Teman pena..

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum pada semua,
Selesai sudah kita sebulan berpuasa, beramal dibulan Allah, bulan paling suci dan mulia. kini tiba lah bulan yg penuh dengan kesyukuran dan kenikmatan. Bulan Syawal, bulan kemenangan buat umat Islam.

Bulan Syawal atau kalo kita waktu ni la bulan kita nak beraya. tuk sesetengah org ni la waktu nak cari duit pocket money nak tanggung diri, duit tuk wat joli, duit raya la kan, hahaha... especially tuk zaman budak budak dulu., seronok sgt bile dpt duit raya tu. Sekarang aku da besar panjang, susah la sikit, hehehe..

tapi bile kita makin meningkat dewasa, kadang2 rasa nak menyambut aidilfitri agak hambar, mood tu cm tak sampai..apa kah sebabnya.?? hmm tu yg aku pun tak sure. maybe one of it,for sure is kita tak dp duit raya da, hehehe...tu konfem, sebab lain,hmm entah laa..maybe if dia ade masalah family problem on that time,masalah study or any masalah yg menyebabkan dia mood hilang nak beraya.

so, apa lagi ek aku nak ckp ni..oh ye.. sempena ketibaan bulan yg mulia ni, maka bulan ini kita mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain, yg jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yg rapat kita eratkan, ceh wah, haha..pandai gak aku ni, hahaa

jadi bulan ini memang sahlah kita akan bermaaf maafan antara satu sama lain.. jgn la bila da bermaaf dibulan ini, meninggalkan segala keburukan yg lepas , jgn diulangi lagi...khas kepada ko gak KIRIN!!!... tapi yg pasti, jgn jadikan bulan syawal ni sahaja tul kita bermaaf maafan sahaja.

maka dengan sukacita dan penuh takzimnya, saya mengambil kesempatan ini

Ingin memohan ampun dan maaf atas segala kesalahan saya terkasar bahasa, dan perbuatan, cacat cela, termaki yg tak tentu pasal, mengumpat tak kena tempat, paksaan bagai nak rak, salah dan silap, terpekik terlolong, cakap belakang, dan segala kesalahan saya yg secara sengaja dan tidak sengaja, maafkan la diri ku ini.

Halalkan lah makan minum, wang ringgit dan segala kebaikan anda selama perkenalan kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari
=Kirin=

1 comment: