Teman pena..

Sunday, August 19, 2012

Cam mana first Raye?

Assalamualaikum w.b.t
Salam 1 Malaysia
Salam Aidilfitri
Salam Semuanya

wah alhamdulillah

semalam merupakan hari pertama syawal tuk semua umat Islam didunia, INSYAALLAH



so, cam mana raya korang ye??

best??

baju raya kali ni warna apa??

best kan dpt kumpul ngan family sume??

balik kampung ke? kat mana??

duit raya first raye cam mana., bnyk??

overall cm mana, PUAS HATi??


ALHAMDULILLAH
untuk aku
raya kali ni mcm biasa happy always
lagi lagi bila kumpul semua satu family
meriah giler..!

ngan anak buah nya perangai lagi, KECOH satu rumah
hhahaha

baju raya aku kali ni biasa biasa aja..
beli baru?
idak lee..
pakai lama je cukup la
yg lama pun pakai bukan selalu
tema aku kali ini ialah COKLAT!

^_^

Kumpul ngan family mesti lah best 
lagi lagi bila kmpul ngan abg adik beradik sume
sumpah dia nya feel tu lain sgt

kampung?!
well saya sentiasa di kampung
hahaha
sbnrnya kampung KLANG je
so sgt dkt
Selangor where i live
so first raya pegi rumah nenek dan tok tok nenek sume
org kata yg tua tua ni dulu

Duit Raya?
hurmmm
bila dah makin meninggkat dewasa, ia telah menjadi makin kurang
sikit je tak banyak pun
sedey gak
rasa nak jadi dak kecik smp bila bila hahaa

overall
nice
and 
penat
letih sangat semalam

so kerana semalam dah mcm mcm saya makan
hari ni raya kedua saya start
POSE ENAM!!

hehe

so maybe duk umah je la bnyk kot
malam kang baru kuar ke apa. hheee


tu je laa, sape yg dah menyinggah blog saya, apa kata korg share la cite korang
komen sini
plizz nak tahu gak

hahaha

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
^_^

Saturday, August 18, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri

Saya bukan lah budak seni
yang pandai menangkap gambar atau mengedit gambar

Saya bukan lah budak media
yang pakar berkata kata dihadapan video 

Saya bukan lah seorang yg fotogenik
malah tak pandai posing posing ni sangat

Saya memang penari 
tapi hanya penari tradisional yg biasa biasa sahaja

saya bukan lah bagus sangat
kerana saya ni takut dan pemalu

tapi saya hanya mampu menggunakan apa sahaja yang saya tahu, apa yang saya pelajari untuk berkata  kata atau melakukan nya apa sahaja agar ia menjadi yg terbaik


esok konfem kita dah raya,
ini sahaja dari saya

pagi esok berbaju raya,
Selamat Hari Raya

Makan lemang dengan rendang
Semoga Syawal disambut dengan riang.


Saya SHAKIRIN AZIM disini
ingin mengambil peluang ini
menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf
jika ada salah dan silap
terkurang, terkasar mahupun tergures hati
sepanjang persahabatan atau perkenalan kita ini.

sesungguhnya Manusia tidak lari dari membuat kesilapan
dan sesungguhnya ikhlas saya memohon maaf daripada anda semua.

Saya juga memaafkan semua org yg mengenali saya.
sesungguhnya bulan mulia, hari mulia, kita eratkan lagi silaturrahim
dengan harapan itu akan berlaku (amin)

Semoga anda semua bergembira bersama sama keluarga dan siapa yg pulang ke kampung semoga berhati hati dijalan raya
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

^_^




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, August 15, 2012

Long time no write hehe


ASSALAMUALAIKUM
Salam Ramadhan , Salam Sejahtera
Salam Bulan Kemerdekaan

WAAAAAA…
sudah lama tidak update blog maa!
Dah berhabuk dah bersarang dah blog aku yg dah memang using ni

Apa khabar semua??
Ni hao ma?
Wo hen hoa  , Hehe
Nak updatenya , aku ni kena tgk mood je skrang ni, ish ish ish

Nak ikutkan banyak benda aku nak citer
Tetapi ini memandangkan first blog setelah sekian lama ak update
So aku akan masukkan mana yg ku nak ckp la yg tak dpt nak update before this.

Firstly (Yang Pertama)

Rasanya masih sempat saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Walaupun dah tinggal 4 hari terakhir je lagi, lagi lagi dah masuk malam 7 lekor
Ambil saat ini, bulan ini yg penuh dengan makna ini
Penuh dengan barakah ini
Jauh dari syaitan, syaitan dan iblis telah diikat sekuat kuatnya
Maka ambil peluang untuk terus beribadah dan melakukan amalam baik
Ganjaran nya besar

Alhamdulillah, harap ia akan kekal pada diri ku ini juga, Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan ini
Solat 5 waktu tu cukup sahaja
Kalo terlepas tu pun jarang (tapi jgn galakkan ya)
Tu la kan, kerana kita bnyk dosa , nak wat baik tu kdg kdg akan ada rasa malas la, liat la, apa la tu la sedang dilawan , harap berkekalan sampai hbis ramadhan dan selamanya, amin
Satu lagi aku harap dapat wat pose enam jugak nnt, waktu shawal nanti, bygkan puasa penuh 30 hari dan pose 6 skali, seperti puasa untuk satu tahun punya (tak silap la)

Secondly (Yang Kedua)

My second sem sudah berakhir ,YEAH!!!

My result pun dah kuar!, aaaawwwwww *_*


Another sem aku tinggalkan, my second sem dan akan masuk sem tiga lak lepas ni.
Sem yg agak ok dan tak ok jugak< bnyk kisah duka lara jugak didalamnya, walaupun ada happy dia still, bnyk beri pengajaran pada aku.

Exam dah berlalu, result pun dah terbukti
ALHAMDULILLAH
Ketakutan , kerisauan, kegelisahan , menangis kerana tak dpt jwab final
Akhirnya hilang segala kerisauan selepas dah check
2 benda yg aku riso
1.       Ada fail
2.        Pointer jatuh
Alhamdulillah dua dua tu tak berlaku
Tpi sedikit kecewa kerana naik pointer tu tak sampai target yg aku nak
Bila piker balik dengan cara aku belajar
Yes, aku dah cuba sebaik mungkin tapi mungkin tidak sebaik mana, perlu diperbaiki lagi dan focus lagi pas ni
INSYAALLAH


Thirdly (yang ketiga)

Sem 2 dah habis tandanya cuti la
Hampir 2 bulan beb
So, dari duduk rumah membesarkan badan maka baiklah aku bekerja
So cuti ni dpt lah aku bekerja sikit, sambil tu nak cari poket money sikit

Bercuti? Berjalan? Lepak?
Ohhh tidak
Its very hard
*_*
Jrg dpt kalo kuar tu pun ngan family, bru ni just dpt kuar waktu bulan pose tu pun dua kali je
Tapi tak de la lama mana
“Kerfiu” tu tetap ada
Anak manja / anak mak la katakana (teruk kan aku)

Fourth (yang ke-empat)

My handphone sony rosak
Aku dah cuba sebaik mungkin untuk pakai nya sebaik mungkin
Akhirnya di saat final exam, dia akhirnya menamatkan riwayatnya.

Msuk cuti hari tu, mama ku hadiahkan BB, yeah!

Akan ku jaga sebaik baiknya amin

(harapan nak sgt samsung galaxy s3, mungkin satu hari nnt< jeles tgk org lain pakai, mkin ramai lak tu)

Fifth ( yang kelima)

Penah try nak wat dodol?
Tahu cara dia?
Hehe
Berpeluang juga aku tgk cara cara wat dodol
Bahan dia tak susah mana
Just nak wat tu complicated sikit
Tu jee
hehe


Hurm , rasanya itu sahaja buat masa ini, nnt ada masa aku , ada story aku update lagi
assalamualaikum

Friday, July 6, 2012

SENCETRA "5 Tahun, 10 Generasi"

Waaaaa....
Letihnyaa
kepala badan semua cakit cakit..
adoii
ni la kes nya belajar je kan, belajar menunduk je ke bawah, duduk di lantai
haihh
hehe
 banyak lak bising aku ni kan...

Ooopss
lupa lak

ASSALAMUALAIKUM
^_^
Selamat Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Salam  1 SENCETRA

haaaa,apa yg aku nak share dlm blog usang aku ni

Tanggal 23 dan 24 JUNE 2012
telah berlangsung nya sebuah Gathering yg julung julung kalinya jarang berlaku
apa bila, plan ini pada mulanya
telah diwar warkan tetapi tidak pernah kesampaian

sehingga lah sebulan sebelum tarikh tersebut
beberapa pihak telah berjaya bersepakat untuk menjadikan tarikh ini tarikh yg bermakna.

Bertempat di Chalet Darul Aslah, Pengkalan Balak , MELAKA
hampir seramai 30 org berjaya menghadiri julung julung kalinya
GATHERING SENCETRA




ALHAMDULILLAH
event selama 2 hari ini berjaya dengan sebaik-baiknya

aku akn lebih kan kepada gmbr, kerana gmbr dpt menerangkan segalanya, hehee



Petang Sabtu
Sedikit acara Permainan Pantai telah dilakukan
hanya ingin mengisi masa kosong dan juga menambahkan kecerian dalam Gathering itu sendiri
beberapa Game telah dijalankan, contohnya
1.Belon cinta
2. pijak belon
3. siapa cpt

dan juga aktivit sendirian BANANA BOAT






First time gak main benda ni, hahaha

jadi petang ini adalah kebanyakannya adalah aktiviti sendiri
kepada siapa yg nak rehat dan juga kepada sesiapa yg bru nak smp
itulah masa nya

pada waktu malam
ialah









Maaf atas keadaan gmbr yg mcm mcm, bila upload je, mesti wat hal dia, sabar je la aku

apu pun, kerang ni di masak khas oleh SELEBETI WAWAN
thank u wawan, kerana tolong masakkan.

eh makan kawan kawan, bnyk mknn ni...
(hehe, rupanya dak dak SENCETRA ada jugak jaga badan)

dan juga malam itu kami menyambut
BIRTHDAY MIRUL DAN FIRA 
 yang kebetulan pada bulan JUN, yg kami nak sambut sama sama


Dan tidak lupa juga

Memandangkan julung kali nya GATHERING SENCETRA diadakan
kami juga menyambut

ULANGTAHUN SENCETRA ke-5 TAHUN
" 5 Tahun, 10 Generasi"

Happy Birthday SENCETRA 
^_^


alhamdulillah



Pesanan Penaja:

Sekalung Penghargaan kepada Semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung
kepada semua abang , kakak, adik adik SENCETRA sekalian atas bantuan dan kerjasama
untuk menjayakan Gathering SENCETRA ini. (tepuk tgn untuk diri anda sendiri, YEAH!)

tidak lupa kepada org yg bnyk membantu menolong kami menyediakan makanan yg sungguh lazat dan berkhasiat dan mengenyangkan (kalah masakan MASTERCHEF) IBU IEYA yg membantu mencari bahan makanan dan memasaknya sekali.

thank u jugak kepada Chalet Darul Aslah...Alhamdulillah, tempat yg simple tapi saya bgi 5 STAR nya tempat..lengkap dan puas hati. ^_^

terima kasih pada semua yg hadir

Yg terakhir:

dari saya sendiri dari pihak penganjur
Saya ingin mengucapkan ribuan jutaan TERIMA KASIH, THANK U, XIE XIE, VANAKAM, kepada semua yg hadir dan membantu saya
Personally to PJ, Jaz, Mira kerana tolong untuk war warkan mengenai GAthering kita dan try to contact everyone supaya dpt hadir ^_^
to shaf, capik, ieya, sai, ibu ieya, ain jr, mirul, dan yg lain skali kerana membantu kirin semasa mencari tmpt tinggal, urusan makanan, pengangkutan makanan, bbq dan peghantaran pergi balik semua org. 

sini,kirin memohon jutaan ampun dan maaf
maafkan saya jika terkurang dimana mana, terkasar ataupun terguris hati sepanjang proses Gathering ini

saya hanya menjalan kan tugas dan tanda sayang saya pada semua dan SENCETRA sebagai fmily kedua saya. dan juga bagi merealisasi kan impian GATHERING ini..


apa yg baik semua nya datang dari ALLAH
apa yg buruk dan kurang semuanya datang dari SAYA

sekian
^_^

Sunday, July 1, 2012

Mama : Happy Birthday ^_^

2 JULY 2012


SELAMAT HARI LAHIR KEPADA IBU SAYA
PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI JAAFAR

SEMOGA MAMA
DIMURAHKAN REZEKI
SIHAT WALAFIAT SENTIASA
DIPANJANGKAN UMUR
HAPPY SELALU
DAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT

LOVE U SO MUCH MAMA

^_^