Teman pena..

Thursday, June 16, 2011

Sebuah alkisahnya , SENCETRA

Assalamualaikum
Salam sejahtera, salam satu Malaysia, salam perpaduan, salam pembaca bijaksana, salam warga blogger sekalian
=)

Alhamdulillah
Dalam masa masa begini
Aku nak menyingkap sebuah sejarah
Ingin aku simpan sebuah kisah
Dimana aku belajar sesuatu
Dimana aku berkawan
Di mana aku taburkan rasa minat ku
Di mana aku taburkan segala yg boleh ku bantu dan buat
Dimana aku sangat sayang pada nya…

Sekarang akan aku cuba singkap kan sebuah sejarah mengenai SENCETRA

Firstly, Ribuan terima kasih pada my senior yang bagi information ini, walaupun sikit je and simple je aku nak, but aku rasa info ini sangat berbaloi untuk pengetahuan aku. Thanks to Kak Ain dan juga Ahmad Rafaie( PJ ) kerana member maklumat tersebut. Thanks gak pada Adi Nur Rashid kerana sebenarnya information ni dia yang nak, so aku cuba dapatkan, dan advantage for me, aku nak blog kan ia. ^_^. Oh ye thanks kepada Youtube kerana membantu mencari maklumat juga.

Jadi mari kita mulakan

KISAH Kelab Tarian UiTM Melaka Kampus Alor Gajah .

Sebelum tertubuhnya sebuah kumpulan tarian bernama SENCETRA, kumpulan tarian UiTM Melaka ini pernah diberi gelaran nama SANGGAR SENI DA’SINA. (maksud tidak dapat 
diketahui).

Sanggar Seni Da’sina sebelum ini banyak buat show di Melaka sebelum tertubuhnya group-group NGO lain di Melaka. Sanggar Seni Da’sina dulu pernah mewakili Melaka ke FESTIVAL TARI MALAYSIA di JOHOR. Selepas itu Kumpulan ini mengalami saat saat kejatuhan atas sebab yang tidak dikenal pasti mahupun dirahsiakan. Sanggar Seni ini dahulu diurus kan oleh Pn Zaiton ( siapakah dia?)

Kemudian KelaB Tarian Melaka cuba bangkit semula apabila datang nya kehadiran Nurul Ain atau Kak Ain dan bersama sama senior pada waktu itu yg diberi gelaran Sutat@Firus@Firdaus (tidak dapat dipastikan mana yg betul, tapi sutat tu berkemungkinan) untuk menggerakkan team tarian UiTM Melaka.

Sehingga pada satu masa pada kemasukan pertengahan tahun 2007, kemasukan batch Masscom ke 3 di UiTM Melaka( x silap la), dimana budak budak masscom telah dipilih (tidak pasti semua nya atau segelintir) untuk membuat persembahan Joget Seribu dan pada masa yang sama ada juga pemilihan untuk pergi pertandingan FESTIVAL KESENIAN UITM Peringkat Zon SELATAN. Pada masa itu Pj, Ajak dan Kamal telah terpilih (semua ni senior senior Sencetra dulu) bersama Kumpulan Kak Ain pada waktu itu.

Maka pada waktu itu , ada hasrat untuk menubuhkan kelab tarian UiTM Melaka, tapi kerana untuk menggabungkan dua bahagian ini dulu amat sukar sehingga berlaku nya pertengkaran. Tetapi atas berkat usaha dan doa, kumpulan ini Berjaya disatukan dibawah satu kelab tarian yang tidak bernama.

Jadi setelah kita singkapkan kisah lama , bagaimana boleh datangnya nama SENCETRA dan apakah SENCETRA itu?

Pada masa itu diketuai oleh Kak Ain meminta agar mereka semua memikirkan nama yang sesuai. Pada mula nya di beri nama SRI BUDAYA yang membawa 2 maksud iaitu Seribu dan Daya. Tetapi tidak menjadi. PJ(Ahmad Rafaie) pada masa itu member sedikit klue untuk be more creative sikit kerana ada sebuah group tarian di Negeri9 iaitu D’SENTRA yang bermaksud Delegasi Seni Tradisi. Jadi Our Brilliant Nasiha Sakina dapat menghasilkan sebuah idea dan nama yang dikenali sehingga kini dibawah Kelab Tarian UiTM Melaka iaitu SENCETRA iaitu SENI DANCE TRADISI. Ia sangat kreatif dimana inggeris dan melayu digabungkan dibawah satu nama.

Siapakah batch awal SENCETRA pada masa itu?

Sencetra pada masa itu telah diketuai oleh Kak Ain dan juga dianggotai oleh Pj, Mummy, Ciken,Jaz, Atah,Syarah, Jazz, Nas, Shah, Ajak.
Pada masa tu kak  ain baru part3 dan pada bulan 6 tahun 2007 lahirlah ia … SENCETRA.

Inilah antara gmbr gmbr lama yg dapat saya cari dalam collection saya, OUR SENIOR SENCETRA

laki dari kiri: ajak jaz, nas, shah
perempuan dari kiri: mummy,seha dan atha


dari kiri atas: jaz, ajak, nas,pj,dan shah
kiri bwh: seha , mummy dan ciken



Yang tengah dan baju lain dari semua org, itu lah dia ketuanya KAK AIN ^_^



LOGO SENCETRA

pada awalnya hanya lah logo sama seperti Puteri gunung Ledang punya lambang
contoh dibaju PJ itu.

 Kemudian bertukar lah atas sebab untuk mencari sebuah identiti sendiri.
Thanks kepada Ajak kerana telah mendapatkan sebuah logo yang sangat menarik

Kemudian ia berlaku sedikit pertukaran dalam image yang sama (gambar A)


Sehingga itu sahaja dapat saya kisahkan. 


Sekian
Harap ia kekal selamanya
SENCETRA
^_^

nota kecil: kalo ada salah dibahagian mana, atau terkurang, mohon komen ya agar dpt diperbetulkan, ehhee

Wednesday, June 15, 2011

Saya Tak Suka, Kirin Tak Suka

Assalamualaikum
warga blogger sekalian
sihat?


hmm...
setelah awak dah baca tajuk dekat atas ni, hmm mungkin tertanya jugak bukan?
apa yg tak suka tu? dan kenapa saya dan kirin? bukan sama ke?
haaaaa


apa yang saya nak dok nak kongsi sama korang ni
hmmm baru baru ni ada la dalam seminggu ni
hati ni selalu je terasa nak mencuba
tengok orang buat best je
mcm tenang je
seperti puas bila buat benda tu


hmmm
apakah benda itu
jangan otak songsang sangat ar....
tak baik fikir bukan bukan


apa yang aku nak perkatakan ialah
aku nak cuba hisap rokok


ala
bagi orang lain benda tu agak mcm standard la
apa apa la korang nak katakan
but benda ni la aku nak cakap


so first
apa sebab kau nak cuba?


benda ni kita tak leh nak salahkan sape sape
kadang kadang disebabkan kita tertarik tengok dengan orang lain, kawan kita ke
so kadang kadang kita tengok kawan kita ni mcm cool je kan hisap rokok tu
so ia menarik kita tuk bertanya, apa yang best sebenarnya dari hisap rokok tu
mcm aku, aku ramai sangat kawan yang hisap rokok, so kadang kadang tu ia mendorong kita la untuk mencuba.


cool kan? ke cool tak?

Secondly
Da cuba dah?

Da, aku dah cuba da sikit.

thirdly
So , macam mana kirin?

WOW!!!
Memang susah aku nak terima
walaupun da cuba sikit
bila kita da hisap benda tu
hmmm
sakit dada wei
perghh

baru lah aku dapat rasa dari segi saintifik nya itu 
apa rasa bila da masuk dlm jantung kita

well
aku bukan nak kata bukan bukan pada org yg hisap rokok,
aku just nak kata pasal aku je

well
setelah aku mencuba
aku rasa aku tak suka pada rokok
yeah!!!
Lagipun , aku pernah cuba nak membeli rokok batang
tapi mungkin kerana aku tahu kesan dia dan juga kerana aku rase takut dengan kesan pada badan aku
so aku tak pernah mengambil nya, hanya ari tu bila kawan aku ni bagi aku rasa sikit
and its really
wow
aku tak dpt rasa mana dia cool dia dan mana dia kesedapan dan ketenangan dia

mungkin untuk aku mcm tu la, tapi bagi lain, ada rasa nikmat nya dimana mana tu

so
that it
KIRIN  TAK SUKA

I HATE IT


katakan
TAK NAK PADA ROKOK

hahaha
sekian
^_^



Tuesday, June 14, 2011

Tahniah HAZAMA.

 akhirnya, Video ini, lagu ini adalah JUARA AKADEMI FANTASIA Ke - 9 MUSIM AKHIR

Sunday, June 12, 2011

kata hati kata perasaan

kirin..


sebenarnya
kau sendiri tak boleh menipu diri ko kan
ko sendiri tak boleh nak menipu perasaan ko


yang sekarang ni
kau masih yang sama
walaupun ko dah cuba perlahan lahan sudah


sanggup ke aku?


=(

Thursday, June 9, 2011

Kirin chatting, rindunya, Good Luck korang ^_^







Sedang aku bekerja
sambil menahan mata dari tido ni
(tak tahu nape mata ni ngantuk sangat)
haihhh


aku pun melayan FB
itu pun masa customer da kurang da...


hari ni, customer non stop sampai kul 1 lebih tadi, perghhh memang tak sempat duduk la. terpaksa lari sini sana jap, kena panggil sini, panggil sana, pastu dengar bebelan india ni...sakit ati je...
entah apa yg diaorang carut kan..

=((

so tadi dlm kul 3 lebih, nak dekat kul 4, baru aku online..
pasal nak bagi hilang ngantuk ni, aku cuba tahan tadi, tersengguk la jugak kejap.


so
duk online tadi.


aku dapat jugak  chat ngan junior aku!!!
seronok la jugak.


lepas rindu =)


macam macam gak dapat borak, ye la lagi lagi kebudayaan UiTM Melaka ada event MALAM PUISI ISLAM, jumaat 10 jun 2011.


Hamster ada tanya sama ada aku dpat datang tak tuk event
tapi sayang, aku tak dpt, kerana aku da kerja, so susah sikit
tapi aku harap event lepas lepas ni, aku dpt cuba try dtg
kalo dpt laa
(bole ke dapat aku ni)


huhu

so tadi dapat chat ngan junior aku ni, ADI.


yang laki tu la adi ya, bukan perempuan ni ek, tu odah, a.k.a ODDY
=)

so memandangkan event diaorang malam ni je

so adi pulak biro logistik
first time
so dia minta aku tunjuk ajar pasal sebelum ni pun aku pernah handle biro logistik, itu pun first time gak
hohohoho

tapi nak kata mahir sgt tak de la, tapi kira da boleh faham dan tahu macam mana nak uruskan nanti.
so hari tu adi ada tanya, so aku tolong la. 
N tadi chat pun dia nak tahu apa next thing yang kena buat
well selain tu, ada borak pasal study dia, pasal sencetra sikit, pasal speaker

hahaha
rasa macam dah lama sangat tak borak ngan adi macam tu.
kira nya macam terubat jugak lah rindu sebenarnya

semua busy kan, so bila ada masa free tu, dpt la cite pasal macam macam benda.
hehehe

Adi ni selain biro logitik tuk event ni, dia lah protege aku, hahaha
protege teknikal
Aku lah mentor dia
hohohoh
so, bila aku tak de, adi lah pengganti aku
Aku bangga ngan dia
=))

"TUNJUK AJAR KU SIFU"
hohooh

bila tadi chat pasal teknikal
RINDU GILE!!!
rindu nak wat teknikal lagi

bawak laptop
burn cd
bawak speaker
pasang semua benda tu
cari lagu
edit lagu
susun lagu
potong lagu tampal lagu

haihh kenangan semua tu



MALAM NI MALAM PUISI ISLAM BAGI MEREKA
HOPE SEMUA NYA BERJALAN :LANCAR 
Wat yang terbaik Korang =))
amin

nota tangan: sedih gak tak dpt gi tgk, tapi maybe next time, huhu
rindu adi
rindu semua orang
huhu


sekian ^_^