Teman pena..

Friday, August 28, 2009

RaMadHAN

Bulan Yang Paling Mulia telah pun tiba menjengah kemasa kita. Bulan Ramadhan, bulan yang banyak faedah dan berkat nya. Selain kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, kita juga menahan diri kita dari melihat yg bukan bukan, berfikir yang bukan bukan, mendengar kata kata yg tak betul dan bercakap perkara yg tak elok

itulah erti yg orang akan biasa maksudkan apabila tiba nya bulan puasa, Bulan Ramadhan.

sangat seronok bila tiba masa masa atau musim perayaan yg agak penting, semua akan mula menekan butang butang phone untuk menulis mesej ucapan.

Bulan Ramadhan kali ni, tak lari aku dari mendapat mesej yg mcm mcm cara.
sgt seronok dibuatnya....

antara nya lah:

" tiada hari seindah jumaat,
tiada kata seindah zikir..
tiada ibdah seindah solat..
tiada bulan seindah RAMADHAN..."

'selamat berpuasa dan berterawih

" Bismillah.. saya selaku penyimpan mohor bsr raja2 melayu, raja gopal, raja kapor, n same kulit ngan nye, mengisytiharkan. bahawasanya anak bulan telah selamat dilahirkan =) oleh itu puasa akan jatuh tergolek pada ari esok..esok pose taw, jgn xpose "

" tirai sya'ban telah melabuh, jendela ramadhan telah tersentuh, cahaya kemuliaannya semakin bersinar di hati insani yg setia menanti janji Illahi...salam Ramadhan "

" Thx, slmt berpuaa to u tooo..."

"Pantun cina =
pagi2 pigi ladang, wa nampak lalalng ala goyang, wa ingat babi bikin salang, ..lupa2nya olang atas olang..selamat menyamput bulan ramadhan "

" Bulan Ramadhan bulan yg mulia,
smbutllah ia dgn ceria
berpuasa lah kita seikhlas jiwa
semoga hidup aman sentiasa
slmt menyambut ramadan dari ibu sekeluarga"
- dari keluarga angkat di Johor...

" Isnin cari Selasa
nak tanya nampak Rabu tak...
agar ingatkan Khamis
untuk bgtahu
Jumaat spaya tak lupe
SABTU da pose!!!! "

mcm mcm lagi yg aku dpt dan terlalu banyak...sangat seronok...aku pun menghantar ucapan juga. orang balas kita menerima, orang menerima kita balas...hmmm cm mana tu...

k la, lastly dari hamba allah yg kerdil dan masih lagi belajar dalam dunia ALLAH ini...

mengucapkan

SELAMAT BERPUASA pasa semua
Guna kan masa anda dalam bulan Ramadhan ni sebaik yg boleh kerana bulan yg banyak berkat nya hanya dtg setahun sekali. kita tak pasti apa akan jadi pada akan dtgkan...


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Friday, July 31, 2009

Ape Cite WeY...



Kehidupan ni penuh dengan drama. Banyak punya drama. Bertong tong, tak terkira rasanya. Kalah program dan rancangan di tv. Drama apa yg ko minat, cerita apa sekali pun, mahupun tempatan atau luar negeri, konfem kalah teruk. Tercicir seratus peratus. Desperate Housewife, House, CSI pun habis di sapu. Kalau ada anugerah drama terhebat di dalam dunia , koranglah pemenangnya.

Semua terlibat, segi ekonomi, politik, soSIAL, tak lari punya.

Depan akhbar, depan kita, dan semua orang, muka ala ala tak de yang salah, tak de yang kotor , semua nya cantik2 belaka, hipokrit tahap gaban, sokong apa sahaja, konon pendengar setia, seorang sahabat, seorang penasihat, seorang pembantu peribadi terhebat , alim, ulama’ la bagai…

Para politik bagi mcm mcm benda , nak baik pulih ini, nak bantu keluarga ini, nak bantu rakyat, naikkan ekonomi, naik kan taraf hidup…ada yg caya je 100%, ada yg tak caya 100%. Ada pulak belah bagi antara percaya dan hasutan orang. Kena sogok sikit ngan duit, apa apa yg elok ke tak elok setuju ajeee… kena ugut pasal keluarga, kerja… sokong je la nak selamatkan diri… bukan begitu..

Kena je hasut, dpt tahu je satu benda, baru khabar angin je.. khabar angin…haaa naik angin ribut taufan, macam kiamat nak datang, buat demonstrasi punya bagai… (kalo benda tu tak elok) buat andaian yg buruk pasal itu ini.

Apa cite ni wey…

Orang besar(berpengaruh) nak bantu pun , biarlah dari hati, ikhlas… ni guna rasuah, penyelewengan…tak kata pun semua, ada yg setengah tu..bak kata pepatah ‘siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya’ kalau nak majukan ekonomi biarlah betul betul
Kebaikan tuk kita dan semua orang.“Mintak tolong, please???”

“Tolong la, nanti aku belanja ko, ala please, ko baik”
“Thank You pasal tolong tadi”
“Kau seorang yang sangat hebat”
“pemimpin berkaliber itu ada pada ko”
“ketua kelas aku ni, hebat , dah la baik, suke tolong org”
“Ketua pengawas yang adil, patut la ramai sokong ko dari belakang, cikgu semua , guru besar , ofcourse la”
“PM, jangan risau kami akan sokong dari belakang apa sahaja keputusan PM”

Nak mintak tolong, pandai korang merayu, pandai korang memujuk, … strategi katanya.

Yang baik , pasal nak sesuatu, pelajaran, duit, tahu ko cari aku… asal ko tak nak wat sendiri…MALAS kan, ko tak berpangkat tinggi… asal ko Tanya aku, asal ko mintak aku…mana orang lain..mana kekuatan ko yang lain… pegila mintak tolong dia org… aku jugak yg ko cari, bile ko bersuka ria…ada ko cari aku…bile ko dpt sesuatu dari aku…ada ko berterima kasih…bile ko dapat apa yg ko ingin kan…ada ko kongsi bersama…

Yang ko tahu mintak tolong dan pandai memuji… tak lari dari cara ko berpolitikkan keadaan ko demi kepentingan sendiri, bukan ke sama dengan keadaan politik semasa…

Ko rahsiakan.. ko cerita kat kawan2 ko jer…ko sembunyi dari aku… ko pura tak dapat apa… ko pandang semacam kat aku… buat macam aku ni tak penah ada dlm hidup ko
Apa hal ni wey…

Bila susah, dtg kat aku mcm peminta sedekah di Makkah,beri sedekah kepada seorang, dipanggil pula kawan2 nya dtg kepada kita…, bile senang … fikirkan la sendiri… satu khabar berita aku tak dengar…

Berdebat sini sana, Parlimen untuk apa?? Kalo bukan tuk berbincang tapi skrang… jadi tempat perang…perang macam Perang Dunia ketiga… sempat lak bertumbuk sini sana…

Kita berbincang tuk cari jalan penyelesaian, dengar la kata dari setiap pihak, bukan pihak ko je yg betul.. orang lain yg cari jalan penyelesaian, isi tu dibentang, uk dibuat proposal, ko pula melenggang dan mempersoalkan perkara yg kami buat??? Ko sape… kumpulan kami ke.. kalo ya pun,, apa tugas ko…kalo pada awalnya..ko berbelah bagi pada nya dan skrang…ko risau pasal benda tu pula…

“ko tak paham pasal benda tu” “salah la apa yg ko buat, bukan macam ni” “ ala ko salin semua benda memang tak boleh, salah ni” “cam mana ni, masa tak cukup” “apa progress kita setakat ni, ko tak buat apa apa ke”

Bingit telinga, sakit hati… tanggungjawab kita, segala kerja kita..KO NAK PERSOALKAN… kalo ko buat kerja tak pe la jugak…kata satu kumpulan, mana komitmen ko dlm kumpulan tu sendiri…

Sape tak nak kerja yg terbaik, semua nak..ko ingat ko sorang saja nak ker, kalo cam tu better ko wat semua kerja dari awal sampai akhir, baru la ko puas hati…bukan cm tu…?? Di ajak berbincang, BANYAK LA ALASAN KO…

Apa cita… apa cita… apaa….

Hipokrit sungguh ko…depan orang ni , ko punya la baik, di kongsi masalah, ko la pendengar dan pembuat cerita nombor satu..konklusi ko la yg terbaik…org lain semua salah..ko je yg betul…bila dpn dengan sorang lagi…ko pun pecah segala kaca yang ada…mana botol yg ko simpan,,ko tutup dengan gam gajah, kop aster semua ko bukak..lepas habis habis… HAAAAA…..

Dah tahu da cita
Mana satu yg ko caye… mana?? Mana?? Tolong jawab satu perkara ni…asal ko caya dia dari yg sorang lagi…
Dah tahu cita, dah disokong 100%, ko wat tak Nampak ngan sapa yg ko rasa dia salah… asal ko ingat ko je yg betul…pegi mampos apa jawapan ko… aku malas nak dengar…

Dulu kau paling best, ko paling caring, paling comel, paling seronok…asal perangai kadang2 cm sial…ko nak moody suka ati ko, ko nak malukan org lain suka ati ko, ko nak apa je yg ko nak ikut suka ati ko gak, aku ckp baik ni, ko pandang cm babi kat aku… boleh naik angin maaa…
Apa cite wey…
Ni aku persoalkan…
Fikirkan la sendiri
Pernah aku katakan pada seseorang ni..
Fikirkan la sendiri…kalo aku ckp pun aku sakit hati, ko pun sama…

-salam-

p/s ko penah jadi shbt aku , ko penah jadi kawan aku..kita sama happy..tapi belang nya baru nmpk skrang... patut ke aku kawan ko dahulu...???

Friday, July 24, 2009

Pernah tak kita terfikir, pernah tak kita bersyukur...

semua org berfikir, fikir nak buat apa setiap hari, fikir cm mana nak jawab periksa, fikir benda baik dan benda buruk, fikir nak pakai baju apa hari ni, fikir nak makan kat restoran mana, fikir nak lepak kat mana..

ada duit semua nya boleh...asalkan ada orang yg bagi duit dan banyak.
bile banyak baru lah kita boleh menjoli kesana sini.

tapi tu la.bile kita asyik enjoy, penah tak fikir cam mana pulak orang yg miskin dan tak berupaya dan tak berduit...ala kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

aku ada membeli sebuah buku cerita/novel baru baru ni dgn kawan ku SYad di MPH ONE UTAMA...
aku belum khatam lagi membacanya..baru mula membaca nya secara perlahan lahan...

buku tajuk nya "LASYKAR PELANGI" dari seberang punye, INdonesia...




secara ringkas aku katakan buku ni seperti membuat aku berfikir. kesekolah yang antara termiskin daripada ribuan sekolah di negeri indonesia, memakai selipar yang diperbuat dari getah tayar dan kebanyakan kanak kanak tak bersekolah tapi bekerja senjak kecil lagi oleh ibu bapa nya kerana kesempitan wang

tapi bersyukur la kita

ibu bapa kita berkerjaya
kita berpendidikan tinggi
kita boleh bergerak bebas
kita boeh buat dan beli apa sahaja

mereka???


kita tiap hari menginginkan sesuatu yang baru, sesuatu yg cantik, yg best...tapi pernah kah kita bersyukur atas segala apa yg kita peroleh. yang kita tahu hanyalah mencari lebih lagi. tapi bayangkan la orang tak mampu, org yg hanya mempunyai sepasang sahaja pakaian untuk dipakai setiap hari, kita ni tiap2 hari nak lain lain, kalau boleh 3 pasang tuk sehari yg lain jenis dan 90 pasang tuk sebulan, tapi cm mana orang yg tak mampu tu, kita mungkin tak penah berfikir, aku pun sama je... tapi apa yg mendetikkan aku tuk berfikir topik ini...

pakaian kita dari pelbagai jenama, ADIDAS, NIKE, GUCCI, CHANNEL, BODY GLOVE, TOP MEN, HUSH PUPPIES dan mcm mcm lagi

apakah jenama pakaian mereka???
apakah kualiti pakaian mereka???


kita tinggal ditempat yang selesa, rumah batu, beratap, ada elktrik

mereka tinggal atas apa...
kuasa elektrik ada ker???


mungkin korang akan kata
"ko nak sibuk pasal apa, nak nasihat orang pasal apa, ko tu da bagus sangat keer, ko tu sapa menteri, Perdana Menteri, tuhan"

suka ati la korang nak kata apa...aku menyatakan pendapat sahaja

aku tulis bukan nak mengatakan aku sahaj yang betul , tapi aku ingin untuk membetulkan diri aku sendiri. bila aku tulis dan aku mengatakan atas aku sendiri, aku akan sedar. bukan la aku menulis tuk menuding jari pada pihak lain sahaja tapi pada badan yang empunya blog...

syukur la atas apa yg kita ada
dgn banyakkan berzikir pada ALLAh

ALHAMDULILLAH

-salam-

Saturday, July 18, 2009

MaSaLaH,CinTa,KewAnGAN,PlaN dan KnowLEdGe


Kereta bergerak laju, angin bertiup kencang, rambut aku jadi kusut masai dibuatnya( menggunakan tingkap kereeta sebagai sumber mendapat angin yang sejuk dari luar) haih.. kadang2 tu tersangkut kete aku bergerak..risau gileer dibuatnya(dipandu oleh Lisa) Lagu dihandphone aku terus aku stopkan dan menulis apa yg terlintas dlm fikiran ku untuk blog kali ni.. handphone lisa pula terus memutarkan pelbagai genre lagu...

Mana aku nak pegi ni??? naik kereta lagi tu...

Satu Malaysia harus tahu dan dah tau pun bahawa 16 julai merupakan "HARRY POTTER & the HALF BLOOD PRINCE"...saat yang para remaja yang menggilakan sesuatu movie yang berlainan dan meletop dan movie dia keluar pada tarikh ini. senang kata ala ala movie of the year la kaatakan. (setanding dengan transformer, ice age3)

agak berlainan aku kuar dengan kawan aku kali ini kerana seramai 11 org dak classmate aku. aku rasa happy la jugak dapat ramai ramai cam ni. habis je kelas pada pukul 1 lebih terus kami semua siap dan berjumpa diluar UiTm pada pukul 3.

bukan la perjalanan aku pada 16 julai yang ingin aku ceritakan dan bukan la cerita harry potter yang aku nak ceritakan...boleh ku katakan harry potter kali ini okay tapi kurang aksi...boleh boleh je laa...
kepada yang mengikut dari pertama ampai skrang dan tak ikut buku dia boleh laa nak tgk...follow the story melalui movie.

bukan aku nak menyibuk hal orang, bukan aku nak mengutuk korang, tapi hanya menyampaikan pendapat, mungkin aku salah dalam memberi pendapat ini. mungkin benda ini dinamakan lumrah masing masing. maafkan aku kalo perkara ini menyinggung perasaan korang. aku suka cerita yang konon nak kena kan orang tapi aku pun kena gak(hmmm. cam mana tu)

keluar beramai untuk apa... kalau bukan untuk lepak together having fun...true???

apakah antara perkara perkara yang harus kita buat dan tak buat, perlu dibawa dan jangan dibawa... ini apa yang aku fikir la.

1. MASALAH
apa apa jenis masalah jangan lah dibawa semasa lepak bersama kawan, assignment ke, konflik kawan ker, keluarga ke harap disimpan dulu. (wah, terasa sey aku) benda ni akan membuatkan kita hilang mood dan kawan kita pun sama.

2. CinTa
hmm...cinta bukan la tak dibenarkan hanya minta dikawal jer. kita kuar ramai ramai tapi layanan cukup special dan vip tuk awek or pakwe ko. kita orang ni walaupun ada kat situ ala ala tak nampak dan nampak je korang wat. kalau nak betul betul first class LOVING camtu better kuar dua orang lakan. kalau kuar ramai ramai ni, pandai2 la handle between friends and girlfriend/boyfriend. apa lak kawan kita tgk, mungkin setengah orang leh terima, setengah lagi nak letak mana.

3. KEWANGaN yang MenceKUpi
kita ni kadang kadang bukan kuar yang sekejap jer, ada yang plan sampai dua tiga hari, so kewangan tu harus ada.WAJIB. jangan la pulak tak cukup, hehehe

4. Plan betul betul
Plan kan perjalanan korang tu betul betul. dari awal sampai akhir, budget korang semua pastikan okay, baru la semua orang puas hati dan tak kelam kabut. baru la happy je holiday yang korang plan. Jangan lak ko jer yang happy tapi orang lain tak.hmmm

5. Pengetahuan
Knowledge amatlah diperlukan sangat sangat. plan korang tu harus la korang tau semua arah korang nak pegi , tempat tu ko kenal so tak de la sesat ke, kena tipu ker. kongsi la bersama. kalau tak tahu wat la research. teknologi dah bagus kan sekarang. ada internet.

hmmm..setakat ni je yang aku nak nyatakn pendapat aku. so sorry la kalo apa yang aku katakan kat atas ni ada yang mengguris hati korang.

p/s teringin nak plan kuar rmaai pegi PD dalam tiga hari dua malam tapi maslah nya komitmnen dan keadaan tu tak mengizin aku untuk wat plan cam tu

-salam-

Saturday, July 11, 2009

Naik Giler , Tak WarAs...

Penyakit menular, seluruh dunia dah kena... Malaysia pun lebih kurang la. sayang sungguh aku hampir naik gila, aku hampir tidak waras. ada tak ubat untuk penyakit tu...(penyakit ker...)

H1N1...atau nama POPULAR dia...SELESEMA BABI dah attack UiTM Melaka. Apa sudah jadi???

Kuarantin??? di kurung??? UiTM di tutup??? Semua boleh balik??? Aku dijangkiti??? aku ni suspek H1N1??? Aku tak bersalah??? Aku pembawa??? Aku demam biasa???

Cam mana ni....

satu malam digempar kan dengan pelajar yang telah konfem H1N1...kecoh tau..."tutup Mulut semua" "Ko selesema tapi ko babi" "Weh lari weh lari, jangkitan wey" mcm mcm la disebutnya. sangkaan awalnya tak de la apa sangat

malangnya..

Pegawai kesihatan pun datang nak wat check up... serba putih ala GhOStBusTer...sembur ala ala kimia ( aku rase sabun) hehehee tapi tak kisah laa...untuk membasmi H1N1, korang buat la apa yg patut.

Dikumpulkan di hadapan blok...lekiu dan jebat, sebok berborak di beri pengumuman

"warga pelajar jebat, lekiu dan juga tun senaja akan di kuarantin kan dan tidak dibenarkan bergerak ke blok blok lain dan kemana sahaja. anda semua dihadkan untuk bergerak. seorang warga jebat, dan lekiu dan dua warga tun senaja telah disyak mendapat jangkitan H1N1"

macam mana ni...UiTm kena....aduhai...

mana tak naik giler, mana tak waras nya...kalo aku mendapat tahu kemungkinan dikuarantin selama seminggu. Yang berada di dalam tak leh kuar dan yang sudah berada di luar tak leh masuk dah UiTm... waras ke tak waras orang dlm yang hanya perlu duduk di dlm sahaja.

bukan itu sahaja... kalo benar la dikuarantin kan... blok aku akan di kawal rapi dan tak dibenarkan kuar kemana mana pun, kafe sebelah pun tak leh...(makan cm mana????) dia orang anta ke blok..."SAMPAI CAM TU SEKALI TAU!!!"

apa la yang aku nak buat kalo dikuarantin kan selama seminggu... cam mana ni...

Mintak la tak di kuarantin kan...amin...

"hati ku sungguh sedih pasal dah plan ahad nak kuar(12/7) tapi malang nya perlu membuat ujian saringan" hampa nya

-salam-