Teman pena..

Tuesday, March 20, 2012

Budaya Membaca Novel FIXI

Assalamualaikum

Today, malam malam buta cam ni, patutnya da tido, tapi ambik masa tuk mengupdatekan blog sebentar

Sekarang ni Malaysia sedang mengwar-warkan kepada kita tentang BUDAYA MEMBACA BUKU
Jadi budaya ini agak kurang dipraktikkan rakyat MALAYSIA, malah saya juga.
tetapi , setelah kawan saya memperkenalkan saya dengan satu NOVEL dari FIXI
Ia telah menimbulkan minat saya terhadap membaca.

Buku ilmiah dan more to saintifik mcm tu mungkin kurang bagi saya, tapi novel, buku cerita, INSYAALLAH.
Sekarang ini, Malaysia, para penulis berkaliber Malaysia amat meminati menulis novel genre ROMANTIK ataupun CINTA.
Maaf le, saya agak kurg minat terhadap cinta cinta. Berlambak ya. Manakah novel novel versi lain?

Jadi, saya telah melihat kawan saya membaca novel FIXI.
untuk more detail, anda boleh click sini review FIXI

Actually, the review by my friend ni very very good.
Jadi saya ingin cuba review saya, tapi mungkin tidak la sehebat review kawan saya, JANGAN LUPA CLICK...
this is my two novel yg aku dah habis baca da. SERONOK!!

gmbr atas ni gila sikit...upload dia dah gila, tapi nampak nice lak, ahakss


Ni gmbr saje gimik je lebih. ^_^


MY FIRST REVIEW IS NOVEL FIXI: ZOMBIJAYA




Menceritakan mengenai 5 orang sekawan, Nipis, Ana, Kamarul, Aliff, dan Sofia yg bermacam macam personaliti menhadapi hidup hidup mereka dalam pembawaan ke dunia zombi yg berlaku di Malaysia pada masa itu.

Menariknya mengenai novel ini antaranya ialah
1. Pembawaan cerita dari A to Z sangat lancar dan senang tuk fahami dan flashback dia tidak mengganggu penceritaan novel tersebut.
2. Penggunaan bahasa yg senang tuk difahami dan mengikut standard percakapan era dan budaya dan umur yg cukup sesuai.
3. Perjalanan cerita dan keadaan adalah seperti dapat dibayangkan oleh kita dan updated ye. (teknologi dia semua, cukup!)
4. Untuk setengah novel, bahasa akan menjadi sedikit teratur dan sopan, tetapi ini tidak. Disini kita akan lebih nampak realiti kehidupan MALAYSIA.
5. Karakter yg warna warni... ada baik, ada buruk..setiap org tu ditunjukkan baik dan buruknya. Tiada yg termiss. Cukup rempah ratusnya.
6. Action...nice..kalo wat movie ni...dpt bygkan betapa dasyat sekali
7. Cover buku yg sempoi.
8. gambar gambar sebagai penyeri cerita dan penghilang bosan dari melihat huruf.

I give 4 out of 5 star. CEPAT BACA!!


*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi




MY SECOND REVIEW IS NOVEL FIXI: NGERI

Mengisahkan 3 org pelajar( Rehan, Samuel Lee dan Joanne) penuntut jurusan perfileman disebuah universiti yg diberi tugas untuk membuat skrip. Cerita menjadi NGERI apabila setiap skrip yg ditolak oleh pensyarah nya kini menjadi realiti. Akhirnya ia telah mengganggu kehidupan 3 org pelajar ini. Anda perlu baca kerana. pengakhiran nya bukan satu pembaziran. ^_^

Menariknya novel ini ialah:
1. Satu genre yg agak berlainan dan bnyk kepada ketelitian dan suspen juga.
2. bahasa yg digunakan amat mudah dan mudah tuk difahami
3. Plot cerita yg kuat dan bnyk adegan yg tidak kita sangka.
4. Pengakhirannya GOOD, tidak happy ending sgt, tapi will SURPRISE korang.
5. Anda tidak akan bosan dengan baca sahaja kerana ada cara cara seakan penulisan email, mesej dan telefon (seakan DIALOG)
6. Cover buku yg menarik dan Ngeri jugak.

I give 4 out of 5 . MUST READ MAN!!!


*FIXI novels can be found in all major bookstores in Malaysia, priced at RM20

For more info, log on to:
Twitter - @BukuFixi



Mungkin ini masa nya tuk kita try terapkan sikit budaya membaca. tak salah kan. ^_^
JOM, pe lagi, hbiskan voucher anda dgn beli buku NOVEL FIXI
akan datang untuk dibaca: JERAT, TABU, dan mcm mcm lagi.

p/s novel ini sekarang bnyk juga mendapat sambutan. Ada yg terjumpa dengan org org yg perasan saya membaca nya, ramai kata BEST. saya baca dia merata tempat.dlm lif, sedang berjalan pun baca atau before tidur.

sekian
^_^





3 comments:

  1. buku-buku dari fixi semua best woooo.

    ReplyDelete
  2. 3 buku fixi aku masih berbalut dgn plastik, termasuklah zombijaya dgn ngeri ni.haha! yg lain dh khatam ;)

    ReplyDelete
  3. MK KIMI...bestnya da katham sume,, ni baru dua, skrang sdg bergelut dgn JERAT pulak...

    ReplyDelete