Teman pena..

Saturday, May 16, 2009

orientation...family ???

Aku tak dpt berhenti berkarya untuk seketika apabila aku pulang dari mengutip ilmu di UiTM, aku mendapat satu cerita yang sungguh menakjubkan. Cerita mengenai sahabat ku. Malang sungguh baginya. Aku cukup simpati sehinggakan aku ingin kongsikan sedikit cerita dia ke dalam topik aku kali ini

Orientation??? Apa itu orientation??? Atau dalam bahasa melayu ialah orentasi (tak silap aku la). Zaman sekarang ni ada mcm mcm orientation seperti straight, pondan, gay dan lesbian. Macam mana boleh ada semua ni. Itu aku tak pasti, aku tak tahupun. Tapi apa yg aku nak cakapkan ialah cara kita menerima mereka.
Soalannya
Anda boleh bergaul dengan gay/lesbian/pondan ini???
Anda senang dengan mereka???
Apakah perasaan anda bila bergaul dengan mereka???
Adakah anda membenci mereka???
Anda boleh menerima mereka di sekitar anda???

Bagi pendapat aku, mungkin tak semua boleh menerima mereka, kemungkinan hanya separuh sahaja. Separuh lagi sukar menerima mereka. Untuk aku benda ni tak menyusah kan kita kalau kita tahu handle keadaan dan juga pandai handle diri kita sendiri. Benda ini untuk kita bergaul atau berkawan tak salah.Pada suatu ketika, apabila kita rapat dengan mereka ni baru la kita tahu yang mereka lebih kurang mcm kita tapi kdg kdg tu best bersama mereka.

Untuk yg sukar menerima keadaan sebegini ialah selalunya kemungkinan adalah orang2 tua dan juga family kita.yang always nya FAMILY. So aku kaitkan kan dengan family. Orang yang sebegini akan meyembunyikan perkara ini kerana seperti mana yang kita tahu, all knows dan anggap manusia yang keadaan sebegini adalah tidak elok dan tidak disukai ramai.so terpaksa lah mereka ,menyembunyikan dari pihak yang tertentu atau yang berwajib.

Tapi apa yang akan terjadi apabila terbongkar perkara ini???
Malu??? Nama keluarga tercemar??? Terseksa??? Kehidupan terumbang-ambing??? Huru hara??? Kiamat???
Itulah yang terjadi kepada sahabat ku ini, selepas terbongkar, hidup nya merana. Bayangkan hidup terkurung oleh keluarga. Dia tidak dibenarkan keluar. Dikunci pintu dan keseorangan di rumah. Keluarga selalu asyik aja membebel perkara yang sama berulang kali. Apabila keluar berteman samaada kakaknya atau ibunya. Handphone ditarik balik dan tidak dibenarkan berdekatan dengan mana mana public phone pun. Dan langsung tidak dibenarkan untuk berkawan atau pun hubungi semua kawan lama nya.

Disebabkan itu aku tidak dapat menghubungi dia selama 4 ke 5 bulan. Kawan kawan ku yag seangakatan pun tak dapat contact dia.

Bayangkan lagi kalau keluarga dia mengurung dia sepanjang masa dan tidak dibenarkan keluar. Seperti haiwan di ZOO. Tapi haiwan di ZOO lebih baik dan elok dari keadaan sahabatku ini. Kalau dirumah terkurung hanya dpt melihat keluarga nya sahaja. Tapi haiwan di zoo dpt melihat pelbagai orang yang datang berkunjung. Itulah satu contoh yang dpt ku berikan.

Adakah patut keluarga melakukan sebegitu sehinggakan gerak geri di pantau, keputusan dia dikawal oleh keluarga.??? Fikirkan… ku ingin tahu pendapat korang. Bagi aku ada betul tindakanya dipihak keluarga tapi tak ku sangka sehebat dan seteruk begini tindakan itu.

Apatah lagi kalau keluarga itu menghebohkan kepada seluruh saudara mara, dikumpulkan terhadap seluruh saudara mara seperti mahkamah. Manakah air muka keluarga ini??? Gila ker??? Adakah ini daya pemikiran mereka yg konon nya ada anak nya belajar di university utara Malaysia yang mengambil jurusan nursing. Sungguh bodoh tindakan itu.

Aku tak dpt nak buat keputusan apa apa tapi Alhamdulillah aku dpt berjumpa dengan nya baru baru ini dan mengetahui cerita sebenar. Kalau sebelum ni aku hanya tahu dia konon berada di johor. Untuk apa?? Aku pun tak tahu.

Bila aku selalu call untuk Tanya dia, keluarga nya kata tak ada, johor la, kerja la dan mcm mcm benda untuk mengelak aku bercakap dengan sahabat ku ini.

Jangan kita fikir pada bagaimana keluarga atau pihak ini tahu perkara ini, tapi kita tengok pada cara layanan mereka. Aku tak setuju sama sekali. Jangan dilayan seteruk begini, menjatuhkan air muka anak itu.
Sekarang ini hanya la pendapat ku sahaja tapi korang yang menentukan apa kah yang terbaik. Kita menerima cara ini atau tidak??? Kita senang cara mereka dan bergaul dengan mereka???

Fikirkan, renungkan, dan kita amati apa yang baik jadi pedoman yang jahat kita buang jauh jauh…
salam

1 comment: