Teman pena..

Thursday, February 19, 2009

Hidup ni tak cukup setia

Hidup ni bak roda, sekejap kita kat atas sekejap kat bawah. Benda tu konfem orang akan faham. Tapi kenapa aku katakan hidup ni tak setia? Kenapa hidup ni tak cukup jujur dan adil kepada kita.?? Hidup ni bersalah ker??

Soalan yang aku cuba ungkaikan “kenapa hidup ni tak setia???”. Setia kalau korang kaitkan dalam hidup mesti lah setia pada boyfriend/girlfriend, husband n wife, ex-husband n exwife ( ade ker ?? ) .

tapi cuba kaitkan setia kita pada Tuhan, family mahupun rakan kita dan orang ramai. Nak katakan orang lain tak setia, kita sendiri pun lebih kurang jer… dua kali lima

ooopppsss,

lupa aku, cakap main cakap, apa sebenarnye maksud setia tu..

ok dari segi logik akal fikiran aku, bukan akal orang lain yang lebih power/gempak dari aku. Setia tu yang aku maksudkan:

S = Sayang
E = Etika
T = Tanggungjawab / Trust
I = Idea
A = Adil

Konfem semua ni korang takkan dapat penuhkan dalam diri korang. Kalau ada pun just dua tiga daripadanya sahaja. Kalau aku pun , tak semua aku dapat sempurnakan/ serapkan dalam jiwa batin ku, hahaha. Etika dan Idea mostly all dpt korang listkan under buku latihan korang. Selebihnye sepeti bawah ni…

S

Kalau korang tengok budak zaman sekarang, ade setengah nya lebih kepada berkawan berpuak. Kawan ngan kawan yang dia rasa hidup dia lebih bahagia dengan orang yang cam tu jer. Tapi setengah orang lain yang tahu benda ni konfem akan kata

“pegi mampos la”
“peduli apa aku, janji tak ganggu life aku”
“whatever”
“G T H” korang tahu tak maksud dia kan… *go to hell*
“apa apa jer la”
“leave it and zip it”
“…….”

Kawan yang apa org kata “friendsforever”, kalau rapat pada awal awalnye, memang syok waktu tu…saat bahagia la orang katakan, tapi apa yang terjadi bila lama lama dia kearah yang lain.

Waktu tu la rasa terpinggir seperti tong-tong toxic yang dibuang ke laut begitu sahaja. Dia rapat ngan dak lain lebih dan dia cam dah tak berapa da dengan diri ko pulak. Sedih la waktu tu menangis bagai nak rak, banjir tsunami kalahkan dengan banjir di Acheh 2006.

“KASIH SAYANG BOLEH DIJUAL BELI CAM TU JER”- kata aku

T

Adakah ia menjadi pantang larang untuk korang yang bila mula mula kau dah percaya pada seseorang tu gile babi la kan, tiba tiba dia buat “taik” kat korang… MENIPU!!!

Bagi sesetengah orang dan termasuk aku sendiri la, aku tak berapa suka kalau menipu dengan aku terhadap sesuatu perkara yang tak logik.

Korang kalau dah kena tipu sekali, korang akan bagi a second chance ker?? Bagi pendapat korang…

“Universiti” takkan lari dari perkara ni “ ASSIGNMENT BERLAMBAK ” konfem tak lari punyer la.

Ade setengah assignment yang group work kan, apa perasaan korang bila kerja group dibuat oleh seorang iaitu diri mu itu sendiri. Yang member lain group korang lak hanye tanye:

“bahan ada tak”“cam mana ek nak buat”
“ko buat yang mana satu”
“bila kena hantar ek?”“apa-apa bagitahu aku nanti ek”
“mana nama aku kat frontpage tu”

Semua ni mesti ade la dia orang cakap, tapi penah tak diaorg tanye “apa yang patut aku tolong”, “ apa yang patut aku buat”, “ apa yang boleh aku bantu”, “mana bahagian aku”
Tak penah terkeluar pun dari mulut dia orang. Mulut tu cam di gam ngan gam UHU

Tanggungjawab 3 orang hanya jadi seorang jer yang buat. Sakit hati parah seperti jantung terkena kaca yang sangat tajam di cucuk dan diheret ketengah jalan yang sangat panas. Dari awal sampai akhir kerja. Sorang tu setakat bantuan sikit sikti dan kalau aer sorang lak yang setakat senyap mendiamkan diri seperti takut berjumpa dengan harimau.

(luahan perasaan hati sendiri)
Lastly…

A

Tanggungjawab dengan adil berhubungkait. Kalau orang tak betanggungjawab pada sesuatu kerja dan biarkan orang lain buat, itu namanya tak adil, ko biarkan sorang jer buat kerja termasuk kerja ko jugak. ITS UNFAIR!!

Jadi berpada pada la cuba ade gak sifat simpati tu sikit, jangan asyik melepak ngan group korang jer dan biarkan member ko buat kerja terkontang kanting sorang diri.


Konklusinya, orang yang jenis tak suka menyakitkan hati orang lain, tak suke mencari gaduh perlulah korang tahu apa disebalik kebisuan diri tu sendiri. Jangan bebankan dia lebih2 lak sedangkan beban dai tu dah memang beratpun.

Agak kesal bila orang lain tak Nampak benda tu, sedih sangat. Dia orang lebih suka bergembira seorang diri dan biarkan lain merana.

Ada pepatah kata “ berat sama dipikul ringan sama dijinjing” jangan la “berat ko biarkan dia jer yang angkat, ringan pun sama jer”


-Salam-

4 comments:

  1. haruslah ayat aku ada dlm ni!

    harus jugalah aku tak tahu kau bercakap tentang siapa!

    haha!

    ReplyDelete
  2. dah tahu tu senyap senyap sudeh... hahaha

    ReplyDelete
  3. waa..amat MEGA punye sentap!!

    anyway..ko ade tertinggal explaination utk huruf E & I..???cepat la tambah..

    ReplyDelete
  4. haha omg! sadly for u i found ur page thanx to syad.and 2ndly hahah.wah damn.aku tau what u felt but to see u say it this way.sgt klaka ek.u made my day ;) i love u.xoxox

    ReplyDelete