Teman pena..

Friday, September 11, 2009

THAnks for be my FRienD



Hari makin hari, kita akan menempuh perkara yang hampir sama, orang yg sama, keadaan yang sama. Mungkin beza pun tidak la terlalu besar.

Bila kau pandang aku, aku adalah yang antara yang paling baik sifatnya, maka paling baik la aku. Bila aku dipandang paling jahat sifatnya, maka paling jahat dan zalim la aku. Bila ko menganggap aku sebagai sahabat mu, maka aku la sahabat mu itu yg ko anggapkan. Semua terletak pada pandangan individu itu masing masing.

Konflik, gossip, buat ketupat…benda ni tak lari dari hidup kita. Tak dapat dinafikan, aku pun begitu. Gegaran tsunami sebelum ni memang memberi kesan dan impak besar pada aku. Seperti peribahasa nenek moyang kita “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Memang ada kebenarannya disitu.

Ketabahan , kesabaran, kecekalan harus ada dalam diri sepanjang masa, kekuatan untuk hidup, untuk terus bernafas di atas bumi ini, untuk aku terus memijakkan kaki di atas tanah ciptaan ALLAH.

Alhamdulillah, sekarang perkara agak kembali normal. Mungkin tak seperti dulu, tapi aku bersyukur dan berharap benda itu tidak kembali.


Tamat… (kenangan terindah)


Mengenali sesuatu yang baru, new friendship, betul betul membantu seolah memberi kan sesi kaunseling. Biarlah ko bagaimana sekalipun, ko bukan la manusia yang teruk sebenarnya. Seronok berkenalan dgn kamu semua.


“hai…”
“leh kenal”
“duk mana”
“hahahaaha”(gelak ketawa)
“ye ker..??”

Mungkin aku baru mengenali korang, tapi persamaan tu kadang2 ada. Tak kisah la ko dari utara, timur, barat Malaysia sekalipun.

Aku bukan la baik mana sgt, aku mungkin la paling jahat. Aku tak mature lagi, bukan cm korang. Aku masih budak budak lagi… apa orang nak kata pasal tu… salah ker… aku budak budak…

Tak kisah la kau berkeadaan macam mana sekali pun, korang banyak memberi kan inspirasi, bantuan dan juga mengajar aku benda benda baru. THANKS KORANG…


Hari hari aku menanti hari itu, hari yang sgt bahagia untuk aku, waktu itu ialah hari aku ingin lepaskan segala benda yang terkurung didalam dada. Waktu itu adalah waktu untuk aku hiburkan hati aku. Waktu itu adalah waktu aku bersama orang yg aku rasa sgt seronok dan best. Seolah mereka satu kepala dgn aku.


Banyak orang yg aku jumpa, dari sekolah rendah, ke sekolah menengah dan skrang universiti.. korang bagi aku ialah otak yg sgt gila… best… 


Hahahhaa

khemah dibelakang semak, kejar kejar, police entry, sorok sorok, port Dickson,segamat, over night, PLKN , umbai, ANTM, birthday party di pizza hut, twisted minds, secentra n many more… all for me is the best memories ever.

Aku mungkin seorang yg buta IT, bengap dan bodoh kalo tak berkenalan dan bersahabat dengan korang semua.

THANK YOU kat korang pasal menjadi sahabat aku sehingga kini

TERIMA KASIH pasal korang leh terima aku yang aku ni keadaan nya cam ini

SHEI SHEI (bhs cina) pasal korang la antara orang yg membawa keseronokan dalam hidup
aku

NANDRI pasal aku nak berterimakasih kat korang semua

Konklusinya:
Harap kita akan sentiasa berkawan dan mengalami keseronokan yang lebih best lagi….

1 comment: