Teman pena..

Wednesday, February 20, 2013

Pembantu Rumah Mental Lambung Bayi

ASSALAMUALAIKUM

Apa habaq?
Harap sihat sihat belaka ye
Nak ikut kan org tgh kerja ni, tpi curi masa jap nak mengupdate blog
Boss pun da hilang jap hehe

Malaysia
Digemparkan dengan pelbagai isu terutamanya isu pekerja asing, org gaji, dan macam macam lagi.

Yang pasti Indonesia dan Malaysia tidak pernah putus mencari jalan penyelesaian dimana demand untuk org gaji di MALAYSIA amat TINGGI.

(Nampak kan rakyat Malaysia ni kaki kerja kuat @pemalas @tak pndai kemas umah/ jaga anak, hehe tpi tidak la semua nye begitu.)

Supply dari Indonesia terlalu ramai. Hanya PROCEDURE yg menjadikan ia rumit.

Persoalan?
Adakah pembantu rumah ini AMAT DIPERLUKAN??
Adakah pembantu rumah ini boleh dipercayai dalammenguruskan hal rumah dan anak?
Adakah pembantu rumah ini boleh dibiarkan bersendiri di rumah bersama anak sahaja?
Adakah pembantu rumah ini cukup kelayakan untuk menjadi pembantu rumah?


Malaysia sudah lama digemparkan dengan penderaan kanak kanak.
Pastinya yg terbaru semua tahu, mengenai PEMBANTU RUMAH yang mendera seorang bayi berumur baru 4 bulan.


sudah anda lihat video ini???

semasa aku buat post ni, adalah pertama kali aku melihatnya.

sebelum ni aku hanye mendengar sahaja.
dan hari ini aku telah melihatnya


tapi cukuplah sekadar sekali sahaja

KEGILAAN DAN KESEWELAN org ini buat aku nak maki hamun je.
jika aku dapat jumpa depan depan, da lama da kena terajang atau aku mintak rejam je ramai ramai.

________________________________________________________________________________

Amah Indonesia Lambung Bayi Umur 4 Tahun



KUANTAN –  Berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung, seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.
76yh56
   
Mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010, pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan disiasat menurut kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad.
   
“Sejak 15 Februari lepas, suspek telah ditahan. Berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan, pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan,” katanya kepada Bernama hari ini.
   
Bapa bayi itu yang berusia 42 tahun telah membuat laporan polis pada 15 Februari lepas berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
   
Menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba, lelaki berkenaan telah melihat kejadian itu semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
   
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
   
Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.  – Bernama

___________________________________________________________________________________________


Apalah salah bayi tu terhadap org gaji itu, nak kata menangis, itu adalah keadaan bayi itu sendiri, kerana dendam atau marah terhadap tuan rumah, jgn lah dikenakan pada anak yg menjadikan mangsa.


Pembantu rumah ni berumur 24 thun dan sudah melakukan perkara sebegini. Kalau sebelum ini dikatakan rakyat malaysia zalim terhadap pembantu rumah, dan cuba kita lihat sekarang, 
SIAPA ZALIM SIAPA??


beberaapa suara juga kedengaran selepas eksiden ini..

Tambah Syarat Lulus Ujian Kesihatan Mental Kepada Pembantu Rumah


Bandar Baru Bangi, 17 Feb – “Saya mengutuk keras tindakan pembantu rumah Indonesia yang tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap bayi 4 bulan yang tidak berdosa”, kata Ustazah Norsaleha, Ketua Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga, Ikatan Muslimin Malaysia (Biro Wanita ISMA).
Dera serik
Nina Suraya Sulaiman, 24, menyedari anaknya yang berumur 4 tahun dilambung oleh pembantu rumah Indonesia
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang laporan media mengenai pembantu rumah yang melambung serta mencampak bayi jagaannya dan dirakam melalui rakaman cctv.
Ustazah Norsaleha menggesa kerajaan Malaysia mengenakan syarat tambahan sebagai pembantu rumah dengan lulus ujian kesihatan mental selain daripada lulus ujian kesihatan fizikal.
Majikan juga turut memainkan peranan dan harus berhati-hati memilih pembantu rumah dengan mengkaji dengan teliti agensi yang menguruskan pembantu rumah.
Tambah beliau lagi, kerajaan harus melakukan sesuatu bagi membanteras kejadian seumpama ini dengan memberikan latihan dan pemantauan yang lebih ketat terhadap pembantu rumah.
Ustazah Norsaleha juga menggesa kerajaan mengambil peranan untuk menggalakkan warga tempatan untuk berkecimpung sebagai pembantu rumah dengan memberi insentif tinggi dan latihan kemahiran kepada pembantu rumah tempatan.
“Dengan tindakan kerajaan ini, masyarakat di Malaysia akan mengubah persepsi daripada memandang rendah terhadap pekerjaan pembantu rumah kepada jawatan yang setaraf dengan pembantu asuhan dan guru tadika”, katanya.
Kerajaan harus mengkaji sistem yang diamalkan di negara-negara maju di mana mereka tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Contohnya mereka memperkasakan tempat asuhan dengan menghadkan bilangan bayi bagi setiap pengasuh, memanjangkan cuti bersalin hingga tempoh 6 bulan dan memperkenalkan polisi bekerja dari rumah (work from home), tambah Ustazah Norsaleha lagi.
Akhirnya, Ustazah Norsaleha mendesak kerajaan melalui Kementerian Wanita dan Keluarga supaya melakukan tindakan drastik dan melakukan kajian dengan lebih terperinci untuk menyelesaikan isu pembantu rumah ini. 
Ustazah Norsaleha,
Ketua Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga,
Ikatan Muslimin Malaysia (Biro Wanita ISMA).

________________________________________________________________________________


Betapa comelnya la bayi tu. dianiaya tak tentu pasal dan kita juga dengar mengenai keadaan nya tidak seperti biasa sebelum ini dan telah dibawa ke HOSPITAL. Kita harap dia akan semakin pulih dan baik.



yg pasti, Tindakan Polis dan Mahkamah rasenya yg kali ini 

agak pantas dan efisyen apabila pembantu rumah Indonesia 

tersebut telah dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

BERBALOI???

YES, agak berbaloi la jugak. tapi kalo 20 thun dalam tu tak insaf jugak. tak thu nak ckp apa la.



kesimpulan dan konklusi dapat dibuat

Kerajaan haruslah melakukan sesuatu tindakan atas pembantu rumah dari luar ini. Mcm mcm da kita follow diaorg, gaji la, cuti la. kita da bgi. so sekarang make surekan yg dia org leh bgi kita setimpal ngan apa yg kita mintak.

 jika ragu untuk mengambil pembantu rumah, lebih baik jaga sendiri. atau bwk rumah keluarga terdekat
tapi jgn la kita pulak tekanan jiwa dan perasaan.

ada kes sbelumni

apa pun, anak itu bagai permata apakan lagi, itulah hasil penat lelah kita kan ;P

itu lah zuriat, bakal penyambung generasi

SAYANGI LAH ORG YG TERSAYANG

=)
sekian

No comments:

Post a Comment