Teman pena..

Saturday, January 16, 2010

2010, new story...

dah dua minggu aku kat UiTM ni, jauh dari kampung halaman, ceh wah, hahaha. bermula la sudah detik detik baru dalam hidup aku dan sambung belajar semula. hampir sebulan tidak memerah otak. maka ini lah masa nya.

aku tak tahu apa sebenarnya yg terjadi, apa yg patut aku buat dan apa yg aku perlu lalui sebenarnya.
adakah apa yg aku buat semua nya secara sedar atau tidak.?

Keruntuhan empayar besar yg dibina dulu sudah nampak keretakan dan keruntuhannya perlahan lahan. masing masing mengikut arus dan kehendak masing masing. tiada belas kasihan, semua rakus dengan keegoaan masing masing. malah ade sahaja yg nak menang dan tak nak ngaku kalah. senyap seakan bersalah tapi tindakannya... KOSONG. seperti orang bodoh, itu yg aku boleh katakan. Ada pula yg menjadi rescue rangers.

yang menentukan hanya cepat atau lambat sahaja keruntuhan itu akan berlaku. adakah keruntuhannya seperti WTC di Amerika Syarikat. kekuatan pada empayar itu hanya la terletak pada batu asas yg masih lagi mengenal erti tolong menolong, belas kasihan dan tolak ansur dan tanggung jawab.

kehilangan seorang sahabat , roomate dan classmate yg sangat rapat dari mula nya aku disini memberi juga impak kepada aku dan orang lain juga. saat saat HAPPY TIME dulu sangat aku rindukan. mungkin susah untuk kembali seperti dulu lagi. kalo boleh, AKU NAK.

kalo nak dikatakan kesal dulu kurang bersama dia, boleh dikatakan kesal jugak, tapi apakan daya, masa tak boleh ku putar semula. tapi dia tetap dalam hati aku sebagai seorang dari sahabat rapar dan baik aku. my best friend in UiTM. GOOD LUCK tuk kawan aku ke degree..do your best!!!

TAHUN 2010... adakah tahun baik tuk aku atau tidak??? TAHUN 2010 ... adakah tahun tercabar tuk aku.???

ALHAMDULILLAH , kalo apa yg aku terima ini memberi kebaikan pada aku, aku terima seeloknya dan seadanya.
kalo ini juga merupakan tahun tercabar tuk aku, terpaksa aku tempuhinya.


tahun 2010 lembaran tahun baru, cerita baru, kisah baru, pengalaman baru dan coretan kisah hidup ku yg baru. maka kalo sebelum ini hanya la kain putih yg bersih tiada kotorannya, sekarang la masanya aku akan lakarkan lukisan di atasnya.

1 comment: