Teman pena..

Thursday, December 17, 2009

holiday smbl bertugas di MeLaKa

Akhirnya tamat juga segala kepenatan untuk 6 hari aku berada di UiTM. Rasa lega menyelubungi aku dan rakan sencetra ku pada 14 disember di Hotel Avillion Legacy.

Dari 9 hb disember hingga 14 disember yg lepas, aku telah ke Melaka kerana terlibat dengan kebudayaan tuk VC CUP. Vice Chancellor Cup Debate 2009. Pada mula nya seramai 16 orang yg diperlukan, tapi yg dpt diberi nama hanya la 14 je dpt diberikan nama dan pada 9 hb hanya 10 sahaja yg dpt hadir. 4 yg lain tidak dpt hadir atas sebab peribadi dan hal mendiamkan diri sendiri.

Dengan 4 org perempuan dan 6 orang lelaki sahaja lah yang ditugaskan untuk persediaan persembahan untuk VC CUP. Katanya ini adalah permintaan sendiri daripada pengarah UitM Melaka sendiri( entah betul entah tidak) *ya ya je, *

Banyak perkara yg aku alami dan pelajari dan rasai segala pengalaman baru(tak de la baru mana)..tapi best bila bersama rakan rakan tari.

Antara yg kita blaja ialah(aku blajar) :

1. Tarian baru… aku dpt belajar cm mana nak menari tarian india dan cina. Kalo sebelum ni aku asyik menari tarian melayu dan moden. Apa salahnya kita cube mempelajari tarian bangsa lain. Kalo diberi peluang ingin belajar tarian sewang,,orang kita. Tarian sabah dan Sarawak. Banyak yg kita kena cungkil dari pengalaman PJ.

2. Know new people… memang betul, kita tak boleh nak judge orang tu dengan melihat sahaja ..kita kena kenal dulu n bila da rapat baru la kita tahu dia org sangat fun. Kadang2 our first impression dah buruk, tapi kita kena kenal baru la kita tahu. Bila aku kenal razak, atha, seha dan chiken..its is so fun n crazy gile… tak henti gelak ketawa je kita org… dia org memang best…

3. Don’t push … bila kita tak berapa sihat, jgn paksa sangat. Semasa ekspidisi ni, PJ(our senior n our choreographer) betul ke ayat aku ni… tak berapa sihat..sehari sebelum tu dia kena demam denggi tapi dia gagah jugak dtg..malangnya makin lama makin tak sihat…so one day be4 show..dia kena balik dulu. Malang sekali dia tak dpt nak join the show sekali.

4. Organize time … everytime, every minit, every second…so important… pandai bahagikan masa antara waktu training, waktu makan, waktu rehat.

There so much fun bila bersama dak tari. Aku hanya dapat merasai enjoy nya diri aku bila bersama dengan benda yg aku minat. Seronok bila dpt memakai baju pelbagai bangsa. Feel mengenali budaya yg lain dari kita. Baru lah dinamakan 1 MALAYSIA.

Kerana org asyik mengatakan aku ini adalah muka cina, jadi aku dpt juga merasakan memakai baju cina. Hahaha… dan aku juga ada pasangan aku juga..hehehe

Kat sini aku sertakan beberapa gamba buat tatapan, ceh wah…hehhee



ini sewaktu di gym, semasa latihan menari


diri ku menggayakan pakaian cina, hahahaha prasan lak...


seronok bila dpt rasa kita ni hidup pelbagai kaum, baru la dikatakan 1 MALAYSIA


para penari lelaki(gamba baru abis show ni)


aku dan chiken dalam berpakaian cina..pasangan cina la katakan,hehhee

Sampai disini shaja..salam

p/s : memang susah untuk kita menyesuaikan sesuatu yang baru kerana kita akan rasa kekok dan juga bukan senang dan bukan semua impian dan permintaan diri sendiri dan orang lain yg dapat kita tunaikan untuk sesetengah orang dan juga aku sendiri.

Disebabkan beberapa perkara yg peribadi mahupun emergency dan tak dpt dielakkan, jadi…bagaimana harus dipikirkan
Mengikut permintaan orang lain dan pergi sahaja enjoy @ ikut naluri hati dan focus pada yg penting/pada yg diperlukan sekali @ buat bodoh n follow je ikut hati ko @ follow kata org penting dlm hidup kita

Ni la jadinya, bila jaga hati pihak A, pihak B terasa..jaga pihak B lak, pihak A lak terasa..sooo cm mana..apa ptt aku lakukan…. Sape lak nak jaga hati aku…

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm……..????

No comments:

Post a Comment