TABU hari jumaat selepas test IBM yg mungkin aku hentam, hurm entah la) dan YES! aku berjaya habis baca TABU hari ISNIN. (dalam kereta, tgh makan, before tido, ada je masa yg aku cari tuk baca, hehee)


Review tuk FIXI: TABU



Sinopsis yg disediakan ialah:
Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yg sentiasa disisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang setia. Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenal pasti identiti pemilik telefon bimbit yang ditemui, dan misteri tentang rakan baiknya dalam keadaan yg amat mencurigakan.

Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yg disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahgian dan keselamatan dirinya sendiri.

Ya, Bibi bukan BBL biasa. Disebalik pakaian yg besar it, tubuhnya menyimpan 1001 cerita.


dari pandangan aku, ini ialah review ku sendiri, setelah membaca dengan penuh kusyuk selama 4 hari.

1. Pada mulanya aku cuba nak memahami TABU, apakah maksud nya? rupenya dari sumber kawan kawan ku, Tabu tu bermaksud pesanan org org tua..atau pesan nenek moyang. Mungkin itu lah kaitannya.

2. dia mengisahkan tentang kehidupan BIBI yg mungkin dari segi logikal nya keadaan perempuan zaman sekrang, tipical women. boleh dibayangkan. 

3. Jalan cerita yang menarik, kekasih gelap yg memang gelap, Org AFRICA upenya. Pada awal penceritaan , mungkin kita semua akan fikir yang Anne tu lah yg Jahat, tapi sebaliknya...KENA BACA!!!

4.Kes kematian sahabat baik tak sangka terlibat ngan kecelaruan yg dasyat.

5. Adegan antara Bibi dan pemilik telefon bimbit yg misteri tu kdg kdg cute dibuatnya. Menarik.!

6. Pengakhiran ceritanya, mungkin rasa cm tak puas hati ada, tak sangka ada, tapi pengakhiran dia cam menghampakan aku tu je...


saya boleh bagi 2.5 out of 5 star..
tapi apa lagi,
BACA LAAA!!

sekarang dalam mode nak baca FIXI: KELABU.. dah hbis baca, saya review k...
^_^


*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi







No comments:

Post a Comment